SAM

SAM

Followers

Dengarkan Utara.FM - Macam Biasa Juga Bah

Thursday, April 1, 2010

Hari Malaysia atau Hari Perpaduan?

Cadangan Pengerusi Lembaga Pemegang Amanah Yayasan 1Malaysia, Dr Chandra Muzafar, untuk menjadikan 16 September sebagai Hari Perpaduan agak menarik perhatian umum termasuk orang Kota Marudu...


Timbul soalan secara refleks di minda dan di hati saya; apakah ini bermaksud bahawa Hari Malaysia akan "digelapkan" sedangkan hari "siang" itulah yang menjadikan negara ini lebih besar ( jika bukan 16 September, Malaysiakini hanyalah persekutuan Tanah Melayu)...


Benarkah perpaduan telah mati atau ia memang belum hidup atau kehidupannya sebenarnya bertambah baik berbanding tahun 50-an, 60-an dulu? Saya fikir perpaduan antara rakyat biasa, saya ulangi : RAKYAT BIASA! - bertambah erat. Jangan ada pihak yg membohong untuk memanipulasi isu bagi maksud niat tertentu. Jangan! Lihat generasi muda, mereka ok2 saja. Boleh ngobrol bersama, boleh kongsi macam2. Yang kelihatannya gagal berpadu ialah golongan politikus, perikatan parti. Yang risaukan "perpaduan" itu adalah mereka yang gagal bersatu kerana bercakaran...


Berbalik kepada isu sebenar tentang 16 September, jangan ada orang kita yang buta sejarah. Sabah dan Sarawak mencapai kemerdekaan dari penjajah pada 31 Ogos 1963 dan membentuk Persekutuan Malaysia pada 16 September. Maka tepatlah tarikh keramat ini dipanggil Hari Malaysia. Justeru, saya terkezuttt bila ada cadangan menurunkan "darjat 16 sept) hanya sebagai " Hari Perpaduan"...saya risau. Sangat risau kalau anak-anak Malaysia dikemudian hari akan lebih keliru tentang "Hari-Hari Yang Telah Berlalu". Saya juga risau, anak-anak kita tidak punya "Hari Muka"...


Jangan ada yang mengecam saya "anti Federal" atau "anti unity". Saya lebih patriot, lebih cinta perpaduan berbanding sesetengah " pejuang perpaduan" itu. Saya mencoret pandangan ini hanya kerana "nampak" sesuatu yang " menakutkan" dan hati saya seakan dapat mengesan sesuatu yang boleh "merentap kestabilan denyut nadi dan jantung" sejarah. Saya sangat risau, satu lagi sejarah baru akan tercipta sementara satu lagi fakta sejarah lama akan dikuburkan... Dr. Chandra, saya antara peminat tuan, saya fikir tuan ikhlas, ingin melihat rakyat yang lebih bersatu padu, dan tuan juga lebih minat sebagai NGO, cuma barangkali tuan kurang sensitif terhadap "16 September" sebagaimana majoriti rakyat sebelah sana bila ditanya Hari Kemerdekaan Malaysia bila? Jawapan mereka : 31 Ogos 1957. (kasian, cuba tunjukkan saya dokumen deklarasi yang boleh mengesahkan perkara ini). Tapi jangan risau, majoriti orang Sabah dan Sarawak pun akan jawab begitu kerana "diprogramkan" begitu...(kenapa?,oleh siapa? apa impaknya?)...


Begini sajalah Doc (Dr. Chandra Muzafar), cadangkanlah tarikh lain sebagai Hari Perpaduan. Apa kata kita ambil hari pengumuman konsep 1Malaysia oleh YAB Perdana Menteri sebagai " Hari Perpaduan". Saya fikir ini lebif afdal dan kurang implikasinya... Pembaca budiman, saya juga seperti sdr/i, pemikir. Saya juga sibuk berfikir tentang " kemelut perpaduan", saya juga cinta perpaduan. Namun percayalah; cinta, perpaduan dan apapun, tak boleh dipaksa. Ada cara terbaik mendapatkannya... -"Ya Allah, teguhkan perpaduan seluruh rakyat Malaysia..."

10 comments:

IsOn said...

Mungkin beliau ikhlas dengan konsep 'perpaduan' tersebut. Mungkin juga apa yang dimaksudkannya dengan 'hari perpaduan' itu ialah wilayah Malaya, Sabah, dan Sarawak telah 'berpadu' pada 16 September 1963.

Tetapi...

Seperti kata Sanguru, perubahan 'gelaran' itu akan memberikan implikasi 'lupa sejarah' kepada generasi mendatang, bahkan mungkin kepada generasi sekarang juga, bahawa sesungguhnya 16 September itu ialah Hari Malaysia; Pewartaan Persekutuan Malaysia.

Kerana...

Jika kita hanya menyebutnya sebagai 'Perpaduan', maksud perkataan ini terlalu umum. Pelbagai jenis suara dalam kumpulan koir juga disebut sebagai 'paduan' suara. Toleransi dan saling menghormati antara kaum dan agama juga disebut perpaduan. Parti2 politik bergabung membentuk pakatan juga boleh kita ertikan sebagai 'perpaduan' parti dan banyak lagi contoh lain.

Sedangkan...

Hari Malaysia hanya ada satu maksud; Hari kita memperingati kelahiran sebuah negara baru di dunia yang dipanggil MALAYSIA.

Nota: Kita jangan lupa, 'Hari Malaysia'lah yang menjadikan rakyat Sabah dan Sarawak memiliki semangat patriotisma Malaysia.

SANGURU said...

Sependapat dgn Dr. Nelson. Sy jg yakin Dr Chandra ikhlas. Hanya barangkali kurang prihatin atau "lupa" hakikatnya 16 sept. " Seumpama seorang cucu odu kolinzim ( kg longob) yg anggap keris odu kolinzim sbg pisau biasa gara2 tidak tahu keris apakah itu. Kerana tidak tahu atau tahu tapi nda hormat maka keris itu diguna bukan utk guna sebenarnya...".

DINAKAN said...

saya komen pendek ja..
saya tak setuju 16 sept dijadikan hari perpaduan, coz klu sy cadangkan 31 ogos sebagai hari pembangunan macamna?

so... think about that..!!!

SANGURU said...

Kekalkan 16 sept sbg hari Malaysia. 31 ogos sbg Hari Merdeka semenanjung (1957) dan Sabah, Sarawak (1963). Itu sudah jelas dan terdokumentasi.

TT said...

Saya tidak memberi apapun ulasan entry sanguru ini sebab saya setuju semuanya. sya kira tiada yang perlu ditambah lagi atau dikurangkan apa yang dimaksudkan sanguru ini kerana ianya memang benar. bagi saya apa benar tetap benar dan saya setuju begitu juga sebaliknya.

kyro said...

Saya tidak setuju 16 September di jadikan hari perpaduan.Kekalkan ia sebagai HARI MALAYSIA.

Saya setuju dengan Sangguru,yang tidak berpadu itu BUKAN rakyat,yang bercakaran juga BUKAN rakyat,yang membawa kepada ketidakstabilan politik juga BUKAN rakyat tetapi orang-orang politik itu sendiri.

Rakyat semua sebenarnya tiada apa-apa masalah,rakyat saling bersatu padu tanpa mengira suku kaum atau agama,saling hormat menghormati dan bantu membantu.

Kepada ahli politik yang suka sangat berpolitik dan berpolemik...sudah sudahlah.Rakyat mau tenang-tenang cari makan.

Tulunbunou said...

Saya cinta akan perpaduan yang sedia terjalin...dan saya cinta akan sejarah yang telah terlakar indah di dalam HARI MALAYSIA 16 Sept.1963.
Namun malang kerana remaja kini terlalu sedikit yg mengetahui akan keujudan Hari Malaysia...
saya merayu agar Hari Malaysia tidak ditukar kepada Hari Perpaduan... kerana ianya benar2 menyentuh sensitiviti semangat patriotik saya sebagai rakyat Sabah. Pilih la Tarikh lain yg lebih sesuai...

Sebagai contoh mudah...mahukah anda menukar Tarikh Perkahwinan anda(Ulang tahun PERKAHWINAN) kepada ulang tahun PERCERAIAN..

Orang Biasa said...

Buta sejarah mangkali Dr tu..
Mungkin dia pikir org Sabah dan Sarawak rakyat kelas 2 dalam Malaysia ni..Kalau 2S ni tiada ,malaysia tdk bole jadi..Dan kalau bukan 2S nie yg tulung dlm PRU,sudah pasti Pakatan Rakyat jd parti pemerintah. 2S ni jg mmpunyai sumber ekonomi yg telah dibawa ke seberang untuk pembangunan sana. Oleh itu,jangan dlupakan jasa 2S ni dalam Malaysia. Bak kata pepatah ..Budi Yang baik Dikenang Juga. Jgn dilupakan rakyat 2S ni.

maslie said...

hebat....ni la yg dinamakan semangat perjuangan 1malaysia..

maya said...

sejarah yang sudah termaktub dan telah dimeterai setahu saya tidak dapat ditambah sekali pun yang maksudnya penambahbaikan sebab walau pun hanya dengan 1 satu abjad maksudnya akan berubah apa lagi yang namanya melibatkan penubuhan hatta kemerdekaan 1 satu negara

sang guru benar dalam post ini walau dalam apa pun tafsiran dan taksiran

tarikh memang penting dalam melakar sejarah namun jikalau tarikh itu jugalah yang menyusahkan, lebih baik lupakan.....