SAM

SAM

Followers

Dengarkan Utara.FM - Macam Biasa Juga Bah

Friday, May 21, 2010

SABAH DAN SARAWAK FIXED DEPOSIT?

Hari ini saya membaca laporan akhbar tentang kenyataan Prof Dr. Ranjit Singh, seorang ahli akademik dari Kolej Pengajian Undang-Undang, Kerajaan dan Antarabangsa, Universiti Utara Malaysia, berkenaan dengan kedudukan Sabah dan Sarawak dalam Persekutuan Malaysia. Secara umumnya kenyataan beliau boleh diterima baik dan saya juga percaya beliau bermaksud baik dalam penerangan tersebut. Saya tergerak untuk menulis ulasan tentang beberapa perkara yang beliau nyatakan sebagai renungan kita bersama.

Menurut beliau, Persekutuan Malaysia bukanlah perkongsian sama taraf tiga anggota (Malaya, Sabah dan Sarawak)... Walaupun kedudukan itu (perkongsian sama taraf) mungkin mempunyai kesahihannya apabila Perjanjian Malaysia ditandatangani, namun Sabah dan Sarawak menerima Perlembagaan Malaysia yang baharu di mana struktur persekutuan tertakluk kepada semua negeri di negara ini secara saksama kecuali bagi hak istimewa Sabah dan Sarawak yang pada hakikatnya diiktiraf dan dijamin.


Dalam konteks 'Malaysia Kini', kita memang tidak dapat nafikan dan tidak boleh menolak hakikat bahawa Sabah dan Sarawak hanyalah diiktiraf sebagai sebahagian daripada negeri-negeri dalam negara Malaysia. Tetapi kita tidak boleh mengubah sejarah. Ketika Perjanjian Malaysia ditandatangani, kedudukan Sabah dan Sarawak ialah masing 1/3 daripada persekutuan itu. Sejarah memang mencatatkan bahawa Malaya, Sabah dan Sarawak membentuk Persekutuan Malaysia dan bukan kerajaan Selangor, Pahang, Negeri Sembilan (dan semua negeri2 yang lain) yang secara langsung memeteraikan perjanjian dengan Sabah dan Sarawak.

Sabah dan Sarawak memang tidak boleh lagi menuntut kesamarataan taraf dengan Semenanjung Malaysia (Malaya). Tetapi saya ingin bertanya, jika Sabah dan Sarawak hanya dibandingkan dengan negeri2 di Semenanjung Malaysia pun, adakah Sabah dan Sarawak sudah memiliki perkongsian yang saksama dengan negeri2 lain? Jika ya, kenapa pembangunan di kedua-dua negeri ini masih jauh ketinggalan berbanding kebanyakan negeri di Semenanjung? Jika keluasan kedua2 negeri ini dijadikan alasan, kenapa tidak diberikan peruntukan yang setimpal dengan keluasannya? Adakah hak2 istimewa Sabah dan Sarawak telah benar2 diiktiraf dan dijamin? Seribu satu alasan boleh diberi, tetapi hakikatnya, Sabah dan Sarawak masih belum mendapat layanan yang adil berbanding kebanyakan negeri di Semenanjung. Sabah dan Sarawak hanyalah dianggap sebagai fixed deposit.

Menurut Prof Dr. Ranjit Singh lagi, ...strategi dan polisi untuk pembangunan dan keharmonian kaum yang digunakan (oleh Kerajaan Persekutuan) dengan agak berjaya di Malaysia Barat (Semenanjung) tidak semestinya boleh digunakan sepenuhnya di negeri2 Malaysia Timur (Sabah dan Sarawak)... Negeri2 ini pada dasarnya berbeza dari segi ciri2 geografi, taburan penduduk, komposisi kaum, pertumbuhan sosial, kepercayaan agama, sistem ekonomi, struktur politik dan pengalaman sejarah.

Saya percaya kita semua mengakui keunikan Sabah dan Sarawak seperti yang disebutkan di atas, dan tidak keterlaluan untuk saya katakan bahawa keunikan inilah yang gagal disedari dan dihargai oleh Kerajaan Persekutuan sejak dahulu lagi. Setiap strategi dan polisi pembangunan dan keharmonian kaum yang digunakan selalu mengabaikan atau tidak praktikal untuk Sabah dan Sarawak. Mujurlah keharmonian kaum di Sabah dan Sarawak tidak memerlukan formula khusus yang sukar untuk dipraktikkan. Malaysia Barat yang perlu belajar daripada Malaysia Timur tentang erti keharmonian kaum.

Tetapi bagaimana dengan arus pembangunan? Sabah dan Sarawak selama ini terkial2 untuk membangun kerana harus akur kepada Kerajaan Persekutuan. Kekayaan di kedua2 negeri ini diangkut ke persekutuan lalu yang datang balik hanyalah dibandingkan dengan negeri2 yang ada di Semenanjung yang ternyata tidak saksama. Percaturan politik dan keupayaan kerajaan negeri, khususnya Sabah, untuk menentukan hala tuju sendiri seringkali diganggu-gugat. 'Kita' hanya akur dan terikat dengan ungkapan 'saya yang menurut perintah' walaupun kedaulatan negeri terus terhakis dan tergadai. Yalah, kan Sabah dan Sarawak hanyalah fixed deposit?

Hanya sejak 'kegagalan' Barisan Nasional di Semenanjung pada pilihan raya umum yang lalu saja, Sabah dan Sarawak reluctantly (sikap mahu tidak mahu) diakui sebagai 'penyelamat' kepada parti yang telah memerintah negara ini selama separuh abad. Ini kerana Sabah dan Sarawak sentiasa dilihat sebagai lebih primitif dan subsidiari Semenanjung. Bahkan mentaliti Malaysia Barat selalu beranggapan bahawa Semenanjunglah yang sebenarnya telah 'menyelamatkan' Sabah dan Sarawak dari kuasa penjajah. Sedangkan pada hakikatnya Sabah dan Sarawak telah merdeka sebelum Pembentukan Persekutuan Malaysia dan Tun Fuad Stephens merupakan antara watak utama dalam rancangan pembentukan Persekutuan Malaysia. Perlu saya ingatkan juga bahawa pada awalnya Sabah dikenali sebagai Negara Sabah. Jawatan Yang di-Pertua juga dinamakan Yang di-Pertua Negara sebelum kemudiannya ditukarkan kepada negeri.

Prof Dr. Ranjit Singh berkata bahawa mentaliti orang2 Sabah dan Sarawak harus diubah. Well, Mr. Professor, adakah mentaliti kami saja yang perlu diubah sedangkan mentaliti orang2 dan para pemimpin Semenanjung boleh terus menganggap kami sebagai orang2 'bawahan'. Bahkan Peribumi Sabah dan Sarawak juga selalu dilayan seperti bumiputera kelas kedua. Ayuh! Anak2 watan Sabah dan Sarawak, kita punya harga diri yang jauh lebih baik daripada fixed deposit?

Nota: Say no to fixed deposit!

16 comments:

kyro said...

As alway doc,I salute you.And I say NO to fixed deposit.If we really are their fixed deposit then its high time to clear the account.

Saya merayu kepada semua pemimpin Sabah,kembalikan harga diri anak watan Sabah.Kita sudah terlalu lama tunduk dan kepala kita sudah remuk dipijak-pijak.Marilah kita pungut serpihan yang masih ada lalu kita rawat dengan rawatan yg sewajarnya sesuai dengan luka yg kita alami.

Kenapa mesti takut untuk menuntut HAK kita?

Little Mike (LM) said...

Thumbs up Doc!!

Say NO TO FIXED DEPOSIT!!

dr pisuk2 said...

kita bkn bank yg bsifat pasif n menunggu input sja. kta adalah kita yg sntsa responsif n x mustahil akn bertempik menuntut hak yg telah tersurat n tersirat suatu masa nti.

Um@r said...

Artikel yg membuka minda.

Apb bercakap tentang pernanan sbg seorang sabahan, sejujurnya sy secara peribadi belum berjaya memberikan sumbangan yang besar kepada negeri ini.

Ada jugalah sedikit semasa sy dan beberapa rakan lain menghadiri Perhimpunan Pemimpin Mahasiswa seluruh Malaysia. Kebetulan Allah mencampakkan rasa keberanian dan kefasihan kpd sy pada masa itu utk menyuarakan isu yg sedang dibincangkan ini kepada pemimpin no. 2 negara.

Bukan minta puji, tapi memang benar kita perlu berani menuntut hak. Adakah "menuntut" itu satu jenayah? Tidak sdra, itu satu perbuatan yg terpuji. Kita bukannya "merebut" hak pihak lain. Kita hanya ingin menuntut hak kita agar diberikan keadilan dari segi pengagihan khazanah negara dll.

Anonymous said...

berdiam terbukti menghilangkan fakta sejarah. kompromi terbukti menghilangkan hak. Bersuara kerana hak adalah maruah.Akhirnya ialah di kotak undi. tak sabar menunggi 2012/2013?????

Md Nasir@Nasiri said...

Well said Dr!

Masalah kita Sabahan ialah, sejak dulu, rata-rata pimpinan kita (bukan semua)telah kehilangan jati diri dan KEBERANIAN untuk bersuara menuntut hak rakyat Sabah DENGAN BERKESAN, sama ada pembangunan fizikal mahu pun pembangunan sumber insan. Hasilnya, Sabah negeri ranking kedua terkaya selepas Selangor zaman awal '70an, kini menjadi JUARA TERMISKIN di Malaysia!

Pimpinan kita malah takut untuk berbeza pendapat dan pandangan dengan pusat takut nanti di cop pembangkang. Kebanyakan rakyat bawahan dijangkiti sindrom yang sama, takut menyuarakan pandangan berbeza dengan pemimpin atasan...alasan sama takut dicop pembangkang dan hilang bantuan-tanki, zink, paip, etc...dan memang benar, mereka yang berbeza pandangan akan dicop pembangkang walau hakikatnya tidak..

Kalaupun pembangkang apa salahnya? Mungkinkah dia pembangkang tapi titik temunya, mereka juga mahukan yang terbaik utk negeri ini..Mereka memberi input, kalau berguna, ambil.

Nampaknya kita bukan sahaja telah kehilangan hak menikmati pembangunan fizikal di Sabah; kita telah lama kehilangan maruah, jati diri, ...dan kematangan@kebijaksanaan berpolitik.

Apa yang kita ada...hanyalah putaran ganas kemiskinan yang melanda warga kita saban hari!

Anonymous said...

md nasir @ nasiri, i salute ur brilliant mind! ini kali la...

SANGURU said...
This comment has been removed by the author.
Anonymous said...

BAGUS, HEBAT, MANTAP DAN BERSEMANGAT JUANG. PEMIMPIN SPT INI YG KITA PERLU TONJOLKAN DI KAWASAN N5 BUKAN PEMIMPIN YANG BANYAK TEMBERANG. TAPI JANGAN LAH PULA MENINGGALKAN PERJUANGAN INI SETELAH DIPILIH SEBAGAI PEMIMPIN.. SAYA SOKONG 100%

Um@r said...

sy percaya tempikan2 ini tidak akan berakhir di sini. Masa akan menentukan kesudahan cerita ini. Sdra, kalau mereka dan kita katakan Hang Tuah & Jebat itu pahlawan terbilang, apa kurangnya paduka Mat Salleh & aki Antanum?

tb said...

NO TO FIXED DEPOSIT!

Justin said...

The spirit of the message by the Prof is appreciated. Tapi dia punya fakta tidak betul, in his world, the natives in Sabah are categorized to :

1) Non Malay Muslim Natives;and
2) Malay Muslim Natives

Jadi yang Kadazan, dusun, murut yang bukan Islam bukan native kah?

What happens to the Non Muslim Non Malay Natives?

maslie said...

Well Done Dr Ison..individu mcm ni yg perlu ada dalam memimpin dan memajukan anak2 Sabah!..Selagi pemimpin kita berani bersuara menuntut hak yg sewajarnya,saya percaya negeri Di Bawah Bayu ini akan lebih maju dan membangun.Tiada alasan untuk kita terus melihat kemunduran pembangunan negeri sabah kerana pemimpin kita pun sudah ramai yg memegang beberapa jawatan penting dalam kabinet kerajaan..

Anonymous said...

Kenapa org sabah tdk bole pegang jawatan PM ka. Lihat la kepada Barak Obama..tiada yang mustahil ba didunia ini.

tanjungku... said...

I HAVE A DREAM...
klu bukan saat ini...hari ini...esok...tulat... langkat...minggu depan...bulan depan...tahun depan... masa depan...

klu bukan saya...kau...kamu... mereka...mereka2...
seorang LALAKOU dari SABAH pasti akan menjadi seorang PERDANA MENTERI MALAYSIA. Insyallah...

Anonymous said...

Kita kena tau juga, jangan ingat penggabungan Sabah ke dlm Malaysia ini free semata2. Sewaktu pembentukan Malaysia melalui penggabungan Sabah dan Sarawak dulu, penggabungan ini terpaksa dibeli dengan DARAH perjuangan. Ini berlaku apb wujudnya konfrontasi Malaysia Indonesia sehingga menyebabkan ramai anak-anak muda sabahan ketika itu gugur di perbatasan tika betempur dan ada pula yg balik dgn kecacatan anggota.
Berbalik kpd mslh perkauman, kita harus mencontohi bagaimana parti2 UMNO, MIC dan MCA di Semenanjung bersatu membentuk kerjasama berpuluh-puluh tahun yg tx pernah berlaku di negara lain, temasuk di negeri Sabah sendiri satu ketika dulu. Satu ketika dulu Sabah pernah dikuasai oleh sebuah parti yang didominasi oleh satu kaum saja. Saya merupakan MANGSA KEPADA TRAGEDI HITAM tersebut. Mujurlah tdk semua jabatan dan agensi di negeri ini dikuasai oleh kerajaan negeri. Maka ilmu dan kebolehan yg ada pd saya tlh diterima di jabatan persekutuan. Maka mentaliti spt inilah yg sangat2 mencacatkan para pemimpin di negeri ini dulu dan sekarang. Tentang peruntukan yang tdk seimbang antara negeri2 di Semenanjung dgn Sabah dan Sarawak dengan mengambil kira dari segi keluasan negeri ini semata2 adalah sesuatu yg tidak tepat! Harus diingat, peruntukan sebenarnya amat bergantung kepada jumlah penduduk dan tahap kemajuan pendidikan penduduk. Walaupun kawasan kecil tapi penduduk ramai dan berpendidikan, peruntukan yg besar diberikan ( ini saya setuju). Walaupun penduduk sedikit, tapi berpendidikan, peruntukan yg banyak harus diberikan. (Ini juga saya setuju). Bagi kawasan yang penduduknya sedikit dan kurang berpendidikan, utamakan dulu untuk meningkatkan tahap pendidikan mereka.(Sebab itu, sesuatu perkampungan yang mundur, bangunan pertama yang dibina adalah sekolah). Inilah yg dimaksudkan sebagai usaha membina modal insan yang berkualiti dan progresif. Jadi menjadi tanggungjawab kita semua memastikan agar golongan yg berpendidikan di negeri Sabah dan KM khususnya terus meningkat dari masa ke masa. Beginilah caranya kita berjuang.