SAM

SAM

Followers

Dengarkan Utara.FM - Macam Biasa Juga Bah

Monday, July 5, 2010

HENTIKAN! JANGAN ANIAYA RAKYAT.,,

(Sedangkan binatang pandai marah, apakan lagi manusia di kampung-kampung...- gambar hiasan).

Tandek, Kota Marudu, Isnin: Sebentar tadi saya menerima SMS dari seorang penjawat tinggi kerajaan di Putra Jaya (anak watan Tandek) tentang aktiviti pembalakan haram di sekitar Kg. Bombong 4/Samparita, Tandek. Kegiatan itu dilakukan oleh sebuah syarikat luar daerah Kota Marudu, dan telah dilaporkan kepada Jabatan Hutan Kota Marudu. Bagaimanapun, dikatakan bahawa aktiviti tersebut belum dihentikan dan dianggarkan beratus-ratus kayu berkualiti tinggi telah diangkut keluar. Apa yang amat merisaukan penduduk setempat ialah kerosakan alam sekitar dan kawasan tadahan hujan. Untuk makluman pembaca di mana jua, penduduk Tandek bergantung harap sepenuhnya kepada air sungai dan air hujan kerana sehingga hari ini puluhan ribu warga Tandek belum menikmati kemudahan air paip. Bayangkan kalau sungai-sungai di kampung-kampung sudah gagal berfungsi, dimanakah rakyat mendapatkan bekalan air? SAM sebagai rakyat dan sahabat sekalian rakyat mengharap benar semua pihak terbabit dan agensi-agensi berkewajipan segera mengambil langkah-langkah positif. Kasihanilah kami. Puluhan tahun sudah kami terabai, terpinggir, derita. Jangan ditambah derita kami ya pak!

25 comments:

Um@r said...

Mesti di siasat tu. S/U SAM,jika difikirkan sesuai, emelkan isu ini ke Aduan Rakyat, TV3.

Anonymous said...

Memang benar!! Warga Kota Marudu masih bergantung kepada air sungai untuk aktiviti harian. Kalau air itu kotor, kering, mana lagi nak cari air. bergantung kepada air hujan juga tidak mencukupi.

Hutan amat penting untuk tadahan air. sayang sekali kalau hutan dirosakkan. Kerakusan pihak tertentu mengaut keuntungan tanpa memikirkan masa depan warga Kota Marudu amatlah menyedihkan.

Pembalakan Haram mmg haram. maka patut diambil tindakan.

Bangkang 100% pembalakan haram!!!!!!!!

Tompinai said...

Inilah sikap orang yg fikir diri sendiri...dah la kawasan ini mengalami masalah air, kawasan hutan yang segenggam lagi dikerjakan...memang tak patut..minta pihak yang berkenaan campurtangan dan buat tindakan. Jangan sampai berulang proses penggondalan hutan berulang.
Jom kita bantah abis-abisan....

Anonymous said...

Dedahkan siapa pembalak haram itu supaya di ambil tindakan terhadap mereka

SkyPips said...

Mcm mana tpt tu blh dimasuki pembalak haram?

SANGURU said...

Mcmna blh masuk, itu saya belum dapat butiran lengkap namun perkara ini mmg sedang berlaku. Sebelum inipun sudah ada aktiviti penerokaan yg sepatutnya dipantau agar tidak merosakkan kawasan tadahan hujan.

Anonymous said...

kasi timbak kepala tokeh pembalak haram tu...kasi kubur dalam hutan...kasi rusak diorang punya jentera...tutup jalan keluar ...apa2 je la..

srixon said...

tanya itu 2YB, PKR, DO, DFO dan Ketua Kampoong dan Pengerusi JKKK di Kampong berkenaan pasti mereka ini bersubahat!

IsOn said...

Pihak terbabit yang membaca SAM, sedarlah dan 'bertaubat'lah. Belum terlambat untuk memperbetulkan keadaan. Janganlah hanya kerana $ kebajikan org2 kg diabaikan. Sudahlah hak tanah diambil tanpa pengetahuan, sumber tadahan air untuk hidup juga dimusnahkan. Belum cukup lagikah kejadian banjir kilat yg semakin menjadi2 di KM? Bukan pula membantu, malah tambah menyusahkan rakyat.

Little Mike (LM) said...

sya tidak membela mana-mana pihak. cuma kepimpinan n.5 tandek tidak terlibat MALAH memperjuangkan bersama org kg untuk cuba membantah kemasukan syarikat luar malah membantah sebarang aktiviti haram termasuk pengambilan tanah oleh syarikat2 tertentu. Menurut apa yg sya tahu kuasa meluluskan ini terletak di tangan kerajaan negeri.

kerajaan negeri harus berhati2 supaya tidak melukai orang kampung. Kalau tidak,tangan orang kg akan melukakan peluang di kertas undi.

SANGURU said...

menurut maklumat yang saya perolehi dari agensi berkaitan, sebanyak 330 kayu balak (bukan kayu lembut)telah ditahan di kawasan terbabit. Dan telah diarah untuk mencincang (saya guna istilah yang diberi kepada saya melalui SMS) atas arahan atasan. Apakah ini mengikut prosedur? Mengapa begitu?

SAM tidak menuding jari kepada sesiapa untuk dipersalahkan kerana menjadi satu kesalahan bagi media menghukum salah atau memfitnah. Paparan ini dibuat agar diketahui oleh semua pihak yang berkewajipan untuk bertindak menurut bidang kuasa atau tanggungjawab masing-masing.

YB juga sudah saya maklumkan. YB ucap terima kasih dan minta saya kumpul bukti dan beri salinan kepada beliau. - ADAKAH PATUT SAYALAH PULA MENGUMPUL BUKTI!

Adehhhh....susahlah kalau NGO lah pula yang ambil perhatian dan semua kerja menjaga kepentingan umum. Andui baaa...apa lah juga kuasa dan kemampuan NGO...

Little Mike (LM) said...

aktiviti pembalakan harus mengikut spesifikasi betul. Ada kelulusan tapi menyukarkan orang kampung, ini MENYUSAHKAN namanya. Kesian bumi kita diranduk sesuka hati. Dan jika diragui, buat laporan polis... biar siasatan pihak berkuasa menjalankan kaedah mengikut kepakaran yang mereka ada.

Org kampung said...

tolong lah jgn sampai org tandek kehabisan air..jgn tunggu sungai2 di tandek ni kering kontang baru ambil tindakan. sanggupkah pihak2 berkenan mghantar air utk semua rakyat tandek setiap hari kelak? Nah sebelum trlambat ambil lah tindakan yg sewajarnya utk mghalang dan mghukum pembalak2 yg tak brtanggungjwb tu.

ANTI PEMBALAKAN HARAM said...

Maklumat terkini: perihal pembalakan di samparita..ada kelulusan dari jabatan perhutanan kerana dilakukan ditanah yang bergeran kepunyaan ex-YB zaman berjaya mendiang Wilson Malingka..semantara bombong 4 pula..sebenarnya bukan berlaku disana tetapi di bukit kawasan ulu Tingkalanon.Ada laporan aktiviti pembalakan ini juga dilakukan di tanah bergeran milik en.Jamulah tetapi ada keraguan statusnya maka itu YB telah mengarahkan jabatan perhutanan untuk menyiasat dan aktiviti ini telahpun dihentikan.

Semoga penerangan ini dapat menyelasaikan masalah dan kalau boleh jangan terlampau ghairah untuk menyalahkan YB sahaja.Tidak elok menghentam tanpa sebarang bukti yang kukuh.kerana sedia maklum aktiviti pembalakan haram ini ada berlaku dimana-mana dan telah lama dijalankan oleh individu2 yang tidak bertanggungjawap.

sekian

SANGURU said...

Kes pembalakan di bombong 4, ada kelulusankah? Bila masa YB dipersalahkan? Orang2 YB harap lebih rasional! Paparan ini langsung tidak ada menyebut siapa2, hanya mahu sesiapapun yg punya angkara, sila hentikan, dan sesiapa yg punya kuasa atau kemampuan utk sama2 menyumbang menyelesaikan permasalahan ini. Itu saja. Simple.

SANGURU said...

Menurut laporan yg diterima, pembalak haram memasuki luar kawasan, bukan di tanah bergeran. Org kampung sudah tegur tapi tidak diendah. Makanya mereka buat laporan.

SANGURU said...

Dalam banyak kes pembalakan haram diseluruh negara, jarang orang bising kalau tiada kebenaran. Hanya saja suara2 bising itu selalu kalah atas macam2 "technical false", madah berhelah, dll. Tapi apa akibatnya "kekalahan suara bising" itu? Akibatnya:
1. Negeri/negara rugi tak dpt cukai.
2. Rakyat rugi menanggung sengsara alam musnah, sungai rosak dll.

SAM khususnya penulis, hanya mau menyalur kebisingan org kampung. Menang-kalah, SAM sudah menyempurnakan tjwb sosialnya. Dan SAM ingin bertanya - tjwb pihak berkenaan, apakah sudah sempurna?...

Pembaca pasti tahu memikirkannya!

SANGURU said...

Wah, tambah banyak kawasan baru pembalakan haram dan pembalakan sah(?) yg kedapatan. Ulu tingkalanon tu baru sekarang saya tahu. Waduhhh pakkk...gawat banget nih! Tambah keringlah sungai Tingkalanon klu begini.

LM, tolong post gambar sungai tingkalanon yg tuan ada tunjuk saya tempoh hari. Share2 dgn pembaca SAM. Sama2 tengok sungai yg dulunya waduhhh dalam kini tinggal apa?...

ANTI PEMBALAKAN HARAM said...

tidak ada pembalakan di bombong 4 tetapi di bawah kawasan perbukitan sekitar sempadan kg.tinogu dan sebelah kg.pugi maka itu saya katakan ulu tingkalanon kerana kawasan ini dekat dengan perbukitan tingkalanon.Akan tetapi menurut sumber aktiviti pembalakan ini berlaku dikawasan tanah bergeran milik EN.JAMULAH.Oleh kerana status ini masih diragui maka itu pihak berkuasa perhutanan telah mengarahkan syarikat untuk menghentikan pembalakan di kawasan tersebut.

Diharap tuan-tuan faham dan bersabar kerana perkara ini telahpun diselasaikan sebelum artikel ini keluar.

sekian

SANGURU said...

Sila pastikan kerana menurut SMS org kg pd 11.7.2010 mereka melihat pembalak itu di kawasan terbabit.

Pastikan kes ini telah benar2 selesai dan kesan pembalakan itu juga diperbaiki. Rakyat akan sentiasa dan terus memantau perkara ini. Jika ianya dalam perancangan dan sedang/akan dilaksanakan, diucapkan terima kasih.

" Masa membisu telah berakhir. Rakyat tidak boleh lagi diperkotak-katikkan".

SANGURU said...

Menurut Peg. daerah drp sumber Jabatan Perhutanan KM sebanyak 330 batang balak ditahan di jalan Bombong 2-4. Dan diarah oleh pengarah untuk dimusnahkan.

Mungkin ada 2 atau 3 tempat. Mungkin ada sedikit kekeliruan tapi mmg pasti berlaku aktiviti tidak sihat.

# saya tidak mahu komen panjang. Pembaca fikir sendiri.

Anonymous said...

Kamu urang fikir itu taukeh senang2dpt masuk kampungkah kalau tidak ada org dalam?!! Fikir betul2 lah, setau aku sdh ada beberapa individu di kawasan hutan bukit ini yg dpt beratus2 ribu sbg imbuhan drp taukeh2 balak. Ada yg sdh minta tanda tangan dri org kampung. Janji semua org kampung ada bahagian masing2. Bila kayu sdh dijual dan duit sdh dpt, ada yg membolot semua duit itu. Jadi yg tidak dapat mimanglah marah dan komplen. Jadi siapa punya pasal?

HU said...

C ****** ni kan kemaruk baini mau jadi YB... kuwang...kuwang...kuwang...

Anonymous said...

Teruskan perjuanganmu SAM dan sanguru..Selamatkan sungai2 d Tandek ni. jgn hiraukan anjing2 yg menyalak di sekelilingmu ini... Besok2 anjing tu akan diam juga.

AWAS!!! said...

Salam untuk semua,
insiden pembalakan haram ini sdh lama berlaku n d semua tempat yg ada kayu besar (balak). tidak tertkecuali di tempat kami di kg koromoko suatu masa dulu. masa itu, encik GUNSALAM BIN UNGGUS telah meminta semua org kg agar menurunkn tandatangan tanda persetujuan syarikat Hiew Fook dan Hap Seng membalak. pd masa itu, hutan d kg koromoko memiliki kayu kayan yg bermutu tinggi dn besar2 belaka saiz dia. GUNSALAM BIN UNGGUS berjanji akan membahagi2kn wang hasil balak nanti bila syarikat sdh membuat pembayaran. tp apa yg trjadi, orang kampung tidak mendapat 1 sen pn. GUNSALAM BIN UNGGUS sekeluarga telah membolot kesemua wang konsesi balak tsbt. org kampung berputih mata sahaja. malatup la perut diorg yg membolot wang yg sepatutnya milik bersama itu nanti. skg anak dia c JURIN GUNSALAM kemaruk pla mau jd YB? belum puas ka bapa dia merampas hak org kg dulu? c JURIN GUNSALAM pn mau memeras n menindas rakyat N5 Tandek pula????
pendedahan ini sengaja dibuat agar rakyat N5 Tandek tidak tertipu dn terpedaya dgn gelagat c JURUN BIN GUNSALAM yg kini menjaja 'doctorate' d merata tempat. 'doctorate' yg dia dpt itu adalah air mata dn darah org kampung koromoko yg telah dihirup oleh c GUNSALAM BIN UNGGUS sekeluarga/adik beradik. dgn 'doctorate' ini jg nanti c JURIN BIN GUNSALAM akn lebih mahir dn licik menipu,memanipulasi dn memeras rakyat N5 Tandek. INGAT! pelanduk selalu lupa dhgn jerat tp jerat tak pnah lupa kpd pelanduk!