SAM

SAM

Followers

Dengarkan Utara.FM - Macam Biasa Juga Bah

Wednesday, May 19, 2010

Menyingkap Perjalanan Kota Kinabalu Ke Sibu: Satu Pesan Kebangkitan Suara Rakyat

Cheras, Kuala Lumpur - 4 hari penulis berada di Sibu dua minggu lepas dan sempat menjengah ke beberapa lokasi seperti Sk. Bawang Assan, Jabatan Kimia Cawangan Sibu dan sebuah sekolah lain. Kehangatan kempen pilihanraya kecil memang terasa. Tinjauan penulis ketika berada di kawasan bandar memberikan beberapa khabar untuk dijadikan ikhtibar.

Amaran politik di Sibu tidak begitu mengejutkan. Secara peribadi, ini bukan tanda kejatuhan tapi satu ledakan kebangkitan hasrat rakyat yang INGIN BERSAHABAT dengan kemajuan. Kebanyakan pengundi di kawasan Sibu tidak gemar memberikan undi bersifat tidak popular kepada satu pihak lain tetapi berpendapat sesuatu perlu dilakukan untuk menyuntik KESEDARAN bahawa mereka (masyarakat Sibu) tidak sewenang-wenangnya HANYA dianggap pengundi setia sahaja. Dari sudut lain kesetiaan mereka tidak harus dimengertikan semata-mata bersandarkan elemen kota kebal.

Salah seorang penduduk dari Kg. Penansu mengatakan 'kami akan tetap undi kerajaan tapi apakah cara supaya kampung kami yang begitu mundur mendapat perhatian kemajuan?'

Ketika menghampiri sebuah premis perniagaan milik orang cina (jual hp) dan sempat bertanyakan khabarnya, ternyata tokeh tersebut begitu mesra dan mudah bercerita. Namun ada nada tegas bila bersangkut-paut dengan pertanyaan mengenai masa depan Sibu.

"Undi memang kasi undi. Tapi orang sudah marah. Saya masih tetap ingat sama kerajaan kerana boleh bantu sebab ada dana. Apa macam saya mau kasi undi pun, kawan-kawan mau kasi 'cerita sikit' sama dia orang juga. Mau jaga Sibu, bikin baik-baik"

Di satu ceruk desa lain, ada penduduk mengatakan 'Air tidak ada. Api tidak ada. Jalanraya tidak ada. Yang kami tau sudah ada pilihanraya kecil'. Terdapat label mengejutkan apabila mengaitkan politik dengan mentaliti 'ikan masin'. Maknanya terdapat kegagalan melakukan sesuatu yang bersifat mesra kepada pembangunan kemasyarakatan. Dalam satu cerita wayang suatu ketika dahulu, penonton menyaksikan satu jalan cerita dengan hati hiba. Hiba bila melihat dialog anak bapa. 'Anak minta wang untuk beli buku bapa kata saya bukan kilang duit'. Dialog bapa ini mematikan pandangan jauh si anak.

Tujuan penulisan ini tidaklah bermaksud mempersoalkan mana-mana individu atau organisasi politik. Saya cuma ingin TEKANKAN bahawa rakyat inginkan KEBAIKAN POLITIK. Sejarah landskap politik di Bumi Kenyalang sudah dirobah seperti sebuah slogan 'MARI UBAH SEJARAH' yang berjaya menafikan kerusi kekal.

Ini satu panggilan terbesar kepada fungsi kepimpinan. Rakyat tidak bercakap mengenai siapa memerintah. Rakyat cuma inginkan penghayatan falsafah politik sebenar dari seorang pemimpin. Jadikan peristiwa ini sebagai satu ikhtibar. THE BIGGEST WAKE UP CALL untuk melihat keperluan MENJUARAKAN rakyat, MEMPERKASAKAN pencapaian.

Di mana pun peristiwa kepimpinan berlaku, sama ada di pihak pembuat dasar atau di pihak yang berkobar-kobar semangat untuk naik, kegagalan untuk memerhatikan PESAN rakyat adalah KEGAGALAN MAKNA PERJUANGAN POLITIK.

Arif dan lestari dominasi integriti aspirasi nusa bangsa. Jaga aspirasi rakyat, rujuk sejarah dan ambil IKHTIBAR. Selamat berjuang. Salam sayang dari SAM untuk N.5 Tandek dan P.168 Kota Marudu.

3 comments:

1 undi utk kepimpinan baru tandek said...

apa yg sdra kemukakn dlm blog ini amat sinonim dgn apa yg berlaku atau bakal berlaku d kota marudu amnya n tandek khasnya. kebangkitan rakyat kian terasa. yg selama ini terlena pn nampaknya sdh siap siaga menunggu PRU 13. apa pn kta lihat lah pkembamngan dr semasa ke semasa.

kyro said...

Inilah yang saya maksudkan dalam komen saya melalui artikel sdra Mike yang lalu.Rakyat akan kehilangan perTIMBANGAN jika dibiarkan terus dalam kemunduran.Dalam konteks N5 Tandek tahap kemunduran sudah terlalu parah hinggakan disaat saya menulis komen ini pun hati saya terasa seperti dirobek-robek.Apa nak jadi dengan Tandek? Apakah saya perlu naik ROKET utk berhijrah dari kemunduran kepada kemajuan?

Little Mike (LM) said...

1 undi utk kepimpinan baru tandek: Secara peribadi, tanpa berselindung, ada kecenderungan terutama sekali lapisan muda yang ingin melihat dengan bersungguh-sungguh agar ada pergerakan mesra pembangunan yang aktif berlaku di N.5 Tandek. Sepanjang 2 bulan saya 'berjalan-jalan' bersama teraju kepimpinan sekarang yang baru berusia 3 tahun, sudah disuarakan di sidang DUN melalui nada tegas agar N.5 Tandek dimasukkan dalam agenda terakhir RMK10 dan permulaan RMK11. Mudah-mudahan nada Tandek ini diberikan perhatian serius di peringkat kerajaan negeri. Pembangunan infrastruktur, fasiliti pendidikan sudah diberi reaksi oleh Kementerian Pembangunan Infrastruktur Sabah dalam ucapan bahas baru lalu. Sama-sama kita melihat perkembangan dari masa ke semasa sambil itu kita jangan berhenti untuk bergabung idea dalam sebarang bentuk wacana agar Tandek diberikan pengiktirafan pembangunan yang berterusan.

Kyro: Sememangnya aspirasi melalui maksud komentar kyro merupakan juga kemahuan yang berlegar dalam hasrat warga N.5 Tandek. kita berharap ikhtibar telah diambil. Teguran politik yang berlaku di mana-mana perlu diambil rujukan dan menjadi asas yang mengorientasikan sikap siaga dalam tugas memperkasakan pembangunan dan MENJUARAKAN rakyat. Bukan MENJUARAI rakyat. PM mengatakan 'democracy is a game of numbers' untuk meraih kemenangan dalam pilihanraya. Tetapi secara moralnya, saya tidak bersetuju kerana 'numbers' akan berubah jumlah hitungnya di peringkat 'roots' jika mekanisma aplikasi pembangunan tidak selari dengan aspirasi 'numbers'. Harap mereka tidak perlu tunggu kuasa tangan yang 'tidak popular' bagi pihak yang mahu kekal bertahan. Saya secara peribadi, seperti komentar balas saya di atas, kita mengharapkan melalui kerjasama idea dan dan pemikiran yang kritis, saya, anda, mereka terlibat menjana wajah Tandek sama ada melalui wacana penulisan atau medium interaktif yang boleh diakses melalui mana-mana saluran sedia ada. Sudah tentu Tandek sudah lama menjadi persoalan. Saya memahami sebagai anak muda sebagai mana juga yang difahami oleh kyro dan rakan-rakan perjuangan akan tuntutan dan keperluan mengkoreksikan kekelaman yang menyelubingi Tandek. Kita mengharapkan juga pergerakan mesra pembangunan di Tandek ada kelangsungan, malah 'aliran sungai' ini perlu segera 'didalami', biar laju menyusuri bumi.