SAM

SAM

Followers

Dengarkan Utara.FM - Macam Biasa Juga Bah

Tuesday, April 13, 2010

Burung & Sangkar

Apabila kita berbicara pasal burung dan sangkar, kita akan berhadapan dengan tiga golongan manusia. Pertama, golongan yang lebih mementingkan burung daripada sangkarnya. Kedua, golongan yang mementingkan sangkar daripada burungnya. Dan ketiga, golongan yang mementingkan kedua-duanya.

Saya melihat, jumhur manusia sekarang (mungkin termasuk diri penulis) meletakkan diri mereka di dalam golongan kedua. Yakni lebih mementingkan sangkar daripada burungnya. Golongan ini bersedia bekerja bermati-matian bagi memastikan sangkar mereka hebat, biarpun burung di dalamnya kurus kering dan berpenyakit.

Golongan ini juga sanggup membina sangkar daripada berlian bersalut emas, beralas sutera dan dihias dengan menggunakan perhiasan termahal di dunia. Malangnya, pemerkasaan sangkar tersebut tidak seiring dengan momentum perkembangan burung di dalamnya. Akhirnya sangkar yang mempesona itu menjadi keranda berpuaka kepada burung tersebut.

Jika situasi di atas terus mengakar di dalam diri anak-anak Marudu khasnya dan rakyat Malaysia amnya, saya fikir usah bermimpi membuat atau melihat perubahan yang sejati. Kerana burung itu adalah perumpamaan bagi roh, sementara sangkar adalah jasadnya.

Mana mungkin seseorang itu bisa melakukan atau menerima perubahan jikalau rohnya sedang terlantar kesakitan yang amat. Akhirulkalam, bagi memperkasa dan mengangkasa Permata Bangsa, satu gerakan untuk menghidupkan merawat roh-roh yang telah mati sedang sakit harus dituntaskan!

4 comments:

Anonymous said...

OMG!

Very touching...

"Jasad akan hancur dimakan ulat. Roh akan kekal abadi dengan izin Tuhan"

Sumunsui said...

SEBAGIAN KITA TAHAN TENGOK BOLA, AF, MOVIE HINDUSTAN DLL BERJAMJAM...

NAMUN SEMBAYANG 5 MINIT PUN BEKIRA & SUSAH...

INI DIPANGGIL ROH (ROHANI)NYA MATI WALAUPUN JASAD (BADAN)NYA NAMPAK SEGAK DAN TAGAP!

DINAKAN said...

wahai kau burung dalam sangkar... itu la lagu perumpamaan yg boleh diungkapkan secara keseluruhan dalam entry ini. Syabas UMAR....!

Apapun, mmg begitulah manusia, begitulah haiwan,alam dan tumbuhan...

macam yg selalu saya katakan, ingatlah satu titik permulaan kerana akhirnya kita akan berhenti dititik itu juga sebagai penghabisannya. Titian hanya laluan untuk melihat bawah,atas,kiri dan kanan namun apa ada didepan atau belakang hanya hati nurani sebagai pengukurnya melalui muhasabah, insaf dan tawaduk.

SANGURU said...

Saya risau bandar kota marudu kelak jd mcm bandaraya kk. Kemana pribumi? Sangkar lawa, mereka ketawa, org kita?...
Hati2. Sangkar emas tidak perlu bagi sang burung...