SAM

SAM

Followers

Dengarkan Utara.FM - Macam Biasa Juga Bah

Friday, April 16, 2010

Tazkirah Diri.

Bersempena dengan hari jumaat yang mulia ini. Marilah kita bersama-sama merafakkan kesyukuran dan keampunan kepada Allah s.w.t. di atas segala nikmat yang telah kita perolehi dariNya. Saban hari silih berganti dan berlalu meninggalkan kita. Masa lalu sudah pasti tidak kembali sebagaimana teka-teki Imam Al-Ghazali "yang paling jauh dengan kita jawapannya masa lalu". Yang berlalu biarkan berlalu. Namun kiranya yang berlalu itu merupakan dosa-dosa yang pernah kita lakukan, maka segeralah memohon keampunan dan bertaubat kepada Allah. Sesungguhnya pintu taubat itu masih terbuka.

Hari ini, kalau kita lihat persekitaran kita sudah terlalu banyak yang merosakkan. Merosakkan pada ertikata akhlak kita sebagai umat Islam. Kemajuan sains dan teknologi pada masa kini menyebabkan saluran maklumat dapat dihantar dengan lebih pantas. Namun, adakah yang diperoleh itu adalah maklumat-maklumat yang betul ataupun yang bercanggah dengan amalan Islam. Maka atas dasar itu, marilah kita menggunakan sains dan teknologi ini untuk menghasilkan maklumat yang berunsur positif dan tidak lari dari suruhan agama yakni mencegah yang munkar dan menyeru kepada kebaikan.

Tidak ada makhluk yang mahu kepada yang tidak baik. Kita sebagai manusia khususnya, sudah barang pasti, menginginkan sesuatu yang memberi kebaikan kepada kehidupan kita. Kesabaran adalah kunci kepada nafsu yang memberontak. Seperti mana teka-teki imam Al-ghazali yang seterusnya "Apakah yang paling besar di dunia ini" maka jawapan yang diberikan oleh Imam Ghazali ialah Nafsu. Nafsu adalah faktor kepada berlakunya perkara yang tidak bermoral pada masa kini. Ketiadaan kesabaran dalam diri menyebabkan nafsu bermaharajalela dalam diri seseorang. Oleh itu, banyakkan istigfar, zikir dan selawat keatas Junjungan Besar Nabi Muhamad S.A.W. agar nafsu tidak menguasai diri. Bak kata ilmuan Islam abar itu sebahagian daripada iman.

Akhirnya, saya ingin mengupas sedikit tentang tanggapan atau sangkaan terhadap orang lain. Kehidupan bermasyarakat perlu ada tolak ansur, tolong menolong dan bersatu hati. Sekiranya ada di kalangan kita yang mempunyai sikap suka bersangka buruk dan pentingkan diri maka sesuatu kawsan itu akan selalu tidak aman. Janganlah kita, suka bersangka buruk kepada seseorang walaupun kita kenal dia pernah melakukan kesalahan satu ketika dahulu, mana tahu kini dia sudah beruba kepada yang baik. Apa yang baik yang pernah kita lakukan satu masa dahulu adalah tidak penting untuk kita ingat semula, yang penting untuk kita ingat ialah perbuatan yang tidak baik samada sengaja atau tidak yang pernah kita lakukan satu masa lalu. Allah maha pengasih lagi maha penyayang keatas setiap hambanya.

Kita semua sama-sama hamba Allah. Cuma bezanya keimanan dan ketakwaan kita kepada Allah. Artikel tulisan saya pada hari ini, tidak menasihati siapa-siapa terlebih dahulu melainkan diri saya sendiri, dan diharap berguna untuk kita semua. Sama-sama kita meningkatkan keimanan dan ketaqwaan kita kepada Allah. Semoga membuka pintu rezki dan rahmat untuk kita semua. Semoga hari jumaat yang mulia ini dapat memberikan kita kesedaran dan keinsafan terhadap dosa-dosa lalu yang pernah kita lakukan pada masa lalu. Sama-samalah kita bermaaf-maafan sesama kita. Sebelum mengakhiri artikel Tazkirah Diri pada hari ini saya tinggalkan diri aya dan anda pesanan merangkap nasihat berguna untuk kita semua:-

Manusia hari ini suka bersangka-sangka Ada sangkaan baik...Ada sangkaan buruk Orang beribadah, disangka riak Orang yang relax, disangka malas Orang yang pakai baju baru, disangka menunjuk Orang yang pakai baju buruk disangka zuhud (hina) Orang makan banyak disangka pelahap Orang makan sikit disangka kedekut Orang baik, disangka buruk Orang buruk, disangka baik Orang senyum, disangka mengejek Orang masam, disangka merajuk Orang bermuzakarah, disangka mengumpat Orang diam, disangka sombong Orang menawan, disangka pakai susuk Orang nampak ceria, disangka membela Mana tahu?? yang diam itu kerana berzikir kepada Allah Mana tahu?? yang senyum itu kerana bersedekah Mana tahu?? yang masam itu kerana mengenangkan dosa Mana tahu?? yang menawan itu kerana bersih hati dan mindanya Mana tahu?? yang ceria itu kerana cergas cerdasnya Jauhi sikap suka bersangka-sangka buruk kerana ia bakal memusnahkan ukhwah (ikatan persaudaraan) seperti musnah nya kayu dimakan api… Satu benda yang kita lihat, macam-macam kesimpulan yang boleh kita buat. Semuanya bergantung bagaimana kita melihatnya. “Tegakkan Islam dalam diri kamu.. nescaya Islam akan tertegak diatas bumi kamu” Imam Al-Syahid Hassan Al- Banna.

4 comments:

SANGURU said...

Tulisan yg bagus dan boleh membaguskan org. Sepatutnyalah....
Teruskan jalan terus

Lt M Muss (PSSTUDM) said...

puas sudah saya susun paragraph, tetap juga mcm ni settingnya.. Jadi, untuk bacaan jelas lawat blog saya saja.

Maaf atas kesilapan teknikal internet...

ILLIE said...

suda di ejos tn muss..jalan teruss

Baju Batik said...

assalammualaikum,
LT.M Mus

Syabas di atas peringatan di atas. Jika ianya dihayati dgn sesungguhnya, maka lahirlah insan yang berhati mulia.