SAM

SAM

Followers

Dengarkan Utara.FM - Macam Biasa Juga Bah

Tuesday, May 18, 2010

Jalanraya Menyusur Kg. Morion Perlu Dinaiktaraf

18hb Mei, Kg. Morion - Sudah berpuluh tahun laluan jalanraya ini memberikan cabaran kepada penduduk Kampung Morion terutama keadaan laluan yang berdebu dan berbatu. Laluan jalanraya ini betul-betul berdekatan dengan halaman rumah (lebih kurang 13 buah rumah). Keadaan ini menimbulkan kesulitan diakibatkan oleh pencemaran udara. Musim hujan jalan berlumpur dan kotoran lumpur akibat kenderaan lalu lalang menjadi 'hiasan' dinding rumah.

Tinjauan pihak SAM mendapati jalanraya ini benar-benar memerlukan perhatian pihak berwajib untuk dinaiktaraf ke jalan aspal untuk keselesaan pengguna jalanraya termasuk hak penghuni rumah yang saban tahun berdepan dengan masalah habuk yang menjejaskan kesihatan.

Kebanyakan penduduk Kg. Morion merupakan penjawat awam sama ada sebagai guru, pasukan keselamatan dan sudah pastinya masyarakat kg. Morion sebagai pembayar cukai perlu diberikan perhatian hak untuk menjadi sebahagian daripada agenda kemajuan.

Perkembangan terkini, jalan Kg. Morion antara jalanraya yang tersenarai untuk perhatian RMK 11. SAM mengharapkan laluan ini diluluskan peruntukan naiktaraf demi untuk menghargai sumbangan penduduk yang sentiasa bertahan memberikan sokongan kepada dasar perjuangan kerajaan pemerintah.

9 comments:

Anonymous said...

YA...kami sokong penuh...jalan ini sepatutnya suda lama di aspal.....

kyro said...

Bukan situ saja bah.Jalan Tandek pun perlu di aspal.Macamana jalan yang satu ketika dulu merupakan jalan utama sekarang jadi jalan kampung terbiar.Bikin malu saja dari tahun 1966 sampai 2010 saya tunggu tidak juga pandai dinaik taraf malah makin lagi buruk.Saya pernah timbulkan masalah Jalan Tandek ini dalam SAM suatu ketika dulu.Mungkin saya perlu buat 'siaran ulangan ini'.Siapa2 yang punya kawasan ini bagus ambil perhatian sebelum orang kampung hilangan perTIMBANGAN.macam saya mau naik ROKET ooo sengsara betul bah naik kereta begini punya jalanraya.

Little Mike (LM) said...

Anon: perkara baik mmg perlu untuk kesejahteraan penduduk

Kyro: Memang banyak jalan lain perlu diberikan perhatian. Saya sempat menulis untuk kawasan melibatkan kg, morion. Sebenarnya ini baru bercakap mengenai kg. Morion. Belum kawasan lain lagi. Banyak kerja yang perlu dilakukan oleh mereka yang memimpin.

kyro said...

Ngam laitu Mike.Suruh diorang buat kerja betul2.Kita bayar cukai bah.Sama juga mcm orang lain.Kenapa pula hak kita dinafikan sedangkan orang lain seronok menikmati kemajuan kita pula dianak tirikan.

Anonymous said...

orang morion:

yah sepatutnya kasi naiktaraf ni jalan bah..

Little Mike (LM) said...

Kyro: kalau kawasan lain boleh, kawasan kita juga boleh menikmati kesejahteraan. Kita usahakan melalui suara-suara membangun melalui mata pena atau apa sahaja cara yang menunjukkan kesungguhan kita untuk diperlihatkan kepada 'mereka yang memilih untuk berkerjaya melalui politik' tanpa membelakangkan keupayaan kerjasama yang boleh dijalin melalui sebarang medium.

Anon: kita di arah jalan fikiran yg sama juga.... terima kasih meluangkan masa memberikna komentar

Anonymous said...

Orang Morion:

tu la kan.. bila la Morion dapat peruntukan kasi naik taraf jalan=aspal....

yg sy nampak... Morion dan batition lagi belum dapat oh..

Anonymous said...

Tinungkup Said:
Bila baca semua komen2 dari yg perihatin dan yg juga saudara yg tidak sabar2 melihat tindakan kemajuan mengASPAL jalan oleh yg berwajib. Sy sangat tertarik untuk memberi pendapat sendiri.
100% memang perlu dilakukan ASAP.
Pemimpin harus melihat secara teliti masalah ni. Seingat sy jalan ni sangat tidak selesa dalam apa musim sekali pun. Musim hujan - air akan bertakung diatas jalan raya macam kolam ikan. Kenderaan yang melalui jalan tersebut menaikan taraf kepada jalan berkubang. Apabila kanak-kanak ke sekolah terpaksa jalan atas rumput mengelak dari air yg berlumpur, jadi fungsi jalan raya untuk kesenangan penduduk pada mulanya tidak lagi fokus ke arah itu. Sebaliknya berubah kpd ketidak selesaan. Musim kering - seperti yg dijelaskan oleh saudara Mike iaitu masalah habuk dari jalan raya yg sangat perhampiran dengan rumah penduduk..udara yg tercemar.
Selain jalan raya Kg Morion beberapa kampung lagi harus diberi perhatian..

Anonymous said...

saya pn stuju juga bah.....mcm jalan mau pergi dari mempakad masuk ke sk. nibang juga lagi teruk....jambatan pn putus2....bayangkan lah kami terpaksa bertarung nyawa mau balik kampung sendiri gara-gara jalan rosak....asal pilihan raya saja berkempen itu ini......janji sama rakyat macam2... bila dah menang, batang hidung pn nda nampak sudah....da lah mundur dari segi kehidupan...ditambah lagi pula dengan jalan raya yg sangat teruk....jangan kata la lg api/air mmg jauh sekali....sedih yg teramat-amat org kampung yg nda ada pelajaran ditipu mentah2....harap2 pemimpin blh buka mata....xkan nak tunggu PM turun padang baru blh satle itu jalan...