SAM

SAM

Followers

Dengarkan Utara.FM - Macam Biasa Juga Bah

Monday, April 5, 2010

Salam Perpaduan

Hi salam semua.....apa khabar? Terlalu lama saya tinggalkan blog ini kerana kesuntukan masa. Terlalu banyak tugasan yang perlu dibereskan.Namun hati ini tidak pernah melupakan rakan bloggers terutama SAM yang sangat disayangi.Bila membaca artikel Sangguru berkaitan perpaduan saya terpanggil pula untuk mencoret sama. Mencoret tak apa jangan mencarut.Hahaha.

Bercakap tentang perpaduan...saya rasa Malaysia adalah negara yang paling aman bersatu padu walaupun dihuni oleh pelbagai bangsa, suku kaum dan agama.Walaupun pernah berlaku rusuhan kaum pada 13 Mei 1969 peristiwa itu hanyalah satu kes yang boleh dianggap terpinggir dan hanya melibatkan sebilangan kecil rakyat yang extreme sedangkan rakyat di negeri-negeri lain langsung tidak terlibat.

Di Sabah contohnya sejak sebelum merdeka sehinggalah ke hari ini tidak pernah berlaku sebarang rusuhan kaum.Malah penduduk Sabah yang berbilang suku ini sentiasa menghormati antara satu sama lain.Perbezaan agama dan adat resam tidak menjadi penghalang malah mereka mampu berkomunikasi dengan baik walaupun setiap suku mempunyai loghat dan dialek masing-masing.Sedar tak sedar semua suku kaum di Sabah mendaulatkan Bahasa Melayu sebagai bahasa perantaraan untuk berkomunikasi disamping bahasa ibunda masing-masing hingga ujudlah bahasa-bahasa pasar yang agak lucu.

Jangan hairan kalau berjumpa dengan orang Cina di Sabah yang mahir berbahasa Bajau atau orang Kadazan yang mahir berbahasa Cina atau orang Dusun yang langsung tidak tahu berbahasa Dusun kerana telah dibiasakan berbahasa Melayu dirumah.Dan jangan pula terkejut bila melihat orang melayu menumpang berniaga makanan melayu seperti soto,rojak atau nasi campur didalam kedai milik orang Cina....melayu jual makanan cina jual minuman dalam satu premis.Simbiosis. Kerjasama.Bantu membantu.Atau dalam bahasa mudahnya sama-sama cari makan.Hasilnya ramai juga orang-orang melayu di Sabah kini yang mampu menyewa sebuah kedai dan tak perlu lagi menumpang dikedai cina.

Menurut seorang teman saya di Kelantan keadaannya sama seperti di Sabah.Orang melayu dan Cina bersahabat baik.Malah masjid didirikan bersebelahan dengan tokong cina.Malah kata teman saya itu lagi diwaktu-waktu tertentu seperti waktu solat jumaat misalnya, ketika ramai jemaah berpusu-pusu untuk mengambil wudhu, penjaga tokong akan membenarkan para jemaah untuk berwudhu menggunakan air paip di tokong.Samada benar atau tidak, yang penting perpaduan.

4 comments:

SANGURU said...

Perpaduan mudah diRuntuh, membinanya semula punyalah susah. Apa lagi klu yg meruntuhnya tangan/tangan2 besar sementara yg membangunnya tangan/tangan2 kecil. Yg sedihnya tangan2 itu berasal dari "tubuh" yg sama...

Tulunbunou said...

Bersatu TEGUH, bercerai ROBOH..
Pemimpin mempunyai tanggungjawab yang besar utk membentuk perpaduan rakyat..tidak mengira cabang Parti,Bangsa dan Agama...

DINAKAN said...

perpaduan akan kekal apabila semua myt kita kekal bersatu, namun generasi baru wajar belajar drpd sejarah agar jgn terpedaya dgn dakyah hasutan sesetengah pihak.

sanguru pernah memberitahu sy ttg falsafah ini, yg sy ingat smpi bila2...'kita kena selalu ingat dan belajar sejarah, kerana sejarah mendidik anak bangsa d masa hadapan'

well.. sejarah adalah tonggak utama perpaduan kaum.

SANGURU said...

Sebut pasal sejarah, hati2 kita. Salah satu cara 1bangsa menafikan hak/keistimewaan 1bangsa/negeri lain melalui manipulasi sejarah. Sejarah mesti dipelajari yg betul dan dipertahankan. Namun mempertahankannya bukan mudah. Hanya bangsa yg kuat boleh melakukannya. Dan kekuatan itu jantungnya kebijaksanaan...hatinya keberanian...sarafnya kekayaan/ekonomi...ada jantung, hati, saraf barulah dapat kuasai political power.

Kulihat bangsaku (maksudku sabahan) kini tiada powerrrr...
Kasihan...