SAM

SAM

Followers

Dengarkan Utara.FM - Macam Biasa Juga Bah

Monday, June 28, 2010

4WD SEMAKIN DIKENALI...


4WD SAM-URBAN STORM

SEJARAH KELAB

Kelab ini diasaskan di Kg. Mosolog pada tahun 2009 dan dianggotai hampir keseluruhannya pemuda dari kampung ini. Idea penubuhan kelab ini dicetuskan oleh En. Sabli Ambang dan disokong oleh En. Androd Sadian yang kebetulan menerajui gerakan Badan Bukan Kerajaan (NGO) dan mendapat tajaan daripada Syarikat Urban Storm yang dimiliki oleh En. Jaimbol Dangus (anak watan Kg. Mosolog) dan disokong oleh Suara Anak Marudu (SAM – http://marudubloggers.blogspot.com), sebuah badan NGO yang aktif di Kota Marudu . Maka kelab ini akhirnya dikenali sebagai “4WD SAM-Urban Storm”.

Objektif penubuhan kelab ini adalah untuk menjadi role model kepada masyarakat tentang pentingnya organisasi yang terurus untuk menjadikan sesebuah pasukan itu lebih kuat dan cemerlang. Kelab ini juga menyokong dasar kerajaan kearah “Masyarakat Sihat”. Pada masa yang sama dapat merangsang sukan Tarik Tali sebagai Sukan Rakyat. Secara tidak langsung kelab ini diharap dapat mengembalikan Kegemilangan Tandek sebagai salah satu pasukan tarik tali terunggul di Negeri Sabah sekitar tahun 1980-an, selaras dengan slogan “Marudu Boleh!”.

Kelab ini sentiasa menyertai kejohanan tarik tali tempatan dan ada kalanya menang, ada kalanya kalah. Namun sesuai dengan motto “Berani Kalah”, kelab ini sentiasa bersikap positif terhadap kekalahan dan kegagalan demi mencapai kecemerlangan di masa depan.


“BERANI KALAH”

3 comments:

maikong said...

klu berani menang boleh kaaa

SANGURU said...

itu pun boleh tuannnn....

SANGURU said...

"Syabas dan terima kasih kepada Syarikat Urban Storm (CEO: En. Jaimbol Dangus) yang sejak awal penubuhan 4WD sentiasa memberi sumbangan dan buah fikiran. Demikian juga SAM" - Penasihat 4WD.