SAM

SAM

Followers

Dengarkan Utara.FM - Macam Biasa Juga Bah

Friday, May 14, 2010

SEKOLAH VS ANAK TIRI

Salam perpaduan. Saya ingin menyambung artikel tentang 'Kebajikan Sekolah Tanggungjawab Siapa?' Terima kasih ulasan2 yang telah para pembaca titipkan dalam artikel terdahulu. Saya menerima semua pandangan dengan baik. Cuma izinkan saya membuat sedikit-sebanyak ulasan balas supaya kenyataan2 yang kita buat dapat diterima baik oleh semua pihak.

Dalam artikel terdahulu saya ada menyebut bahawa kenyataan yang dibuat oleh Pengarah Pelajaran Negeri Sabah (seperti yang disiarkan dalam Daily Express) agak tidak lengkap dan tidak konsisten dan itu menunjukkan seolah-olah beliau kurang arif tentang selok-belok pengurusan sekolah2 di negeri ini. Di akhir artikel tersebut saya menuliskan pendapat bahawa jabatan (pelajaran) harus memberikan perhatian yang serius untuk membantu sekolah-sekolah Cina dan sekolah-sekolah seumpamanya kerana sekolah-sekolah ini juga memainkan peranan yang penting dalam memajukan negeri dan negara kita.

Suka untuk saya jelaskan bahawa penulisan tersebut tidak bermaksud menidakkan atau tidak mensyukuri segala usaha kerajaan membantu sekolah2 jenis kebangsaan selama ini. Saya juga tidak menyatakan dengan secara spesifik bahawa pencapaian murid sekolah2 jenis kebangsaan lebih baik jika dibandingkan dengan pencapaian murid sekolah2 kebangsaan. Bagi saya tidaklah adil jika dibuat perbandingan sedemikian memandangkan dari segi bilangan sekolah sahaja sekolah kebangsaan jauh lebih banyak berbanding sekolah jenis kebangsaan.

Secara idealnya hanya satu jenis sekolah yang adil dan saksama adalah yang terbaik untuk diperkasakan di negara kita, tetapi malangnya (sekurang2nya sehingga saat ini) ia masih sukar untuk dicapai disebabkan oleh komposisi rakyat Malaysia yang dibentuk oleh masyarakat majmuk sejak turun-temurun. Sekolah Cina dan yang seumpamanya sudah ada sejak sebelum negara kita merdeka lagi. Setelah merdeka, sekolah2 ini tetap diteruskan untuk memelihara nilai2 dan budaya bangsa berkenaan. Bahkan ia juga boleh dianggap sebagai warisan dan khazanah negara kita yang multi-cultural.

Bahasa Cina yang ditekankan dalam sekolah Cina bukanlah kelebihannya, tetapi teras sekolah tersebut, sebab sekolah itu tidak akan dinamakan sekolah Cina jika ia gagal melahirkan murid2 yang cekap berbahasa Cina. Pendidikan Alkitab dalam sekolah2 mission bukanlah kelebihan sekolah tersebut, tetapi sebahagian daripada identiti sekolah berkenaan kerana ia dipelopori oleh mubaligh2 Kristian dan diteruskan oleh institusi2 gereja yang mendirikannya.

Janganlah hanya kerana identiti sekolah kita membuat kenyataan yang bersifat perkauman dan menyentuh sensitiviti keagamaan. Ramai orang bukan Cina yang menghantar anak2 mereka ke sekolah Cina tidak juga menjadi orang Cina. Ramai orang bukan Kristian yang menghantar anak2 mereka ke sekolah2 mission, baru berapa orang yang diKristiankan? Kita jangan lupa bahawa ramai juga pemimpin Melayu dan bukan Melayu muslim di negara kita pada hari ini yang telah dilahirkan oleh sekolah2 mission.

Menyentuh tentang anak tiri, jika benarpun sekolah2 Cina dan yang seumpamanya dianggap anak tiri oleh jabatan/kerajaan, tetapi bukankah seorang bapa harus adil terhadap semua anak2nya? Jikapun mungkin rasa sayang seorang bapa itu berbeza terhadap anak kandung dan anak tiri, tetapi seorang bapa yang baik pasti akan melihat kebajikan semua anak2nya tanpa terlalu membeza2kan mereka.

Saya sendiri mempunyai seorang anak angkat (bukan hanya anak tiri) dan beberapa orang anak kandung. Meskipun perasaan kebapaan memang berbeza terhadap mereka, tetapi saya tidak abaikan tanggungjawab untuk mendidik dan menjaga kebajikan mereka semua dengan seadil-adilnya. Terima kasih kepada pengomen yang telah mengingatkan saya akan tanggungjawab ini.

Nota: Apabila seorang anak berasa kekurangan, kepada siapa lagi dia harus meminta kalau bukan kepada bapanya, walaupun bapa tersebut hanya bapa tiri.

3 comments:

Baju Batik said...

Salam semua
Terutama sdr Ison.

Membaca dan menghayati apa yg dinyatakan dlm artikel ini, mendorong saya utk mengatakan bahawa ada beberapa perkara yg saudara bangkitkan ternyata boleh diterima, namun ada juga beberapa ulasan dlm kenyataan ini perlu dijelaskan.

Misalnya kenyataan sudara bhw Bahasa Cina yg ditekankan di sekolah tersebut bukanlah satu kelebihan melainkan hanyalah teras pelajaran di sekolah itu semata-mata. Demikian juga di sekolah2 mission. Siapakah yg boleh menafikan kenyataan saya bhw teras itulah sebenarnya satu-satunya kelebihan sekolah berkenaan?
Untuk pengetahuan sdr Ison, sekolah SUI (Sekolah Ugama Islam)juga mempunyai teras pelajaran utama iaitu mengajar agama Islam dan ini sudah tentulah kelebihan sekolah tersebut yg mendorong mereka yg beragama Islam menyekolahkan anak2 mereka di situ tanpa mengganggu persekolahan biasa anak2 mereka.Saya fikir tanpa kelebihan ini, bukanlah sesuatu yg bijak untuk para ibu bapa terpaksa membayar kos yg lebih bagi persekolahan anak-anak mereka. Dan kelebihan2 dari teras pelajaran di sekolah2 inilah yg menyekat beberapa golongan untuk menerima sekolah kebangsaan atau sekolah bantuan penuh kerajaan. Bukan kerana atau disebabkan sekolah2 kebangsaan itu lemah dari segi tenaga pengajar atau sistem pengajarannya ,tetapi adalah disebabkan kelebihan2 dari teras pengajaran disekolah2 separuh kerajaan ini atau sekolah2 sewasta ini.

Sdr Ison, janganlah menganggap mereka yg membaca artikel di SAM ini golongan yg begitu mudah dikelirukan demi menutup kesilapan kita. Tertarik dengan kenyataan saudara bhw "Janganlah hanya kerana identiti sekolah kita membuat kenyataan yang bersifat perkauman dan menyentuh sensitiviti keagamaan" Apakah kenyataan saya sbelum ini yg mengatakan kelebihan-kelebihan sekolah separuh kerajaan ini boleh dianggap satu isu perkauman? Beberapa kenyataan saudara yg lalu lebih bersifat perkauman (namun saya cuba mengelak untuk megatakan saudara menimbulkan isu perkauman demi mententeramkan kita semua. Ternya saudara lebih dahulu beremosi apb membuat tuduhan spt itu.)berbanding apa yg saya nyatakan yang bersifat betul dan benar dan bagi mereka yang waras itu sebenarnya tidak mengganggu emosi atau bersifat pekauman.

Memang benar bilangan sekolah kebangsaan di Kota Marudu ini lebih banyak berbanding dengan bilangan sekolah separuh kerajaan spt kenyataan sdr itu. Fikirkan, terpulang kpd sdr untuk membandingkannya antara satu sekolah swasta ini dengan 31 sekolah kebangsaan atau satu sekolah kebangsaan sahaja. Atau terpulang juga kpd saudara untuk membandingknnya antara satu sekolah swasta ini dengan satu sekolah kebangsaan seperti SK Pekan, atau SK Gana. Terpulang kepada saudara utk memilihnya. Yang pasti walau sebanyak manapun sekolah itu kendirinya sseorg pelajar itu tetap satu.
Jangan lupa! sehingga akhir tahun 80an dan awal tahun 90an. Hanya ada SMA Goshen dan SMK Kota Marudu.

IsOn said...

Saudara Baju Batik,

:) Saya setuju dengan kenyataan saudara jika identiti sesebuah sekolah itu dianggap sebagai satu kelebihan. Saya juga setuju jika dikatakan kelebihan2 lain ditentukan oleh keberkesanan sistem pengajaran, pembelajaran dan kendiri pelajar itu sendiri.

Di ruangan ini saya juga memohon maaf jika kenyataan2 saya sebelum ini ditanggapi oleh saudara atau oleh pembaca2 lain sebagai lebih bersifat perkauman berbanding kenyataan saudara atau kenyataan orang lain. Saya tidak ada maksud sedemikian.

Jika kita ketepikan pertikaian tentang isu2 perkauman dan keagamaan ini, dan menumpukan kepada intipati utama dalam penulisan ini, saya sebenarnya hanya bermaksud untuk menyatakan bahawa sekolah2 jenis kebangsaan wajar diberikan perhatian yang lebih baik.

Namun jika perhatian dan bantuan kerajaan selama ini terhadap sekolah2 jenis kebangsaan sudah dilihat sebagai itulah yang wajar dan layak diterima oleh sekolah2 berkenaan, maka siapa saya untuk menidakkannya.

Atau mungkin juga ada yang berpendapat bahawa sekolah2 jenis kebangsaan ini hanya menyusahkan saja dan wajar dihapuskan. Terserahlah kepada para pembaca untuk merenung dan menilainya kerana memang ternyata para pembaca sudah lebih bijak.

Baju Batik said...

Sdr Ison,
Maaf, lebih tepat
Tn. Dr.

Merujuk kepada artikel saudara yang bertajuk “ Kebajikan Sekolah Tanggungjawab Siapa?”, Dalam beberapa perkara saya bersetuju dan tidak banyak memberi komen sekadar mengingatkan bhw sekolah2 separuh kerajaan ini sebenarnya tidak terabai dan tlh banyak menerima sokongan dan bantuan dari pihak kerajaan. Ini memang benar jika kita bandingkan dengan keadaan sekolah2 jauh di pendalaman terutama di Sabah dan Sarawak.

Apa sebenarnya yang menghangatkan perbincangan ialah tentang kenyataan sdr, Tn Dr bahawa “kelebihan yang saya dapati ialah, sistem pengajaran matapelajaran, khususnya matematik, di sekolah Cina sangat baik dan sistematik.”. Kenyataan Tn. Dr. Inilah sebenarnya yg cuba saya jelaskan dan terangkan. MENGAPA?

Kerana:

1- Berdasarkan kenyataan spt ini , apa lagi jika yg menulisnya adalah seorg berkedudukan ,tentu sekali akan mempengaruhi ramai orang, termasuk ibubapa. Jadi berlakulah situasi dimana kelak ibubapa menyekolahkan anak2 mereka di sekolah2 swasta ini bukan disebabkan pelajaran terasnya atau mahu anaknya boleh menguasai bahasa Cina tetapi hanya mementingkan penguasaan Matematiknya shj. Sedangkan ini boleh diperolehi di sekolah Kebangsaan. Maka berlakulah anak yang bersekolah Cina tidak dapat menguasai bahasa Cina (krn bukan itu fokusnya) dan lemah Matematik. Siapa yang rugi?

2- Peka terhadap sensitiviti terhadap beberapa golongan seperti tenaga penagajar Matematik di sekolah2 Kebangsaan. Apabila ada pihak yg mengagungkan prestasi sesuatu subjek di institusi lain (yg ada 2 jenis shj) sudah tentulah ia menafikan keberkesanan, kewibawaan dan kebolehan di pihak lain. Dan ini sudah tentulah menyinggung perasaan mereka. Yang mendukacitakan, tangapan itu dibuat hanya berdasarkan tanggapan semata-mata yang belum tentu kebenarannya.

Itu saja.
Maaf.
Siapalah saya.