SAM

SAM

Followers

Dengarkan Utara.FM - Macam Biasa Juga Bah

Saturday, March 13, 2010

SAM: 100 Tahun Akan Datang?

Kota Marudu, 13 Januari 2109- Hari ini genaplah 100 tahun, Suara Anak Marudu (SAM) ditubuhkan. Pagi tadi, Presiden SAM yang ke-10 dan para penulisnya telah meraikan ulangtahun tersebut di Teluk Marudu Beach Resort, bersama-sama dengan Ahli Parlimen P.168 Kota Marudu, ADUN N.5 Tandek, Pegawai Daerah dan ribuan warga Marudu yang lain. Di dalam ucapan Ahli Parlimen tersebut, beliau melahirkan perasaan terharu dan bangga terhadap perjuangan SAM. Beliau berkata, meskipun generasi pertama (2009) penggerak SAM telah tiada, kesan cetusan idea dan khidmat masyarakat mereka masih terasa hingga kini. Dan, tidak keterlaluan kata beliau bahawa kemajuan yang dikecapi daerah kini, sebahagian besarnya impak daripada kewujudan blog SAM tersebut. Kata-kata daripada Ahli Parlimen berjiwa rakyat itu, pastinya merupakan satu penghargaan kepada pejuang-pejuang SAM yang telah pergi dan pembakar semangat kepada kami yang ada sekarang ini. Kini Kota Marudu telah maju. Sehubungan itu, menjadi tanggungjawab kita bersamalah mengurus kemajuan tersebut.

NOTA: Adakah akan berlaku sedemikian, atau sebaliknya? Semuanya bergantung kepada kita yang ada sekarang ini. Kita bukan mahukan nama, tapi setiap yang berlaku pasti akan terpahat (samada dicatat/tidak) dalam sejarah. Fikirkan.

10 comments:

SANGURU said...

Sy x berani jamin la semua tu berlaku, namun agak keterlaluan jika dlm sejarah reformasi Marudu, nama2 kecil spt SAM tiddk tertulis atau disebut.
Pun begitu, kita telah sepakat dulu bhw kita, suara kita, usaha kita, dan apa pun yg kita perbuat ini demi kebaikan dan mencari keredhaanNya. Maka bukan hajat besar kita untuk dikenang. Terserah org kita membaca sejarah tempatan. Terserah jg pd mereka- mengenal kaca dgn permata.,.
Klu umur panjang, dpt la kiranya melihat anak2 Marudu yg lebih "tokou ta te"... Ada jati diri, ada powerrr maksudku. Tk.

Anonymous said...

tidak sempat itu tuan...tahun 2012 kiamat sudah (?). Hehehe...

Anonymous said...

100 tahun dari sekarang kita sudah kna proses biologi jadi minyak petrol/disel o..tn

Sangmarudu said...

Bagi akulah kan...ini merupakan pandangan yg amat jauh ke hadapan. Kalau kita cakap angan2 Minah Jenin pun iya jugak (hihihi, gurau saje)...Tapikan aku rasa perkara itu x lah mustahil...S-A-M ada kekuatan tersendiri sebenarnya bah. Butul jugak cakap penulis... kejadian 100 tahun akan datang ini bergantung kepada lakaran sejarah urang2 S-A-M yg ada sikarang.Jangan biar S-A-M lenyap before/after 100 thn. Soooo... penulis2 semua mestila lebi proactive (blogku sendiri jarang update, huhuhu...)

SANGURU said...

Dgn gelora kesedaran dan usaha berterusan banyak pihak sekarang ini, su rasa, kita boleh tengok marudu yg maju dlm 20-30 tahun. Kita doakan. Kita terus berusaha.

Um@r said...

Terima kasih atas komen semua.

Namun, ini bukan angan2 MJ tuan SM. Sy sekadar ingin mengajak semua membayangkan sejenak masa depan blog/akhbar online kesayangan warga Marudu ini. Arkian, timbullah keazaman yg kuat dlm hati kita utk melakukan yg terbaik dlm kesempatan yg diberikan.

Benar kata tuan SG, kita bukan minta dikenang. Bukan mengejar nama & yg sewaktu dgnnya. Tapi sejarah yg benar tidak akan pernah dan tega menipu. Baik atau buruk kita sekarang, pasti akan menjadi sebutan generasi mendatang.

Nama2 spt Baju Batik, Kieha, Srixon, Naga Kinabalu, Sangmarudu dan lain2 anonymous lagi sudah barang tentu akan menjadi bahan bualan mereka sebagai pengomen yg kritis dan energetik.

Dirgahayu SAM & Kota Marudu...

SANGURU said...

Jika aku sempat menyaksikan kejayaan itu, aku bersyukur. Jika tidak sempat, aku terus berharap.

DINAKAN said...

100 tahun...
merupakan perkataan yg jauh dikecapi, namun ianya mungkin tidak mustahil jika SAM sentiasa berterusan melalui generasi baru masa depan yg lebih berpandangan jauh mahupun 'celik minda'.

sy rasa kalau benar 100 tahun itu tercapai, bnk pembaharuan dibuat oleh generasi baru masa tersebut.

SkyPips said...

ckp la 20 atau 30 thn... 100 lama btl...

Maya said...

sekiranya ada pewaris demi pewaris yang amanah, 100 tahun akan datang hatta 1000 tahun sekali pun SAM tak akan hilang di blog ini malah semakin 'LUGU' meneruskan wadah perjuangannya, selagi semangat perjuangan SAM berada di atas landasan yang betul lagi benar!

Dengan kehendakNYA, insyallah.... Amin......