SAM

SAM

Followers

Dengarkan Utara.FM - Macam Biasa Juga Bah

Sunday, May 16, 2010

Hari Guru Yang Mendukacitakanku..

Mau tidak mahu, saya harus bercakap. Bukan menentang orang besar atau pihak atasan, jauh sekali "menderhaka". Saya sebenarnya sekadar menambah, mana tau ada yg ter(?)kurang...Dan saya lakukan ini kerana cinta kepada profesion saya, cinta juga kepada rakyat yang sedikit sebanyak ikut terjejas khususnya berkaitan pendidikan.


Adapun pengumuman ganjaran kpd sekolah cemerlang dgn prestasi tinggi, yang diumum hari ini, sempena Hari Guru 2010, saya khuatiri kurang adil kpd sekolah harian biasa khususnya luar bandar. Bukan saya orang pesimis atau guru yg non aktif. (Bahkan, berdasarkan pencapaian peribadi saya dlm beberapa hal dlm profesion ini, tidak keterlaluan jika dikatakan bahawa saya mungkin antara guru terbaik dalam ini negara. Maaf, saya harus nyatakan ini kerana orang kita suka buat persepsi: orang membangkang biasanya lemah, jahil, kerja cincai dan sebagainya). Sedangkan, biasanya, Bila saya bercakap, tentu ada yang tak kena. Demikian juga bila SAM bersuara, hmmmm....


Baiklah, cuba fikir dgn logik, rasional dan saksama dalil-dalil berikut: 1. Sek menengah luar bandar misalnya di Kota Marudu, Sabah, menerima pelajar dari feeder school luar bandar/perbukitan yang berprestasi rendah, yang antara lainnya akibat sosio-ekonomi mereka yg rendah. Maksud saya: input yang tidak berkualiti. 2. Kebiasaannya, pihak SMK terpaksa memulihkan mereka. Memotivasikan anak-anak perbukitan ini. Dengan kegigihan guru2, dapatlah beberapa star di pkt PMR. Sayangnya, stars ini kemudiannya memasuki sekolah berprestasi tinggi misalnya MRSM dll. Yang tinggal?... 3. Yang tinggal biasanya yg gagal, yg berprestasi sederhana. Pihak guru tanpa jemu mendidik lagi. Dan dapatlah melahirkan beberapa star di peringkat SPM. Namun mendukacitakan, perkara no.2 di atas terjadi lagi. Begitulah sehingga peringkat STPM. 4. Sekolah2 luar bandar juga, sering menerima "input" kelas dua. Guru sandaran tidak terlatih biasanya lebih ramai dimana? Sekolah harian luar bandar atau sekolah berprestasi tinggi di bandar2? - tolong jawab dgn jujur! Ini belum termasuk input2 lain.


Nah, bagaimana sekolah harian biasa luar bandar boleh setaraf sekolah berprestasi tinggi yg memangpun diprogramkan tinggi prestasinya? Hal ini pernah saya kemukakan selaku "ketua pembangkang dalam patlimen" semasa Debat Ala Parlimen sempena Hari Guru peringkat negeri Sabah 2009.


Harap pemberian ganjaran ini diteliti lebih telus dan saksama. Apapun, jika ianya sudah muktamad, "kami hanya menurut perintah". cuma kami risau, "ganjaran yg diharap memotivasikan, sebaliknya akan berlaku". Dan jika ini berlaku, jangan kata kami tak menyampaikan idea membina. Saya secara peribadi berpendapat, saya tak tertarik sangat dengan "skim ganjaran" itu kerana: 1. Saya dah berpuas hati/bersyukur dgn gaji saya (yang berkat), 2. Ganjaran lebih besar saya harapkan dari Allah SWT. 3. Saya berkerja sehabis baik kerana saya suka melakukannya dan bukan kerana kemaruk ganjaran. Saya tegaskan di sini: saya tidak perlu ganjaran bila prestasi tinggi, tapi jangan sesekali saya didenda/dikutuk bila prestasi menurun! Saya akan marah kerana: 1. Guru mengajar bertambah baik setiap tahun kr bertambah skill dan sumbernya, 2. Murid berbeza tiap tahun. Ada kalanya trend murid ni bagus pd tahun tertentu dan "lembab" pada tahun tertentu. 3. Soalan bukan sama tiap tahun, maka keputusan prestasi secara saintifiknya tidak boleh dibanding antara tahun.


Sebenarnya, kalau mau angkat prestasi pendidikan khususnya luar bandar, banyak faktor lain termasuk sosio-ekonomi-demografi masyarakat serta kemudahan prasarana dalam masyarakat. Dan saya mau tanya: apakah aspek ini pun pihak guru yang perlu buat?...


Sekali lagi, para pemikir pembangunan hendaklah merekacipta plan pembangunan yang bersepadu. KPM dan kementerian lain perlu berintegrasi. Misalnya, KPM hantar guru di perbukitan, siapa perlu hantar air, api, jalan ke sana?... FIKIR-FIKIRKANLAH...

1 comment:

kyro said...

Memang sudah sampai masanya untuk bersuara.Walaupun saya bukan seorang guru namun saya tetap menyokong penuh usul tuan kerana saya melihat sendiri dan dapat menyelami jerih payah seorang guru terutama sekali di pedalaman dan luar bandar.

Di Tandek ramai pelajar yg berasal dari perbukitan.Terpaksa turun ke sekolah dgn berjalan kaki seawal jam 4 pagi bercahayakan lampu obor atau kami panggil babang.Ramai juga yang menumpang tinggal dirumah kami dan kerana mereka tiada wang untuk membeli pakaian seragam sekolah maka bapa saya menggunakan wang sendiri membeli pakaian untuk mereka.Begitu juga makan minum dan peralatan sekolah.Ramai juga yang berjaya dan kejayaan mereka adalah ganjaran terbesar buat ibu dan bapa saya yang ikhlas membantu lillahi taala.

Penganugerahan seharusnya mengikut kategori sekolah samada sekolah luar bandar,berasrama penuh,sekolah bistari,sekolah sukan dll.Ini lebih adil sesuai dengan pengorbanan yang dilakukan.Kata orang lain padang lain belalang maka lain sekolah lain pula cabarannya.