SAM

SAM

Followers

Dengarkan Utara.FM - Macam Biasa Juga Bah

Tuesday, March 9, 2010

Family First...




(Sila baca petikan ayatullah dalam gambar). Utamakan family sendiri merupakan anjuran agama dan bukan satu "kronisme". Kita diperintahkan itu seperti gambar di atas yang saya tangkap malam tadi semasa singah di sebuah masjid. Bagi yang tahu dan rajin baca al kitab/al Quran, akan ketemu ayat2 yang seumpama atau seerti atau saling kait. Prinsip ini mudah dan tepat. Keluarga adalah unit asas komumiti. Kalau setiap rumah/keluarga bahagia, selamat dan boleh menyelamatkan, sudah pasti masyarakat madani dapat dilahirkan - masyarakat zero jenayah berkasih sayang dan mampu menyelamatkan unit-unit di dalamnya. Sejak kebelakangan ini, sejak ketemu insan2 istimewa yang sering memberi tazkirah, dan cuba menjadikan budaya koreksi diri sebagai amalan, dan lain2 peristiwa lainnya, saya fikir...saya perlu mengubahsuai kompas pelayaran di lautan kehidupan. Bukan bermakna selama ini mengabai atau menyesatkan keluarga, cuma "keluarga didahulukan" kurang diutamakan. Bukan tugas utama dan saya tidak akan duluan disoal oleh mungkar dan Nangkir di alam kubur tentang - "Rakyat Didahulukan" - ini tugas insan/pihak lain. Mungkin ada yang menarik nafas lega? Hmm, tapi jangan mengharap saya (dan rakan-rakam) duduk teruss. Jalan teruss para sahabatku. Kita hanya perlu bertata tertib masa berjalan itu... "Kebenaran didahulukan, fakta&keikhlasan diutamakan". - Posted using BlogPress from my iPhone

2 comments:

Um@r said...

Setuju tuan...

Baju Batik said...

Ayat "peliharalah dirimu dan keluargamu" TIDAK sama sekali bermaksud kronisma itu ajaran Islam. Bahkan sejak dari zaman Rasulullah lagi, perbincangan dan persetujuan ramai seringkali menjadi amalan dalam membuat sesuatu keputusan.

Bahaya besar jika ayat ini ditafsir sbg dalil pembenaran kronisma dlm pentadbiran krjn, syarikat2, institusi2 dsb.

Hati2.