SAM

SAM

Followers

Dengarkan Utara.FM - Macam Biasa Juga Bah

Wednesday, March 31, 2010

Siapa Betul???

Kota Marudu, Sabah: Seorang pemilik kenderaan amat tidak puas hati kerana disaman RM2,000 oleh pihak Jabatan Alam Sekitar pada 23.2.2010 jam 10.45 am atas kesalahan asap kenderaan, bacaan 85.5.





Pemilik telah membuat pemeriksaan di Puspakom Kota Marudu pada hari yang sama 23.2.2010 jam 4.05 pm. Bacaan hanya 29.1.





Persoalan kita sekarang siapa betul? Untuk makluman, kenderaan ini baru berusia kurang 3 tahun. Model green enjin, bahan bakar disel hijau. Komen peribadi saya: pemilik kenderaan menjadi mangsa! Siapa mahu tampil membantu, sila bantu. -"Rakyat dikasihi, Pemimpin dirahmati".

7 comments:

srixon said...

bawa pigi mahkamah saja bah saudara, biar itu Puspakom dan Alam Sekitar bertumbuk

Ismail bin Omar said...

Perlu ada keselarasan piawaian antara JAS dengan PUSPAKOM supaya pengguna seperti kita tidak tertipu dan terpaksa membayar denda yang tidak sepatutnya dikenakan.

SANGURU said...

Secara logiknya salah satu alat atau operator alat itu silap. Siapapun silap membawa implikasi negatif. Pengguna memohon agar kedua belah pihak mengkaji perkara ini dengan kadar segera. Rakyat kesal dengan kepincangan ketara ini!

DINAKAN said...

sy fikir ada kemajuan teknologi canggih pun masih begini. apa kes ni? rugi belanja wang rakyat kalau beli alat yg mcm magic.

kyro said...

aik kereta green enjin pin kena juga pulak aarrr???....adehhh...sia naik karabau sija lah.

Ko bawa ini kes pigi mahkamah kawan mana boleh biar2 itu.Ataupun ko pigi sana Biro Pengaduan Awam di Wisma MAA,Api-Api Centre.Paling tidak pun kasi lapor saana Tribunal Pengguna di Tkt 7,Bangunan KWSP.

Maya said...

o....mesin yang digunakan oleh penyaman/penguat kuasa mungkin rosak bah tu....

kalau berlaku kesilapan dan ada ruang untuk memperbetulkan..... apa tunggu lagi.....aturrrrr

Anonymous said...

bawa tu surat dr puspakom pergi jab.alam sekitar kasih paking tu blkg dia mghadap pej.jab alam sekitar...kasi full blass tu minyak,kasi berasap 1 pejabat,kalo drg marah kasi tunjuk surat tu puspakom...tapi kalau alat puspakom tu tak betul,apa slhnya saman puspakom tu balik..kereta masi baru,green enjin lagi sudah mencemar alam sekitarkah asap dia...tidak msk akal btl tu!!