SAM

SAM

Followers

Dengarkan Utara.FM - Macam Biasa Juga Bah

Wednesday, March 24, 2010

KECIL TIDAK BERMAKNA LEMAH

Tom and Jerry Show merupakan rancangan kartun kegemaran saya sejak dari kecil. Saya suka melihat gelagat lucu di antara Tom (si Kucing) dan Jerry (si Tikus). Kadang2 watak tambahan, Spike (the bulldog) turut menggamatkan cerita. Boy saya yang paling kecil, berumur 4 tahun 4 bulan, juga sangat suka menonton rancangan kartun ini dan selalu ketawa terbahak2 melihat 'kekreatifan' Tom dan Jerry saling 'membuli' antara satu sama lain.

Apa yang menarik perhatian saya dari dulu sehingga kini ialah saya dapati dalam siri kartun Tom and Jerry Show ini, Tom (bukan Tompinai SAM) merupakan mangsa yang paling malang sekali. Kadang2 memang Tom yang dulu-duluan membuli Jerry, tapi selalu juga Jerry yang terlebih dahulu mencari pasal dengan Tom. Dan dalam kedua2 kes ini, hampir setiap kali di hujung ceritanya, Tom yang paling teruk kena 'belasah'. Kadang2 saja Tom 'menang' atau kedua2nya berkawan baik. Jika watak Spike masuk, dia sentiasa membawa watak protagonis Jerry.

Kadang2 saya kasihan melihat Tom. Si kecil Jerry selalu saja ada idea yang lebih baik untuk mengenakan Tom. Kadang2 Tom hanya mampu menangis kerana sudah kehabisan akal untuk 'menentang' Jerry. Jerry pula sering mentertawakan Tom. Manakala Spike, dia selalu menunjukkan muka bengis kepada Tom dan Tom memang takut dengan Spike. Setakat sekarang begitulah jalan cerita utama Tom and Jerry Show ini.

Saya melihat semula dalam keadaan nyata, kisah buli-membuli ini sebenarnya sering terjadi di mana2. Cuma biasanya kita dapati yang lebih besar dan lebih berkuasa yang selalu membuli yang kecil dan lemah. Tapi benarkah yang kecil itu memang lemah? Tom and Jerry Show memperlihatkan kepada kita bahawa si kecil boleh menumpaskan si besar. Mungkin inilah sebenarnya mesej utama dalam rancangan kartun tersebut; kecil tidak bermakna lemah.

Nota: Anak2 Marudu, tidakkah selama ini kita rasa seperti 'dibuli' oleh 'orang2 besar'? Janganlah terus menganggap diri seperti kebanyakan tikus yang terus menikus. Kita patut mencontohi keberanian si cerdik Jerry.

3 comments:

SANGURU said...

Sy pun minat. Sy pun kecil...

DINAKAN said...

kecil2 cili padi...
besar2 mcm api..
siuk pula topik tuan ini..
saya suka ni..

hehehe.. apapun, kecil2 kalau pemikiran tinggi, berpandangan jauh dan bnk input positif..

tapi, kalau besarpun.. tak tau apa2... hehehe..baik mkn jagung..
well done.. nice post.

Um@r said...

Ketawa terbahak sampai terduduk
melihat gelagat pakcik mengail
biar tunduk asalkan menanduk
biar kecil asalkan mengucil