SAM

SAM

Followers

Dengarkan Utara.FM - Macam Biasa Juga Bah

Saturday, May 1, 2010

Perkerja Dan Majikan Yang Baik...




"Ada orang di atas saya dan ada orang di bawah saya. Saya perlu memuaskan hati atasan saya dan menjaga hati serta kebajikan bawahan saya..." - Androd Sadian, SAM. Hari ini Hari Pekerja Sedunia. SAM turut mengucapkan Selamat Menyambut Hari Buruh/Pekerja. Kita semua pekerja. Bezanya ada yang kerja dengan kerajaan, ada swasta dan ada kerja sendiri. Dan setiap jenis pekerjaan itu pula ada yang kelas tinggi, kelas menengah dan ada yang kelas bawahan. Dan jangan lupa, ada yang kerja sara diri, kais pagi makan pagi... Siapakah pekerja yang baik? Tentu banyak jawapan. Namun kalau dirumuskan barangkali kesemuanya menjurus kepada produktiviti. Majikan pasti senang hati kalau produktiviti pekerjanya tinggi dan terus meninggi. Nah, persoalan baru timbul; bagaimana meninggikan produktiviti? Jawapannya berbalik kepada pekerja itu sendiri. Produktiviti dan kualiti itu boleh dikawal. Ia dihujung jari pekerja, maksud saya - pilihan pekerja. Seorang pekerja yang berdidikasi dan ikhlas tentu dengan motivasi kendirinya ia akan memastikan dirinya mengoptimakan produktiviti dan kualiti kerjanya walaupun tidak diawasi oleh majikan. Pekerja seumpama ini berkerja atas dasar bahawa "ia perlu mendapat upah yang halal" dan menjadikan "kerjanya sebagai ibadah". Beruntunglah majikan yang ada pekerja begini dan sayang jika pekerja sebegini disia-siakan. Justeru, dihari begini, para majikan haruslah memberi peneguhan positif dalam berbagai bentuk dan cara. Di Jepun misalnya, pekerja cemerlang dianggap sebagai "anak emas"; diberi ganjaran, upah lebih baik, bonus, jaminan kebajikan diri dan keluarga dan sebagainya. Sama ada kita mengamalkan atau tidak, atau sama ada kita sedar atau tidak, "pekerja yang baik untuk majikan yang baik"! Ini ada kebenarannya. Ada pekerja yang baik berhenti kerja kerana majikannya tidak baik. Cubalah kaji mana2 syarikat swasta yang berproduktiviti tinggi, tanya kepuasan hati pekerjanya. Dan sebaliknya, tanya syarikat yang timbul-tenggelam. Dan cuba tanyakan buruh-buruh yang berpiket atau mogok... Realiti hari ini, ramai usahawan dan kontraktor bimbang kerana kekurangan pekerja yang baik. Demikian juga di pihak pekerja sebenarnya, mereka juga risau kerana kurangnya majikan yang berhati perut, yang penyayang, yang tidak menipu dan sebagainya. Maka...dua dimensi berbeza tapi dalam satu ruang yang sama ini haruslah difikirkan semula. Murnikan dimana yang patut. Dan janganlah kita terlupa seperkara lagi - "pekerja yang dipilih oleh rakyat dan menerima berbagai elaun dan keistimewaan yang sepatutnya mesti produktif, berinovatif dan berkualiti...". Saya berazam dan terus berazam berkerja lebih produktif dan berkualiti. Saya yakin tuan-puan/ sdr/i telah jauh meninggalkan saya dalam aspek ini...

1 comment:

Um@r said...

Selamat Hari Pekerja...

Apapun kerja kita, jika ngam kaedahnya akan diiktiraf ibadah yg boleh mengisi kantung amalan kita utk dijadikan bekal ke alam sana.