SAM

SAM

Followers

Dengarkan Utara.FM - Macam Biasa Juga Bah

Friday, March 5, 2010

Delima seorang SUSAHAWAN......

12 tahun yang lalu saya telah memulakan perniagaan kecil-kecilan jual nasi campur .Berbekalkan modal kemahiran,tenaga dan wang tunai sekitar Rm600 sahaja itupun suami yang bagi saya langsung tiada duit.Maka saya pun meneruskan usaha bekerja keras dari pagi hingga malam dengan dibantu oleh dua orang pekerja peralatan semuanya saya beli second hand dari kawan,hutang bayar ansur-ansur.Dua tahun kemudian saya berjaya mengumpulkan sedikit modal untuk perniagaan yang lebih besar.Saya berpindah dan menyewa sebuah kedai.Maka bermulalah sejarah AEIZA CAFE,Api-Api Centre Kota Kinabalu. Kesibukan saya bertambah.Apalagi bila AEIZA CAFE dibuka 24 jam sehari atas permintaan pelanggan.Dan kesibukan ini juga membuat saya leka dan kini dikejutkan dengan suatu kejutan yang saya anggap sebagai a blessing in disguise - tuan punya kedai mau ambil balik dia punya kedai mau buat hotel dia bilang.Walaupun saya menawarkan kadar sewa yang agak tinggi namun tuanpunya kedai tetap dengan keputusannya untuk menggunakan sendiri premis kepunyaannya itu. Kenapa saya katakan ini sebagai a blessing in disguise.....kerana ia telah memberikan saya satu kesempatan untuk merangka semula pelan perniagaan saya.Ibaratnya saya kini hampir terjatuh dan harus menyusun semula langkah atau memilih jalan lain.Sekaligus ia menyedarkan saya tentang perlunya kepelbagaian dalam usaha kita apalagi yang berkaitan dengan ekonomi.Istiqamah juga tidak kurang pentingnya.Saya tahu tetapi saya lupa dan leka.Pada fikiran saya jika saya menjaga dengan baik hubungan saya dengan tuanpunya kedai,mempastikan sewa dibayar setiap bulan tanpa gagal,saya akan selamat.Tup...tup....tuanpunya kedai datang...Haiya tauke nyong....soli aahh...saya anak mau pakai ini kedai bah dia mau buka hotel....dulu saya tak boleh jaga ini kedai anak semua sikolah.Sikalang anak suma sudah habis balajal dia mau sendiri bisnes lohhhh....saya tau lu lajin punya olang lu bayar sewa pun ada baik tapi saya anak yang mau....saya kasi lu 4 bulan lah.Lu punya deposit 2 bulan masih ada saya simpan maa nanti lu angkatlah......Saya tak boleh kata apa....ini kedai dia suka hati dialah samada nak sewakan atau pakai sendiri.Padan muka ko kyro.... Saya melihat satu kelemahan bumiputra dalam perniagaan.Kebanyakan bumiputra hanya mampu menyewa premis.Terlalu sedikit bumiputra yang mampu membeli premis perniagaan.Rata-rata premis perniagaan di Kota Kinabalu dijual pada harga Rm1 juta keatas apalagi jika terletak di kawasan yang cukup strategik.Kerajaan memang ada menyediakan pelbagai dana untuk membantu bumiputra berniaga tapi masalahnya kebanyakan bumiputra tidak mempunyai modal awal.Contohnya:Jika saya hendak membeli premis perniagaan yang berharga RM1 juta,saya boleh mendapatkan pinjaman dari pelbagai intitusi kewangan tetapi saya perlu menyediakan sekurang-kurangnya 10% daripada harga premis sebagai deposit atau wang muka kerana pihak bank hanya akan meluluskan pinjaman sebanyak 80%-90% dan ini bermakna saya perlu menyediakan sekurang-kurangnya Rm100,000 sebagai deposit.Bagi seorang susahawan yang memulakan perniagaan dengan modal RM600 takkan termampu untuk menyediakan deposit sebanyak itu. Pilihan yang saya ada....1. Balik kampung fokus pada perladangan.Mujurlah saya telah mengusahakan ladang peninggalan almarhum ibu.Ini adalah langkah awal yang telah saya ambil sebagai satu cara mempelbagaikan sumber ekonomi keluarga saya.Atau 2. Menyewa premis baru.Pilihan kedua ini membuat saya berfikir pannnnnnnjannnngggg.Dengan kadar sewa yang tinggi iaitu RM5,000 sebulan rasanya lebih elok jika wang Rm5,000 itu digunakan untuk membayar semula pinjaman membeli premis perniagaan kerana jika saya membuat pinjaman sebanyak Rm1 juta pun bayaran balik tidak akan melebihi Rm6,000 sebulan.Masalahnya deposit pula tak ada.Inilah delima yang dihadapi oleh ramai susahawan-susahawan bumiputra dan bukannya saya seorang. Saya melihat kebijaksanaan bangsa cina dalam menjalankan perniagaan.Mereka telah terlalu jauh berada didepan.Mereka menguasai bidang-bidang perniagaan berskala besar.Mereka membeli premis-premis perniagaan kemudian disewakan.Bila bayaran balik pinjaman mereka telah dilunaskan mereka ambil balik premis tersebut untuk mereka memulakan perniagaan baru.Begitu bijak mereka merencanakan perjalanan perniagaan mereka.Saya selaku susahawan bumiputra yang hidup segan mati tak mahu......hasrat hati nak peluk gunung,apakan daya tangan tak sampai.......tapi tak apa....aku peluk bukit dulu kalau tak sampai juga aku pi peluk busut la. Pengumuman: Jika ada sesiapa yang mempunyai premis perniagaan untuk dijual di Kota Marudu sila hubungi saya di 016-8133646.Terima kasih.

7 comments:

Anonymous said...

bangkitlah:

semoga tabah menghadapi cabaran hidup. semua manusia akan ada suka duka kerna itu adalah norma2 hidup.

tapi mmg betul.. bumiputera harus bagkit dan tersentaklah supaya berusaha lebih maju dan berjaya.

semoga berjaya!!

srixon said...

ada permis kedai yang baru di bina tu WTK bagus juga kalau ko buka restoran di KM malas sdh sya tgk itu kaling bagus kasih maju orang sendiri :-p

DINAKAN said...

dalam kehidupan ibarat satu pusaran angin meniup segala benda mahupun makhluk. Lantas, kepelbagaian itu sebenarnya bermula dengan desiran sepoi-sepoi yg secara perlahan mencengkam segalanya.

Maka, disinilah kita harus bermula untuk memikirkan kebarangkalian sesuatu keputusan.

Buat KYRO; jgn putus asa, kerana KK-KM adalah luas, apakata cuba di Alam Mesra? atau di 1 Sulaman.

Anonymous said...

Kak KYRO, saya ada beli d WTK KM tu corner lot akan siap pd bulan Ogos kata Saimon Wong(Pemaju)Sewa kita bole runding ba..saya percaya semua staf SAM dan peminat SAM akan bersantai d sana nanti...CEO URBAN STORM

Anonymous said...

Siou kak mau beli pula kn...nt saya tanya saimon wong klu ada lot yg masi kosong

SANGURU said...

Ngam cadangan ceo. SAM akan bantu. Org kita yg susah WAJIB d bantu terutama susahawan.

ILLIE said...

jalan teruss kak KYRO..alang2 suda menceburi bidang restoran ini, biar jadi SENANGWAN..