SAM

SAM

Followers

Dengarkan Utara.FM - Macam Biasa Juga Bah

Monday, May 24, 2010

SALAM DARI TALAS (BUKAN DALLAS)

Masalah pemilikan tanah adalah isu global di Sabah. Sementara orang lain sibuk menyambut Perayaan Kaamatan, di satu ceruk terpencil di Kota Marudu, orang2 kampung meratap kehilangan tanah pusaka mereka.

Hari ini saya dikunjungi oleh tiga orang penduduk Kg. Talas, Tandek, Kota Marudu. Mereka ialah Ketua Kampung sendiri, En. Dorutik B. Tinmas, Pengerusi JKKK, En. Padil Kondoyon, dan En. Leboy. Mereka datang mengadu masalah untuk dipaparkan dalam SAM dengan harapan nasib mereka dan ramai penduduk kampung lain akan terbela.

Tanah seluas 400 ekar di kampung berkenaan telah lama dimiliki dan diusahakan oleh penduduk kampung. Ramai penduduk yang telah membuat permohonan geran tanah sejak tahun 1997 lagi termasuklah mereka yang datang berjumpa saya hari ini. Tetapi seperti kata pepatah, disangka panas hingga ke petang, rupanya hujan di tengah hari. Sementara orang2 kampung menanti dengan sabar, tiba-tiba pada tahun 2003 pekerja2 syarikat Kinabalu Mining Industries (KMI) telah datang menceroboh tanah kampung mereka dengan dakwaan bahawa tanah tersebut telah dijual oleh pemilik2nya kepada syarikat berkenaan untuk projek penanaman kelapa sawit.

Tentu sekali para penduduk kampung terkejut dan membuat bantahan. En. Dorutik B. Tinmas dan En. Padil Kondoyon telah membuat aduan rasmi ke pejabat daerah dan memberikan salinan ke pejabat parlimen Kota Marudu, memohon agar nasib penduduk kampung dibela. Menurut mereka, sempena lawatan YB MP ke kampung berkenaan pada musim Kaamatan tahun 2005, YB sendiri telah memberikan jaminan bahawa perkara itu akan diselesaikan segera.

Malangnya sebulan kemudian kerja2 penanaman kelapa sawit mula dilaksanakan oleh syarikat KMI. Sekali lagi penduduk kampung membuat bantahan dan turut menyiarkannya dalam akhbar2 tempatan. Berikutan daripada itu banyak jabatan yang berkaitan telah menghantar wakil untuk membuat tinjauan dan turut menanam tebu di bibir mulut kepada para penduduk kampung.

Penduduk kampung menganggap diri mereka sudah terbela dengan lawatan demi lawatan yang mereka terima. Bahkan sebelum pilihan raya umum yang lalu, YB MP sekali lagi menyatakan bahawa hal tersebut telah selesai. Tetapi rupa2nya ada juga pisang yang boleh berbuah dua kali. Awal tahun ini penduduk kampung dikejutkan bahawa tanah tersebut sekarang sudah dijual oleh KMI kepada syarikat Hap Seng Plantation Berhad. Tambah mengejutkan ada beberapa geran tanah yang dikeluarkan tahun ini bukan atas nama pemohon asal pada tahun 1997, tetapi orang lain yang baru memohonnya pada tahun 2005. Lebih misteri lagi ada di antara penama2 yang telah diluluskan permohonan geran tanah sebenarnya sudah puluhan tahun meninggal dunia ketika ia dipohon pada tahun 2005. Hantukah yang memohon?

Kali ini penduduk kampung tidak tahu beralih kepada siapa lagi untuk mengadu kerana setiap kali jika mereka merujuk hal tersebut ke Pejabat Daerah Kota Marudu, mereka tidak akan dilayan, demikian menurut ketua kampung dengan wajah sugul. Mereka terpaksa bertindak sendiri. Akhirnya pada 22 Mei (hari Sabtu lepas) satu mesyuarat di antara penduduk kampung dengan wakil daripada Hap Seng Plantation Berhad bagi membincangkan masalah pemilikan tanah tersebut telah diadakan. Pihak Hap Seng telah memberikan persetujuan untuk meneliti perkara tersebut dan akan memberikan maklum balas dalam tempoh satu bulan dari tarikh mesyuarat diadakan.

Banyak persoalan di sini, tetapi saya memilih untuk menyuarakan hanya beberapa perkara; Di manakah ketelusan pengurusan permohonan geran tanah yang asal? Jika ada pertindihan permohonan, bukankah geran tanah tidak sepatutnya dikeluarkan sebelum pertikaian diselesaikan? Tentulah ada konspirasi untuk mengaut keuntungan dalam pengurusan pemilikan tanah tersebut kerana ramai pemohon baru yang tidak tahu-menahu nama mereka tersenarai dan bahkan ada yang sudah meninggal puluhan tahun. Siapakah mereka ini? Dan akhir sekali, kepada mereka yang berkenaan, mana janji manismu?

Nota: Kaamatan kaamatan juga, tetapi nasib rakyat juga perlu diamati.

13 comments:

kyro said...

Hehehe....inilah barangkali maksud dia tu "rakyat didahulukan,pencapaian di utamakan"....x@x

Dari dulu saya tengok di Sabah ini memang ..."poket sendiri didahulukan,tiada siapa yang boleh diharapkan...."

Md Nasir@Nasiri said...

Masalah ini biasa berlaku dan sudah lama berakar umbi..Ia kini jadi barah yg tidak mungkin sembuh..tahap empat orang bilang..tunggu mau mati saja!

saya rasa bukan setakat daerah Kota Marudu, daerah lain pun sama. Formula mohon tanah ialah, siapa ada duit dan pandai buat 'cable' di pejabat tanah, dia dapat geran.

Terutamanya utk permohonan yang banyak penama dalam satu borang, nama bini, sepupu atau saudara si pegawai kena ada..supaya cepat masuk LUC miting..ini cerita basi saja sebenarnya. orang buat-buat tidak tau saja. Dipanggil pula situasi ini win-win..fuh! Ini la akibatnya bila orang kg kita tidak kenal SPRM, tambahan pula tiada pendidikan..Pagar yang jadi harapan pula makan padi..

akhirnya, kesian laa kita. tanah tumpah darah jadi milik orang!

Anonymous said...

salam untuk semua,
takkan YB tak minat nak tau siapa punya angkara! Buatlah land inquiry.
Mana DO,PKR, Polis,dsbnya. Tubuhlah land inquiry,....YB tau ba siapa punya kerja...pura2 macam tak mau masuk campur. Golongan professional tau angkara siapa. Mana lawyer org kita. Mana bakal YB2, sahutlah cabaran ini, ada 'prima facie' dalam kes ini, tetap bole menang kalau pi di mahkamah. Ayuh sama2 bantu penduduk Kpg Dallas!!!!!

Anonymous said...

Apakah perkara ini susah untuk diselesaikan? Kura2 dalam perahu, pura2 tak TAHU!!!!!! AYUH YB! BERILAH KOMEN KAMI ORG MARUDU NAK DENGAR KOMEN YB LAGI. JANGAN YANG SAMA SPT. "ORG KPG JUAL TANAH BA, SIAPA TAK MAU". TAKKAN YB TAK KESIAN DGN RAKYAT, SPT RAKYAT KESIAN DGN YB DGN MEMANGKAH PADA YB DLM P/RAYA 2008.

SANGURU said...

Tak kan saya kena keluar masuk kg lg atur memorendum rakyat. Kelelahan sudah bah saya ni. Tolonglahhhh sayaaa. Isu cukai, isu org Tandek mau hak, isu jalan, isu, isu...
BN dan pembangkang 2x5 saja. Masa pilihanraya saja kamurang ambil perhatian rakyat. Perjuangkanlah rakyat bukit2. Mana sudah org yg mengaku rakawali pd saya yg berkata padaku: saya piara bukit2?!!!
Saya dan kawan2 dlm SAM ni cuma kasihan. Bukan org politik. Kami bukan pengampu org/pemimpin BN bukan juga penyokong pembangkang. Kami hanya sahabat rakyat. Sahabat yg tiada kepentingan dari sahabatnya.

Ayuh, kamu yang hidup dan cari makan via politik, ayuh kamu yang dapat duit dari "manipulasi" rakyat, ayuh kamu yang begitu bangga mengguna nama "rakyat", ayuh perjuangkan nasib rakyat dengan sejujurnya.

Kalian lebih berkewajipan berbuat demikian!
Berjuanglah! Kasihani rakyat! Rakyat itu orang anda sendiri! Bangsa anda sendiri! Bukan orang lain!

Saya Anak Malaysia said...

sy rasa ini angkara orang dlm Pejabat Tanah. Geran tanah palsu bole dibuat semudah mcm projek ic palsu. Sudah tiba masanya,kita membenteras gejala rasuah di kalangan kakitangan kerajaan yg mementingkan poket sendiri. Jangan biarkan rakyat terus menderita. Serahkan kepada pihak SPRM utk menyiasat secara menyeluruh perkara ini. Cubalah siasat pemilikan tanah oleh kakitangan2 pejabat tanah serta kaum keluarga mereka. Saya bole jamin bahawa terdapat kakitgn pejabat tanah yg memiliki berkeping2 lot tanah samada atas nama sendiri atau kaum keluarganya. Cara mereka mendptkan tanah amat mudah sekali dan melalui prosedur biasa. Mereka akan meminta sekeping lot dari tanah pemohon sebagai balasan untuk mempercepatkan kelulusan permohonan tanah dari pemohon yg terdesak. Bagi pemohon tanah yg menolak permintaan mereka..terpaksa menunggu bertahun2,bahkan ada yg sudah meninggal dunia menunggu kelulusan tanah. Sungguh malang sekali nasib orang kita terpaksa meyerahkan tanah kepada syarikat gergasi yg kayaraya. Cubalah tanah2 tersebut diserahkan kepada FELDA(contoh terbaik ) yg terbukti telah mengubah taraf kehidupan para peneroka. Kenapa perkara sebegini tidak terfikir oleh pemimpin2 masa lalu. Diharapkan kepimpinan sekarang dpt memberi harapan baru kepada rakyat. Tolonglah kami sebagai balasan kepada undi yang telah kami beri kepada anda.

maslie said...

Hairan juga tanah seluas 400 ekar boleh jatuh ke tangan pihak yang tidak sepatutnya.Tanah kampung pun boleh juga orang "TIBAI'"..Lagi bikin panas bila tanah tu orang yang sudah meninggal dunia masa permohonan di buat pula yang dapat..Sepatutnya tanah kampung jgn la di kacau.hilang la nnt kg Talas.Kesian org Talas yg sdh buat rumah,bercucuk tanam dan sebagainya.
Kasih pendek cerita masalah tanah,panggil tu SPRM(Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia).Biar dorang siasat masalah ni.Biar ada individu yang tidak dapat duduk diam seperti cacing kepanasan.

dr pisuk2 said...

masalah tanah ini merupakn permasalahan yg berlarutan n tak pnah putus2. ironinya, semua melibatkn rakyat bawahan yg tidak berupaya mempertahankn hak dgn berkesan. biasanya, mereka ini lah yg akn d ziarahi, d raih, dipujuk rayu oleh calon2 yg bertanding dlm sesuatu pilihanraya. para calon sanggup meredah hutan belukar, mendaki gunung ganang menuruni lembah semata2 utk minta undi. setelah menang, jgn kn menziarahi, jauh sekali brtanya khabar malah jika sekalipn rakyat bawahan ini dpt mengumpul segala kudrat brjalan kaki (kdg2 dgn brkaki ayam)berhari2 semata2 utk bertemu hero mereka tp malangnya mereka tidak akn mendpt layanan seperti mana ketika mula2 mereka dirayu undi. pendek kata, mereka pulang dengan TANGAN KOSONG.
PERSOALANNYA: sampai bila rakyat ditipu, ditindas oleh pemimpin2 yg SEPERTI KACANG LUPAKN KULIT atau DAPAT MANIS SEPAH D BUANG INI?
mungkin mereka ini tlh trlalu selesa berada dlm COMFORT ZONE sb apa pn tindak tanduk mereka tp bila tiba pilihan raya rakyat tetap mengundi mereka. kira mcm FIXED DEPOSIT jg la. sy x menyatakn bhw pemimpin yg ada skg ini trlalu jahat atau trlalu baik tp sama2 lah kta menilainya dr semasa ke semasa sehingga ke PRU yg akn dtg.

Anonymous said...

Apa khabar orang Kampung Talas,

Antara kata-putus penduduk kpg Talas kpd pihak Hap Seng Plantations adalah:

i. dimana hak keistimewaan anak negeri org kpg terhadap tanah mereka(NCR)?
ii. Bila h/seng beli tanah dari KMI adakah mereka tanya pada ketua kampung tentang masalah tanah tersebut?
iii. Penduduk kpg bagi tempoh 30hari pada pihak h/seng untuk selesai maslah ini iaitu dari 22-05-2010.
iv. penduduk kpg telah byk kali jumpa YB, DO, Polis, Pej. Tanah sejak 2004.
v. org kampung tidak mahu pihak h/seng buka kawasan baru dikawasan Kg. Talas sebelum selesai masalah yg ada sekarang.
vi. kawasan seluas anggaran 400ekar dikelurkan dari hak milik h/seng.
vii. kawasan sawit yang sudah berbuah org kpg tidak benarkan buahnya diambil.
viii. penduduk kpg yakin bahawa tanah yang dibuka oleh pihak KMI dulu adalah tanah hak nenek
moyang mereka.

Syabas org kampung kita kerana dah pandai buat mesyuarat dan pandai juga buat reolusi la katakan. Itu satu peningkatan yang harus semua org kita puji kpd penduduk kpg Talas. Semua ini harus dijadikan teladan agar org kpg dah tak bole dipijak lagi kepala mereka. Anak2 mereka dah ada yg masuk U, ada grduan dan mcm2 lagi jawatan yg disandang.

Selesai saja masalah ini dimahkamah supaya semua angkara yg tak bagus akan timbul demi kebaikan semua orang. Byk org nak tahu. Lagi pun nak takut apakan!!! Cuma siapa makan cili sajalah yg akan terasa pedasnya, dan bukan itu saja malah ada yang tak dapat tidur nyenyak malam lagi sejak berita sensasi ini disiarkan!!!!!!!. sekian.

Baju Batik said...

Salam semua.
Kampung Talas merupakan sebuah kg yang terletak di kawasan perbukitan dan berhampiran dengan Sungai Kanarom. Iaitu perkampungan selepas Kampung Timbang Batu, Kota Marudu. Daripada kenyataan dlm artikel ini serta komen2 yg diberi, saya dapat kesimpulan bhw, kita masih mendapat info drp sebelah pihak. Saya sangat tertarik dengan kenyaaan pihak ini yg disebut sebagai " penduduk kampung Talas". Merujuk kpd Kota Marudu, kes-kes seperti ini jarang berlaku dan tidak ada peruntukan undang2 khusus bagi daerah ini untuk membolehkan sekumpulan penduduk kampung membuat satu-satu tuntutan yang sedemikian. Misalnya, penduduk2 di beberapa kampung di Kota Marudu telah dengan tanpa halangan membiarkan pihak kerajaan mengusahakan tanah2 di kampung mereka pada agensi2 spt Borneo Samudera dan sebagainya. Adakah tanah2 tersebut tidak pernah dipohon oleh para penduduk kampung?. Jawapanya ialah pihak kerajaan mempunyai kuasa 100% untuk menentukan setiap inci tanah di negara ini dihakmilikkan kpd sesiapapun. Permohonan LA belum menjamin seseorang itu memiliki sebarang tanah yang dipohon. Setiap inci tanah yg ada di bumi Malaysia ini adalah hak milik kerajaan dan ia dipertahankan oleh anggota ATM dan penguatkuasa lain daripada sebarang pencerobohan dari luar ataupun dari dalam (Ini kenyataan perlembagaan Malaysia, bukan dari saya). Merujuk kes di Kg Talas. Kawasan kampung ini adalah sangat luas. Sekiranya/ andainya tanah yang seluas 400 ekar itu diusahakan oleh pihak Hap Seng melalui prosuder yang betul serta kelulusan daripada pihak kerajaan, jumlah keluasan tanah di kampung ini masih cukup luas untuk dibahagi-bahagikan kpd penduduk kampung.Apa yang penduduk kampung ini perjuangkan ialah mereka mahu keseluruhan permukaan bumi Talas ini hanya untuk milik mereka sahaja dari generasi ke generasi seterusnya walau beribu tahun sekalipun. Mereka tidak faham bahawa sesiapapun pemilik tanah sebenarnya mempunyai jangka waktu yang terhad sekalipun mempunyai gran dan sebagainya. Kita harus sedar dan pertimbangkan, mengapa pihak kerajaan meluluskan/ membenarkan Hap Seng mengusahakan tanah yang seluas 400 ekar ini?.Ini adalah disebabkan oleh beberapa faktor seperti kerajaan mahu mewujudkan satu sumber pekerjaan kpd penduduk2 kampung tersebut seperti juga penduduk2 di kampung2 lain misalnya di kampung Lankon, Kg Rasak, Kg asin-asin dan banyak lagi. Kerajaan memikirkan adalah lebih baik permohonan Hap Seng ini diluluskan dan telah terbukti kawasan tanah itu telahpun mengeluarkan hasilnya!. Kan ini lebih baik daripada dibiarkan tanah itu menjadi hutan tebal seperti tanah yang diakui milik beberapa penduduk kampung tersebut! Atau mereka mahu setiap penduduk kampung ini memiliki tanah seluas 100 ekar seorang!!!. Kalau ini yang mereka perjuangkan, dimana keadilan pembahagian tanah di negeri ini? Sedangkan hanya sedikit sekali penduduk dikebanyakan tempat memperolehi tanah yang sebegitu luas. Sekiranya tanah di kampung ini (selain daripada 400 ekar tersebut)dibahagikan kpd penduduk, termasuklah tanah yg mereka telah jual sendiri, saya percaya mereka masih ada paling kurang 50 ekar seorang. Sedangkan begitu ramai penduduk lain hanya bermimpi memiliki tanah yang sebegitu luas.

So. fikirkan.

Saya Anak Malaysia said...

ada juga betulnya kata BAJU BATIK. Kita tak tahu secara terperinci apa sebenarnya yg berlaku. Terdpt pro dan kontranya. Tp bagi pndpt sy,biasanya Syarikat2 spt Hap Seng lebih suka menggaji org2 asing drp org2 kita. Cuba kita pergi d mana2 kwsn2 yg diusahakan oleh syarikat2 besar spt d sandakan,lahad datu,tawau dsbnya kita tengo byk pekerja2 mereka trdiri drp org2 asing. Jika benar,tanah di Kg Talas diserahkan kpd Hap Heng utk diusahakan kenapa penduduk kg Talas tdk dimaklumkn. Mana perjanjian yg adil supaya mereka manafaat bersama.Sy rasa inilah salah satu sebabnya knapa pnduduk kg Talas membantah. Jgn dibandingkan pula Kg talas dgn kawasan Borneo Samudra samada di Langkon dan Masin-asin kerana tanah trsebut dahulunya diusahakan oleh LKTNS(lem.kemajuan Tanah Neg Sabah). Tanah di Kg Talas adalah milik mereka. 400 ekar tu bukannya luas sangat untuk dibahagi2kan kpd pnduduk kg Talas. klu 400 ekar dibahagikan kpd 100 org,paling2 4 ekar seorg saja. Kita kena fikirkn jg masa hadapan. Tanah mererka adalah tanah adat,di mana anak cucu cicit mereka akan brcucuk tanam nt jika seluruh tanah mereka diserahkan kpd org lain. Semoga pihak2 yg berkenan dpt membantu penduduk2 yg tak berdaya ini. TQ

Baju Batik said...

Apa yang diperkatakan oleh (Saya Anak Malaysia) ni, bagi saya boleh difikirkan dari berbagai segi, termasuklah dari segi perundangan dan sebagainya.
Dari kenyataan sdr ini, adakah sdr menyokong kenyataan saya bhw penduduk kg ini mahu memonopoli keseluruhan tanah di kampung tersebut atau sebaliknya? Jika benar penduduk kg tersebut berniat seperti apa yang saya katakan, maka secara langsung mereka sebenarnya telah melanggar akta perlembagaan yang berkaitan.
Ada beberapa perkara yang perlu saya jelaskan, iaitu BUKAN tanah 400 ekar itu yg harus dibahagikan kpd penduduk kampung, tetapi BAKI tanah yg ada masih cukup luas utk dibahagikan kpd penduduk kampung tersebut walaupun sehingga 50 ekar seorang.
Kenapa Tx boleh dibandingkan tanah yg diluluskan kpd Hap Seng dengan tanah yg diusahakan oleh Borneo Samudera yg pada asalnya diusahakan oleh LKTNS. Dari segi ekonomi, kedua-duanya mendatangkan sumber kewangan kpd negara dari segi hasil eksport komuditi dan cukai yg mana sektor pertanian merupakan sektor ke2 dari segi sumbangan terbesar kpd sumber pendapatan negara? Jika sumber2 pertanian merupakan komuditi penting seperti yg saya nyatakan, disekat, disabotaj dan sebagainya adakah itu satu tindakan yg harus diterima? Sedangkan kita semua sedar bhw kerajaan memang memerlukan belanja yang besar untuk pelbagai kegunaan termasuklah untuk memberikan SUBSIDI kpd sebilangan kolompok masyarakat negara ini. Cuba fikirkan, jika semua ladang2 sawit atau kebun2 getah yang ada di negara ini dibantu sepenuhnya oleh kerajaan spt pekebun kecil? Berpa byk subsidi pula yg krjn kena bayar? Sebab itulah krjn memberi kelulusan kpd byk syarikat2 perladangan utk mengusahakan tanah, krn krjn sdh tentu mendapat keuntungan demi pembangunan negara. Ini tx pula sama sekali krjn mengabaikan pekebun kecil, malah, spt yg saya jelaskan, keuntungan tersebut digunakan pula utk byk tujuan termasuklah memberi byk sekali bantuan2 subsidi. Cuba terangkan dengan jelas, apa hak dan apa kerugian penduduk Talas jika tanah yang seluas 400 ekar itu (milik penuh KERAJAAN) diluluskan kpd Hap Seng? Sedangkan majoriti penduduk kampung KM hanya memiliki tanah kurang daripada 50 ekar!

Baju Batik said...

[Sambungan...]

Kerajaan sdh mengenakan begitu ketat sekali kemasukan/ penggunaan buruh asing termasuk tenaga kerja ke ladang2 di negara ini. Ini menjadikan tenaga kerja tempatan sangat2 diperlukan dlm industri perladangan. Kenyataan bhw syarikat2 perladangan hanya menerima pekerja buruh asing adalah sama sekali tidak tepat. Kita guna contoh seperti mana yg berlaku di ladang2 Borneo Samudera di beberapa kampung di kota Marudu. Ini lebih sesuai krn Kg. Talas sendiri terletak di KM. Sesiapa shj yg berminat bekerja dalam industri perladangan ini sentiasa diterima.Malah banyak sekali berlaku dimana pekerja tempatan sesuka hati bekerja dan berhenti pada bila2 masa pun yg dia suka. Apa yang menjadi masalah ialah penduduk tempatan sendiri yang tidak berminat tentang sektor ini. Bagi yang minat dalam sektor ini adalah lebih baik mereka mengerjakan tanah yang diberikan oleh kerajaan kepada mereka. contonhnya, kampung2 seperti KG. Popok, Kg. Damai, Kg. Mosolog, Kg. Ongkilan, Kg. Tagaroh, Kg Panaitan, Kg. Goshen, Kg. Tambun dan kg2..lain. Saya tanya, adakah kita nampak hutan tebal di kampung2ini seperti hutan rimba di kampung Tallas? Mengapa? Mengapa pokok kelapa, pokok sawit dan pokok getah di kampung2 lain sudah perlu ditebang kerana tua dan perlu ditanam semula. Mengapa keadaan ini tidak berlaku di kampung Talas? Sedangkan mereka mengaku tinggal di sana turun temurun? Suatu waktu dahulu, Kg. Kuranji, Kg. Damai, kg Tarangkapas merupakan pengeluar koko di KM. tetapi, pokok2 koko tersebut telahpun digantikan dengan pokok kelapa dan kelapa sawit. dan pokok2kelapa dan kelapa sawit inipun telah tua dan perlu ditebang sekali lagi untuk diganti buat kali ke-3.Bayangkan, penduduk kampung lain sdh 2x atau 3x bertukar jenis tanaman tapi pencapaian Penduduk Tallas bagaimana? Apakah tindakan kerajaan memberi kelulusan kpd Hap Seng mengenai tanah yg seluas 400 ekar ini tiada kaitan dgn semua itu? Apakah harus kerajaan menunggu 7 keturunan lagi penduduk Tallas baru mahu memikirkan sesuatu untuk kepentingan penduduk Tallas sendiri? Banyak faedahnya KAWAN tanah tersebut diberi kpd Hap Seng. Bolehlah nanti pdk Tallas memerhati mengkaji, mempelajari secara lebih dekat bgimana mengusahakan Tanah. Juga supaya mereka lebih bermotivasi buka tanah. Mungkin diorang ingat selama ini kampung lainpun masih hutan macam kampung diorang. Kasihan betul. Sudah pasti mereka ini bukanlah pemalaskan?

Kenyataan saudara bhw tanah tersebut adalah "Tanah Adat" seolah-olah mengatakan hanya Kg Talas sahaja ada "Tanah Adat" dan seolah-olah kakitangan kerajaan di banyak Jabatan dan agensi tidak bertanggungjawab dlm tugas mereka. Saya tidak pernah tahu adanya tanah adat sedemikian di Kg. Tallas. Kalaupun ada, sebenarnya spt yg saya katakan, kerajaan masih mempunyai kuasa penuh 100% menguruskannya mengikut akta undang-undang.

Saya terima hujah saudara selagi hujah saudara boleh membawa perubahan positif kpd warga KM yg melayari blog ini. Demikian juga, saya dgn rendah diri memohon maaf andai apa yg saya nyatakan membwa kesan negatif kpd masyarakat KM. Saya menghormati penghujah yang matang dan tx emosional.

tq. Hiti oku po.