SAM

SAM

Followers

Dengarkan Utara.FM - Macam Biasa Juga Bah

Monday, May 17, 2010

ARANG ATAU ORANG

Beberapa pemimpin rakyat sudah menyuarakan. Para pencinta alam pun juga sudah bising. Sementara UMS sudah membuat inovasi periuk elektrik bersumberkan tenaga solar, SESB pula tetap bertegas dengan pelan untuk membangunkan pusat pembakaran arang batu di Lahad Datu bagi tujuan janakuasa tenaga elektrik kawasan Pantai Timur Sabah. Menteri Pelancongan dan Alam Sekitar pula hanya membisu.

Terdahulu sudah heboh di parlimen tentang alat janakuasa elektrik second hand yang SESB bekalkan di Pantai Timur Sabah sehingga banyak pihak yang melihatnya sebagai layanan second hand kepada rakyat Sabah. Tidak dinafikan alat janakuasa itu mungkin boleh berfungsi, tetapi jika ada peruntukan yang mencukupi untuk membeli yang first hand kenapa mesti bekalkan yang second hand. Sesiapa pun pasti akan memilih yang first hand (jika mampu dimiliki) berbanding second hand. Apa lagi jika ianya sudah dijanjikan terlebih dahulu.

Para pemimpin yang bernaung di bawah payung yang sama pun tidak sehaluan. Pemimpin organisasi pula tidak lagi tahu menghormati pemimpin rakyat. Apa sudah jadi dengan negeri Sabah? Fixed deposit, itukah yang 'mereka' kata? Jika rakyat Sabah terus dilayan sebegini rupa, kita akan tahu pada pilihan raya akan datang sama ada Sabah memang fixed deposit atau sebenarnya unit trust!

Berbalik kepada isu arang batu. Tidak adakah pilihan lain yang lebih baik selain daripada mencemarkan alam sekitar yang memang pun sudah semakin tercemar? Belum cukupkah dengan isu pemanasan global dan peningkatan kes penyakit saluran pernafasan akibat pencemaran udara? Lagi pun arang batu yang akan digunakan terpaksa diimport dari negara jiran! Banyak penyelewengan boleh berlaku dalam proses pembekalan dan pengangkutan. Bagaimana jika negara berkenaan meningkatkan kos jualan atau tidak lagi mahu menjualnya kepada negara kita atas apa saja alasannya kelak?

Apalah sangat masalahnya dengan sumber tenaga elektrik janaan biomass yang bahan mentahnya mudah diperolehi di negeri ini (termasuk di Kota Marudu) dan tidak mencemarkan udara? Bukankah Ketua Menteri Sabah sendiri mengakui bahawa terdapat begitu banyak sekali lambakkan sisa ladang kelapa sawit di negeri ini yang siap sedia digunakan sebagai bahan mentah industri biomass?

Jika mengurangkan pembaziran peruntukan adalah salah satu alasan penggunaan alat janakuasa elektrik second hand sebelum ini, apakah bukan satu pembaziran kita mengalirkan mata wang ke negara luar sedangkan di negeri kita sendiri peruntukan yang sama boleh digunakan untuk membangunkan sistem janakuasa tenaga elektrik berkapasiti sama dengan bahan mentah tempatan.

Secara analitikal, hanya satu perkara yang masuk dalam fikiran saya, iaitu jika sesuatu projek melibatkan banyak pihak, apa lagi pihak luar, maka lebih banyak peluang untuk memasang 'jaring' (untuk mengaut keuntungan) berbanding pengurusan setempat yang tidak melibatkan banyak pihak. Jika ada alasan yang lebih saintifik, terjamin keselamatan alam sekitar, serta terbukti kos efektif kenapa arang batu dipilih berbanding biomass, perkara itu wajar didedahkan untuk tatapan umum kerana saya juga ingin mengetahuinya. Kita semua boleh membuat perhitungan sendiri menurut kebijaksanaan masing2.

Kecuali ada penjelasan yang lebih baik dan memuaskan hati, buat masa ini, jika projek arang batu di Lahad Datu itu tetap diteruskan, saya secara peribadi berpendapat bahawa kerajaan telah memilih untuk menyelamatkan 'arang' berbanding 'orang'. Dan kita semua tahu bahawa rakyat Sabah hari ini bukan lagi sembarangan orang. Fixed deposit yang mereka kata ini sudah tahu menilai jika ada musang yang cuba berbulu ayam.

3 comments:

SANGURU said...

Nangammm!!!!

kyro said...

I salute you doc.

Mesti ada yang mau kapsit baitu itulah pasal barabis mau buat janakuasa arang batu.

Saya pernah terbaca satu artikel yang dlm akhbar tempatan sabah tentang penjana kuasa.Dalam artikel itu seorang jurutera dari China berkata..'Sabah mempunyai punca eletrik yang terlalu banyak seperti ANGIN,AIR dan MATAHARI.Dan beliau merasa adalah satu kebodohan untuk tidak mengekploitasi sumber yang ada'.

Saya sangat setuju dengan pandangan jurutera itu.Sepatutnya di tahun 2010 ini kita semakin maju dan mengguna penuh teknologi yang ada.Guna pakai sumber yang kita ada.Tuhan lagi itu yang kasi percuma.Bukan tuhan ada minta bayar.Dari kita saja mau pakai akal ka tidak.Malangnya bukan pula kerajaan kita ini mau maju makin lagi mundur....pakai arang batu.Jangan hairan kalau lain kali orang-orang miskin kena suruh tinggal dalam gua sebab rumah PPRT pun nda dapat kana kapsit.

aku tanjung said...

nampaknya kita bakal kembali ke zaman batu. cian owh kta sabahan ni. dikasi bekalan elektrik guna mesin 'second hand". bt janakuasa guna arang batu la pla. btl2 x brdaya maju. nk jd mcm amerika...jgn mimpi. pembangunan infrastruktur segalanya kta ketinggalan 10 tahun ke belakang olh negeri lain. sepatutnya kita layak menikmati lbh baik dr apa yg kta dpt hari ini d tempat kta ni.