SAM

SAM

Followers

Dengarkan Utara.FM - Macam Biasa Juga Bah

Friday, May 21, 2010

Debat Marudu 2010

Ramai anak Marudu yang tidak berpuas hati dengan pencapaian ekonomi semasa daerah ini. Lembab, suram dan muram serta mungkin memualkan. Ini satu fakta yang pastinya sukar disangkal apatah lagi untuk disembunyikan. Apapun, sikap membiarkan darah menggelegak di dalam urat-urat jasad sahaja tidak akan mendatangkan apa-apa hasil. Justeru, dicadangkan satu pertandingan DEBAT ALA PARLIMEN dianjurkan khas untuk para Permata Bangsa Kota Marudu. Debat ini bertemakan, "Kemiskinan & Kemunduran Kota Marudu". Objektif debat ini bukan untuk mencari kambing hitam untuk dikambingkan. Tetapi untuk menyediakan gelanggang kepada para Permata Bangsa kelahiran daerah ini untuk menyalurkan ilmu, pengalaman, kemahiran, gagasan dan emosi mereka di pentas yang menjunjung prinsip demokrasi dan keadilan. Di akhir pertandingan tersebut, resolusi dibentuk bersama para pendebat dengan menggunakan hujah-hujah mereka di sepanjang perdebatan. Apa macam, ada harapan kah...

9 comments:

Little Mike (LM) said...

Perdebatan dari sudut pandangan saya melalui senario Tandek semasa:

1. Mampu menyelongkar intelek

2. Mampu meledakkan gagasan

3. Mampu 'meledakkan' emosi

3 perkara di atas elemen pengisian sudut pidato/perdebatan.

yang pertama, sesuatu yang kita harap benar-benar diberikan keutamaan. Intelek melambangkan inteligensi aliran wacana pemikiran. Bersifat kritis dan ilmuan (tidak bermakna melibatkan orang berilmu sahaja. Maksudnya, semua orang yang mampu melahirkan idea tepat, selari dengan kemahuan melihat kepada objektif perdebatan.)Idea bernas tidak perlukan kredebiliti ilmu tapi sentuhan hati yang sesiapapun di desa memilikinya, berinteraksi dengan tepat permasalahan degup jantung Tandek. Gabungan generasi lama dan muda diperlukan kerana Tandek sudah lama melahirkan generasi yang dijiwai pertanyaan-pertanyaan bersangkut paut dengan kemunduran.

Perkara kedua, perdebatan yang mampu melahirkan gagasan. Gagasan dalam bentuk apa pun yang sinonim dengan cita-cita pembangunan insani dan infrastruktur. Jadikan peluang (kepada sesiapa yang dapat menyertai perdebatan ini) diterjemahkan menjadi satu MEMO yang menganjurkan gabungan idea ke meja kepimpinan.

Perkara ketiga, saya melihat melalui PRO dan KONTRAnya.

PRO- dapat memperkasakan unjuran semangat positif yang sepakat, bersepadu, sama ada pernyataan melalui kesediaan bergabung idea mencakupi semua cara interaksi dan akses fasiliti atau bergerak dalam inisiatif kepimpinan sebagai satu gerak kerja yang toleransi.

KONTRA - digusari satu medium yang berkompromi dengan elemen ledakan emosi semata-mata yang tidak terdidik oleh kesejahteraan matlamat. Saya tidak berniat langsung mempertikaikan kekuatan jati diri dan kredebiliti pembawaan emosi orang kita. Tidak ada sejarah yang tercatat bahawa orang kita SALAH TINGKAH EMOSI sebagaimana peristiwa yang selalu melukakan sejarah perpaduan bangsa. Malah saya menulis komentar ini bukan PERNAH bermaksud 'keributan aksi' mulai memalit ke gerbang aturtingkah bangsa kita. Izinkan saya, dengan penuh kerendahan hati dan hormat kepada tuan2 sekalian, kita tidak boleh SINGKIRKAN RISIKO tetapi kita boleh MENIDAKKAN PETAKA SEMBERONO.

Diharapkan perdebatan ini mampu menampilkan aksi ilmiah dan sudah tiba masanya juga wacana seperti ini dikumandangkan dengan penuh kesejahteraan objektif dan matlamatnya.

ikhlasnya dari saya -siapa MENIDAKKAN 'tempur ilmiah', MENIDAKKAN ilmu.

kyro said...

Setuju dengan pendapat sdra Mike.Apa pun idea debat ini memang baik tapi ia harus berjalan dalam suasana yang harmoni dan berfikiran terbuka dan positif.

Anonymous said...

SOKONG PENUH CADANGAN INI!

dr pisuk2 tanjung jg ni said...

satu cadangan yg bagus tp perlu diperhalusi sblm d laksanakn. klu debat: dgn siapa kta brdebat... sy rasa klu berbentuk "forum" agak lembut c kit bunyinya meski pn bakal membicarakn isu2 yg agak panas tp relevan dgn situasi semasa d tmpt kita ni.

Um@r said...

trma kasih atas komen yg membina.

Sebenarnya debat amat menyeronokkan. Dan yg paling penting ianya mempunyai peraturan tersendiri yg wajib dipatuhi. Langgar peraturan, gugur penyertaan.

Melalui program ini, menggalakkan peserta mcari bahan2 ttg KM yg akan digunakan semasa membahaskan usul. Dari sinilah kita akan mendapat maklumat tentang status kemajuan di KM. Maklumat yg banyak dan lebih tepat.

Harapannya agar pengelibatan menggalakkan drp semua warga tanpa mengira agama, bangsa dan fahaman politik. Sy percaya program spt ini boleh membedah kemelut kemiskinan dan kemunduran yg melanda Marudu.

Drp kita terus menyalak di belakang dan berarak di jalan, mungkin lebih baik bersemuka di pentas debat dlm suasana semangat keilmuan, muhibah dan kasihsyg.

Um@r said...

panjang cerita kalau dihuraikan debat ala parlimen ini. kalau nak tau lebih lanjut, sila buat carian di google search. apa yg pasti ini bukan debat politik kepartian. ini debat secara bkumpulan (4 org 1 kump). kumpulan ini akan berbahas sehingga ke peringkat ke akhir. mereka akan diberikan usul utk dibahaskan. biasanya pertandingan ini akan berlangsung selama 3 hari jika banyak penyertaan. cth usul, "kota marudu mundur kerana rakyatnya malas" dll lagi...

Aldusuni said...

SEMASA sya dlm SAM pkara ini telah sya tulis. Sya sukung 100% dan insyallah sya akan mendaftar sebagai pendebat PEMBANGKANG :)

Anonymous said...

bah.... suruh tu budak2 sekolah menangah di daerah KM bah buat debat ni. kasi hadiah yg lumayan.

Um@r said...

tq bro Naz... Anon, utk permulaan cadangan tu amat praktikal. Kalau ramai yg semakin faham konsep debat ala parlimen, kita akan panjangkan pula kpd peringkat yg seterusnya. Insya-Allah.