SAM

SAM

Followers

Dengarkan Utara.FM - Macam Biasa Juga Bah

Wednesday, March 31, 2010

RAKYAT DIDAHULUKAN, PENCAPAIAN SAMPAI TAHAP MANA SUDAH?

Apabila bercakap tentang rakyat, kita semua adalah rakyat. Maka kita bercakap atas dasar hak kita sebagai rakyat. Apabila bercerita tentang pemimpin, kita semua ada tugas sebagai pemimpin tidak kira pemimpin di peringkat rumah, kampung, tempat kerja mahupun peringkat tertinggi. Apa yang saya ingin tekankan ialah pemimpin di peringkat atasan. Apabila pemimpin memimpin secara ikhlas untuk kemajuan dari segala aspek positif, maka wujud dalam hatinya untuk mendahului apa yang dikehendaki rakyat. Kerana dia sedar dia adalah pemimpin pilihan rakyat. Harapan rakyat tersandar di bahunya. Namun begitu, sungguhpun ada pemimpin ikhlas memimpin rakyat, sekiranya ada di kalangan orang bawahan yang khianat terhadap amanah yang dipertanggungjawabkan keatas mereka, selogan 1 MALAYSIA @ "Rakyat didahulukan, Pencapaian diutamakan" hanya tinggal sebut-sebutan. Saya ingin berkongsi dengan para pembaca SAM tentang satu teka-teki yang pernah diutarakan oleh Iman Al-Ghazali.
  • Apakah yang paling dekat dengan kita di dunia ini? Jawapannya AJAL
  • Apakah yang paling jauh dari kita di dunia ini? Jawapannya MASA YANG TELAH BERLALU
  • Apakah yang paling besar di dunia ini? Jawapannya NAFSU
  • Apakah yang paling berat di dunia ini? Jawapannya AMANAH
  • Apakah Yang paling ringan di dunia ini? Jawapannya MENINGGALKAN SOLAT
  • Apakan yang paling tajam di dunia ini? Jawapannya LIDAH MANUSIA..
Jangan jadi pemimpin kalau:
  • Jangan jadi pemimpin kalau niat kerana pangkat
  • Jangan jadi pemimpin kalau niat kerana harta
  • Jangan jadi pemimpin kalau niat kerana kemegahan
  • Jangan jadi pemimpin kalau niat kerana pujian
  • Jangan jadi pemimpin kalau tidak tahu cara memimpin rakyat
  • Jangan angkuh
  • Jangan sombong
  • Jangan ikutkan nafsu
  • Jangan lupa hari pembalasan.......
Kesimpulannya, janganlah berebut-rebutkan pangkat, kerana di setiap itu tertanggung amanah yang cukup berat. Bagi yang sudah jadi pemimpin kelas atasan , PENCAPAIAN SAMPAI TAHAP MANA SUDAH???

6 comments:

SANGURU said...

Bernas dan meninggalkan bekas dalam jiwa. Syabas!

Tulunbunou said...

Satu peringatan yg sgt mengesankan...

DINAKAN said...

iya.. ini kali la.. dpt muhasabah diri utk yg berkenaan.

FaiZaLL a.k.a iZaLL said...

betul 2...bg sy slogan "Rakyat Didahulukan, Pencapaian Diutamakan" masih belum terlaksana dgn baik...

Maya said...

• Jangan sokong dan undi pemimpin yang gila pangkat
• Jangan sokong dan undi pemimpin yang tamak harta
• Jangan sokong dan undi pemimpin yang bernafsu kemegahan
• Jangan sokong dan undi pemimpin yang cinta pujian
• Jangan sokong dan undi pemimpin yang senteng memimpin rakyat

Baju Batik said...

Syabas Lt M Muss.
Satu peringatan yg ckp bermakna.

NAMUN
Cuba kita semua fikirkan
Dlm sistem pemerintahan sekarang,
Untuk menjadi pemimpim (YB) hanya ada 1 halangan shj. iaitu mesti MENANG.
Tanpa mengira latar belakang, keperibadian dan segala-galanya, yg penting MENANG.
Jadi, siapa yg bersalah jika memilih pemimpin yg salah?

Sy sebenarnya bukan org politik. Tapi ramai rakan2 saya turut serta bermain politik. Kadang2 perbualan mereka menjijik kan saya. Dari A ke Z hanya berkisar cerita projek (dpt kah atau tdk, brpa untung, atau bila persidangan pusat, dan hal2 yg tx sama sekali unsur2 pembelaan terhadap rakyat yg memerlukan.)
mereka jga tdk disalahkan krn itulah peluang yg mereka dpt dan diberikan. Yg bodoh mereka yg mengundi mereka di peringkat bawahan. Pengundi2 ini saya ibaratkan hya sbg alat utk memenuhi kepentingan dan cita2 mereka.