SAM

SAM

Followers

Dengarkan Utara.FM - Macam Biasa Juga Bah

Saturday, May 15, 2010

Kekeliruan Tentang Sang Guru...

Esok, 16 Mei, Sambutan Hari Guru. Hati terharu kerana ramai bekas pelajar memberi ucapan via sms, fb dan lisan. Terima kasih.


Ramai yg cemburu kepada guru. Banyak cuti kata mereka. Sebenarnya, warga guru rugi besar. Peruntukan cuti (cuti rehat) nya hanya 7 hari. Kakitangan perkhidmatan lain layak sehingga 35 hari (rujuk Perintah Am Bab C). Dan perlu diingat, cuti yang tidak terpakai, boleh dikumpul dan diakhir perkhidmatan boleh "jadi duit"! Maksudnya, sang guru dapat "sikit duit" atau tak dapat pun kerana selalunya, cuti 7 hari itupun tak cukup. Memang guru "cuti" masa cuti sekolah tapi sebenarnya itu bukan cuti mutlak. Para guru tetap dipanggil bertugas atau bertugas di rumah, sedia rancangan mengajar, periksa kertas peoeriksaan, jadi pengawas PMR, SPM, STPM, dan sebagainya. Dan hal-hal begini orang tak sedar... Ramai orang cemburu guru kerja separuh hari. Betulkah begitu? Cuba kira baik-baik. Waktu bertugas seorang guru sebenarnya tidak ketentuan. Yang pasti bermula jam 7. Perkhidmaran lain mula jam 8. Banyak sekolah sekarang berlarutan sehingga 3.30 - 4 pm. Kadang-kadang dikerah kerja sampai malam bila ada program khas melibatkan pelajar. Dan kena ingat, guru tidak ada peruntukan kerja lebih masa! Sekali lagi kaum guru rugi! Apakah masyarakat sedar kerugian ini? Guru juga dicemburui kerana gaji besar! Logiklah! Guru-guru sekarang paling rendahpun berkelulusan diploma. Majoriti sudah berijazah, bahkan ada yang ada master dan phD. Sebenarnya guru rugi. 10 tahun kerja belum tentu dapat kenaikan gred (walaupun sudah melepasi semua kelayakan). Berbeza dengan skim perkhidmatan lain. Ada yang baru 8 tahun kerja sudah naik DG44 dan seterusnya. Ramai kata kerja guru senang! Senang? Saya yang dah rasa beberapa jenis kerja (termasuk usung senjata), mengakui bahawa jadi guru ini paling susah, paling rencam, paling menekan perasaan dan memeningkan. Seorang doktor misalnya, siapa peduli jika ada pesakit mati dilanggar kereta dalam kawasan hospital? Para pegawai tak akan dipersalahkan. Bukan tanggungjawab. Tapi kalau pelajar kena langgar dalam kawasan sekolah? Sedialah untuk ke mahkamah. Polis kalau ter(?)tembak suspek, belum tentu dikutuk, cuba kalau guru cuma melebamkan murid, sedialah untuk "biru mata ditumbuk timur" (lelucuon orang Sabah. Jangan salah faham ya). Dan siapa tahu, siapa ambil tahu betapa guru-guru sekarang dibebani berbagai tugas tambahan yang bukan bidang tugas hakiki. Misalnya PLKN suruh sekolah buat kerja, jabatan macam2 pun minta kerjasama sekolah buat kerja untuk mereka. Urusan insuran oleh syarikat insuran pun sekolah (guru) yang kena urus! Ini baru sebahagian tugas yang "dilambak" untuk guru-guru! Banyak lagi yang boleh saya dedahkan tentang malangnya skim perkhidmatan pendidikan. Tidak perlulah saya nyatakan pengorbanan wang ringgit untuk menjamin kemenjadian murid-murid. Murid-murid manakan tahu, mereka pasti ingat itu duit peruntukan khas untuk mereka. Nah, artikel ini adalah hadiah istimewa saya pada sahabat2 sejawatan saya. Guna dalil ini jika ada yang cakap- "untung betul kamu. Ringan benar kerjamu..." Kepada pihak kerajaan khususnya "bos" kami, sila ambil perhatian perkara ini. Ini baru sedikit "bos", saya/kami boleh beritahu lebih banyak lagi. Banyak lagiiii... Meskipun dadaku bergetar dan jiwaku sedikit tersentuh, sekali lagi kuucapkan : "Selamat Hari Guru. Jika kita tidak diingati atau dihargai, tidak mengapa. Kita sebagai guru, mari kita ingati guru-guru kita!". SALAM HORMAT, SALAM SAYANG DARI SANG GURU YANG KELELAHAN...

10 comments:

maslie said...

Selamat hari guru yang akan disambut pada setiap 16 mei.syabas kpd para guru yg selama ini memberikan perkhidmatan yg terbaik untuk menghasilkan golongan generasi yg cemerlang di mana golongan inilah yg bakal memimpin negara di masa hadapan... dalam pada itu semua kejayaan ini tdk akan terlaksana tanpa adanya faktor keselamatan..oleh itu sama2 la kita berganding bahu dalam merealisasikan kemajuan negara kita.

IsOn said...

Selamat Hari Guru kepada Sanguru dan semua yang bergelar guru. Jerih payahmu tidak sia2. Tuhan memberkati kalian.

SANGURU said...

Sang guru dlm konteks ini adalah guru2. Bukan sang guru SAM. Hehe. Harap maklum.

kyro said...

Selamat Hari Guru kepada semua guru-guru di Malaysia.

Kenapa saya tidak jadi guru? Bila melihat almarhum bapa saya yang bertugas sebagai Gurubesar SK Tandek dulu saya dan abang saya Anang berbincang sesama sendiri tentang cita-cita masa depan.Abang saya kata tak payah jadi Guru sebab guru terpaksa berada disekolah sepanjang hayat.Bayangkan kita belajar disekolah lepas itu mengajar disekolah sampai pencen.Hidup kita hanya didalam lingkungan sekolah.Boring kata abang.Itu kata dia tapi apa yang saya nampak kerja guru terlalu banyak dan tak kunjung habisnya dari pada mengajar,membuat laporan harian,mingguan,bulanan dan tahunan hinggalah kerja2 pentadbiran.Belum lagi cerita kerja sosial yang terbeban dibahu guru.Saya kata kerja sosial kerana guru2 perlu berurusan dengan ibubapa murid dan menjadi rujukan orang2 kampung bagi yang berkhidmat diluar bandar.

Kalau nak sebut satu persatu kerja guru memang banyak sedangkan ganjaran(wang ringgit) agak tidak setimpal.Namun ganjaran pahala sangat besar kerana guru menjadi penyampai ilmu.Kerja guru adalah satu ibadah yang paling mulia.Ilmu yang para guru ajarkan kepada masyarakat ini akan menjadi bekal ke akhirat.Kepada semua guru,ikhlaskan hati dan teruskan perjuangan.

ladykiller said...

SELAMAT HARI GURU... :-)

Anonymous said...

selamat hari guru kpd abg sya jamail bin masador guru besar sk malawali kudat dan semua guru2...

Little Mike (LM) said...

Selamat hari guru tn dan juga kepada semua guru2. di tangan mu la nafas hayat negara...

ejanz80 said...

askum..terima kasih guruku...dalil yg benar2 ditunggu oleh semua guru....amat berguna utk memperjelaskan keadaan dan membetulkan tanggapan serong...selamat hari guru..

Anonymous said...

selamat hari guru..

Anonymous said...

seorang guru akan pertahankan kerja dia,seorang doktor akan pertahankan kerja dia,seorang polis akan pertahankan kerja dia,seorang tentera akan pertahankan kerja dia,seorang petani akan pertahankan kerja dia dsbg.kenapa orang cakap kerja guru senang.kenapa orang tida cakap kerja polis/tentera/doktor/petani/penoreh getah itu sebagai kerja yang senang.persoalan ini yang harus kita fikirkan.ada orang cakap kerja gurula yang paling mulia.tapi itulah dia,biar macam manapun orang akan pertahankan kerja dia, sebab kerja dia itulah tempat dia cari rezeki bikin tanggung keluarga.pendek kata, sama2la kita perjuang kerja masing-masing dan jangan memperkecilkan kerja-kerja lain.