SAM

SAM

Followers

Dengarkan Utara.FM - Macam Biasa Juga Bah

Tuesday, March 9, 2010

SIAPA BENAR

Baru-baru ini negara kita digegarkan lagi dengan tindakan seorang demi seorang wakil rakyat keluar parti dalam jarak waktu yang singkat. Tidak lama dulu, negara dikejutkan dengan insiden lompat parti. Lantas, timbullah komentar-komentar hangat daripada pelbagai pihak. Namun, akhirnya yang menerima akibat buruknya adalah rakyat. Mauduk yang ingin saya kongsikan di sini adalah, soal persepsi siapa yang benar. Adakah Parti A atau Parti B. Jika gejala keluar/lompat parti itu berlaku di pihak Parti A, ahli dari parti itu mengutuk tindakan tersebut. Sementara ahli dari Parti B pula mengatakan, tindakan itu baik dan merupakan satu perjuangan. Jika gejala tersebut berlaku pula pada Parti B, situasi yang sama akan terjadi. Ini kerana, masing-masing mempercayai bahawa merekalah di pihak yang benar. Yang lain salah. Lainlah kalau ada ahli/penyokong parti yang seperti musang berbulu tapir ayam.

IKLAN: Barangsiapa (warga Mardudu saja) yang ingin mendapatkan khidmat pra-kaunseling online (informal) secara percuma, bolehlah berbuat demikian melalui blog Revolusi Marudu (REM) di http://revolusimarudu.blogspot.com. Atas semangat 1Kota Marudu, marilah kita saling membantu.

Di dalam bidang psikologi, sistem kepercayaan (belief system)/nilai seperti ini ada disentuh di dalam Teori REBT yang dipelopori oleh Albert Ellis. Ramai kaunselor menggunakan pendekatan teori ini di dalam membantu klien menyelesaikan masalah mereka. Kaedahnya mudah, peranan kaunselor adalah merasionalkan sistem kepercayaan/nilai yang silap tadi. Sebagai contoh (dengan merujuk isu di atas), si kaunselor akan mengeluarkan sistem kepercayaan baru seperti, "Parti yang berjuang kerana Tuhan untuk manusia adalah benar. Selain itu salah." Maknanya di sini, semua parti mempunyai tedensi untuk berada di pihak yang benar, dengan syarat perjuangan itu kerana Tuhan untuk manusia. Maka tidak akan timbul lagi senario saling menyalahkan/membenarkan itu. Semuanya bersandarkan kepada sistem kepercayaan/nilai baru tadi. Ini contoh saja. Tiada kena mengena dengan yang hidup, pengsan atau telah mati.

IKLAN: Barangsiapa (warga Marudu saja)yang ingin mendapatkan khidmat pra-kaunseling online (informal) secara percuma, bolehlah berbuat demikian melalui blog Revolusi Marudu (REM) di http://revolusimarudu.blogspot.com. Atas semangat 1Kota Marudu, marilah kita saling membantu.

Di dalam menghadapi isu keluar/lompat parti, saya serahkan kepada pembaca sekalian untuk menentukan sistem kepercayaan/nilai pembaca sendiri. Sistem itu nanti akan memandu diri anda semua di dalam membuat pilihan samada menyokong Parti A atau Parti B. Apa yang pasti, walau dari parti manapun ia, tindakan keluar/lompat parti tanpa melepaskan jawatan sebagai Ahli Parlimen/ADUN, merupakan satu perbuatan pengecut kurang bertanggungjawab dan boleh dicalonkan sebagai peserta Ratu Pondan negara. Serta ditabalkan menjadi presiden Persatuan Maknyah sedunia. Setuju?

8 comments:

Anonymous said...

lompat atau keluar saya tidak restu walaupun lepaskan jawatan. bikin bazir duit rayat...

well done! ada ummmph...

SANGURU said...

Semoga keadaan bertambah baik dan bukan sebaliknya. Amin

maikong said...

saya tidak setuju saudara Umar..
ahli parlimen/adun yg lompat parti itu..sama ada terpaksa/dipaksa/diugut/dibayar/..saya rasa mereka tidak buat(lompat parti)kerana suka-suka..

maikong said...

jadi siapa benar..mari kita kaji sendiri dan jawab soalan kertas undi nanti..PRU13....

srixon said...

mari kita kasih KAPSIT undi pada PRU13

Um@r said...

Bukan niat mengajar ikan berenang, tapi sekadar menjadikan ikan itu lebih energetik menongkah arus...

Terima kasih semua.

AMAI said...

BN tetap menang bah. walaupun 100 tahun lagi dari sekarang. apa kaki PKR ooo. Hidup PBS, Hidup PBS 10x.

Maya said...

Apa pun alasan, tindakan 'lompat atau keluar Parti' sudah tentu punya sebab munasabah, asasnya tetap sama 'pilihan yang telah diperhalusi dengan waras' dan sudah pasti 'keputusan memilih lompat atau keluar Parti' itu tidak dibuat bersendirian! Lagi pula bukan satu jenayah! Dan pasti ada rasionalnya!

Tanggungjawab??? Barangkali, mereka yaang empunyai diri mendefinisikan 'Lompat atau Keluar Parti' adalah salah satu tanggungjawab yang 'termaktub sama' semasa mengangkat ikrar untuk ditunaikan 'semasa darurat'.

Setuju? Apa salahnya kalau tujuannya untuk mencapai SYURGA ALLAH YANG HAKIKI???