SAM

SAM

Followers

Dengarkan Utara.FM - Macam Biasa Juga Bah

Friday, April 23, 2010

JAWAPAN LIPUTAN SIDANG DUN SABAH UNTUK KOTA MARUDU

Syabas dan tahniah kepada beberapa soalan yang telah dikemukakan YB Pn. Anita Baranting (DUN Tandek) dalam mengemukakan hujah sempena ucapan penggulungan Sidang DUN yang baru selesai.

Liputan utama yang mendapat fokus adalah berkenaan Hospital Kota Marudu, yang mana Jabatan Kesihatan Negeri Sabah telah merancang menaik taraf Hospital Kota Marudu kepada Hospital Pakar Kota Marudu dan menjadi Hospital Besar di Utara Sabah dalam Rancangan Malaysia Ke-10. Antara Kriteria yang telah dibuat adalah, Kota Marudu terletak dipertengahan Utara Sabah, merupakan pusat rujuk kesihatan masa kini dan berpotensi menjadi pusat rawatan lanjut pada masa depan bagi para pesakit Utara Sabah.

Jawapan ini adalah amat bertepatan sekali apabila wujudnya perancangan jangka panjang Kerajaan Negeri yang diselia oleh Pembantu Menteri Kepada Ketua Menteri, Datuk Edward Khoo.

Selain itu, Sub Sektor Malaria juga akan diwujudkan di Kampung Sonsogon Magandai pada tahun ini bagi membendung meningkatnya penyakit malaria.

2 comments:

Anonymous said...

syabas..
Hospital Kota Marudu perlu anjakan paradigma..
Setiap hari hospital ini dipenuhi oleh pesakit dari seluruh pelusuk daerah Kota Marudu sehinggakan sesak.
Hospital KM menjadi tumpuan walaupun mereka mempunyai pilihan untuk pergi ke Klinik Swasta.
Tidak dinafikan perkhidmatan Klinik Swasta lebih cepat kerana jumlah yang sedikit tetapi pesakit pula terpaksa mengeluarkan belanja lebih untuk kos ubat.
Bayangkan di Hospital KM adakalanya ketika sakit demam saja pun sampai ke petang baru lah siap urusan.
Ini menandakan amat ramai pesakit yang mendapatkan rawatan di Hospital KM.
DENGAN langkah Kerajaan Negeri dan Jabatan Kesihatan menaikkan taraf Hospital KM menjadi Hospital Pakar Kota Marudu.Kami menyokong penuh cadangan ini dan berharap dapat dilaksanakan dengan baik.Sudah tentunya rakyat sebelah utara ini KM khususnya akan mendapat manfaat yang banyak.Secara tidak langsung akan menaikkan ekonomi rakyat setempat.
Dengan terlaksananya cadangan ini,Klinik Kesihatan Tandek pasti akan berubah wajah juga..mungkin perlu dinaiktaraf kepada Hospital Tandek..
Walauapapun kami menanti dengan penuh harapan..
Rakyat didahulukan Pencapaian diutamakan.

Tulunbunou said...

Syabas kepada hujah2 yg telah disampaikan oleh YB.. semoga ianya menjadi kenyataan. Rakyat Sihat Negara Maju..