SAM

SAM

Followers

Dengarkan Utara.FM - Macam Biasa Juga Bah

Saturday, May 1, 2010

Bercinta Dgn Ilmu (1)

Apa khabar semua? Didoakan semoga dalam keadaan yang sihat dan jauh daripada gejala kecelaruan emosi. Sebenarnya saya baru balik dari berkursus di Putrajaya selama tiga hari. Perjalanan yang agak jauh (KL-Bentong-Raub-Kuala Lipis-Gua Musang-Kota Bharu) amat meletihkan. Pergi dan balik hampir 1000km dengan menggunakan kenderaan sendiri bukanlah sesuatu yang mudah dilaksanakan, tanpa palitan kecintaan yang menyala-nyala di dalam diri terhadap sesuatu.

Kecintaan yang saya maksudkan di dalam entri ini adalah kecintaan terhadap ilmu. Bagi siri pertama, memadailah saya mengajak diri saya dan pembaca budiman sekalian supaya belajar mencintai ilmu dan menanam tekad di hati untuk mengangkat ilmu itu sebagai kekasih kita. Saya berani jamin insya-Allah, kekasih jenis ini tidak akan pernah mengecewakan kita.

Hatta, kelebihannya tidak terkira jika dibandingkan dengan kekasih (suami/isteri dan yang seumpama dengannya) yang sedang berdamping dengan kita sekarang. Saya akui bahawa tajuk ini memang sudah acapkali dibincangkan, tapi izinkan saya bertanya, berapa ramaikah yang faham hakikat kecintaan terhadap ilmu tersebut?

Bersambung...

2 comments:

Ust. Jailani said...

antara ilmu harta dan takhta nabi suleman a.s pilih itu ilmu. last2 itu harta & takhta datang sendiri padanya. ilmu boleh jaga kita harta pula kita yang terpaksa menjaganya........

Baju Batik said...

I L M U

1. Ada munusia yg sama sekali tidak mahu dan malas menuntut ilmu. (Ini kelas yg paling rendah)

2. Ada manusia yg tidak perlu (tidak mampu) menuntut ilmu.
(Golongan kurang siuman / gila shj.)Ini dipertimbangkan. Kira ta apa.

3. Ada manusia menuntut ilmu mengikut kemahuan bukan kerana
keperluan. (Mungkin kurang bijak)

4 Ada juga golongan manusia yg benar2 menuntut ilmu kerana keperluannya. Dan merasa cukup bangga dgn ilmu itu shj tanpa mahu mempelajari ilmu lain, sedangkan usianya masih sgt muda. (sayang sekali) Contoh, dari lepas SPM hingga beranak pinak, hanya tahu menanam padi, atau bawa kereta sapu shj.

5. Ada golongan yg dipaksa menntut ilmu.

6. Ada pula golongan yg menuntut ilmu, tetapi hanya sekerat jalan dan kandas. (Ini ilmu bersifat formal)

6. Ada orang yg sentiasa berusaha menambah ilmu pengetahuan dari masa ke masa (yg formal & tidak formal, berdasarkan kemahuan dan juga keperluan) Ini dikira berada pada kelas yg sangat baik
7. Golongan cemerlang ialah manusia yang boleh MENCIPTA ILMU.

Kadang2 sesuatu yg sudah bertahan sekian lama pun akhirnya ditafsirkan salah dan memalukan bagi mereka yg berilmu. Misalnya, kecil seperti kuman, SALAH! Ada benda yg beribu2 kali lebih kecil lagi drp kuman.

SEMAKIN KITA BERILMU, SEMAKIN BERTAMBAH LUAS DUNIA INI KITA RASAKAN.

Sekian TQ.