SAM

SAM

Followers

Dengarkan Utara.FM - Macam Biasa Juga Bah

Wednesday, April 7, 2010

Aura : ISI MARUDU (BHG 7-ALAHAI.. LA NASIB JALAN KB-KM)

Bila Anda melalui jalan KB-KM, ramai orang perasan tentang jalan tersebut perlu dibaiki atau di turap semula atau di naik taraf kepada lebuh raya. Siapa sahaja yang berkunjung ke Kota Marudu pasti akan mengeluh laksana 'beralun, berombak seperti dalam sampan', malah YB, Menteri atau Pengarah-Pengarah Jabatan Kerajaan pun sama merasai. Tetapi mengapa isu ini dibiarkan sehingga kini? Alahai la.. beginilah nasib jalan KB-KM walaupun telah beberapa kali paparan dan tindakan cuma membaiki cerun-cerun bukit dan jalan yang runtuh sahaja.

Jika kita lihat di Semananjung Malaysia 6 Lebuhraya baru dibina. Antaranya, Lebuhraya Lembah Klang Selatan (SKVE) 51KM, Lebuhraya Pantai Timur Fasa 2 (LPT2) 169KM, Lebuhraya Penyuraian Timur Johor Bahru (EDL) 81KM, Lebuhraya KL-Kuala Selangor (KLKS) 31KM, Lebuhraya Kemuning-Shah Alam (LKSA) 2.5KM dan Lebuhraya Senai-Desaru (SDE) 27.6KM.

Mungkin tidak salah dikatakan apabila kita minta pindahkan sebahagian peruntukan di Semananjung ke Kota Marudu, yang mana wakil rakyat Kota Marudu dan Kota Belud mungkin boleh membincangkannya agar matlamat 'Rakyat Didahulukan, Pencapaian Diutamakan' akan tercapai.

Walau bagaimanapun, kebanggaan kita sebagai warga Kota Marudu masih ada apabila siapnya projek jalan Kota Marudu-Ranau kelak yang mana perbelanjaan projek tersebut sebenarnya adalah bernilai RM310,000,000.00 ketika diluluskan oleh Kementerian Kerjaraya Malaysia semasa Y.B Dato' Seri S. Samy Vellu sebagai menteri dan penerajunya pada 16 Mac 2007. Syabas dan terima kasih Y.B Dato' Seri atas keprihatinan untuk membawa perubahan yang cemerlang. Justeru, semoga kontraktor dilantik akan melaksanakan kerja-kerja yang terbaik dan setimpal dengan nilai projek tersebut.

8 comments:

SANGURU said...

Kalaulah yb2 dan mp2 sebelah utara ini 1suara minta, sy tidak nampak sebab mengapa big bos di federal tidak ambil tindakan. Bukankah yb2 dan mp2 kudat, pitas, kota marudu pengguna tetap jalan buruk ini?
Boleh diatur baitu klu sepakat. Ayuh utara, bersuara!

srixon said...

apa itu YB2 peduli tu tuan sbb bkn diurg rasa kerita masuk lubang2 diurg pakai kerita mewah bkn mcm sya mampu beli kerita kancil saja

Orang Biasa said...

Ya butul tu Srixon..diorang pakai ninja..tayar besar..mana rasa itu lubang2. Cubalah diorang pakai kerita kicil,baru diorang tau. Sy pernah jg pigi sana semenanjung..sy rasa jeles lebuhraya sana..luas,teda lubang2 n ombak2 sana sini. Sini sabah..aduh kasihan..semua lebuhrayanya..sempit,berlubang dan beralun2. 3 tahun sy keja d tawau..setiap bulan driving balik kg melalui lebuhraya Tawau sandakan Beluran Pitas,Sakit betul badan ooh. KASIHAN SUNGGUH RAKYAT MALAYSIA D SABAH NI.

srixon said...

itu MP berjawatan timbalan menteri pengangkutan tdk melalui jalan KM - KB kaitu tdk tau buruk atau tidak jalan tersebut?, cuba konon dia menumpang itu pirate 1 kali pigi KK kalau tdk dia termuntah dan badan sakit2

maslie said...

Setuju dgn mr presiden SAM.. Bawa masalah jalan yg tdk pernah selesai ke pihak yg berwajib...

Baju Batik said...

Salam semua.

Terutama pd Dinakan dan Sanguru.

Saya telah berusaha utk mencari artikel & komen tentang situasi / keadaan jalan masuk kenderaan di kawasan BSN, KFC yg begitu merumitkan sekali, tetapi saya tx menemuinya. Maaf kalau saya tidak menjumpainya sedangkan ia tlh dibincangkan. Sekiranya belum, adalah lebih elok jika saya mempersilakan dan menjemput tuan berdua memulakan perbincangan hal tersebut.

Anonymous said...

Salam..

Amat mendukacitakan sekali....

Setelah bertahun lamanya PBS dibawah payung BN memegang kawasan ADUN dan MP di Kota Marudu tidak banyak kemajuan atau pembangunan yang telah dilakukan oleh YB-YB ini. Kota Marudu masih di takuk lama...digelar sebagai daerah yang termiskin diseluruh negara sedangkan MP kita adalah menteri penuh diperingkat persekutuan...sungguh memalukan.

Bukan setakat jalanraya KM-KB malahan jalan kawasan pekan KM dan jalan masuk ke beberapa buah kampung di KM pun sangat buruk..ini sudah jelas menunjukkan yang YB-YB kita GAGAL menyediakan perkhidmatan yang lebih baik kepada rakyat di daerah ini.

Baju Batik said...

Kalau kita lihat jln KM-KB,

Kemudian meneliti persempadanan Daerah dan juga kaw JKR KM dan KB, Kita dapati bahagian di bawah kaw KB lebih jauh, lebih teruk dan dlm pembaikan sini sana.
Manakala bhg kaw KM pula bermula di pekan KM dan berakhir di Jambatan sg. Mantanau shj atau sehingga ke SK Menggaris shj.

Jadi lihat, YB mana yang lebih berpengaruh di sini? Sejauh mana kepentingan mereka.