SAM

SAM

Followers

Dengarkan Utara.FM - Macam Biasa Juga Bah

Thursday, April 29, 2010

PIBG Penjana Kemenjadian Murid Kita













Tandek, Kota Marudu, Khamis: Mesyuarat Agung PIBG SMK Tandek sedang berlangsung di Dewan Utama SMK Tandek dan dirasmikan oleh YB. Anita Baranting. Dalam ucapan alu-aluan En. Keng, Pengetua SMKT beliau amat menghargai peranan PIBG. Manakala En. Jeleson Masantun, YDP PIBG pula menyeru ibu-bapa lebih prihatin kepada perkembangan anak-anak. Sementara itu, YB Anita mengingatkan masyarakat agar peka dengan pendidikan. Beliau juga mengiktiraf peranan PIBG sebagai rakan sekolah yang perlu proaktif menjana kemajuan warga pelajar. Lebih kurang 400 guru dan Ibu- bapa hadir dalam AGM kali ini. Majlis diserikan lagi dengan gerai jualan hasil masakan pelajar dan persembahan kebudayaan oleh pelajar. -"Rakyat dikasihi, Pemimpin dirahmati".

2 comments:

Little Mike (LM) said...

sempat menghadiri majlis mesyuarat PIBG SMK Tandek. bersetuju dengan ucapan Pengetua sekolah, pengerusi PIBG dan YB Anita Baranting yang mahu supaya ibubapa memantau pergerakan anak-anak sambil pihak sekolah menjana kredebiliti pelajar mewacanakan minda kelas pertama. Setiap usaha pasti membuahkan hasil yang baik... Semoga SMK Tandek dirahmati dan terus melahirkan produk modal insan yang terbilang

Um@r said...

Kerjasama yg erat dan smart di antara ibu bapa dan guru amat diperlukan utk menghadharikan masyarakat. Ianya umpama irama dan lagu. Jika salah satu bobrok, pincanglah ia...