SAM

SAM

Followers

Dengarkan Utara.FM - Macam Biasa Juga Bah

Thursday, June 17, 2010

MARUDU BAKAL TERKENAL...




(Gambar: Senator Datuk Maijol Mahap semasa ucapan perasmian) Kg. Talantang II, Tandek, Kota Marudu: Dalam ucapan perasmian pesta Menuai Kg. Talantang II petang tadi, Senator Datuk Maijol Mahap ada menyatakan sokongan beliau kepada aktiviti Tarik Tali dengan memberi kepercayaan kepada pihak 4WD menjadi pengerak di Kota Marudu memandangkan inilah satu-satunya pasukan yang mempunyai pengurusan yang baik serta paling aktif. Beliau sedia menyediakan tajaan secara peribadi bagi penganjuran bertaraf negeri dan memberi kepercayaan kepada 4WD sebagai urusetia/penganjur. Tercetusnya iltizam ini sebenarnya hasil bicara dari hati ke hati antara "xyz" (penasihat/penaung) 4WD dengan Senator Datuk Maijol semasa majlis perasmian tersebut di atas. Syabas 4WD SAM-Urban Storm dan terima kasih tuan senator! Mari bersama menambah Aura Marudu tercinta!

4 comments:

srixon said...

saya mencadangkan pasukan 4WD tersebut mencebur kepada Pertandingan Perahu Naga yang mana dipertandingkan bkn saja di peringkat negeri tapi antarabangsa, semoga berjaya

SANGURU said...

Cadangan yg boleh dipertimbangkan. 1 demi 1 la kan tuan? Hehe

Um@r said...

Tahniah. Kota Maurudu memang terkenal pada zaman dulu, tapi semakin menguncup keterkenalannya itu. Moga2 kerjasama pintar ini mampu mengembalikan "kekotaan" & "keterkenalan" Marudu!

Um@r said...
This comment has been removed by the author.