SAM

SAM

Followers

Dengarkan Utara.FM - Macam Biasa Juga Bah

Thursday, March 25, 2010

"Doktor Rakyat"

Apakah aku keterlaluan memilih nama timang2an di atas? - aku ada asbab...Begini; Dulu2, maksudku masa menengah rendah, cita2ku mau jadi doktor sesuai dgn status sebagai pelajar terbaik tingkatan ketika itu. Cita2 itu akhirnya tidak lagi menarik jiwaku atas sebab2 tertentu apa bila bersama rakyat glandangan dan pelarian ekonomi dari Felipina dan Indonesia di hutan belantara semasa ikut mencari duit saku menyambung nyawa pengajian ke universiti. Kata hatiku - aku perlu menjadi selain pak doktor. Harus merakyat kata jiwa mudaku yang masih mentah ketika itu.

Dipendekkan cerita, aku tidak menjadi doktor. Setelah mencuba2 1,2 kerja, aku menjadi rakyat kampung sambil menjadi guru. Tapi masih juga "doktor rakyat" yang sesekali pandai mengajak rakyat "teriak" meminta hak-hak mereka. Dan kekadang merawat sakit rakyat, Misalnya 2,3 hari ini, aku menjadi supir kepada sahabatku dari Malang. Beliau mengobatin 7,8 orang rakyat kampung yg benar2 sakit (tak tersembuh oleh pak doktor hospital). Aku enjoy meski hanya supir yang tahu siapa yg sakit dan dimana kampungnya. Barangkali Tuhan kasihan aku ngak jadi "doktor hospital" maka dijadiin aja "doktor rakyat"? "Apa betul begitu, pak "S"?" - nga ada jawapan kerana beliau barusan petang tadi meninggalkan marudu, sedang semalam hujan rahmat membasahi bumi lahirku yang hampir 3 bulan sudah tak ditimpa hujan...
-"Rakyat dikasihi, Pemimpin dirahmati".

3 comments:

DINAKAN said...

Bila ada penyakit, tentu ada ubatnya... bila ada pesakit mestilah ada doktor merawatnya..

Namun, masih ramai lagi masyarakat kita yg tidak tahu tentang adanya rawatan yg bagaimana utk mengubati sakit hati dan perasaan serta sakit tekanan jiwa tinggi.. hehehe..

mungkin, kalau ngam tempatnya... jumpalah ramai para doktor rakyat melalui Klinik SAM...

SEMUANYA ADA.....

Um@r said...

Betul tu tuan Dinakan... sy setuju!

SANGURU said...

"Doktor"nya uda berangkat mas mail. Entah kapan ketemu lagi mas umar. Jika ada yg sakit, mampir ke klinik org kuat SAM - mas Nelson.