SAM

SAM

Followers

Dengarkan Utara.FM - Macam Biasa Juga Bah

Monday, April 12, 2010

Sayang fasiliti klinik Tandek...




(keadaan lenggang sebuah restoran di Pekan Tandek. Mungkinkah lebih ramai pekan ini jika klinik kesihatan diakses pesakit luar Kota Marudu?) Model klinik sebesar ini terhad. Bertuah orang Kota Marudu. Sayangnya hanya sedikit yang akses. Saya cadangkan semua pesakit luar diwajibkan ke sini. Sudah kena masanya kerana pertambahan pesakit luar di Hospital Daerah menyebabkan kesesakan, ketidakselesaan, kelewatan akses rawatan, dan sebagainya. Kepada masyarakat, sambut baiklah saranan ini. Kita tidak akan rugi. Selesa, pantas. Kos pengangkutan hampir sama saja jika pergi ke Hospital Daerah di Lotong. Disana, pesakit luar bersesak dan terpaksa tunggu sampai petang. Di klinik ini, kemudahannya lebih baik, berhawa dingin, kerusi selesa, luas, cepat dan juga punya pegawai perubatan (doktor). Kepada pemimpin, take note saranan ini. Secara tidak langsung, kedatangan pesakit luar akan mengerakkan ekonomi di pekan Tandek yg ibarat hidup segan mati tak mahu...(melainkan kalau kalian tidak mahu pekan Tandek jadi begitu...)



20 comments:

Bunga Negara said...

sangat setuju

Orang Biasa said...

Salah satu sebabnya ialah tiada daya tarikan pada pekan tandek ni. Tengo la apa yg ada d Pekan ni. Cuma dua baris kedai kecil dan sebuah Klinik Kesihatan. Sudah lebih 10 tahun berlalu tapi tiada perubahan langsung,macamana mau tarik orang luar datang ke Pekan ni. Kalau boleh,acara2 rasmi tahunan yg selalu diadakan d padang Pekan KM dibuat Tandek pula secara berselang seli supaya org luar tau keujudan pekan ni. Kalau dapat diujudkan sesuatu yg boleh mmbuatkan orang tak kan rasa jemu supaya datang semula ke Tandek ni,sy pasti Pekan Tandek akan kembali gemilang seperti suatu ketika dahulu.

Anonymous said...

cadangan saya..
Pihak Hospital KM dan Klinik Kesihatan Tandek bersama-sama dengan para pemimpin KM(YB,DO)duduk berbincang.Perbincangan menjurus kepada pelaksanaan Klinik Kesihatan Tandek dijadikan sebagai pusat rawatan pesakit luar.Ini untuk mengurangkan kesesakan pesakit luar di Hospital KM...Kaedah cadangan adalah bagi orang ramai di sekitar pekan KM boleh terus mendapatkan rawatan di Hospital KM dan bagi orang ramai di sekitar Tandek terus dapatkan rawatan di Klinik Kesihatan Tandek..dan kampung2 dari daerah Pitas yang berdekatan,bersebelahan pun digalakan mendapat rawatan di Klinik Tandek.....kan lebih teratur kalau macam ni.....Pesakit2 yang mendapat rawatan di Klinik Tandek yang sakit dia memerlukan rawatan lanjut dan perlu tahan wad terus dirujuk(dihantar) ke Hospital KM....
saya percaya kalau dibuat macam ini...Tandek akan kembali bercahaya,meriah,seronok dan sihat.....tapi sebelum itu Klinik Tandek harus dilengkapi terlebih dahulu....Harap cadangan ini diambil perhatian...anak jati Tandek sayangkan Tandek...dulu ceria tapi sekarang muram...pulihkan yang sakit...ingin melihat Tandek sihat seperti dulu...

DINAKAN said...

Betul sanguru.

tapi, dimana peranan Jabatan Kesihatan Negeri Sabah? mengapa tidak membuat statistik harian dan mingguan serta perancangan berkonsepkan sasaran pesakit dan jenis sakit? mana perginya sasaran Jabatan Pembangunan Negeri Sabah dalam membuat pemantauan pemajuan kawasan dlm perancangan negeri yg slalu diwar2kan berkerjasama?

Mana perancangan pembangunan berkonsepkan kawasan dalam Majlis Daerah?

Saya tahu entry ini dibaca oleh yg berkenaan kerana sy dgr dari mulut mereka, so.. pelawak NABIL kata 'LU FIKIRLA SENDIRI'

Baju Batik said...

Salam.

Tuan2,

Salah satu sebabnya mengapa pekan Tandek agak lengang sedikit ketika ini, adalah disebabkan oleh lokasinya yg dekat dgn pekan Kota Marudu. Ini ditambah pula dgn kemudahan jalan raya yang menghubungkan pekan Tandek dengan pekan Kota Marudu, hanya mengambil masa kira2 8 minit shj perjalanan menggunakan kereta.

Saya agak kurang setuju jika kita 'bermati-matian' sehingga mempersoalkan kewibawaan pihak2 tertentu spt Jabatan Kesihatan dsb demi menjemput PESAKIT datang ke tandek. Biarlah pihak hospitan shj. yg menguruskan hal ini.

Anonymous said...

Jarak bukan sebabnya...dan sama sekali tidak termasuk dalam senarai sebab2....
Kenapa lengang???cuba perhatikan di Pekan Tandek cuma ada kedai makan dan kedai runcit...Pejabat Kerajaan adakah???tiadakan!!..yang ada cuma klinik dan sekolah...semua Pejabat Kerajaan ada di Pekan KM...jadi orang pun semua menuju ke KM lah...SEBELUM ini saya ada dengar Pejabat Kementerian Belia dan Sukan akan diwujudkan di Pekan Tandek...status terkini saya tidak tahu....
JADI apa kata kemudahan yang ada di Tandek ini kita gunakan sebaiknya...
1)SEKOLAH - SMK TANDEK
--Sekolah adalah tempat menimba ilmu..so kita jangan kacau.
2)Klinik - Ini saja yang ada di Pekan Tandek...dan klinik ini adalah untuk orang ramai...seperti yang dicadangkan anony 9:03am boleh dipraktikan..

Baju Batik said...

Cadangan utk menjadikan pekan Tandek sbg tempat utama kpd semua pesakit, termasuklah dri Pitas.(Tak tahukah! hospital Pitas lebih besar drp Hosp. Tandek!) Adalah cadangan bodoh dan gila yang mahu MELEBEL pekan tandek sbg pekan ORANG SAKIT.
TIADA CADANGAN LAINKAH yang lebih baik sedikit drp itu!

Baju Batik said...

Cadangan saya.

Untuk memajukan, membangunkan, menceriakan dan meramaikan Pekan Tandek, sesuatu yang lebih progresif harus dilakukan!

1- Pindahkan lokasi pekan tandek ke pinggir laut di Kg. Taritipan atau Kg. Tanjung Batu.

2- Binalah apa saja bangunan, sama ada permis kedai dsb berhadapan dgn laut, walaupun bukan di pinggir laut.

3- Namakan pekan itu sbg. PEKAN TANDEK BARU.

4- Jadikan ia sbg pelabuhan ke-2 selepas kudat bagi kawasan PBU untuk pengeksportan dan pengimportan berbagai produk. Termasuk pelabuhan utk import bahan mentah spt. besi bagi kawasan Kota Marudu, Kota Belud, Pitas, Paitan dan Tandek sendiri.

5- Wujudkan perkhidmatan Feri terus ke Banggi atau Balambangan.

6- Jadikan ia sbg pusat pendaratan ikan yg utama setanding dgn pendaratan ikan di Kudat.

Banyak lagilah yg boleh dibuat. Bukan hanya idea lapuk tertumpu kpd pejabat kerajaan shj. semata-mata.

FaiZaLL a.k.a iZaLL said...

Memang bagus cadangan yg diberikan oleh BAJU BATIK.
Tetapi...tidak salah kita cuba majukan lagi benda yg sudah ada...kalau kita lihat dari segi lokasi, pekan TANDEK sangat strategik kerana berada di tengah-tengah antara Kota Marudu dan Pekan Pitas. Antara sebab yg timbul mengapa Pekan Tandek sangat lenggang kecuali hari KHAMIS(TAMU)bagi pandangan saya antaranya ialah:
1. Kurangnya kedai untuk masyarakat membeli keperluan harian.
2. Tidak ada cawangan seperti PEJABAT POS dan BANK dan banyak lagi.

Jika semua itu ada...sudah pasti PEKAN TANDEK akan seperti KOTA MARUDU. :)

dr pisuk2 tanjung said...

salam utk semua.
klu mgikut apa yg kta dgr dr sumber yg sahih, sedikit masa lg pekan tandek akan berubah situasi.
byk jbtn kerajaan akn bertapak d sana termasuk beberapa pertubuhan separuh kerajaan. kta harap semua perancangan bakal dilaksana mengikut yg sepatutnya. sy yakin jika semua ini dilaksanakn pekan tandek akan mednjadi 1 lokasi/destinasi penting nti. salah satu jbtn kerajaan yg akn bertapak d pkn tandek ialah pejabat pelajaran daerah km. lokasi sdh dkenalpasti. w bagai manapn semuanya brgantung kpd kesungguhan prlaksanaan serta peruntukan kerajaan.
klu btl2 lokasi pekan tandek d anjak ke Tanjung Batu, sy lah org yg pertama menyokongnya! memang sgt sesuai n strategik. akt ekonomi akn menjadi rancak n menarik. setiap pekan yg d letakkn d pinggir laut akan mempunyai daya tarikan trsendiri kerana lokasi serta prasarananya sendiri yg memungkinkln semuanya berjln dgn lancar. cuba kunu pihak2 yg brwajib realisasikn idea bernas ini!

Anonymous said...

Sangat setuju dengan cadangan Baju Batik. Pekan Tandek Baru mempunyai banyak potensi untuk menjadi pekan yang lebih maju dari pekan baru Kota Marudu suatu masa nanti jika dapat diwujudkan. Pekan Tandek asal ini jadilah pekan lama seperti juga pekan lama Kota Marudu, yang turut dimajukan bersama. Mungkin cadangan ini boleh diterima oleh para pemimpin dan kerajaan, jika ada sesiapa yang boleh mengetengahkannya.

Peka said...

Melihat, memahami seterusnya memperhalusi setiap pendapat sebagai landasan kearah membuat sebarang keputusan berhubung perkara berkaitan adalah sangat penting, kerana dengan itu keputusan yang diambil seterusnya dilaksanakan pasti merupakan keputusan yang terbaik untuk semua.

Apa pun memindahkan Pekan Tandek yang telah sekian lama wujud dengan sejarahnya yang tersendiri ke satu lokasi yang baru, rasanya bukan sesuatu yang tepat.... tidak juga menyenangkan semua komuniti setempat sebagai pengguna....

Kalau dikira melalui jarak antara perkampungan di kawasan N5 Tandek merujuk kepada sempadan antara daerah, Pekan Tandek yang 'dingin dan sepi' ini berada sangat hampir dengan 'jantung pada jasad manusia'.

Justeru pada pengertian dangkal saya, lokasi bukan punca dari semua 'kedinginan dan kesepian' Pekan Tandek sebaliknya kepenggunaan yang tidak dapat dimaksimumkan yang berpunca daripada penawaran yang terhad.

Cuba kita fikir......selain daripada Klinik Tandek yang 'tenang', Gerai-gerai yang 'usang dan separuh pengsan', Bangunan Kedai yang 'menawarkan dagangan terhad', beberapa Banguan 'mati' dan Tamu Mingguan..apa kelebihan yang ada....

Ada lagi... Padang Pekan yang 'menggiurkan' Lembu untuk menjamah seterusnya 'berjasa' menghias jalan aspal dengan 'gisak' dan ada beberapa lagi lah...lah...lah...ada mata pandang-pandanglah.-sekadar menyentuh antara kekurangan-

Jadi... alangkah baiknya kalau PEMIMPIN-PEMIMPIN BERKUASA, BERPENGARUH,BERPERUNTUKAN DAN ... YANG SANGAT-SANGAT KITA HORMATI DAN SAYANGI YANG ADA ANTARA MEREKA ITU, HORMAT DAN SAYANG BERKALI KITA BUKTIKAN DENGAN HUJUNG JARI-JARI KITA KASAR MENGANGKAT TANDEK SEBAGAI DAERAH KECIL YANG SEKALI GUS MEMBAJA PEKAN TANDEK...JADI...KURANG-KURANG JUGA PERTUMBUHAN BANTUT...kan....kan... tidak apalah kalau pun ada rakan-rakan yang mengganggap saya 'Mat Jenin'.

Siapa-siapa yang tidak malu jadi 'Mat Jenin' macam saya...silakan....'Mat Jenin' bukan sembarangan tau.....

Anonymous said...

Ya betul tu 'Peka'....satu tindakan yang tidak praktikal kalu Pekan Tandek diPINDAHkan.....kurang setuju dengan cadangan Baju Batik....

Baju Batik said...
This comment has been removed by the author.
Baju Batik said...

Percayalah!

Apabila SMK Tandek 2, yg terletak di tepi jalanraya utama Pitas-K.Marudu iaitu di persempadanan Kg Taritipan dan Tanjung Batu siap kelak. Ia akan menjadi pemangkin utama kepesatan pembangunan kawasan tersebut. Sekarang ini pun telah ada restoran2 persendirian yg sentiasa dipenuhi pengunjung. Penjual ikan dan udang secara kecil-kecilan akan bertukar menjdi peniaga2 hasil laut segar dengan kemudahan infrastruktur yg ada. Krjn kelak akan membina gerai2penjualan ikan yg lebih baik dan tersusun. Akan wujudlah kelak restoran2 pinggir pantai persendirian diikuti oleh tumbuhnya kedai2 runcit. Akan adalah taukeh2 yang mengusahakan beberapa perniagaan yg berasaskan aktiviti laut seperti, kemudahan bot sewa dsb. Akan terbinalah juga chalet utk mereka yg mahu bermalam dan menikmati udara nyaman tepi pantai. Akan wujudlah hotel penginapan, seterusnya hotel 3 bintang. Kawasan perbukitan Tanjung Batu kelak akan dimajukan menjadi padang golf. Ini memudahkan toukey2 kaya dari ladang sawit, atau org perseorangan dari Pitas, Kota Marudu, paitan dsb. berkunjung ke situ. Kombinasi antara Laut tenang teluk Marudu, pinggir pantai dan kaws. daratan, amat2 sesuai dan sangat2 diminati oleh sesiapa shj. Saya yakin sedikit masa lagi ianya pasti akan menjadi kenyataan. Ini kerana semua ini bukan ditentukan oleh sumber peruntukan kerajaan tetapi oleh pihak swasta dan individu yg melihat peluang ini. Lihat shj di Kudat, bagaimana terbinanya Marina resort yg megah itu. Tapi jangan bimbang! pekan tandek sekarang akan terus maju, beberapa pejabat kerajaan akan terbina di situ. Urusan rasmi akan tertumpu ke situ. Memang ini lah sebenarnya matlamat kerajaan. Tidak ada hospital yg boleh dibina begitu hampir dgn pusat bandar/ pekan yg utama. Maka dengan itu bagi saya, namakanlah pekan / bandar pelabuhan itu sbg Pekan Pelabuhan Tandek.

Anonymous said...

Baju batik...
semoga apa yang dinyatakan benar...dan tidak menjadi angan2 mat jenin...Percaya atau tidak
Itulah harapan kami...
Rakyat didahulukan,Pencapaian diutamakan...

TT said...

Kebanyakan lokasi yang dahulunya pekan tetapi sekarang bertukar menjadi bandar/bandaraya adalah kawasan yang dekat dengan pantai kerana banyak benda yang kita boleh buat yang dapat menarik pengunjung. jadi tidak mustahil akan terjadi apa yang dikatakan oleh si Baju Batik tu. Pekan tandek memang sukar dimajukan ke tahap yang lebih besar kecuali dijadikan sebagai kawasan perindstrian( Tapak berbagai jenis kilang). Selesai cerita..

Jangan Harap said...

tak payah la. siapa nak kerja sbg doktor di Tandek. Cuba Byngkan, katakan anak Anita atau Maximus adalah doktor, sudikah mereka kerja di sana ? Kalau mereka pun tidak. Jgn la harap orng luar, apatah lagi Jabatan Kesihatan. Hosp Lotong masih the best ! hahaha

Tiara Dk said...

Berhati hati kalau cabut gigi sebap ada doktor gila disana baru2 ni adik sya cabut gigi adakah Patut doktor gigi bertindak mcam tidak waras bius sampai 4 kali lepas tu dia baling barang2 termasuk jarum2 dia buang d lantai hospital ketika merawat pesakit sangat biadap dan tidak bertanggungjawap sampai jururawat tenangkan dia semasa cabut gigi dijalankan doktor apa begitu? Ini betul2 berlaku d hospital tandek hati2

Anonymous said...

Ada kuarters ka klinikkesihatan tandek ni?