SAM

SAM

Followers

Dengarkan Utara.FM - Macam Biasa Juga Bah

Tuesday, May 11, 2010

SATU Tandek...

Semalam AJK penganjur majlis Hari Keluarga SATU Tandek 2009 telah bermesyuarat post mortem dan merangka AJK baru bagi sambutan 2010. Sebagai imbasan semula ingin saya paparkan semula apa itu "SATU". Maksudnya begini: S = Sambion bin Sandion (Tokoh sebelah Kg. Tingkalanon. Lahir sekitar 1850-an). A= pAmansah (Tokoh sebelah Tg.Batu dan Koromoko. Adik Panglima Tumunda). T= Tumunda (Tokoh sebelah Salimandut/Morion. Berbiras dengan Aki Sambion). U= lindUngan B. Bantugan (Tokoh sebelah Pairan/Pitas. Anak lelakinya Unggut mengawini anak Aki Tumunda).


Dari sinilah membesarnya saiz keluarga kita yang juga membentuk Bangsa Kimaragang di Tandek. Jadi tidak keterlaluan jika saya katakan; "1Keluarga, 1Bangsa"! Ok, saya kembali kepada mesyuarat. Dalam mesyuarat tersebut, Saya diberi kepercayaan untuk mempengerusi. Saya terima dengan niat untuk berkhidmat. Dan langkah pertama saya usulkan ialah pengujudan "Lembaga Penasihat Keluarga" yang dipilih dari tokoh veteran yang mewakili 4 tokoh keluarga masa silam kita. Mereka ialah: 1. En. Madina Unggut (cabangnya Aki Lindungan B. Bantugan), 2. En. Omar Majun (cabangnya Aki Tumunda B. Yunginit), 3. En. Baun B. Panangah (cabangnya Aki Pamansah B. Yungonit) 4. En. Dominik Gorotom (cabangnya Aki Sambion b. Sondion). 5. Pn. Jukinah Adun (wakil aktuvis wanita).


Saya sebenarnya berhasrat agar keluarga besar kita ini punya "Lembaga Penasihat" yang boleh menguatkan dan menyatukan kita atas dasar kekeluargaan dan kebangsaan kita sebagai Momogun/Dusun Kimaragang Tandek. Barangkali masih ramai yang mempersoal pemilihan "SATU". Ia sebenarnya berdasarkan analisis salasilah yang diketahui setakat ini. Jika kita mendalami salasilah kita di Tandek, kita tidak akan dapat mengelak untuk tidak ada kaitan kekerabatan dengan empat tokoh era 1850-an ini. Kalau tidak sebelah ayah, sebelah ibu, bahkan sebelah menyebelah pun ada! Itulah sebabnya dlm bangsa kita Kimaragang ini terkenal slogan "Tokou eh Tokou" ( kita-kita juga baini!)... Saya bersyukur kerana Tuhan memberi ilham kepada saya memilih SATU itu dan berterima kasih kepada rakan-rakan AJK yang dengan pantas memahami maksud tersirat di dalam " SATU" itu.


Saya harap untuk masa-masa akan datang, keluarga kita, bangsa kita ini mengurangkan kontroversi sebaliknya menambah perpaduan, kasih sayang dan pengorbanan. Kerana..."apakah belum tiba masanya untuk menguatkan yang lemah dan menyambung yang putus?"... Demi Allah yang nyawaku di dalam genggamanNya, aku cinta keluargaku, bangsaku, dan aku ingin benar melihat ia kuat, berjati diri, maju dan mandiri. Secara peribadi, hanya ini yang saya mampu lakukan utk keluarga, bangsaku. Pasti sdr/i juga ingin berkhidmat dan berbakti. Mungkin cara berbeza, mungkin wadah tak sama, tidak mengapa. Dirgahayu keluargaku, bangsaku!...



(Gambar Hiasan: 1Keluarga, 1Bangsa)

8 comments:

ladykiller said...

BRAVO....informasi yang sangat baik dan berguna...memang sesuai bangsa kimaragang guna slogan "Tokou E Tokou" ... :-)

Um@r said...

Syabas kpd semua yg terlibat. Benar, sbg anak bangsa kita berperanan di dalam memperkuatkannya. Dan harus diingat juga bhw sbg anak bangsa kita juga berperanan besar di dlm mengerat dan memesrakan bangsa kita dgn bangsa yg lain. Demikian juga sebaliknya. Didoakan semoga penganjuran pd kali ini akan lebih berjaya mencapai misi dan visinya.

"1Keluarga, 1Bangsa, 1Ummah"

Um@r said...
This comment has been removed by the author.
SANGURU said...

Sy harap AJK akan dtg, biarlah fokus kpd "mengerat dan menaut kasih saudara". Inilah konsep dan matlamat SATU Tandek sejak mula diperkenalkan pd 2010. Kenal keluarga, kenal bangsa, kenal sejarah. Yg lain2 itu, biarlah diusahakan oleh para sahabat lain. Justeru, hendaknyalah tidak disalahertikan program ini.

Anonymous said...

bila hari keluarga 1 Tandek?

Anonymous said...

bersatu kita teguh!! hehe..

kan bagus kalau semua rapat dan kenal antara satu sama lain.

jadi... sy sokong!!

Anonymous said...

kau pajaklah semua tu taki2 .. kasi sama kaula semua.

dr pisuk2 tanjung said...

akum n slm sejahtera...
menyenangkan hati semua org bukanlah semudah makan kacang. tak semua yg kta bt disenangi oleh semua org. kita kena akur dgn situasi ini. untuk mematangkn diri jg perlu melalui pros n kons dlm apa jg perkara. yg manis jgn terus ditelan yg pahit jgn terus diluah. sebaik-baiknya semua komen para pengunjung dlm blog yg popular ini tidak diedit @ DIPADAM olehpihak admin. harus diingat: YANG MANIS ITU BUKAN SEMESTINYA GULA N YG PAHIT ITU BUKAN SEMESTINYA HEMPEDU!