SAM

SAM

Followers

Dengarkan Utara.FM - Macam Biasa Juga Bah

Monday, June 28, 2010

4WD SEMAKIN DIKENALI...


4WD SAM-URBAN STORM

SEJARAH KELAB

Kelab ini diasaskan di Kg. Mosolog pada tahun 2009 dan dianggotai hampir keseluruhannya pemuda dari kampung ini. Idea penubuhan kelab ini dicetuskan oleh En. Sabli Ambang dan disokong oleh En. Androd Sadian yang kebetulan menerajui gerakan Badan Bukan Kerajaan (NGO) dan mendapat tajaan daripada Syarikat Urban Storm yang dimiliki oleh En. Jaimbol Dangus (anak watan Kg. Mosolog) dan disokong oleh Suara Anak Marudu (SAM – http://marudubloggers.blogspot.com), sebuah badan NGO yang aktif di Kota Marudu . Maka kelab ini akhirnya dikenali sebagai “4WD SAM-Urban Storm”.

Objektif penubuhan kelab ini adalah untuk menjadi role model kepada masyarakat tentang pentingnya organisasi yang terurus untuk menjadikan sesebuah pasukan itu lebih kuat dan cemerlang. Kelab ini juga menyokong dasar kerajaan kearah “Masyarakat Sihat”. Pada masa yang sama dapat merangsang sukan Tarik Tali sebagai Sukan Rakyat. Secara tidak langsung kelab ini diharap dapat mengembalikan Kegemilangan Tandek sebagai salah satu pasukan tarik tali terunggul di Negeri Sabah sekitar tahun 1980-an, selaras dengan slogan “Marudu Boleh!”.

Kelab ini sentiasa menyertai kejohanan tarik tali tempatan dan ada kalanya menang, ada kalanya kalah. Namun sesuai dengan motto “Berani Kalah”, kelab ini sentiasa bersikap positif terhadap kekalahan dan kegagalan demi mencapai kecemerlangan di masa depan.


“BERANI KALAH”

Thursday, June 17, 2010

MARUDU BAKAL TERKENAL...




(Gambar: Senator Datuk Maijol Mahap semasa ucapan perasmian) Kg. Talantang II, Tandek, Kota Marudu: Dalam ucapan perasmian pesta Menuai Kg. Talantang II petang tadi, Senator Datuk Maijol Mahap ada menyatakan sokongan beliau kepada aktiviti Tarik Tali dengan memberi kepercayaan kepada pihak 4WD menjadi pengerak di Kota Marudu memandangkan inilah satu-satunya pasukan yang mempunyai pengurusan yang baik serta paling aktif. Beliau sedia menyediakan tajaan secara peribadi bagi penganjuran bertaraf negeri dan memberi kepercayaan kepada 4WD sebagai urusetia/penganjur. Tercetusnya iltizam ini sebenarnya hasil bicara dari hati ke hati antara "xyz" (penasihat/penaung) 4WD dengan Senator Datuk Maijol semasa majlis perasmian tersebut di atas. Syabas 4WD SAM-Urban Storm dan terima kasih tuan senator! Mari bersama menambah Aura Marudu tercinta!

Monday, June 14, 2010

Masih Panas Lagi!



Penerbit: Universiti Malaysia Sabah, 2010
(Siri Bimbingan Motivasi)

Tajuk: Membina Syurga Cinta

ISBN: 978-967-5224-51-5
Halaman: 213
Harga: RM65.00 RM35.00 Sahaja

Boleh diperolehi dari: Koperasi UMS, Pustaka Aslam Kingfisher atau terus berhubung dengan penulis.

Untuk pertanyaan: (email: saripadul@gmail.com) (HP: 013-8701881/014-8655453)

MUDAH-MUDAHAN JADI...




HIDUP MARUDU!!!!.... Jika tiada aral melintang, Kota Marudu khususnya sebelah Tandek akan jadi jelapang padi yang ok sikit. Masalah pengairan, tanah yang tidak produktif, pesawah yang miskin, dan sebagainya akan cuba diselesaikan. ( Saya dan) kawan2 saya akan cuba usahakan. Berdoa sajalah kita. Pendek saja saya tulis ni takut tak jadi kenyataan. Sebenarnya saya tak perlu takut kerana itu bukan kewajipan saya... "Bila rahmat mau turun, turunlah ia dengan rahmatNya..."

FUAD WOULD HAVE DONE BETTER

FUAD WOULD HAVE DONE BETTER; "Sabah will be two or three times more developed or progressive today if Tun Fuad Stephens had been able to continue as Chief Minister. It is hard to find someone like him. If he is still alive, I believe Sabah would be even more developed than now," Said former Chief Minister, Datuk Harris Salleh. (Source: Daily Express, 7th June 2010)

Datuk Harris' revelation is no big surprise to me, and in fact many Sabahans do actually share similar belief. Tun Fuad Stephens was a blender of Kadazan, Japanese and British, yet he was regarded widely as a pure Sabahan's hero.

The 'Double Six' tragedy was indeed the most shocking and devastating tragedy involving Sabah's administration since it's independence on the 31st August 1963 and Malaysia's formation on the 16th September 1963. Many people of Sabah believe that it was actually a 'planned' tragedy, though none was proven until this day.

But one should question, why now only Datuk Harris is saying that Tun Fuad was indeed better than himself as the Chief Minister of Sabah? After Tun Fuad's departure, he as his successor should had been able to carry on his spirit and his 'lots of idea' as he has had realized it.

According to Datuk Harris, Tun Fuad was 'a true for-the-people leader'. Is he actually saying that he was NOT 'a true for-the-people leader' himself back then? No wonder why Sabah, though once a rich state, is now one of the most (if not the most) underdeveloped state in Malaysia.

He (Datuk Harris) said that he is overcome with sadness whenever he recall the tragedy. Or should I correct it that he is actually 'regretting' something in relation to it? The tragedy could had been avoided. Only heaven knows...

Note: Sabah is still waiting for 'Tun Fuad' re-birth. Or maybe he is born already and is just  waiting for the right time to emerge. Save Sabah.

Thursday, June 10, 2010

Bola getah sekerap

Demam bola semakin terasa maklumlah hujung minggu ini Piala Dunia akan bermula.Peminat bola mula berkepit dengan majalah bolasepak yang memaparkan tentang pemain yang akan beraksi.Masing-masing memuji pasukan diminati malah ada yang siap membeli jersi pasukan yang disokong.Jadual perlawanan mula dihafal...sekian haribulan pasukan apa menentang siapa... semua sudah siap terpahat dalam kepala.Begitulah hebatnya penangan bolasepak....satu-satunya acara sukan yang sangat popular seantero dunia.

Rasanya tidak ada seorang manusia pun di dunia ini yang tidak tahu apa itu bolasepak.Tak kira siapa tua muda hatta kanak-kanak malah bayi pun tahu.Saya sendiri walaupun tergolong dalam golongan orang-orang yang kaki meja (buta sukan tahap gaban sudah ini...kalau kaki bangku masih boleh dimaafkan...ahaksss..) masih boleh dikira tahu tentang bolasepak.Kalau setakat sepak-sepak bola tu masih kira ok juga lah.

Tahun 1968 saya bersekolah di GPS Tandek.Waktu itu saya dalam darjah dua.Kami belajar disebelah petang dan matapelajaran terakhir adalah nyanyian.Setiap pelajar dikehendaki menyanyi apa saja lagu kesukaan sendiri.Dan siapa yang telah menyampaikan nyanyian boleh balik.Rakan-rakan sekelas saya semuanya hebat-hebat belaka bila masuk bab nyanyian ini.Ada yang menyanyi lagu Ahmad Jais, A. Ramlee, Jefridin dan ramai lagi.Pokoknya mereka semua hebat menyanyikan lagu-lagu artis terkenal ketika itu.

Saya....? Nah...inilah yang mau dijadikan cerita.Saya langsung tidak tahu menyanyi.Jangan kata lagu-lagu artis masa itu, lagu kanak-kanak pun langsung saya tidak tahu.Akibatnya saya menjadi pelajar terakhir keluar kelas.Dengan kata lain paling uncitttttt.....dan ini membuat abang saya Anang marah.Kenapa tidak....saya dan anak suka bermain bolasepak.Oleh kerana saya yang terakhir keluar kelas maka kami tidak dapat bermain bolasepak bersama-sama.

Anang ketika itu belajar dalam darjah tiga.Kelas kami bersebelahan dan sama-sama belajar sesi petang.....Ko ingat aaa....ini hari ko mesti menyanyi duluan...supaya boleh keluar awal...lepas tu kita main bola dipadang...kata Anang.Oleh kerana saya langsung tidak tahu menyanyi maka Anang mengajar saya menyanyi sebuah lagu yang sehingga hari ini saya tidak tahu apa tajuknya dan siapa penyanyinya.Malah saya berani kata sehingga hari ini saya tidak pernah mendengar lagu ini dimain dicorong radio....hehehe (ini baru la...sudah pun kaki meja...buta sukan...langsung tiada bakat dalam bidang seni hiburan...buta kayu punya orang).

Hasil tunjuk ajar dari Anang saya menghafal lagu itu dari pagi hingga tengahari.Tiba disekolah saya masih terus menghafal dalam hati.Kelas nyanyian pun bermula.Dengan cepat saya keluar kehadapan lalu menyanyi lagu yang saya belajar dari Anang.Guru kelas saya ketika itu Cikgu Abdul Rahman atau lebih dikenali sebagai Cikgu Giuk kehairanan kerana saya tiba-tiba bersemangat.Selesai menyanyi saya keluar dan terus berlari kepadang.Anang sudah sedia menunggu bersama sebiji bola yang kami buat sendiri.Bola ini sederhana besar tetapi sangat berat dan keras.Mana tidak...bola ini kami buat daripada getah sekerap yang kami ambil dikebun getah berhampiran sekolah.Getah ini kami pintal-pintal dan bulat-bulatkan hingga jadi sebiji bola.

Walaupun bola getah sekerap itu berat dan keras kami tetap seronok bermain beramai-ramai. Kami bermain tanpa undang-undang bolasepak yang betul.Kami hanya menendang bola itu kehulu kehilir dan menjaringkan gol.Hanya dua istilah yang kami gunakan bila berlaku kesilapan iaitu curi ayam atau off side dan hand ball.Lain dari itu saya tidak tahu.Sehingga hari ini pun saya masih tidak tahu.Tetapi saya tetap seronok....bukan seronok bermain bola.Saya seronok melihat orang seronok menonton bolasepak hingga menjerit-jerit dan terpekik-pekik.Malah ada yang siap buat ulasan mengalahkan pengulas sukan di telivisyen hahaha.Dan saya juga seronok melihat dua puluh dua orang lelaki berlari kehulu kehilir hingga ada yang tercedera semata-mata berebut sebiji bola......aduuuuyaiii...bola oooo bola!!!!

TUNGKUSAN TOKOW

Nunu tabar dikoo tongo obpinee? Aarap oku dot ongo aliali kowi kikiawi. Aso kotingkaadan tongo kopidsalangan ong ino ot toyoon. Nga sabar nopo tokow sid nunu nopo gamaon daton.

Nakatalib no bulan lima om siti tokow no sid bulan koonom diti toon diti. Nga ino poma tu nakatalib no it tadau pongintaranan dot kaamatan, it pongitungan om pomurimanan daton kakal po ponong sino. Gam nogi sid  tongo kampung wokon tumimpuun nogi miraaramai. Team 4WD daton nga kakal po adadat siti silo maya dot pimayaan migodong dot tali. Arayow ku i yaalo tu asawat ot samangat, siti silo om masam2 no ot godongon daalo balatih.

Nokosombol oku sid sulap di Mogoron di biano, ades engangadan oku dit tuturan dialo silo tu monuturan yalo dit kowoowoyoon dot tulun tokow mongomot om rumamai maya dit koubasan daton. Pinongowian dit tuturan dialo silo ino no tu mongowit daton misosompuru tu aso gorong dot parai ong samparang no mosokot sid rami, tu alaian i mongomot iri. Akanon po dot tongo pirit nono. Pogi ong osompug it parai, nunu ot amu id laalangkasan daton monindal mongomot tu mokoyi dot araag.

Aku i owiwion monuturan siti bo it tuturan dialo dino. Awasi ong kosombol kow kondiri monoliduk silo. Asanong  mari it lalanu di mendiang Datuk Dr. James P. Ongkili, 'Tadau Tagazo Do Kaamatan' ka di Mogoron.Todoso dikoo SITI sumombol silod sulap dialo.

Tupono: Yoku nga manganu i dot kosiwatan momoros kopiwosian karamaian kaamatan kumaa tensanan tulun tokow. Om nogi Blessed Belated Birthday kumaa di Bro. Mogoron koniab. ;)

SAM PRIHATIN...

Kota Marudu, Sabah, Khamis: Persatuan Talasemia cawangan Kota Marudu akan mengadakan Makan Amal mengutip dana persatuan ini pada 26.6.2010.


SAM telah awal-awal lagi "membeli" 1Meja sebagai tanda keprihatinan dan sokongan. Semua penulis SAM yang berada dalam lingkungan diarahkan untuk menghadirkan diri.

Wednesday, June 9, 2010

LENSA NDA PRO...










"3 wajah di 3 lokasi menjadi 1 cerita - 4WD SAM- Urban Storm Sdn. Bhd..."

Friday, June 4, 2010

JEMPUTAN KEJOHANAN SEPAK TAKRAW KG MARASINSIM 2010

Salam 1 Malaysia AURA MARASINSIM akan menganjurkan Kejohanan Sepak Takraw Kg Marasinsim pada 12 dan 13 Jun 2010 yang mana mendapat sokongan dan Galakan daripada Presiden SUARA ANAK MARUDU. Kejohanan ini terbuka kepada Daerah Kota Marudu, Kudat, Kota Belud, Pitas, Paitan dan Beluran. Setakat jam 6.00 petang pada 04 Jun 2010, sebanyak 40 penyertaan telah diterima. Perasmian Kejohanan akan disempurnakan oleh YB Puan Anita Baranting, ADUN N5 Tandek bersama tetamu kehormat Y.Bhg En. Androd Sadian selaku Presiden Suara Anak Marudu (SAM) Maklumat lanjut kejohanan boleh diperolehi melalui http://marasinsimvilla.blogspot.com/

TAZKIRAH JUMAAT...

HARI ini Jumaat. Esok Hari Sabath. Jumaat sinonim dengan Umat Islam, Sabath (Sabtu) sinonim dengan umat Kristian. Kedua-duanya umat yang seharusnya berkasih-sayang dan menghadapi 1Umat yang degil, sombong, keras hati, keras kepala - Umat Israil.


Sayangnya, 1Umat itu secara bijak "mengelecek" 2Umat, bahkan "memperlagakan" keduanya sehingga lupa menghadapi 1Umat itu. Nah, disinilah kesilapan besar yang menguatkan cengkaman 1umat licik itu.


Dunia telah menyedari kejahatan Bani Israel yang lebih dikenali kini dengan Yahudi, tetapi tidak ramai yang mengerti visi,misi, strategi, pendekatan dan teknik mereka untuk menguasai dunia bahkan cuba "menidakkan takdir" terhadap mereka. Apa yang pasti, paksi kejahatan bukanlah negara Islam sebaliknya negara yang telah dikuasai oleh "tangan Israel".


Sebenarnya, untuk menulis artikel ini, saya berhadapan dengan "kesukaran", kuat "ganguan" saya terima, kerana di balik tabir gerakan mereka itu adalah syaitan yang mereka puja, mereka minta pendapat dan mereka ikut perintah. Syukurlah, semakin kuat mereka membuat penindasan, pemerasan dan kerosakan di muka bumi, semakin timbul kesedaran di kalangan 2Umat yang saya sebutkan di atas. Saya amat gembira bila seorang sahabat Kristian (SIB) memberitahu bahawa di gerejanya telah dipaparkan kerja-kerja jahat 1umat jahat itu. Yang saya hairan, saya belum jumpa pendedahan secara terbuka di masjid-masjid tentang kerja-kerja jahat itu. Paling-paling yang saya dengar, khutbah mengajak mengutuk, membaikot dan sedikit tentang kejahatan mereka. Hmm, itu tidak cukup...umat Islam kena diberitahu lebih jelas lagi; sejarah gerakan jahat mereka, modul operandi, apa yg sedang berlaku, apa yang bakal berlaku, agen2 mereka, sasaran mereka, dan sebagainya.


Akhirnya: selamat menunaikan Sholat Jumaat bagi umat Islam dan "Happy Sabath" kepada umat Kristian. Ingat: musuh sebenar bukan sesama kita...

Thursday, June 3, 2010

SAM-URBAN STORM PRIHATIN..




(En. Josin, pengerusi 4WD memperaga topi baru SAM-Urban Storm-4WD). Tandek, Kota Marudu: Sebagai tanda pengiktirafan kepada semangat, disiplin, organisasi teratur dan komitmen tinggi team Tarik tali 4WD, seorang hamba Allah yang dermawan (beliau meminta namanya dirahsiakan) telah menaja topi SAM kepada team ini. Menurut En. Josin, pengerusi team 4WD merangkap pengerusi AJKKK kg. Mosolog, sumbangan ini amat mereka hargai dan berupaya memberi suntikan semangat kepada ahli-ahli 4WD untuk terus maju.


(Team 4WD memperaga topi baru).