SAM

SAM

Followers

Dengarkan Utara.FM - Macam Biasa Juga Bah

Sunday, March 28, 2010

"HAR-INSAN"

Dasawarsa ini, ramai yang kecoh soal satu pelaburan yang walaupun modalnya besar tapi keuntungannya berlipat kali ganda. Pelaburan apa lagi kalau bukan, pelaburan hartanah. Contoh paling mudah, rumah. Kalau rumah itu dibina di kawasan yang strategik, besar kemungkinan harga/sewa rumah tersebut semakin lama akan menjadi semakin mahal. Tidak seperti kereta yang harganya semakin lama semakin menurun. Lantas, berlumba-lumbalah orang sekarang membeli rumah. Hingga ada yang sanggup membuat 2-3 pinjaman perumahan untuk dilaburkan ke dalam pelaburan hartanah. Adakah saya akan kata fenomena ini tidak sihat? Tentu sekali saya tidak akan kata begitu. Bagi saya, fenomena ini sangat wajar.

Bagaimanapun yang menyedihkan di sini, ramai yang lupa tentang satu pelaburan lagi iaitulah, pelaburan "HAR-INSAN" (yang tadi HAR-TANAH). Apa yang saya maksudkan pelaburan "HAR-INSAN" adalah pelaburan yang dibuat pada anak, keluarga dan masyarakat kita. Atau istilah kotemporarinya adalah pelaburan Modal Insan. Ramai yang kemaruk mengejar hartanah (umpama seekor tapir yang sudah 11 bulan tidak mengawan) sehingga tergadai "HAR-INSAN". Bahkan ada yang bukan hanya tergadai, tapi sengaja menggadaikan maruah anak/keluarga/masyarakat atas jenama hartanah. Mungkin juga ramai yang buta sehingga tidak dapat melihat bahawa pelaburan "HAR-INSAN" itu jauh lebih menguntungkan dan tuntutannya lebih aula. Tapi...

Renungkanlah saudara. Saya bukan anti pembangunan tapi seelok-eloknya biarlah pembangunan hartanah itu seiring dengan kemajuan "HAR-INSAN". Kita tidak mahu negara kita kaya, tapi masyarakat porak peranda seperti seekor ayam jantan yang dipukul lehernya. Saya paparkan tajuk ini bukanlah niat untuk mengajar monyet memanjat pokok. Ianya hanyalah sekadar satu perkongsian yang mudah-mudahan ada manfaat di dalam rangka mengangkasakan Permata Bangsa Malaysia amnya dan Marudu khasnya.
“In looking for people to hire, you look for three qualities: INTEGRITY, INTELLIGENCE, and ENERGY. And if they don’t have the first, the other two will kill you.” -Warren Buffet-
Sent [by Um@r] via Nokia 3310 from Selkom

1 comment:

DINAKAN said...

saya setuju post ni tuan..
mungkin ada baiknya kalau dimulakan bait2 bimbingan lengkap kpd HAR-INSAN sebelum melengkapkan HAR-TANAH.

nice post.