SAM

SAM

Followers

Dengarkan Utara.FM - Macam Biasa Juga Bah

Thursday, June 10, 2010

Bola getah sekerap

Demam bola semakin terasa maklumlah hujung minggu ini Piala Dunia akan bermula.Peminat bola mula berkepit dengan majalah bolasepak yang memaparkan tentang pemain yang akan beraksi.Masing-masing memuji pasukan diminati malah ada yang siap membeli jersi pasukan yang disokong.Jadual perlawanan mula dihafal...sekian haribulan pasukan apa menentang siapa... semua sudah siap terpahat dalam kepala.Begitulah hebatnya penangan bolasepak....satu-satunya acara sukan yang sangat popular seantero dunia.

Rasanya tidak ada seorang manusia pun di dunia ini yang tidak tahu apa itu bolasepak.Tak kira siapa tua muda hatta kanak-kanak malah bayi pun tahu.Saya sendiri walaupun tergolong dalam golongan orang-orang yang kaki meja (buta sukan tahap gaban sudah ini...kalau kaki bangku masih boleh dimaafkan...ahaksss..) masih boleh dikira tahu tentang bolasepak.Kalau setakat sepak-sepak bola tu masih kira ok juga lah.

Tahun 1968 saya bersekolah di GPS Tandek.Waktu itu saya dalam darjah dua.Kami belajar disebelah petang dan matapelajaran terakhir adalah nyanyian.Setiap pelajar dikehendaki menyanyi apa saja lagu kesukaan sendiri.Dan siapa yang telah menyampaikan nyanyian boleh balik.Rakan-rakan sekelas saya semuanya hebat-hebat belaka bila masuk bab nyanyian ini.Ada yang menyanyi lagu Ahmad Jais, A. Ramlee, Jefridin dan ramai lagi.Pokoknya mereka semua hebat menyanyikan lagu-lagu artis terkenal ketika itu.

Saya....? Nah...inilah yang mau dijadikan cerita.Saya langsung tidak tahu menyanyi.Jangan kata lagu-lagu artis masa itu, lagu kanak-kanak pun langsung saya tidak tahu.Akibatnya saya menjadi pelajar terakhir keluar kelas.Dengan kata lain paling uncitttttt.....dan ini membuat abang saya Anang marah.Kenapa tidak....saya dan anak suka bermain bolasepak.Oleh kerana saya yang terakhir keluar kelas maka kami tidak dapat bermain bolasepak bersama-sama.

Anang ketika itu belajar dalam darjah tiga.Kelas kami bersebelahan dan sama-sama belajar sesi petang.....Ko ingat aaa....ini hari ko mesti menyanyi duluan...supaya boleh keluar awal...lepas tu kita main bola dipadang...kata Anang.Oleh kerana saya langsung tidak tahu menyanyi maka Anang mengajar saya menyanyi sebuah lagu yang sehingga hari ini saya tidak tahu apa tajuknya dan siapa penyanyinya.Malah saya berani kata sehingga hari ini saya tidak pernah mendengar lagu ini dimain dicorong radio....hehehe (ini baru la...sudah pun kaki meja...buta sukan...langsung tiada bakat dalam bidang seni hiburan...buta kayu punya orang).

Hasil tunjuk ajar dari Anang saya menghafal lagu itu dari pagi hingga tengahari.Tiba disekolah saya masih terus menghafal dalam hati.Kelas nyanyian pun bermula.Dengan cepat saya keluar kehadapan lalu menyanyi lagu yang saya belajar dari Anang.Guru kelas saya ketika itu Cikgu Abdul Rahman atau lebih dikenali sebagai Cikgu Giuk kehairanan kerana saya tiba-tiba bersemangat.Selesai menyanyi saya keluar dan terus berlari kepadang.Anang sudah sedia menunggu bersama sebiji bola yang kami buat sendiri.Bola ini sederhana besar tetapi sangat berat dan keras.Mana tidak...bola ini kami buat daripada getah sekerap yang kami ambil dikebun getah berhampiran sekolah.Getah ini kami pintal-pintal dan bulat-bulatkan hingga jadi sebiji bola.

Walaupun bola getah sekerap itu berat dan keras kami tetap seronok bermain beramai-ramai. Kami bermain tanpa undang-undang bolasepak yang betul.Kami hanya menendang bola itu kehulu kehilir dan menjaringkan gol.Hanya dua istilah yang kami gunakan bila berlaku kesilapan iaitu curi ayam atau off side dan hand ball.Lain dari itu saya tidak tahu.Sehingga hari ini pun saya masih tidak tahu.Tetapi saya tetap seronok....bukan seronok bermain bola.Saya seronok melihat orang seronok menonton bolasepak hingga menjerit-jerit dan terpekik-pekik.Malah ada yang siap buat ulasan mengalahkan pengulas sukan di telivisyen hahaha.Dan saya juga seronok melihat dua puluh dua orang lelaki berlari kehulu kehilir hingga ada yang tercedera semata-mata berebut sebiji bola......aduuuuyaiii...bola oooo bola!!!!

5 comments:

SANGURU said...

Saya pun ada kisah ttg bola di SK (dulu GPS) Tandek. Dan utk makluman, saya dari kecik2 mmg agak radikal. Gara2 radikal + gila bola juga, saya sbg ketua kelas bawa kelas saya main bola di tempat lapang sebelah "staff room". Ini gara2 nda mau campul2 main dgn budak2 lain di padang. Sesak bah pula di padang tu klu masa "time".

Hmm...main punya main..."prengggg!!!" - jendela kaca itu bilik guru pecah kena bola. Bola itu masuk teruss dalam itu bilik. Nah, pucat kami semua terutama sang ketua kelas. Tergamam. Terpaku!

Bah kah, apa lagi, teruss keluar itu guru besar paling garang (hehehe). Siapa lagi kalau bukan cik'gu Norjam!

Cerita seterusnya?....sdr/i agaklah sendiri. Mmg merasa sakit kami semua! Paling banyak kena saya la bah. Hehe...

Namun, klu dah gila bola, gila la juga. Sampai sekarang...

kyro said...

adehhh sangguru,

jgn2 ini la juga salah satu sebab kmu kna suruh makan rumput hehehe....

bekas peragut rumput said...

Itu gurubesar dulu talampau garang nda kena tempat bah....kalau saya jadi cikgu apa macam nakal pun saya tidak hukum macam cikgu norjam buat...

SANGURU said...

Jgn gitu bah, saya kawan dgn cikgu norjam. Guru tatap guru. Disiplin tatap disiplin. Latihan keras boleh mengeraskan jati diri. Kerana itulah kita jadi kuat dan berjaya.
Kita maafkan...

Um@r said...

Hehe... yg pentiang semangat bola tu puan, tahniah!