SAM

SAM

Followers

Dengarkan Utara.FM - Macam Biasa Juga Bah

Thursday, March 25, 2010

C.e.l.a.r.u

Aku keliru dan kabut
tentang erti kasih sayang
umpama seorang tua
yang meracau gila.

Di sangkar kebencian
aku dirantai
nuraniku disebat
berpercikan darah ketakutan.

Jiwa berantakan
fikirku kacau berputar
jasadku yang longlai
kini menjadi karma berpuaka.

Masih tersisakah sinar
buat diri yang robek berkecai
atau hanya kebobrokan
menghaprakkan impian.


Serambi
25 Mac 2010

4 comments:

SANGURU said...

Boleh tahan puisinya masss...

DINAKAN said...

INDAH SUNGGUH PUISI NI TUAN.. KADANG KALA BOLEH MENYENTUH KALBU.

syabas.

JMimie said...

nice poem...very touching :D

Um@r said...

Dinakan sedang makan duku
Sanguru pula makan rambutan
apa khabar Mimie yang satu
sekian lama bermain di ingatan

(jawab, jangan tak jawab...hehe)