SAM

SAM

Followers

Dengarkan Utara.FM - Macam Biasa Juga Bah

Saturday, March 27, 2010

Marudukini, Marudunanti...

Nanti dipengaruhi kini. Contoh; jika kini lewat tidur, nanti esok susah bangun. Marudu pun demikian juga. Marudunanti dipengaruhi beberapa variable. Misalnya; siapa pemimpin dan orang2 kuat dalam parti-parti utama di Marudukini, siapa pemilik perniagaan utama, siapa pemilik-pemilik tanah dalam town area, siapa yg pegang politik, siapa pegang ekonomi, bagaimana status sosioekonomi pribumi? Dan berbagai item soalan lagi. Saya tidak cukup arif, maka saya tinggalkan permainan minda ini untuk kita mainkan bersama. (Dalam mindaku merasa sangsi dan risau; Marudunanti apakah untuk bangsaku pribumi?...)


-"Hello para pemimpin, kita fikirkan bersama. Kerana kita sebangsa (pribumi) dan sedaerah"...

5 comments:

Baju Batik said...

Assalammualaikum & selamat pagi Sanguru.

Menarik artikel ni.
Membacanya, saya teringat kisah penjelajahan kuasa2 barat sehingga mereka berjaya menemui beberapa benua spt benua Amerika beberapa abad yg lalu.

kaitannya di sini ialah, kuasa2 barat atau orang2 Eropah ketika itu, telah menganggap puak2 peribumi di wilayah tersebut sebagai bukan manusia tetapi merupakan satu spesis haiwan atau binatang yang baru ditemui.

Intipatinya, kesedaran yg mendalam perlu ada dalam diri setiap peribumi daerah ini agar sama2 mencapai kemajuan seiring dengan bangsa2 lain. Ingat, bumi dan kampung halaman yg kita pijak dan kita diami ini, adalah satu2nya pusaka warisan bangsa yg kita ada. Sekiranya kita lalai, kita bukan shj dianggap sbg binatang bahkan dipandang hina daripada binatang.

SANGURU said...

Salam baju batik,
sering2lah menitip bicara minda tatapan bersama.

DINAKAN said...

saya sokong saranan BAJU BATIK, ini kerana semua yg kita ada perlu dikekalkan selama-lamanya.

mempertahankan sesuatu kebenaran dan hak adalah satu jihad positif.

TT said...

kita tidak perlu berfikir seperti hari esok adalah hari yang suda ditentukan hari kiamat.kita perlu ingat bahawa masa tetap akan beredar, kemajuan akan berubah dan usia tetap akan semakin tua dan semua bentuk masalah tetap akan wujud terutama sekali masalah sosial. tanggungjawab dlm perkara ini tidak hanya terikat kepada pemimpin semata-mata ianya tanggunjawab semua pehak tiada yang terkecuali. amat tidak adil jika setiap masalah yg wujud diletak diatas bahu pemimpin dan kita hanya menjadi sebagi pengulas,pengomen, pengeritik yg sukar diramal matlamatnya. nah.., setuasi ini tidak betul sebab tidak dapat membantu memperbaiki setiap masalah (jika ada masalah), malahan saya berani katakan suara2 kalian ini lebih kepada membantu suara pembangkang. jadi klulah saya yg punyai kuasa menentukan kalian tidak harus diberi peluang sebagai pemimpin dlm kerajaan sebagaimana yang kalian kehendaki PRU yg lalu. setiap majikan akan memberi keutamaan kepada pekerjanya yang memberikan komitmen dan tanggungjawabnya yang baik.

FaiZaLL a.k.a iZaLL said...

Kalau kita tengok situasi MARUDUKINI, bangsa sendiri agak sukar untuk mencari makan kan???
Apa-apa pun...KALAU MAHU SERIBU DAYA, KALAU TIDAK MAHU SERIBU DALIH....