SAM

SAM

Followers

Dengarkan Utara.FM - Macam Biasa Juga Bah

Friday, May 28, 2010

100 Individu KM Yg Paling Berpengaruh Sepanjang Sejarah

Media, samada yang bercetak atau elektronik biasanya sering diberikan kepercayaan umum di dalam membuat tinjauan pendapat dan undian, daripada masyarakat yang boleh dicapai oleh media tersebut.

Apabila kita melihat situasi di Kota Marudu, tidak keterlaluan jika dikatakan bahawa Blog Suara Anak Marudu (SAM) merupakan media yang paling berautoriti, berpengaruh dan popular. Ekoran itu, media ini layak jika diberikan kepercayaan umum untuk membuat tinjauan pendapat dan undian khususnya daripada anak-anak Marudu.

Tinjauan yang ingin saya lontarkan kepada pembaca budiman sekalian adalah, bagi pendapat anda siapakah 100 individu KM yang paling berpengaruh sepanjang sejarah. Jika anda mempunyai jawabannya, dipersilakan ke ruangan komen. Tinjauan ini bukan bertujuan untuk saling membanggakan keturunan masing-masing, tapi sekadar meninjau pendapat umum daripada perspektif masing-masing.

Semoga dengan tersenarainya 100 individu tersebut, akan menarik minat ahli-ahli sejarah tempatan atau peminat sejarah untuk mengkaji profil mereka. Seterusnya boleh didokumentasikan sebagai rujukan dan pembakar semangat Permata-Permata Bangsa Marudu yang baru mula bertunas.

24 comments:

Um@r said...

entri ni sy postkan via hpon. Jadi minta maaflah kalau terlalu pendek. Baik, sy mulakan senarai:

1. Aki Tumunda
2.
3.
.
.
.
100.

Permata Bangsa Juga Ini said...

2. Syarrif Osman
3. Saibul Supu
4. George Sangkin
5. Ust. Abdul Kahar
6. Kotung (Lupa nama sebenar)
7. Hj. Omar Manjun
8. Hj. Madinah
9. Makibin Bodok
10. Ungas @ Shannuar Bodok

Permata Bangsa Jugi Ini said...

11. Pamansah
12. Sambion
13. Albert @ Sorubi
14. Gunsalam
15. John @ Ismail Rotop
16.

Anonymous said...

Ongod, Kolinjim, Datu Unduk, Kee Abd Jalil, Pangayas, Jukina Adun. Cukup lu tu nanti lagi ku sambungkan

Anonymous said...

16.MANDIANG YB.WILLSON MALINGKA
17.

Hanafiah Zulkifly said...

1. Jamari Ponggoron
2. Aki Gambur
3. Zulkifli Majun @ Muralang
4. Awang Ali Osman
5. Nawang Osman
6. Sigunting
7. Aki Laju
8. Supu Santiku
9. Rindongon
10.Ombolog
11.Sharif Muhammad Rasul
12.Koh Chin Siong
13.KAN Majingkin
14.Gaul Majun
15. OKK Osman Tahir
16. Ahmat Ali Osman
17. Ahmad Din Osman
18. Dr. Jenarun Jailip
19. OKK Aziz Manggong
20. Latif kandok

SANGURU said...

Usaha yg bagus. Ada sebuah buku tulisan orentalis barat, namanya saya lupa. Tajuknya saya ingat - "The 100". Beliau mengkaji 100 tokoh dunia berdasarkan beberapa kriteria yg disepakati oleh para intelektual barat juga. Mereka kebanyakannya orang yahudi tapi yg adil saksama. Orang no. 1 yang mereka pilih ialah (Nabi) Muhammad Abdullah.

"Berpengaruh" - saya fikir, bukan setakat yang "ada pangkat", "yang tinggi kelulusan" atau "berjawatan", tetapi yang ada pengaruh, yang boleh mempengaruhi masyarakat, yang ada wadah utk membawa pengaruh positif itu, dan yang telah benar2 menghasilkan impak dlm sesuatu perkara. Perkara itu pula banyak misalnya: politij, pendidikan, budaya, perubatan, agama, pembangunan jiwa, perubahan minda, dll.

Saya bukan pakar tapi saya telah lama mengkaji dan terus mengkaji. Antara nama2 yang disebut itu mmg layak dimasukkan dalam top 100. Tahniah kr tuan/sdr/sdri memberi respon yg baik terhadap idea yg baik.

Saya tidak akan menyenaraikan dulu. Saya nak bandingkan dulu dgn list saya. Satu saja sy minta sangat2, jadilah kita seperti penulis "The 100" itu. Adil, berfokus, telus, luwes, dan benar2 jujur. Usahlah dipengaruhi oleh sintimen keluarga, agama, parti dll.

Mudah2an suatu masa nanti, " The 100" versi Tandek akan tercapai. Amin.

kyro said...

Anon May 29, 4.15

Terima kasih lah ko kasi senarai juga nama bapa saya (Kee Abdul Jalil) dalam "the 100" versi Tandek.Tapi saya rasa bagus tukar pigi Baudi Unggut laitu sebab bapa saya orang Tawau bah.Nanti bising pula orang lain.Hehehe

Saya tambah lagi 1 la - DR Azlan Jualang

kulanz said...

Ada 1 buku/tesis yang ditulis oleh Bianca Maria Gerlich bertajuk Marudu 1845: The Destruction and Reconstruction of a Coastal State of Borneo. Di sana ada juga ditulis nama-nama orang yang berpengaruh/berjasa di sekitar kota marudu. Mungkin boleh juga rujuk dari buku tu..

IsOn said...

Kau ada tu buku ka Kulanz?

kulanz said...

@Ison, ada di rumah buku tu...

SANGURU said...

Sejarah dan teks/buku sejarah yg telah ada perlu juga dikaji semula bahkan ditulis semula sb selalunya ada ketidaktelusan oleh penulis atau penulis dipengaruhi oleh sesuatu pihak yg berkepentingan sehinggakan sang pengampu, sang minta puji, sang pengkhianat dan yg seperti dgnnya akan dianggap hero dan lagenderis.

Hal ini pernah diperkatakan oleh pakar2 sejarah tanahair baru2 ini. Mereka mengaku tersilap kerana tidak menulis apa yg sepatutnya sehingga rakyat hari ini jd huru hara.

"sejarah itu kebenaran. Yg patut menulisnya adalah orang2 yg benar dan berani lagi ikhlas, kerana tanpa 3 elemen ini - kebenaran tidak mungkin tegak!"

srixon said...

http://www.persee.fr/web/revues/home/prescript/article/arch_0044-8613_1998_num_55_1_3440

Baju Batik said...

Ini ada satu kisah, atau lebih tepat lagi Sejarah Hebat bangsa Kimaragang Tandek Kota Marudu. Ceritanya berlaku pada waktu zaman pemerintahan penjajah Inggeris. Dipendekkan cerita, telah berlaku pemberontakan penduduk kimaragang terhadap Inggeris. Mereka mendirikan kubu pertahanan dan lataknya kubu tersebut adalah di Kg Tingkalanon Tandek. Kubu itu telah diserang oleh tentera Inggeris dan terjadilah pertempuran hebat. Ramai pahlawan kimaragang telah terkorban dan beberapa lagi telah ditangkap dan mati ditali gantung. Mungkin ini tiada kaitan dgn 100 org yang popular. Tapi saya merasakan, walaupun mereka yg terbunuh dlm pertempuran itu BUKAN inginkan populariti, bahkan berjuang semata2 krn bangsa dan tanah tumpah darahnya,namun Satu kajian sejarah yg terperinci harus dilakukan agar kita dan generasi seterusnya sekurang2 dapat mengetahui nama2 mereka yang berjuang. Tentu sekali ini akan menyuntik nilai jati diri serta semangat juang Warga Tandek dan KM Khususnya.

T. Kasih.

IsOn said...

Thanks for the link Srixon.

Saya sudah membacanya sekali imbas. Ia mecatatkan kajian perbandingan di antara siri novel yang ditulis oleh seorang penulis berbangsa Itali bernama Emilio Salgari dan catatan para penulis sejarah yang menyentuh tentang seorang tokoh bernama Sandokan, pertaliannya dengan Syarif Osman dan sebuah pulau misteri bernama Mompracem serta perjuangan mereka menentang penjajahan British.

Baju Batik said...

Terima kasih atas info ini.
Novel yg tlh dihasilkan oleh sasterawan Italy yg bernama Emillio Salgari sekitar tahun 1850an ini adalah novel bersiri yg mengandungi 7 episod. 4 siri novel ini adalah berlatarbelakangkan bumi Sabah khususnya sekitar Teluk Marudu dan Laut Sulu. Ia mengisahkan perjuangan watak utamanya yg bernama Sandokan menentang penjajahan Inggeris. Novel ini begitu popular di Eropah sehingga diterjemahkan kpd beberapa Bahasa. Watak Sandokan yg wujud sejak lebih 100 tahun itu kini telah difilemkan dan menjadi jenama beberapa barangan.Oleh kerana minatnya yg mendalam, Bianca Maria Gerlich telah datang ke Kota Marudu untuk mengkaji kebenaran Watak tersebut. Dan kunjungannya kali ke 2 ke K Marudu pada tahun 1993 utk kajian tersebut, dia mendapati watak tersebut mungkin adalh salah seorg sahabat Syarif Osman.

Baru kita sedari, rupa-rupanya byk yg ada di sekitar kita, lebih dihargai oleh org lain berbanding drp kita sendiri.

si tanjung said...

sy tidak menyenaraikan siapa tokoh yg blh diketengahkn dlm apa yg disebut "100 ORANG POPULAR DI KOTA MARUDU". ini disebabkn pendapat sy seorang blm tentu sama dgn pendapat100 orang d sekeliling sy trmasuk senarai yg tlh d cadangkn dlm posting2 tn2 n pn2. apa pn, pertimbangan perlu d buat berdasarkan sumbangan2 yg tlh diberikan dlm memimpin masyarakat yg diwakili termasuk kesukaran hidup dlm zaman yg diwakili. pd 1 situasi yg lain sy merasakn posting ini agak provokatif tp bila sy memikirkn kembali sy anggap posting sdra umar ini hanya utk suka2. so, ok saja la...

Um@r said...

Terima kasih atas komen/cadangan/tambahan/penambahbaikan dll drp sdra/i sekalian. Semoga apa yg dicoretkan di sini akan dapat membuka minda dan mempelbagaikan idea, khususnya kpd mereka yg menyimpan harapan utk melihat terterbitnya buku "100 Individu KM" yg paling berpengaruh sepanjang sejarah.

Sy ingin tegaskan di sini bhw posting ini bukan utk suka2. Sy tiada masa utk bersuka2 di dlm internet. Masih byk kerja lain yg boleh dilakukan selain bersuka2. Juga tiada unsur provokatif. Ini gagasan yg baik, kenapa tidak diprovok saja pelbagai isu rakyat yg ditumbulkan?

Jangan diganggu org yang ingin buat kerja baik. Tapi sibukkanlah diri menentang kemungkaran yg berleluasa di sekeliling kita.

Sekian dimaklumkan.

Anonymous said...

Maaf, jika demikian mengapa tuan meletakkan angka no 1 itu pada nama Aki Tumunda? Mengapa perlu sdr mendahului senarai tersebut? Dan tajuk yg bincangkanpun 100 individu Kota Marudu. BUKAN 100 individu Tandek! Jawapannya sgt mudah krn you coba ....!!!

Um@r said...

Apa isunya di situ tuan? Hehe...

Ini cuma tinjauan, belum muktamad lagi. Dan, sy tidak sebut pun bhw yg paling atas itu adalah yg lebih berpengaruh.

Kalau nama2 tsbt telah disenaraikan, terserahlah kpd ahli sejarah utk membuat kajian. Biarlah ahli sejarah bersama beberapa pihak berautoriti lain yg akan menyusun rankingnya, berdasarkan fakta yg ditemui.

Apa macam? Tuan ada cadangan...

minhat azam said...

salam.Sebenarnya perkara diatas adalah usaha yang baik.teruskan,w/pun saya orang Melaka tapi pernah berkhidmat di KM 1975-1980.hargailah pejuang KM dari zaman sengsara hingga sekarang yang banyak kemjuannya baik ekonomi,sosial dan pendidikan.tk

SANGURU said...

Usaha sdr Umar ini bagus. Mencetus kesedaran. Buat kita berfikir ttg org kita. Mungkin ada satu kelemahan iaitu kebanyakan yg tersenarai ialah org Tandek, mungkin disebabkan oleh beberapa perkara:
1. Pemberi list ini hampir semuanya org Tandek dan kurang arif tentang kampung lain di Marudu. Maka hal ini memang perlu diperbaiki. Kaji lagi dan lagi secara ikhlas dan sungguh2.
2. Mungkin juga di zaman 1800-1900 (misalnya), kebanyakan tokoh sebelah kota marudu lahir di sebelah Tandek. Kebetulan pula, kawasan Tandek dari segi sejarahnya lebih dulu terdedah kpd "pembangunan Inggeris" dan lebih tua petempatannya. Beberapa petempatan lain agak baru dan dibuka oleh penghijrah2.
3. Ttg siapa no.1,2,3 itu mmg penting tapi diperingkat cadangan, eloklah kita jgn "gaduh2" dulu. Mudah2an saja, generasi mendatang akan menyusun semula list itu berdasarkan kriteria yg lebih spesifik. Sebelum mereka memuktamadkan. Dan apa yg mereka muktamadkan kelakpun belumlah 100% tepat kerana bukan kerja mudah. Bukan mudah juga memuaskan semua orang.

Satu lagi saya nak cadang, jika ada j/k yg mahu merealisasikan "The 100" ini, setiap syor tokoh hendaklah dinyatakan sedikit sejarahnya dan pencapaiannya. Selain menjadi prasyarat pemilihan, ia juga perlu dimasuk dalam buku itu. "Pembaca seperti saya bukan sekadar mau tau siapa no.1,2,3,etc...pembaca mau tau juga siapa sebenarnya mereka? Apakah mmg wira? Apakah mmg reformer? Apakah memang permata atau hanya kaca2an?"

Akhirnya, marilah kita war2kan cerita ttg "The 100" ini agar seantero Marudu tau. Dan kita yg telah tahu, marilah kita terus mengkaji sejarah bangsa. Setiap bangsa pasti Allah ada pilih insan istimewa. Kita yg masih hidup, kita yg telah sedar inilah yg perlu mengangkat kisah mereka. Kisah mereka inilah dikatakan sejarah. Sejarah itulah yang boleh memperkasa nyali bangsa2 di Marudu tercinta ini..

Mari. Logot-logoton.

Anonymous said...

1 lagi individu yg paling berpengaruh sbg tokoh terkini di Kota Marudu ialah Jainim Samaron

keroro said...

Individu lain ialah arwah Chegu Baudi Unggut