SAM

SAM

Followers

Dengarkan Utara.FM - Macam Biasa Juga Bah

Wednesday, May 12, 2010

Memori indah 1977-bahagian 4

.......eeelalaaa....kurang asam punya siput babi....habis ranap sayur saya kau pigi makan....Benih sawi yang saya semai langsung tidak berdaun lagi.Belum hilang penat mencangkul tanah membuat batas dan menyemai benih tiba-tiba ditimpa pula dengan musibah oleh sang siput.Tidak berputus asa saya menyemai benih sawi sekali lagi dan lagi dan lagi dan lagi.......namun semua tidak berhasil kerana sang siput terlalu banyak dan saya tidak mempunyai wang untuk membeli racun siput......inda payahlah bah kau tanam sayur tu,penat saja kau dapat.Banyak betul siput babi tu.....kata kakak kesihan melihat usaha saya yang berakhir dengan kegagalan......kalau kau mau cari duit senang ja...kau cuci dan seterika baju aku tiap-tiap hari...kata abang.Saya setuju dan tanpa berlengah saya terus menjalankan tugas.Dapatlah saya tambahan wang saku sebanyak RM20 sebulan.Tetapi tidak lama kemudian abang berpindah setelah mendapat pekerjaan di Inanam.Abang menyewa sebuah bilik di Inanam untuk memudahkan beliau ke tempat kerja maklumlah 33 tahun lalu dari Penampang ke Inanam mengambil masa lebih satu jam lebih-lebih lagi jika menggunakan bas.Menunggu bas saja mengambil masa yang panjang tidak seperti hari ini yang lengkap dengan pelbagai kemudahan.Dengan ketiadaan abang saya terpaksa mencari sumber pendapatan lain.Saya meninjau-ninjau kedai-kedai runcit di sekitar Lido jika ada yang berminat mengambil pekerja sambilan namun hampa.Balik ke rumah saya melihat abang ipar saya Imran sedang berbual-bual dengan kawannya yang sama-sama bertugas di RTM Kota Kinabalu.Menurut abang ipar saya,isteri kawannya ini sangat pandai memasak dan beliau berniaga nasi lemak bungkus di RTM......Woww!!!....kalau aku pajak nasi lemak dia ni pas tu jual balik di sekolah ada juga duit aku....good idea ni.Mesti kawan-kawan aku mau.Lagipun operator kantin sekolah non-muslim,aku jual nasi lemak sama kawan-kawan muslim sajalah....yes!!..ini kali lah....Bertuah sungguh rasanya kerana kawan abang ipar saya bersetuju membekalkan saya nasi lemak sebanyak 20 bungkus sehari dan menghantarnya ke rumah seawal jam 5 pagi sebelum saya berangkat ke sekolah.Saya membeli nasi lemak itu sebungkus pada harga 40 sen dan menjualnya semula di sekolah pada harga 50 sen sebungkus.Dalam hati saya sudah menghitung keuntungan yang bakal saya terima.....hmm untung 1 bungkus 10 sen x 20 bungkus = $2.00 sehari x 5 hari (isnin-jumaat) = $10 seminggu x 4 minggu.........fuyooo.....$40.....kaya oooo....aku cuci kain baru dapat $20... penat lagi tu....Maka saban hari saya ke sekolah menggalas sebuah beg dan membimbit sebuah bakul plastik yang berisi 20 bungkus nasi lemak. Berdiri dan bergayut di palang bas tidak menjadi masalah yang penting bekalan nasi lemak tetap dibawa.Rakan-rakan sekelas saya memberi sokongan padu pada saya.Bukan saja mereka membeli nasi lemak yang saya jual,mereka juga turut sama membantu saya menjual pada rakan-rakan di kelas lain.Satu hari pengusaha kantin telah membuat laporan kepada pengetua sekolah tentang ujudnya sindiket penyeludupan nasi lemak di sekolah.Sewaktu perhimpunan pengetua sempat berpesan supaya aktiviti menjual nasi lemak itu dihentikan dan jika si penjual dapat di tangkap hukuman buang sekolah akan di kenakan.Dalam hati saya berfikir takkan lah nasi lemak 20 bungkus ini boleh menjejaskan pendapatan pengusaha kantin yang memonopoli pasaran disekolah.Saya tidak hirau dengan amaran pengetua malah terus memasarkan nasi lemak yang semakin banyak permintaannya.Bukan itu saja menu juga bertambah,saya kini menjual nasi lemak dan nasi kuning berlauk kari daging.Supaya tidak tertangkap saya menyorok bekalan nasi lemak didalam kelas sebaik tiba di sekolah dan menghantar kepada pelanggan saya secara rahsia.Tiba-tiba.........passing...passing.......passing........ ................bersambung

5 comments:

Baju Batik said...

Salam semua.

Kenangan aku tahun 70an.
Hari ini, dlm thn 1979, saya bersekolah di Pekan lama, Kota Marudu.Saya ketika itu masih sekolah rendah.
Apa yg ingin sy ceritakan ialah perjalan setiap hari saya dn adik saya serta beberapa org rakan yg saya panggil abang dan kakak pd ketika itu.
Perjalan saya dari rumah ke sekolah rendah di Pekan lama, Kota Marudu SANGAT2LAH mencabar.

Setiap hari sy terpaksa bangun jam 4.30 atau jam 5.00 pagi. Ini perlu krn perjalan dari rumah ke jalan raya utama mengambil masa yg agak lama. Selain daripada itu, jambatan rakit yg putus ketika itu, bukan mudah untuk diseberangi lebih-lebih lagi ketika banjir. Saya masih ingat lagi bagaimana saya setiap hari menggadai nyawa menaiki rakit (bangkar) untuk menyeberangi sungai rakit ketika itu. Kereta sewa hanya berada di seberang untuk menghantar saya ke pekan lama. Terimakasih kpd abang2 dan kakak2 (mereka yg berada di sekolah menengah)ketika itu yg byk membentu dan memberi nasihat kpd sy ketika itu. Saya masih ingat salah seorang drpnya ialah Sdr. Zulkifli Kee Abd. Jalil. Dah hampir 30 tahun tak jumpa dia. Itulah kenangan yg menjadi motivasi seumur hidup kpd saya.

Tq.

kyro said...

Salam Baju Batik,

Saya bersekolah di pekan lama KM tahun 1973 memang teruk betul jalanraya.Jgnkan di KM di KK pun masih mundur ketika itu.Naik rakit itu kira biasa sudah.Pernah juga saya jalan kaki dari rakit ke pekan lama KM,lumpur punya dalam mau sampai lutut.Mklumlah baru lepas banjir.Masa itu jam 12 tghari.Saya fikir2 klu saya jln kaki dgn lumpur begitu dlm sya smpi pekan mgkin jam 5 ptg.Terus sya buat keputusan pulang saja pigi Tandek sebab sama juga terpaksa juga jln kaki dari rakit pigi Tandek.Bukan ada kereta.Itupun mau jam 5 juga baru sampai rumah.Zulkifly itu adik saya.

ladykiller said...

Cerita yang menarik dan menghiburkan, mempunyai mesej tersirat...terima kasih... :-)

Roxy Zaire Awod said...

cerita yang menarik untuk dibaca. pengalaman hidup sememangnya mengajak manusia untuk lebih matang dan berfikir menggunakan akal. terima kasih atas postingnya....

kyro said...

Ladykiller n RoxyZaire Awod,

Kita semua mempunyai pelbagai pengalaman menarik suka dan duka.Jangan lupa ikuti kisah selanjutnya.Terima kasih.