SAM

SAM

Followers

Dengarkan Utara.FM - Macam Biasa Juga Bah

Monday, May 17, 2010

AKU CEMBURU KAMU...

Cemburu dibolehkan jika ianya membawa kebaikan kepada yang empunya rasa dan syarat tidak menjejaskan yang dicemburui.


Siapa "kamu" yang saya maksudkan? Tentu bukan orang Kota Marudu, bukan juga orang Sabah atau negeri Sabah. Kamu orang Sarawak dan negeri Sarawak yang saya maksudkan.


Apanya yang saya cemburui? Gua Niahmu? -bukan! Gunung Sentubungmu?- bukan! Sungai Rajangmu? - juga bukan! Rentap pahlawanmu?- punnnn bukannn? Jadi apa???...


Aku mencemburi kestabilan politikmu. Kemandirianmu. Kemerdekaanmu. Hak-hakmu yang kekal terpelihara. Para pemimpinmu yang lebih utamakan kedaulatan bumi kenyalang berbanding pangkat dan fulus. Aku mencemburui kebijaksanaan dan kesepaduan parti-parti politikmu. Kamu boleh berbalah tetapi tidak sampai menjual merdeka...


Aku wajar cemburu takala semua yang kusebutkan di atas semakin terhakis dari bumi negeriku. Terhakis dan terus terhakis lantaran anak-anak tanahair ini sendiri. Salahkah aku cemburu dan apakah aku punya teman cemburu?... Apakah yang tinggal untuk aku kagumi? Yang tinggal barangkali adalah kekusutan yang terpaksa diusai...

4 comments:

Roxy Zaire Awod said...

apakah yang tinggal bagi tanah tumpah darah kita wahai sang guru? dimanakah pemimpin kita yang sanggup mendahulukan kepentingan tanah ini berbanding hal peribadinya?? peroalan demi persoalan bermain di minda tatkala membaca blog ini. ringkas tetapi membawa mindaku berfikir jauh sejauh sejuta tahun cahaya....

kyro said...

Malang nasip kita kerana segelintir pemimpin yang kita harapkan adalah ibarat Pak Kadok menang sorak kampung tergadai.Bah...timbang2 lah kamu sebelum orang naik roket pigi bulan.

SANGURU said...

Ni la susa klu perangai mcm budak. Budak klu gaduh2, bila kalah mamangil kawan. Itulah USNO dulu. Budak jg klu berpakat, cepat lupa pakatan dan nda pandai berunding bila bagaduh. Itulah PBS. Gara2 dua budak sabahan ini la ini negeri jd begini. Dan ada 1budak jajal lg boros banget. Si BERJAYA namanya.

Aduiiii...sakit banget brg kepala brg hati. Basakitan semua nih!!!
(kotigarananku banarr tohh!!! )

dr pisuk2 tanjung jg said...

BANGKIT LAH WAHAI SAUDARA2 KU... TANAH INI MILIK KITA SEPENUHNYA. ADALAH LBH BIJAK N TEPAT JIKA KTA MENGERJAKN SENDIRI TANAH INI DRP MEMAJAKKNNYA KEPADA ORG LAIN. APA LG KLU ORG ITU BUKAN ORANG KITA!!! TEMPOH PAJAKAN SUDAH BERAKHIR!!!