SAM

SAM

Followers

Dengarkan Utara.FM - Macam Biasa Juga Bah

Thursday, May 6, 2010

KEBAJIKAN SEKOLAH TANGGUNGJAWAB SIAPA?

Nampaknya negara kita tidak pernah lekang daripada isu-isu politik dan isu-isu kepincangan jabatan-jabatan kerajaan. Termasuk yang terbaru di Sarawak, sudah 11 pilihan raya kecil yang diadakan sejak pilihan raya umum ke-12 yang lalu. Pasukan penyiasat khas pula ditubuhkan dengan alasan agar penyiasatan kes kematian remaja berumur 14 tahun akibat tembakan anggota polis dapat dilakukan dengan lebih telus dan terbuka. (11, 12, ?, 14) Mungkinkah pilih raya umum yang ke-13 bakal menjanjikan suatu perubahan yang lebih baik? Atau akan bertambah buruk? Persoalan itu saya serahkan kepada para politikus tanahair kita untuk selesaikan.

Saya sebenarnya bukan mahu memperkatakan tentang semua perkara mukadimah di atas. Saya tertarik untuk mengulas kenyataan Pengarah Pelajaran Negeri Sabah, Dr. Muhiddin Yusin, baru-baru ini tentang isu kekurangan guru di sekolah-sekolah Cina di negeri ini.

Pada hari Rabu minggu lalu beliau mengeluarkan kenyataan yang disiarkan dalam Daily Express bahawa pengurusan sekolah-sekolah Cina harus dipersalahkan kerana tidak menerima guru-guru yang tidak tahu berbahasa Cina mengajar subjek lain. Kenyataan beliau itu segera dibidas pula oleh ketua Setiausaha Agung Parti LDP, Teo Chee Kang, keesokan harinya dengan mengatakan bahawa sekolah Cina akan kehilangan identiti jika membuka pintu kepada guru-guru yang tidak tahu berbahasa Cina mengajar di sekolah Cina.

Seminggu selepas itu (hari Rabu minggu ini), Dr. Muhiddin Yusin mengeluarkan lagi kenyataan bahawa ada juga sekolah Cina yang tidak mahu menerima guru bumiputera yang fasih bertutur dalam bahasa Cina untuk mengajar di sekolah berkenaan. Sekali lagi kenyataan beliau segera dibidas hari ini, tetapi kali ini oleh Pengerusi Jawatankuasa Pengurusan Persatuan Sekolah-Sekolah Jenis Kebangsaan Cina Sabah, Datuk Wong Yit Ming, bahawa kenyataan pengarah pelajaran Sabah itu tidak benar dan bercanggah dengan dasar persatuan dan sekolah-sekolah Cina.

Menurut Datuk Wong Yit Ming lagi, punca utama kekurangan guru di sekolah-sekolah Cina di negeri ini sebenarnya disebabkan oleh kurangnya output guru-guru terlatih dalam pengajaran medium bahawa Cina dari institusi-institusi perguruan tempatan dan trend menghantar guru-guru terlatih tersebut ke negeri-negeri lain. Ramai pemohon berbangsa Cina yang ingin dilatih oleh jabatan di institusi-institusi perguruan sedia ada, tetapi hanya sedikit yang diterima untuk dilatih.

Saya tidak berada di posisi yang tepat untuk menyokong mana-mana kenyataan di atas kerana tidak memegang apa-apa statistik berkaitan. Namun, saya berpendapat bahawa kenyataan-kenyataan Dr. Muhiddin Yusin yang agak tidak lengkap dan tidak konsisten itu (jika benar seperti yang disiarkan oleh akhbar-akhbar tempatan) agak menunjukkan bahawa beliau seperti kurang arif tentang selok-belok pengurusan sekolah-sekolah di negeri ini.

Saya sendiri menghantar anak-anak untuk belajar di sekolah Cina. Tujuan saya ialah supaya mereka dapat menguasai bahasa (Mandarin) yang paling banyak dituturkan di dunia itu. Selain daripada itu saya mahu anak-anak dapat bergaul dengan anak-anak dari pelbagai latar belakang bangsa dan agama. Situasi sekolah Cina di Sabah sangat unik kerana ramai (bahkan di beberapa tempat lebih ramai) murid-murid bukan Cina dari pelbagai suku kaum yang bersekolah di sini. Satu lagi kelebihan yang saya dapati ialah, sistem pengajaran matapelajaran, khususnya matematik, di sekolah Cina sangat baik dan sistematik.

Dalam penulisan ini, saya sebenarnya hanya berpendapat bahawa jabatan harus memberikan perhatian yang serius untuk membantu sekolah-sekolah Cina dan sekolah-sekolah seumpamanya kerana sekolah-sekolah ini juga memainkan peranan yang penting dalam memajukan negeri dan negara kita.

Nota: Pendidikan asas kemajuan.

9 comments:

maikong said...

saya setuju dgn pendapat tn doc,..dulu SMA goshen adalah aliran BI dan amat berkesan utk menguasai BI.namun apabila SRP diwajibkan d seluruh sekolah(tak kira apa jenis)..mulalah hilang minat dan keberkesanan pembelajaran BI d sekolah itu...siapa yg pernah bersekolah d sma goshen pada masa itu memang amat kesal dgn perubahan itu...

Um@r said...

Sekolah Cina umpamanya amat baik dari segi sistem pembelajaran sains, M3 dan bahasa (BI & Mandarin). Ianya sangat elok utk dijadikan contoh... Ada kewajarannya juga keprihatinan Kerjaaan dan pihak2 lain terhadap sekolah jenis ini diteruskan dan dipertingkatkan lagi...

ADMIN said...

doc..sia edit sikit ni post ko..buat perenggan ..hehehe

gerbangpitas said...

salam semua..saya sedikit faham polemik isu yg dr paparkan. keterlibatan saya dlm Majlis Mission School yg menerajui 464 Mission School di Malaysia amat merasakan situasi ini kerana layanan terhdp mission school "setaraf" dgn apa yg diterima oleh sekolah cina.mungkin isunya sedikit berbeza tapi denyutan hampir sama. Segalanya berbicara soal KEJUJURAN. Kita tidak menuntut yg lebih, misalnya jawatan pengarah atau KPP semcm smpi bila2pun milik kaum tertentu walaupun merit itu turut dicapai oleh kaum lain. Yg kita tuntut ialah layanan samarata,adil dan saksama. Yang dituntut bukan perkara baru tetapi yg telah termaktub dlm dasar pendidikan. Yg dituntut bukan RM ratusan juta malah hampir tidak melibatkan wang. Yg kita mau ialah polisi yg adil dan konsisten.Hal2 ini sudah ada di tangan PM,TPM dan beberapa menteri berkaitan.kita akan sama2 menunggu apakah respon mereka? Terus menunggu semampu yg boleh...

Baju Batik said...

Salam.

Gerbangpitas.
Ulasan sinis dan sindiran sinis sdr apb mempersoalkan KEJUJURAN pihak krjn terhadap jenis2 sekolah yg saudara maksudkan, Seolah2 memperlihatkan kedangkalan saudara terhadap Akta Pendidikan Kebangsaan serta hak2 yg ada pada sekolah2 separuh kerajaan ini. Ingin saya nyatakan di sini bhw sekolah2 swasta spt ini telah menerima byk bantuan drp pihak krajaan jauh melepasi hak2 yang ada.

Kenyataan Sdr Maikong juga kabur dan tidak berasas sama sekali. Apa kaitannya SRP dengan kurang keberkesanan pengajaran BI di SMA Goshen?

Apa yang telah berlaku terhadap Sekolah Agama Rakyat (SAR) di negara ini, membuktikan pihak kerajaan mempunyai kuasa mutlak terhadap sekolah2 spt ini.

Ust. Jailani said...

sila rujuk akta dan peraturan2 yg berkaitan...

maikong said...

ia memang kabur oi baju..terimkasih atas respone kau..sebelum tahun 1986..sma goshen..mengeluarkan lepasan LCE/MCE..jadi sekolah itu fully english(pembelajaran&penyampaian guru)..hanya BM saja yg di tutar dlm BM..maka selepas itu SRP diwajibkan(saya anatara salah seorg) ..maka berlaku perubahan pembelajaran/penyampaian ..krn SRP semuanya BM..hanya BI saja yg BI..
kesimpulan saya ia sepatutnya ditambahbaik bukan dikurangkan....
batik mungkin boleh berfikir lanjut maksud saya...

Baju Batik said...

Pada hemat saya,

Sekolah Cina dan sekolah Mission, hanya ada 1 shj kelebihan masing-masing2. Sekolah cina, kelebihannya, pelajar dapat mempelajari bahasa Cina, manakala sekolah Mission, pelajarnya dapat mempelajari agama Kristian. ITU SAHAJA.

Dari segi yg lain misalya subject English,science, mathematic dll, sekolah2 ini jauh kebelakang dibandingkan dengan Sekolah Bantuan Penuh kerajaan iaitu SK & SMK.

Buktinya, dari dahulu dan sekarang, SMK Kota Marudu lebih ramai melahirkan pakar2 BI, Sains, Mat dan golongan profesional dlm pelbagai bidang yg langsung tidak bermasalah dlm berbahasa Inggeris. Tersangat2 jauh meningggalkan/ mengatasi pencapaian sekolah separuh kerajaan (Merujuk kepada Kota Marudu shj). Malah prestasi sekolah2 SMK semakin bertambah baik apb setiap tahun lebih ramai melahirkan pelajar memperolahi keputusan cemerlang, 8A & 9A PMR dan SPM. Di peringkat rendah pula, pertandingan yg mencungkil bakat berbahasa Inggeris pelajar, misalnya "choral speaking" dimonopoli oleh SK, Sekolah Kebangsaan. Mungkin pencapaian BI sekolah2 swasta ini setanding kalaupun tidak lebih rendah drp prestasi BI di SK dan SMK. Tetapi pencapaian pelajar mereka dlm Science & Mathematic jauh ketinggalan. Untuk menjawat bidang profesional spt doktor, prestasi Science dan Mathematic yg cemerlang tersangat2lah penting.

Tq.

saya anak malaysia said...

ya betul tu baju batik. Hairan jg masih ada pihak yg cuba mempertikaikan bantuan kerajaan kepada Sekolah2 yg dimaksudkan itu. Pandai lah ba brsyukur dan terima kasih kerana dpt jg merasa walupun tak mncukupi atau memenuhi seperti yg dikehendaki.bantuan2 dari kerajaan yg dianggap menganaktirikan sekolah2 berkenan. sy mo tanya satu saja.. sapa korang lebih sayang..anak kandung sendiri atau anak tiri. sudah tentu jawapannya anak kandung kan..So jgn heran lah..kalu sekolah2 kerajaan mendpt lebih drp sekolah jenis2 kebangsaan, wlupun hakikatnya, kerajaan kena jaga jg kedua2nya sekali. Oleh itu,diharap jgn ada pihak cuba timbulkan isu2 sebegini lg.