SAM

SAM

Followers

Dengarkan Utara.FM - Macam Biasa Juga Bah

Friday, April 30, 2010

PESTA KAAMATAN MOSOLOG

TEMA: "MITATABANG OM PI'ANDAMAN SID KOWOSION DO KOMELENGAN"
TARIKH: 01-02 MEI 2010
TEMPAT: DEWAN KG.MOSOLOG, KOTA MARUDU.
MASA: JAM 7.00 PGI HINGGA 11.00 MLM.
(Sepanjang program,para tetamu/hadirin akan diberi soalan "sundait"(teka-teki) dan mana2 yg dapat memberi jawapan tepat akan mendapat hadiah).
PROGRAM
HARI PERTAMA (01/05/2010) SABTU
2.00 petang - Pertandingan Lumba basikal dari kg. Tingkalanon ke Kg. Mosolog.
- Lumba Motosikal ( Padang Kg.Mosolog-variasi baru).
- Sukan Rakyat.
HARI KEDUA ( 02/05/2010) AHAD
7.00 pagi - ketibaan orang ramai.
- ketibaan dif-dif jemputan dan VVIP.
- Sukan rakyat/Sukan tradisional.
(Tarik tali, bowling kelapa, ikat kaki berpasangan dan banyak lagi)
8.00 pagi - Saringan Sungandoi (Terbuka Tandek).
- Gusti Tangan ( Terbuka Tandek).
- "Badang Tandek" (orang Kuat Tandek).
- Pertandingan Tarik Tali antara Kampung N.5 Tandek.
- Pertandingan mewarna kanak-kanak
( Tema: Suasana Tadau Kaamatan).
- Pertandingan Tarik Tali Kanak-kanak.
11.00 pagi - Pertandingan " Pinakang Berdansa".
( Penyertaan dari kampung-kampung N.5 Tandek dialu-alukan).
12.40 tghari - Makan bersama.
( makanan tradisi kimaragang era 60-80an).
2.00 ptg - Pertandingan "unduk ngadau"( Terbuka).
3.00 ptg - Ketibaan YB Puan Anita Baranting Adun N.5 Tandek.
- Ucapan alu-aluan Pengerusi Penganjur.
- Ucapan Perasmian YB Puan Anita Baranting, Adun N.5 Tandek.
4.00 ptg - Pertandingan Tarik Tali ( Akhir ).
- Pertandingan Badang Tandek ( Akhir).
7.00 Mlm - Pertandingan Sungandoi ( Akhir ).
11.00 mlm - Majlis dijangka tamat.
Pegawai Perhubungan: En. Jeson Majimal ( 014-8650220 ).

Thursday, April 29, 2010

PIBG Penjana Kemenjadian Murid Kita













Tandek, Kota Marudu, Khamis: Mesyuarat Agung PIBG SMK Tandek sedang berlangsung di Dewan Utama SMK Tandek dan dirasmikan oleh YB. Anita Baranting. Dalam ucapan alu-aluan En. Keng, Pengetua SMKT beliau amat menghargai peranan PIBG. Manakala En. Jeleson Masantun, YDP PIBG pula menyeru ibu-bapa lebih prihatin kepada perkembangan anak-anak. Sementara itu, YB Anita mengingatkan masyarakat agar peka dengan pendidikan. Beliau juga mengiktiraf peranan PIBG sebagai rakan sekolah yang perlu proaktif menjana kemajuan warga pelajar. Lebih kurang 400 guru dan Ibu- bapa hadir dalam AGM kali ini. Majlis diserikan lagi dengan gerai jualan hasil masakan pelajar dan persembahan kebudayaan oleh pelajar. -"Rakyat dikasihi, Pemimpin dirahmati".

Monday, April 26, 2010

TOKEK OH TOKEK

Sana sini orang cerita pasal tokek.Ada orang kata tokek mahal harganya 300gm boleh mencecah rm20 ribu.Ada pula kata 1kg antara rm7 ribu hingga rm8 ribu.Mana satu betul saya tak tahu.Yang pasti bila saya balik kampung Tandek dihujung minggu sudah tidak kedengaran lagi bunyi tokek. Kalau dulu selang beberapa minit akan kedengaran bunyi tokek didapur rumah kemudian diikuti dengan bunyi tokek diatas pokok kelapa.....kini senyap sunyi.Yang kedengaran hanyalah bunyi cicak.Kononnya tokek hari ini sangat laris dipasaran.Kononnya tokek ini akan diekspot ke Indonesia untuk dijadikan ubat.Kononnya hempedu tokek ini boleh merawat HIV.Wallahu alam.Sejauh mana kebenarannya saya tak tahu yang pasti DEMAM TOKEK sedang melanda.Kata tukang kebun saya ada orang di Kota Marudu yang aktif memelihara tokek.Hmmm....satu usaha yang baik.Kalaulah betul harga tokek itu begitu mahal maka beruntunglah usahawan tokek itu.Tapi bagi saya usaha memelihara tokek ini wajar dan patut.Malah pihak zoo negara sepatutnya memelihara tokek dan mengkaji perihal tokek ini sebelum ia pupus.Kasihan generasi akan datang tidak berpeluang melihat rupa bentuk sebenar tokek.Jangan kata generasi akan datang,tanak wagu hari ini pun tidak mengenali tokek.Maka memang sangat wajar tokek dipulihara.Krrr.....TOKEKKKK......UNTUNGGGGG!!!!

Friday, April 23, 2010

Tazkirah Diri (Edisi Bajau)

Assalamualaikum,

Bismillah, setemu lagi kiti diom ruangan tazkirah sempena elau Jumaat yang mulia tu. Somo-somo kiti syukur ta Allah, sebab kerana Iyo kiti elau tu buli lagi narik nafas, sihat, buli memia rezeki, ko buli ngenda alam ciptaan ni.

Kiti tu jomo Islam, seharusni dekau' atai, dekau' semangat mempertahankan agama Islam. Dong sampai, agama ti petenob. Somo-somo kiti maju, diom erti kata maju diom segi pembangunan ko maju dari segi akhlak ti. Dong kiti mikir untuk maju ta' dunia tu jo, sebab kiti elum hanya sementara. Nyaun yang kekal melainkan Allah S. W. T. Hakikat matai adalah dekau' kemestian bagi semimon makhluk. Maka atas dasar eh no kiti mesti un kesedaran, agar kiti berusaha muat kelapan seiko mungkin ta' dunia tu, mudah-mudahan amun teko elau penghisaban ti kang, un pan amalan alap bo-bo ti.

Sebagai jomo Islam, kiti seharus ni jadi contoh yang alap ta' banga agama lain. Dong kiti melanggar iyen perintah agama. Alap ko raat semimon kiniro. Gibang kuanan un malaikat ngejogo amalan ti. Kiti kadang selalu lupo atas balasan Tuhan. Syaitan selalu ngasut/mempengaruh manusia supaya muat keraatan. Musuh-musuh Islam betiru cukup iko. Macam-macam cara gai melabu' maruah jomo Islam. Moto ti selalu kito perbuatan yang nyia senonoh. Sadar no kiti semimon. Enda' ti dinakan ti, anak-anak ti ko se'-se' ti. Pien cara gai berpakaian, iyen kakan gai, pinggo gai lumaan ko' pien amalan gai?

Sempena ta' elau Jumaat yang mulia tu, somo-somo no kiti insaf atas iyen kerataan yang pernah buat ti. Sesungguh ni bua' luang taubat eh masih terbuka. Masih buli lagi kiti mula elum bau yang lebih beriman. Somo-somo kiti belajar beserita tentang kealapan. Dong kiti fitnah-memfitnah sesomo kiti, dong kiti unpat-mengumpat sesomo kiti. Taat no ta' suruhanNi. Petio ti semimon yang nilarang olehNi. Sesungguhni Allah S.W.T. maha pengampun ta semimon kesalahan hamba-hamba ni. Tazkirah ringkas tu pedau ku ta' diriku yang lemah tu. Nyiaun maksud beserita pasal kebuukan jomo lain. Mudah-mudahan Allah S.W.T. muan rahmat ko' rezki ta' kiti semimon.. Amin.....

JAWAPAN LIPUTAN SIDANG DUN SABAH UNTUK KOTA MARUDU

Syabas dan tahniah kepada beberapa soalan yang telah dikemukakan YB Pn. Anita Baranting (DUN Tandek) dalam mengemukakan hujah sempena ucapan penggulungan Sidang DUN yang baru selesai.

Liputan utama yang mendapat fokus adalah berkenaan Hospital Kota Marudu, yang mana Jabatan Kesihatan Negeri Sabah telah merancang menaik taraf Hospital Kota Marudu kepada Hospital Pakar Kota Marudu dan menjadi Hospital Besar di Utara Sabah dalam Rancangan Malaysia Ke-10. Antara Kriteria yang telah dibuat adalah, Kota Marudu terletak dipertengahan Utara Sabah, merupakan pusat rujuk kesihatan masa kini dan berpotensi menjadi pusat rawatan lanjut pada masa depan bagi para pesakit Utara Sabah.

Jawapan ini adalah amat bertepatan sekali apabila wujudnya perancangan jangka panjang Kerajaan Negeri yang diselia oleh Pembantu Menteri Kepada Ketua Menteri, Datuk Edward Khoo.

Selain itu, Sub Sektor Malaria juga akan diwujudkan di Kampung Sonsogon Magandai pada tahun ini bagi membendung meningkatnya penyakit malaria.

Friday, April 16, 2010

Tazkirah Diri.

Bersempena dengan hari jumaat yang mulia ini. Marilah kita bersama-sama merafakkan kesyukuran dan keampunan kepada Allah s.w.t. di atas segala nikmat yang telah kita perolehi dariNya. Saban hari silih berganti dan berlalu meninggalkan kita. Masa lalu sudah pasti tidak kembali sebagaimana teka-teki Imam Al-Ghazali "yang paling jauh dengan kita jawapannya masa lalu". Yang berlalu biarkan berlalu. Namun kiranya yang berlalu itu merupakan dosa-dosa yang pernah kita lakukan, maka segeralah memohon keampunan dan bertaubat kepada Allah. Sesungguhnya pintu taubat itu masih terbuka.

Hari ini, kalau kita lihat persekitaran kita sudah terlalu banyak yang merosakkan. Merosakkan pada ertikata akhlak kita sebagai umat Islam. Kemajuan sains dan teknologi pada masa kini menyebabkan saluran maklumat dapat dihantar dengan lebih pantas. Namun, adakah yang diperoleh itu adalah maklumat-maklumat yang betul ataupun yang bercanggah dengan amalan Islam. Maka atas dasar itu, marilah kita menggunakan sains dan teknologi ini untuk menghasilkan maklumat yang berunsur positif dan tidak lari dari suruhan agama yakni mencegah yang munkar dan menyeru kepada kebaikan.

Tidak ada makhluk yang mahu kepada yang tidak baik. Kita sebagai manusia khususnya, sudah barang pasti, menginginkan sesuatu yang memberi kebaikan kepada kehidupan kita. Kesabaran adalah kunci kepada nafsu yang memberontak. Seperti mana teka-teki imam Al-ghazali yang seterusnya "Apakah yang paling besar di dunia ini" maka jawapan yang diberikan oleh Imam Ghazali ialah Nafsu. Nafsu adalah faktor kepada berlakunya perkara yang tidak bermoral pada masa kini. Ketiadaan kesabaran dalam diri menyebabkan nafsu bermaharajalela dalam diri seseorang. Oleh itu, banyakkan istigfar, zikir dan selawat keatas Junjungan Besar Nabi Muhamad S.A.W. agar nafsu tidak menguasai diri. Bak kata ilmuan Islam abar itu sebahagian daripada iman.

Akhirnya, saya ingin mengupas sedikit tentang tanggapan atau sangkaan terhadap orang lain. Kehidupan bermasyarakat perlu ada tolak ansur, tolong menolong dan bersatu hati. Sekiranya ada di kalangan kita yang mempunyai sikap suka bersangka buruk dan pentingkan diri maka sesuatu kawsan itu akan selalu tidak aman. Janganlah kita, suka bersangka buruk kepada seseorang walaupun kita kenal dia pernah melakukan kesalahan satu ketika dahulu, mana tahu kini dia sudah beruba kepada yang baik. Apa yang baik yang pernah kita lakukan satu masa dahulu adalah tidak penting untuk kita ingat semula, yang penting untuk kita ingat ialah perbuatan yang tidak baik samada sengaja atau tidak yang pernah kita lakukan satu masa lalu. Allah maha pengasih lagi maha penyayang keatas setiap hambanya.

Kita semua sama-sama hamba Allah. Cuma bezanya keimanan dan ketakwaan kita kepada Allah. Artikel tulisan saya pada hari ini, tidak menasihati siapa-siapa terlebih dahulu melainkan diri saya sendiri, dan diharap berguna untuk kita semua. Sama-sama kita meningkatkan keimanan dan ketaqwaan kita kepada Allah. Semoga membuka pintu rezki dan rahmat untuk kita semua. Semoga hari jumaat yang mulia ini dapat memberikan kita kesedaran dan keinsafan terhadap dosa-dosa lalu yang pernah kita lakukan pada masa lalu. Sama-samalah kita bermaaf-maafan sesama kita. Sebelum mengakhiri artikel Tazkirah Diri pada hari ini saya tinggalkan diri aya dan anda pesanan merangkap nasihat berguna untuk kita semua:-

Manusia hari ini suka bersangka-sangka Ada sangkaan baik...Ada sangkaan buruk Orang beribadah, disangka riak Orang yang relax, disangka malas Orang yang pakai baju baru, disangka menunjuk Orang yang pakai baju buruk disangka zuhud (hina) Orang makan banyak disangka pelahap Orang makan sikit disangka kedekut Orang baik, disangka buruk Orang buruk, disangka baik Orang senyum, disangka mengejek Orang masam, disangka merajuk Orang bermuzakarah, disangka mengumpat Orang diam, disangka sombong Orang menawan, disangka pakai susuk Orang nampak ceria, disangka membela Mana tahu?? yang diam itu kerana berzikir kepada Allah Mana tahu?? yang senyum itu kerana bersedekah Mana tahu?? yang masam itu kerana mengenangkan dosa Mana tahu?? yang menawan itu kerana bersih hati dan mindanya Mana tahu?? yang ceria itu kerana cergas cerdasnya Jauhi sikap suka bersangka-sangka buruk kerana ia bakal memusnahkan ukhwah (ikatan persaudaraan) seperti musnah nya kayu dimakan api… Satu benda yang kita lihat, macam-macam kesimpulan yang boleh kita buat. Semuanya bergantung bagaimana kita melihatnya. “Tegakkan Islam dalam diri kamu.. nescaya Islam akan tertegak diatas bumi kamu” Imam Al-Syahid Hassan Al- Banna.

Wednesday, April 14, 2010

Aura : ISI MARUDU (BHG 8-MAKA BERSEDIALAH BULAN MEI INI)

Aura kali ini tidak memaparkan isu panas, namun untuk memaklumkan kepada semua Pengunjung SAM bahawa, SAM dalam proses menstrukturkan semula peranannya dalam bersuara atau ertikata lain mewakili suara masyarakat Kota Marudu dan Utara Sabah umumnya.

Penambahbaikan ini adalah berdasarkan 'TRANSFORMASI' bertunjangkan CEPAT, TEPAT DAN BENAR.

Aura telah mula memainkan peranan dalam membantu membincangkan kepelbagaian isu dalam SAM, dan pemerhatian ini telah diambil positif melalui perbincangan dengan beberapa agensi agar setiap aduan atau paparan diambil tindakan melalui konsep bermula dari bawah.

Setiap isu akan mula dibongkar sekiranya didapati menyeleweng bersama beberapa badan demi memajukan Masyarakat dan Daerah Kota Marudu menjelang Mei 2010. Peringatan kepada semua, bekerjalah dengan baik dan utamakan kualiti kerja serta berikan perkhidmatan terbaik kepada semua lapisan masyarakat.

Tuesday, April 13, 2010

Burung & Sangkar

Apabila kita berbicara pasal burung dan sangkar, kita akan berhadapan dengan tiga golongan manusia. Pertama, golongan yang lebih mementingkan burung daripada sangkarnya. Kedua, golongan yang mementingkan sangkar daripada burungnya. Dan ketiga, golongan yang mementingkan kedua-duanya.

Saya melihat, jumhur manusia sekarang (mungkin termasuk diri penulis) meletakkan diri mereka di dalam golongan kedua. Yakni lebih mementingkan sangkar daripada burungnya. Golongan ini bersedia bekerja bermati-matian bagi memastikan sangkar mereka hebat, biarpun burung di dalamnya kurus kering dan berpenyakit.

Golongan ini juga sanggup membina sangkar daripada berlian bersalut emas, beralas sutera dan dihias dengan menggunakan perhiasan termahal di dunia. Malangnya, pemerkasaan sangkar tersebut tidak seiring dengan momentum perkembangan burung di dalamnya. Akhirnya sangkar yang mempesona itu menjadi keranda berpuaka kepada burung tersebut.

Jika situasi di atas terus mengakar di dalam diri anak-anak Marudu khasnya dan rakyat Malaysia amnya, saya fikir usah bermimpi membuat atau melihat perubahan yang sejati. Kerana burung itu adalah perumpamaan bagi roh, sementara sangkar adalah jasadnya.

Mana mungkin seseorang itu bisa melakukan atau menerima perubahan jikalau rohnya sedang terlantar kesakitan yang amat. Akhirulkalam, bagi memperkasa dan mengangkasa Permata Bangsa, satu gerakan untuk menghidupkan merawat roh-roh yang telah mati sedang sakit harus dituntaskan!

Monday, April 12, 2010

Sayang fasiliti klinik Tandek...




(keadaan lenggang sebuah restoran di Pekan Tandek. Mungkinkah lebih ramai pekan ini jika klinik kesihatan diakses pesakit luar Kota Marudu?) Model klinik sebesar ini terhad. Bertuah orang Kota Marudu. Sayangnya hanya sedikit yang akses. Saya cadangkan semua pesakit luar diwajibkan ke sini. Sudah kena masanya kerana pertambahan pesakit luar di Hospital Daerah menyebabkan kesesakan, ketidakselesaan, kelewatan akses rawatan, dan sebagainya. Kepada masyarakat, sambut baiklah saranan ini. Kita tidak akan rugi. Selesa, pantas. Kos pengangkutan hampir sama saja jika pergi ke Hospital Daerah di Lotong. Disana, pesakit luar bersesak dan terpaksa tunggu sampai petang. Di klinik ini, kemudahannya lebih baik, berhawa dingin, kerusi selesa, luas, cepat dan juga punya pegawai perubatan (doktor). Kepada pemimpin, take note saranan ini. Secara tidak langsung, kedatangan pesakit luar akan mengerakkan ekonomi di pekan Tandek yg ibarat hidup segan mati tak mahu...(melainkan kalau kalian tidak mahu pekan Tandek jadi begitu...)



CINTA...

Sebut pasal cinta, saya teringat kata2 seorang pak ustaz; "kerana cintaNya, Dia untukkan 5 waktu untuk kita bertemu"... Menarik. Dan boleh diadaptasi oleh warga pemimpin. Pemimpin peringkat manapun; pengerusi JKKK, ketua kampung, pemaju mukim, PKR (maksudku - pemimpin kemajuan rakyat), YB, MP dan yang lebih atas2. - sesuai dgn konsep yg begitu populerrr sekarang - Rakyat Didahulukan... Cinta senang diucapkan. Sedap didengar. Tapi bisa memakan diri pengucapnya jika ternyata hanya permainan lidah. Maafkan SAM terutama saya sendiri kalau sepertinya mengajar itik berenang. Sekadar mengingatkan kalau-kalau lupa; "peruntukkanlah sedikit waktu untuk bersama rakyat jelata. 5 waktu tiap hari tentu payah, bagaimana kalau sekali sebulan?..." Jangan sampai jadi momokan; " waktu kempen baru nampak muka...". Sdr/i/tuan/puan/datuk/datin/DS,...tidak rugi "take noted" saranan ini kerana yang untung bukan saya. Yang untung adalah sahabat saya - rakyat dan anda. (Mohon kemaafan jika terguris rasa. Saya hanya tau jalan teruss...).


-jangan sampai maggi rakyat sudah kembanggg...

Wednesday, April 7, 2010

Aura : ISI MARUDU (BHG 7-ALAHAI.. LA NASIB JALAN KB-KM)

Bila Anda melalui jalan KB-KM, ramai orang perasan tentang jalan tersebut perlu dibaiki atau di turap semula atau di naik taraf kepada lebuh raya. Siapa sahaja yang berkunjung ke Kota Marudu pasti akan mengeluh laksana 'beralun, berombak seperti dalam sampan', malah YB, Menteri atau Pengarah-Pengarah Jabatan Kerajaan pun sama merasai. Tetapi mengapa isu ini dibiarkan sehingga kini? Alahai la.. beginilah nasib jalan KB-KM walaupun telah beberapa kali paparan dan tindakan cuma membaiki cerun-cerun bukit dan jalan yang runtuh sahaja.

Jika kita lihat di Semananjung Malaysia 6 Lebuhraya baru dibina. Antaranya, Lebuhraya Lembah Klang Selatan (SKVE) 51KM, Lebuhraya Pantai Timur Fasa 2 (LPT2) 169KM, Lebuhraya Penyuraian Timur Johor Bahru (EDL) 81KM, Lebuhraya KL-Kuala Selangor (KLKS) 31KM, Lebuhraya Kemuning-Shah Alam (LKSA) 2.5KM dan Lebuhraya Senai-Desaru (SDE) 27.6KM.

Mungkin tidak salah dikatakan apabila kita minta pindahkan sebahagian peruntukan di Semananjung ke Kota Marudu, yang mana wakil rakyat Kota Marudu dan Kota Belud mungkin boleh membincangkannya agar matlamat 'Rakyat Didahulukan, Pencapaian Diutamakan' akan tercapai.

Walau bagaimanapun, kebanggaan kita sebagai warga Kota Marudu masih ada apabila siapnya projek jalan Kota Marudu-Ranau kelak yang mana perbelanjaan projek tersebut sebenarnya adalah bernilai RM310,000,000.00 ketika diluluskan oleh Kementerian Kerjaraya Malaysia semasa Y.B Dato' Seri S. Samy Vellu sebagai menteri dan penerajunya pada 16 Mac 2007. Syabas dan terima kasih Y.B Dato' Seri atas keprihatinan untuk membawa perubahan yang cemerlang. Justeru, semoga kontraktor dilantik akan melaksanakan kerja-kerja yang terbaik dan setimpal dengan nilai projek tersebut.

Monday, April 5, 2010

Salam Perpaduan

Hi salam semua.....apa khabar? Terlalu lama saya tinggalkan blog ini kerana kesuntukan masa. Terlalu banyak tugasan yang perlu dibereskan.Namun hati ini tidak pernah melupakan rakan bloggers terutama SAM yang sangat disayangi.Bila membaca artikel Sangguru berkaitan perpaduan saya terpanggil pula untuk mencoret sama. Mencoret tak apa jangan mencarut.Hahaha.

Bercakap tentang perpaduan...saya rasa Malaysia adalah negara yang paling aman bersatu padu walaupun dihuni oleh pelbagai bangsa, suku kaum dan agama.Walaupun pernah berlaku rusuhan kaum pada 13 Mei 1969 peristiwa itu hanyalah satu kes yang boleh dianggap terpinggir dan hanya melibatkan sebilangan kecil rakyat yang extreme sedangkan rakyat di negeri-negeri lain langsung tidak terlibat.

Di Sabah contohnya sejak sebelum merdeka sehinggalah ke hari ini tidak pernah berlaku sebarang rusuhan kaum.Malah penduduk Sabah yang berbilang suku ini sentiasa menghormati antara satu sama lain.Perbezaan agama dan adat resam tidak menjadi penghalang malah mereka mampu berkomunikasi dengan baik walaupun setiap suku mempunyai loghat dan dialek masing-masing.Sedar tak sedar semua suku kaum di Sabah mendaulatkan Bahasa Melayu sebagai bahasa perantaraan untuk berkomunikasi disamping bahasa ibunda masing-masing hingga ujudlah bahasa-bahasa pasar yang agak lucu.

Jangan hairan kalau berjumpa dengan orang Cina di Sabah yang mahir berbahasa Bajau atau orang Kadazan yang mahir berbahasa Cina atau orang Dusun yang langsung tidak tahu berbahasa Dusun kerana telah dibiasakan berbahasa Melayu dirumah.Dan jangan pula terkejut bila melihat orang melayu menumpang berniaga makanan melayu seperti soto,rojak atau nasi campur didalam kedai milik orang Cina....melayu jual makanan cina jual minuman dalam satu premis.Simbiosis. Kerjasama.Bantu membantu.Atau dalam bahasa mudahnya sama-sama cari makan.Hasilnya ramai juga orang-orang melayu di Sabah kini yang mampu menyewa sebuah kedai dan tak perlu lagi menumpang dikedai cina.

Menurut seorang teman saya di Kelantan keadaannya sama seperti di Sabah.Orang melayu dan Cina bersahabat baik.Malah masjid didirikan bersebelahan dengan tokong cina.Malah kata teman saya itu lagi diwaktu-waktu tertentu seperti waktu solat jumaat misalnya, ketika ramai jemaah berpusu-pusu untuk mengambil wudhu, penjaga tokong akan membenarkan para jemaah untuk berwudhu menggunakan air paip di tokong.Samada benar atau tidak, yang penting perpaduan.

Thursday, April 1, 2010

Hari Malaysia atau Hari Perpaduan?

Cadangan Pengerusi Lembaga Pemegang Amanah Yayasan 1Malaysia, Dr Chandra Muzafar, untuk menjadikan 16 September sebagai Hari Perpaduan agak menarik perhatian umum termasuk orang Kota Marudu...


Timbul soalan secara refleks di minda dan di hati saya; apakah ini bermaksud bahawa Hari Malaysia akan "digelapkan" sedangkan hari "siang" itulah yang menjadikan negara ini lebih besar ( jika bukan 16 September, Malaysiakini hanyalah persekutuan Tanah Melayu)...


Benarkah perpaduan telah mati atau ia memang belum hidup atau kehidupannya sebenarnya bertambah baik berbanding tahun 50-an, 60-an dulu? Saya fikir perpaduan antara rakyat biasa, saya ulangi : RAKYAT BIASA! - bertambah erat. Jangan ada pihak yg membohong untuk memanipulasi isu bagi maksud niat tertentu. Jangan! Lihat generasi muda, mereka ok2 saja. Boleh ngobrol bersama, boleh kongsi macam2. Yang kelihatannya gagal berpadu ialah golongan politikus, perikatan parti. Yang risaukan "perpaduan" itu adalah mereka yang gagal bersatu kerana bercakaran...


Berbalik kepada isu sebenar tentang 16 September, jangan ada orang kita yang buta sejarah. Sabah dan Sarawak mencapai kemerdekaan dari penjajah pada 31 Ogos 1963 dan membentuk Persekutuan Malaysia pada 16 September. Maka tepatlah tarikh keramat ini dipanggil Hari Malaysia. Justeru, saya terkezuttt bila ada cadangan menurunkan "darjat 16 sept) hanya sebagai " Hari Perpaduan"...saya risau. Sangat risau kalau anak-anak Malaysia dikemudian hari akan lebih keliru tentang "Hari-Hari Yang Telah Berlalu". Saya juga risau, anak-anak kita tidak punya "Hari Muka"...


Jangan ada yang mengecam saya "anti Federal" atau "anti unity". Saya lebih patriot, lebih cinta perpaduan berbanding sesetengah " pejuang perpaduan" itu. Saya mencoret pandangan ini hanya kerana "nampak" sesuatu yang " menakutkan" dan hati saya seakan dapat mengesan sesuatu yang boleh "merentap kestabilan denyut nadi dan jantung" sejarah. Saya sangat risau, satu lagi sejarah baru akan tercipta sementara satu lagi fakta sejarah lama akan dikuburkan... Dr. Chandra, saya antara peminat tuan, saya fikir tuan ikhlas, ingin melihat rakyat yang lebih bersatu padu, dan tuan juga lebih minat sebagai NGO, cuma barangkali tuan kurang sensitif terhadap "16 September" sebagaimana majoriti rakyat sebelah sana bila ditanya Hari Kemerdekaan Malaysia bila? Jawapan mereka : 31 Ogos 1957. (kasian, cuba tunjukkan saya dokumen deklarasi yang boleh mengesahkan perkara ini). Tapi jangan risau, majoriti orang Sabah dan Sarawak pun akan jawab begitu kerana "diprogramkan" begitu...(kenapa?,oleh siapa? apa impaknya?)...


Begini sajalah Doc (Dr. Chandra Muzafar), cadangkanlah tarikh lain sebagai Hari Perpaduan. Apa kata kita ambil hari pengumuman konsep 1Malaysia oleh YAB Perdana Menteri sebagai " Hari Perpaduan". Saya fikir ini lebif afdal dan kurang implikasinya... Pembaca budiman, saya juga seperti sdr/i, pemikir. Saya juga sibuk berfikir tentang " kemelut perpaduan", saya juga cinta perpaduan. Namun percayalah; cinta, perpaduan dan apapun, tak boleh dipaksa. Ada cara terbaik mendapatkannya... -"Ya Allah, teguhkan perpaduan seluruh rakyat Malaysia..."

Ada apa didalam gambar ini???

Gambar ini penulis paparkan sekadar untuk membawa pembaca kealam supernatural... Mungkin juga imej tersebut timbul disebabkan oleh biasan cahaya. Sekadar perkongsian...
Gambar ini diambil semasa menyimen kubur Nenek penulis di Kg.Minitampak 1. 
Ada apa2 yang ganjil didalam gambar ni?? hehehe... sila lihat arah anak panah.