SAM

SAM

Followers

Dengarkan Utara.FM - Macam Biasa Juga Bah

Wednesday, July 21, 2010

SME TALK: WHAT ENTREPRENEUR SHOULD KNOW

Photo: click to enlarge.

Saya menerima maklumat mengenai seminar perusahaan kecil dan sederhana anjuran JCI Intan daripada Cathy Molly hari ini. Saya melihat perkara ini sebagai satu peluang yang baik untuk menimba pengetahuan dalam bisnes. Saya mengalu-alukan sesiapa yang berminat untuk menyertainya. Sila baca keterangan di bawah untuk mengetahui maklumat lanjut mengenai seminar tersebut;

Junior Chamber International (JCI) is a membership-based nonprofit organization of 200,000 young people in 5,000 communities and more than 100 countries around the world.

Junior Chamber International Intan (JCI Intan) also known as “Intan Junior Chamber” is organizing a SME Business Talk to the public.

Our objectives are to provide opportunity for public to understand about Small Medium Enterprise (SMEs) and how to do a start up business; to expose information about SME financing through various schemes undertaken by the Government and banking institutions; to promote business support services provided by government ministries and agencies; and to promote entrepreneurship education to the public.

We are also welcoming all students from university/colleges to join us as this program can be a good entrepreneurship education to the students before they endeavor into real business world; and to increase awareness amongst students to opt for entrepreneurship as a career choice.

The details of the Business Talk are as follows;

Date: 31st July 2010 (Saturday)

Time: 1.30pm – 5.00pm
Venue: Celyn Samuruh Room, 1st Floor, Celyn Hotel City Mall, Kota Kinabalu

Fee: RM30 (inclusive of Tea Break, hand notes and Certificate of Participation)

Guest Speaker: Mr. Ghazali Bin Hamzah, Director for SME Corporation Malaysia of Sabah State Office.

NOTE: Should you require any further information regarding the project please feel free to contact the Organizing Chairperson, JC Cathy Molly @ 016 -586 1701.

Tuesday, July 20, 2010

MINTA PERHATIAN...

Lokasi : Pekan Tandek Vanue: Padang Pekan + Astaka


Masalah: (Biar fotonya bicara!)... Sumber: saya gambar sendiri. Tindakan: pihak MDKM. Pemimpin setempat pun suaralah bahhh...

Monday, July 19, 2010

MERBAHAYA!

Rumput panjang di kiri kanan jalan ( Jalan Sumbilingon- Ranau/Poring) sangat merbahaya kerana terdapat banyak simpang di kedua belah bahu jalan. Harap pihak berkenaan segera mengambil tindakan sewajarnya sebelum berlaku kejadian tidak diingini. Terima kasih jika sekiranya sudah dalam perancangan dan bakal dilaksanakan.


-"Rakyat dikasihi, Pemimpin dirahmati".

HARAP ORANG KM TIDAK TERJEJAS...

Kenaikan harga barang dan kos perkhidmatan di daerah ini biasanya betul-betul tidak menentu.


(Gambar Hiasan sahaja) Harap pihak berkewajipan lebih proaktif dalam memantau fenomena tersebut demi menjaga kepentingan masyarakat. -"Rakyat dikasihi, Pemimpin dirahmati".

Saturday, July 17, 2010

Friday, July 16, 2010

PERMINTAAN RAKYAT

Para penduduk di Kg.Tingkalanon hilir mohon agar pihak kerajaan dapat menaiktaraf tali air yang wujud sejak sebelum merdeka. Tali air tertua di Kota Marudu ini terbiar dan tidak diselenggarakan. Hal ini menyebabkan masalah pengairan sawah yang menjadi sumber pendapatan utama penduduk kampung. -"Rakyat dikasihi, Pemimpin dirahmati".

KERISAUAN RAKYAT




Lokasi: Simpang tiga Goshen- Lotong. Perlu lampu jalan terutama di hadapan simpang kerana keadaan gelap waktu malam menghadkan pengelihatan. Semak kiri- kanan jalan juga perlu dipotong untuk meluaskan sudut pandangan. Kawasan ini sering berlaku kemalangan. Terbaru melibatkan kereta dengan motorsikal. Harap pihak yang berkenaan dapat mengambil langkah proaktif. -"Rakyat dikasihi, Pemimpin dirahmati".

Tuesday, July 13, 2010

KETAWA SAMBIL FIKIR...

"Hijau merimbun si daun pakis, Melambai lembut si daun lalang, Bila hamba mulai melukis, Bermakna badai mau datang?"





Ada kawan bergurau; " Apakah paul (sotong) boleh ramal siapa menang PRU ke-13?". Nah, saya jawab dengan kartun di atas. Saya rasa ianya cukup jelas. Jelas rakyat bakal pening kepala. Lepas tu mungkin sakit jiwa. Dan begitulah putarannya?...

S-esak A-ku M-emikirkannya: Menjenguk Wajah Sungai Tingkalanon

Dua tiga peristiwa berlaku sejak kebelakangan ini. Salah satu peristiwa berkenaan mempengaruhi landskap Sungai Tingkalanon. Inilah wajahnya. Gambar ini dirakam menggunakan kamera telefon NOKIA 3 bulan lepas. Atas cadangan saudara presiden SAM, Sanguru, maka saya uploadkan gambar ini untuk tatapan dan renung-renungkanlah.

Dulu, Sungai ini tempat menangguk air buat bekal masak dan sebarang persediaan lain. Tempat ini juga kami seisi keluarga berkongsi dengan keluarga lain sepanjang sungai ini melalui kampung-kampung, untuk membasuh pakaian sambil bergurau senda, suatu keadaan yang tidak pernah gagal memperbaharui silaturahim.

Hari ini, sungai hampir mati. Sepi. Lengang daripada sapaan mesra. Menghadkan sedia kala waktu yang dihambat kesibukan. Di perbukitan sana ada cerita yang tidak menyenangkan. Saya menganggap 'tidak menyenangkan' kerana di tanah rata sudah terasa rimas dan tidak selesa dengan perkembangan ini. Tuan-tuan dan puan-puan, fikirkanlah hayat sungai ini. Ini baru sungai ceritanya. Tadahan air? Kitaran habitat? flora dan fauna? alam sekitar?

Harap pihak yang berkenaan ambil tahu SEMUA ASPEK - saya serahkan kepada tuan-tuan dan puan-puan semua untuk cerna maksudnya. SALAM SAM....

REMPAH MASYARAKAT...




Masyarakat kita kaya dengan gurau senda. Adakalanya gurauan mereka jadi kenyataan. Misalnya, ada yang menumbang balak, menumbang kelapa...ada juga bergurau mau menumbang "orang lama"...kasi berdiri generasi baru berinovasi, bermotivasi, kata mereka. - no komen. Saya lebih minat menumbang syaitan yang direjam...

Monday, July 12, 2010

GARA-GARA SOTONG...




Tiba-tiba Sang Sotong bernama Paul meniti di bibir umat manusia. Ada banyak versi lucu dalam masyarakat, antaranya kartun di atas. Spontan saja saya lakar setiba di pejabat tadi. Idea dari kampung... -"Rakyat dikasihi, Pemimpin dirahmati".

Monday, July 5, 2010

BOLEH TOLONG TEBAS SIKIT?..




(Gambar: Semak samun di bulatan jalan). Kota Marudu, Sabah, Isnin: Gambar ini saya ambil tadi semasa melalui bulatan jalan Ranau-KM dekat Kg. Lotong/Timbang Batu. Semak banget sehingga menghalang pengguna jalan raya. Perlukah saya bantu potong rumputnya?...

HENTIKAN! JANGAN ANIAYA RAKYAT.,,

(Sedangkan binatang pandai marah, apakan lagi manusia di kampung-kampung...- gambar hiasan).

Tandek, Kota Marudu, Isnin: Sebentar tadi saya menerima SMS dari seorang penjawat tinggi kerajaan di Putra Jaya (anak watan Tandek) tentang aktiviti pembalakan haram di sekitar Kg. Bombong 4/Samparita, Tandek. Kegiatan itu dilakukan oleh sebuah syarikat luar daerah Kota Marudu, dan telah dilaporkan kepada Jabatan Hutan Kota Marudu. Bagaimanapun, dikatakan bahawa aktiviti tersebut belum dihentikan dan dianggarkan beratus-ratus kayu berkualiti tinggi telah diangkut keluar. Apa yang amat merisaukan penduduk setempat ialah kerosakan alam sekitar dan kawasan tadahan hujan. Untuk makluman pembaca di mana jua, penduduk Tandek bergantung harap sepenuhnya kepada air sungai dan air hujan kerana sehingga hari ini puluhan ribu warga Tandek belum menikmati kemudahan air paip. Bayangkan kalau sungai-sungai di kampung-kampung sudah gagal berfungsi, dimanakah rakyat mendapatkan bekalan air? SAM sebagai rakyat dan sahabat sekalian rakyat mengharap benar semua pihak terbabit dan agensi-agensi berkewajipan segera mengambil langkah-langkah positif. Kasihanilah kami. Puluhan tahun sudah kami terabai, terpinggir, derita. Jangan ditambah derita kami ya pak!

Sunday, July 4, 2010

4WD DAPAT SUNTIKAN...




Hotel Hexan, Kota Marudu, Ahad: Team tarik tali 4WD SAM- Urban Storm mendapat suntikan motivasi apabila dapat bersama dengan Dato' Malek Nor jaguh bina badan Asia. Kehadiran Dato' Malek ke sini untuk mempromosikan produk kesihatan dan kekuatan tubuh badan.


Dalam kesempatan ini beliau turut memberikan beberapa panduan berguna kepada team 4WD. Disamping itu, beliau juga memaklumkan bahawa beliau mengenali SAM dan Utara.FM. "Maju jayalah 4WD. Marudu Boleh!!!"

Friday, July 2, 2010

APA SUDAH JADI DENGAN DUNIA KINI????....

Salam pertemuan maya buat kesekian kalinya...
Sudah lama mau buat post untuk dikongsikan dengan semua rakan2 tapi saya lupa password saya. Mujur akhirnya ingat juga.
Kebelakangan ini terlalu banyak kes2 yang melibatkan kanak2 wanita bawah umur. Tidak habis dengan kes perkahiwnan bawah umur, kes rogol juga semakin berleluasa. Kota Marudu tidak ketinggalan dalam kes2 seperti ini.
Kemarin ketika dalam perjalanan balik ke Kota Marudu dari Tagibang, saya singgah di Klinik Dr.Nellson untuk mendapatkan rawatan. Sementara menunggu giliran, saya memgambil kesempatan untuk membaca surat khabar yang terdapat di atas meja. Topik utama yang menjadi isu berita ialah Kes Perkahwinan kanak2 bawah umur yang semakin berleluasa sehingga mendapat perhatian dari pihak berwajib. Namun perkara yang paling menyentap ulu hati saya ialah Kes 3 beradik yang menjadi mangsa rogol oleh bapa kandung sendiri seperti yang dimuatkan dalam surat khabar Daily Express kemarin telah berlaku di Kg.Tarangkapas, Kota Marudu. Dan ini bukan kes yang pertama berlaku di mana bapa merogol anak kandung sendiri..
Persoalannya sekarang, kenapa kes2 seperti ini masih lagi berlaku dan yang paling TERUK ia dilakukan terhadap darah daging sendiri. Ke mana hilangnya nilai kemanusiaan? kenapa tergamak merogol anak sendiri.Kenapa???...
Mari kita berkongsi pendapat dan cadangan berkaitan isu2 ini.. Mana tau kita dapat merungkai suatu jalan penyelesaian yang logik.
Salam 1 Malaysia