SAM

SAM

Followers

Dengarkan Utara.FM - Macam Biasa Juga Bah

Monday, March 15, 2010

TAHNIAH!

Kota Marudu, Sabah: SAM mendapati dan menerima maklum balas daripada orang awam bahawa sudah ada peningkatan yang dilakukan oleh pihak yang selama ini ditegur oleh SAM dan diadukan oleh masyarakat. Itulah sebabnya sejak kebelakangan ini SAM kurang menyiarkan isu, berita,aduan rakyat dan sebagainya. Jika diikutkan hati pihak SAM mahu memaparkan yang molek2 sahaja namun apakan daya, selagi ada yang perlu ditegur, perlu dididik, maka SAM perlu berbuat demikian. Sejak kebelakangan ini pula, banyak pihak mulai sedar kekuatan NGO termasuk SAM. Ada yang mahu libatkan NGO dalam aktiviti mereka. Sebagai badan bebas bukan kerajaan, NGO sentiasa bebas memilih, mahu terlibat atau tidak, kerana setiap NGO ada objektif dan ada takwim aktivitinya sendiri. Tahniah kepada semua - pemimpin, agensi kerajaan, NGO dan orang perseorangan yang kian aktif dan prihatin. Semoga Kota Marudu bertambah makmur dan maju. Jalan terus, usah mundar-mandir, jangan pusing keliling, elakkan miring-miring, kurangkan politiking...sebaliknya "big think"... (Sanguru: orang NGO) - Posted using BlogPress from my iPhone

17 comments:

AMAI said...

SEBENARNYA BUKAN KERANA SAM, DAN SAM TIDAK PENTING KERANA PERJUANGAN SAM SEBENARNYA ATAS TIKET KEPENTINGAN PERIBADI. SEMEMANGNYA KERAJAAN SENTIASA MEMIKIRKAN USAHA YG BOLEH MENINGKATKAN PEMBANGUNAN KEMAJUAN RAKYAT UMUM SECARA BERTERUSAN TANPA ADA TITIK NOKTA. TAK PERLULAH SANGURU MENGAKU BAHAWA SETIAP USAHA KERAJANN UNTUK KESENANGAN RAKYAT DI KM INI ADALAH HASIL USAHA SANGURU... BIKIN KETAWA BETUL HE.HE.HE.HE 10X. ANGAN-ANGAN MENJADI YB KOHUULAW NOPO.

rumandawa said...

Tdak payahlah bah bagi tau disini yang tuan sanggaru pakai iPhone. Cari lah topik yang lebih berunsur informatif yang boleh memperbaiki mutu kerja PBT. Paparkan la tempat2 yang menarik di Kota Marudu. Ini secara tidak langsung akan menarik ramai orang untuk berkunjung ke KM. Ini cerita yang bukan2 pula. DAP lah. Aku sudah tua la. Leks la tuan. Entri sebegini lebih berunsur kepentingan peribadi. Kan HMM ada..hex10. Minta maap kie tuan.

Um@r said...

Ke Pekan Goshen bersama kawan
Pergi membeli sebatang tebu
Memang begitu tabiat lawan*
Sabar Sanguru, terus maju

*amai, rumandawa dll

SANGURU said...

Kepada sesiapa yang berkenaan,
Terlebih dahulu saya memohon maaf jika sekiranya tulisan saya dan rakan2 selama ini menguris perasaan atau mengugat kepentingan. Seperti biasa saya memaafkan dengan jawapan seperti berikut:
1. Apa pernah secara total saya mengatakan semua atas usaha saya/SAM? SAM hanyalah antara agen kecil perubahan dlm masyarakat KM.
2. Apakah ada media alternatif di KM ini sebelum SAM yg memaparkan hal ehwal kemasyarakatan, yg turut mengetengahkan permasalahan individy kecil/rakyat, yg kemudiannya diambil tindakan segera oleh pihak yg berkenaan?
Memang ada yg buat bising yakni golongan parti pembangkang namun ianya bermusim. Dan saya bukan pembangkang yg sedemikian.
3. Sdr mengatakan saya kemaruk jadi "yb"? Saya atau org2 spt sdr? Jgn risau sdr, saya tidak kemaruk itu semua. Silakan! Rebutlah dunia ini sepuas2nya.
4. Tentang "DAP" itu bukan parti DAP. Itu "dari anjung pinang". Tahu kenapa saya menjauh dan memilih anjung pinang d rumah saya? - kerana sedaya upaya saya mahu menjauhkan diri. Kalau ikutkan hati, saya x mahu lagi menulis tapi saya memutuskan untuk menulis demi kebaikan ramai. Bukannya menjaga kepentingan org sedikit.
5. Benar kata sdr, bnyk isu lain. Ya, klu benar nak korek masalah, bnyk kebobrokan. Tapi sudah saya katakan, saya semakin hilang ghairah utk memaparkan. Memadailah secara sindiran dgn harapan yg berkenaan berubah dimasa hadapan. Sy yakin, yg berkenaan ada membaca SAM. Nah, bukankah ini namanya "pengkritik/pendidik yg berhati perut"?
6. Ttg "iphone" yg sdr besar2kan, tahukah sdr bhw saya pun hairan. Ia timbul secara automatik. Bkn sy yg menaipnya. Sy bru memiliki iphone ni bbrapa minggu dan belum mahir/belum terokai.
Harap penjelasan ini dapat merungkai kekeliruan. Saya tidak mampu mengubah persepsi. Hanya mampu memberi jawapan. Sy jg x mampu menghalang kutukan, hanya memberi peringatan: "fikir dulu...berbaik sangka..."

Anonymous said...

Sanguru teruskan menulis utk kebaikan....Paparkan fenomena sawah padi yg kering kontang d kawasan Tandek dan sekitar KM mungkin ada yg bole bertindak dgn lambat

Anonymous said...

saya sokong sanguru. sebab selalu membuka mata pihak2 tertentu mengenai di KM ni. tapi orang lain selalu salah sangka. hemmm...

kepada amai dan rumandawa: kerja kamu cuma membangkang saja tapi tidak pun menyumbang kepada apa2 di KM ni. dan kamu suka fikir negatif saja. cuba belajar bersikap positif skit. XD


apa pun suka baca kalau ada aduan2 rakyat dipaparkan di sini. hehehe

SANGURU said...

X pa. Mereka tak tahu atau kurang mengerti.

Anonymous said...

sy pun heran sama dorang tu... Tuan sanguru pakai iPhone pun dorang tak senang hati.

nampak sangat otak kuning. hahahha

SANGURU said...

"aku sudah tua" - niat dihatiku bkn kepentingan diri. Ni artikel bertema pendidikan. Dan utk tujuan itu, sy mrmilih diri saya utk dijadikan tua. Tentu tidak manis kalau saya kata "si anu sudah tua"!
Sudah kukatakan, dlm SAM ada mcm2 termasuk pendidikan jiwa. Apakah org Kota Marudu yg termiskin di Msia ini sudah cukup kaya jiwanya sehingga tidak perlu dibetulkan mana yg perlu!
Kami di SAM tidak mahu menjadikan SAM tempat lambakan isu, fitnah, kutuk maki seperti media lain, ataukah bangsaku ini hanya suka berperang politik, kutuk mengutuk, dan seumpama dgnnya?
Saya sedar, ada pihak yg cukup takut dgn SAM kerana SAM mahu "mencelikkan akal dan membesarkan jiwa". golongan ini mahu mengekalkan status quo masyarakat agar jahil, jumud, pengecut, peminta sedekah dan terjajah.
Bila saya kata begini, saya bkn bercakap ttg politik. Saya hanya mahu melihat bangsaku, rakyat marhain, masyarakatku lebih bijak. Terserah mereka bangun dan membuat pilihan. Terserah pada kalian (org2 politik dari parti apa pun) untuk meraih sokongan. Saya yakin betul, masyarakat yg beratitud betul, akan membuat pilihan betul.
Nah, apskah kalian masih menganggap saya musuh atau saingan? Seharusnya kalian para politikus bahkan pemimpin berterima kasih kerana ada segolongan anak2 marudu yg berfungsi seperti kalian juga - membangun rakyat. Golongan ini bukan sekadar menulis dan bersuara tetapi juga masuk kampung membantu yg susah dari dana kami sendiri.
Mengapa memusuhi org seperti saya sedangkan niat hampir sama, Cuma saja kita di medium berbeza. Kalian di dalam parti yg gah manakala saya memilih cara begini.
apakah jika saya menhinakan diri saya menjadi kuda tunggangan kalian barulah kalian bergembira?! - Jangan mengharap org seperti aku mahu diperkudakan.

Anonymous said...

semoga KM akan menjadi daerah yang kaya, aman dan makmur.

DINAKAN said...

Amai dan Rumandawa..
paparan yg terdapat dlm entry SAM ini sebenarnya semuanya bersifat normal. Walau bagaimanapun, setiap pandangan pembaca adalah berbeza dan mungkin dipengaruhi oleh keadaan semasa pembaca atau pengunjung SAM tersebut.

Apapun, pihak SAM sentiasa terbuka utk semua pandangan, kritikan atau ulasan diberikan. Ini kerana, SAM akan sentiasa memperbaiki setiap kelemahan yg ada berdasarkan ulasan yg dilontarkan dari masa ke semasa.

tentang entry sanguru sebenarnya berhubung kait dgn persekitaran dan keadaan semasa, namun diungkapkan melalui kiasan samada DAP atau lain-lain ungkapan yg mungkin kurang menyenangkan pihak berkenaan. So.. hakikatnya, adalah lebih baik diutarakan seperti itu berbanding 'direct to the point' yg mungkin mengaibkan org lain.

ttg iPhone tu, sebenarnya mmg seperti itu akan timbul jika dihubung dgn talian internet. Mungkin contoh paling dekat lagi ialah 'facebook', apabila kita mendaftar no. telefon bagi memudahcara melayarinya atau memasukkan entry@komen, secara tidak langsung via h/p akan dipaparkan.

DINAKAN said...

tentang perjuangan SAM, sebenarnya SAM bukanlah memperjuangkan sesuatu pembaharuan atau teguran sesuatu isu. Namun, SAM sebanarnya MEMBANTU memperjuangkan isu-isu semasa masyarakat dan merupakan sebuah badan bebas atau NGO yang bermaksud berkecuali samada bersama kerajaan atau pembangkang.

Org yg berhak memperjuangkan sebenarnya adalah wakil rakyat yg dipilih rakyat dan buat masa ini, SAM merupakan media alternatif bebas darisegi media baru Kota Marudu yg MEMBANTU Memperjuangkan dan bukan MEMPERJUANGKAN, kerana yg brtanggungjwb memperjuangkannya di Dewan Undangan atau Parlimen ialah wakil rakyat.

Tompinai said...

Sabar tuan..

kepada yg semua pembaca, SAM wujud kerana melihat kepada keperluan untuk menyampaikan permasalah atau idea2 secara terus dan berhemah. Kalau mahu bongkar semuanya, boleh tapi ia akan lebih banyak mendatangkan kerisauan dan keaiban. Jadi biarla SAM tegur saja dulu untuk kebaikan..lepas tu bila tiada juga berubahan barula kita tegur keras...salam

Anonymous said...

siapa c rumandawa tu?? ketara la bah dia entah apa2.

orang pakai iPhone pun dia heran. hellooo.. ni zaman moden ok..

via iPhone tu secara automatic keluar kalau pakai iPhone bah.

hahahahahhaha.. memalukan diri sendiri saja. lepas ni beli iPhone. hhahaha

jgn marah kiee. :D

ILLIE said...

jalan teruss tuan..
bukan inda biasa dengan komen2 macam ini..lagipun kawan2 juga baitu..singaja diurang kasi panas keadaan dan suka tingu suasana kalang kabut sini SAM..

Maya said...

Aiman tak kidah siapa gerangan AMAI dan RUMANDAWA............

Aiman tak kisah sangat 'bisa' komen mereka berdua........

Sebabnya.......ruang maya SAM ni dah berbudi dengan mereka berdua kerana dengan murah hati memaparkan tulisan 'jenaka' mereka berdua untuk dirasa semua pembaca...

mrazman69 said...

Betul tu Maya..buat pa dilayan komen org2 yang sebegitu..buang masa saja..c AMAI dan RUMANDAWA tu takut SAM ni menjadi popular dan boleh menggugat populariti pihak2 yang tertentu. Kata orang Sapa makan lada dia yang rasa pedasnya,barangkali mereka berdua tu dah termakan lada SAM terutama lada Tuan Sanguru..hahaha. Lada SAM ni ngam dihidang untuk orang2 seperti AMAI dan RUMANDAWA serta org2 yg sejenis dengannya. Skurang2nya terbuka juga mata minda diorang ni. Apapun, Sabar ja la SAM dan Tuan Sanguru. Saya sokong 100% perjuangan kalian.