SAM

SAM

Followers

Dengarkan Utara.FM - Macam Biasa Juga Bah

Tuesday, July 13, 2010

S-esak A-ku M-emikirkannya: Menjenguk Wajah Sungai Tingkalanon

Dua tiga peristiwa berlaku sejak kebelakangan ini. Salah satu peristiwa berkenaan mempengaruhi landskap Sungai Tingkalanon. Inilah wajahnya. Gambar ini dirakam menggunakan kamera telefon NOKIA 3 bulan lepas. Atas cadangan saudara presiden SAM, Sanguru, maka saya uploadkan gambar ini untuk tatapan dan renung-renungkanlah.

Dulu, Sungai ini tempat menangguk air buat bekal masak dan sebarang persediaan lain. Tempat ini juga kami seisi keluarga berkongsi dengan keluarga lain sepanjang sungai ini melalui kampung-kampung, untuk membasuh pakaian sambil bergurau senda, suatu keadaan yang tidak pernah gagal memperbaharui silaturahim.

Hari ini, sungai hampir mati. Sepi. Lengang daripada sapaan mesra. Menghadkan sedia kala waktu yang dihambat kesibukan. Di perbukitan sana ada cerita yang tidak menyenangkan. Saya menganggap 'tidak menyenangkan' kerana di tanah rata sudah terasa rimas dan tidak selesa dengan perkembangan ini. Tuan-tuan dan puan-puan, fikirkanlah hayat sungai ini. Ini baru sungai ceritanya. Tadahan air? Kitaran habitat? flora dan fauna? alam sekitar?

Harap pihak yang berkenaan ambil tahu SEMUA ASPEK - saya serahkan kepada tuan-tuan dan puan-puan semua untuk cerna maksudnya. SALAM SAM....

12 comments:

SANGURU said...

Tq sdr.ku LM!

Nah, lihat, apakah aku berdusta. Apakah tidak wajar aku risau dgn apa2 jua tindak tanduk yg boleh menjahanamkan sungai kita.

Inilah sungai kami. Dulu sungai ini sangat dalam. Kini, inilah tempat orang2 kampung bergantung hidup. Berkongsi dengan haiwan lain. Ini baru 1Kg. Kampung lain di Tandek pun begini. Dan kena disedari, kampung2 di Tandek tak punya bekalan air paip.

Apakah masih ada yg tega untuk berdolak dalik?...

SANGURU said...

Aku tidak terlalu bangga dengan bangunan pencakar langit. Itu boleh dibina oleh generasi kita mendatang. Alu jua tidak bangga sangat dengan apa jua slogan, itu boleh kita cipta dlm masa 1minit.

Yang aku mahu - seorang PM yg boleh dipanggil " Bapa Alam Sekitar". Alam sekitar& sumber alam tak boleh diperbaharui oleh generasi mendatang! Apakah yg kita mau wariskan pada generasi keturunan kita? - negara tanpa sungai? Tanpa kekayaan alam?

Para politikus sibuk mempertahankan kerusi. Mencipta dan memperdebat isu2 memuakkan rakyat. Ayuh pak, coba kalian fikirkan - apa jadi negara ini 100 tahun lagi? ...

SANGURU said...

Kpd yg berkenaan: mau membalak silakan. Mau meneroka tanah silakan. Mau kaya silakan. Mau apa pun silakan tapi bertanggungjawablah. Jgn ambil kesenangan dan tinggalkan kesengsaraan kpd ribuan malah puluhan ribu orang lain. Jangan!

Little Mike (LM) said...

like this quote - mau membalak silakan. Mau meneroka tanah silakan. Mau kaya silakan. Mau apa pun silakan tapi bertanggungjawablah. Jgn ambil kesenangan dan tinggalkan kesengsaraan kpd ribuan malah puluhan ribu orang lain. Jangan!..

indeksnya suda ada....

org kampung said...

Aduh...sedih jg meningu rupa sungai tingkalanon spt tu. Bagaimana pula nasibnya dgn yg lain2 lagi sungai di sekitar tandek ni spt sg morion,sg nolotan,sg mopogun,sg longob,sg masolog dsbnya.. Kepada pihak2 yg berkenan, usahakan lah sesuatu yg bole mnyelamatkan sungai ini. Cegah sebelum parah.

D'Revenge Clan said...

(.........Mau meneroka tanah silakan........ Mau apa pun silakan tapi bertanggungjawablah.....)

Memang ada banyak persoalan yang timbul berkenaan dengan sungai ini.

Dulu-dulu, sungai Tingkalanon ini sangat dalam malah ia pernah menjadi laluan utama penduduk untuk keluar ke Tandek dengan menaiki sampan..itu menurut cerita dongeng datuk saya.

Kini sungai ini sudah sangat nazak dan memang perlu perhatian untuk pemuliharaan.

Namun kejadian isipadu sungai menurun sehingga kering kontang bukanlah pertama kali berlaku.
Saya masih ingat, dulu ketika saya masih belum pandai lap hingus, saya pernah membantu bapa membuat telaga di tengah sungai gara2 kemarau. Dan kejadian ini bukannya berlaku satu kali sahaja..malah lebih dari 3 kali sejak saya lahir hingga ke hari ini.

Persoalannya sekarang, saya agak sedikit kecewa dengan tuduhan melulu dari saudara penulis berkenaan dengan penerokaan kawasan ulu sungai Tingkalanon hingga ke sempadan Tinogu itu. Saya beranggapan begitu kerena hanya penerokaan di bahagian ini saja yang nampak sangat ketara dan boleh menjadi yang PERTAMA disabit mengakibatkan sungai warisan itu semakin hilang lagendanya.

Kejadian kemarau kali ini bukanlah yang pertama. Kemarau sudah pernah berlaku sejak berkurun lalu, dan sudah pasti pada masa itu belum pun wujuk PROJEK PENANAMAN GETAH BERKELOMPOK LIGS.

Saya harap saudara penulis boleh pertimbangkan perkara ini, kerena saya bukannya tidak mempunyai tanggungjawap keatas nasib malang yang menimpa sungai tercinta ini.

Little Mike (LM) said...

Terima kasih D'Revenge Clan..

Saya katakan 'MEMPENGARUHI'...

'mempengaruhi' tidak membawa hasrat yang sama dengan 'sebab utama'...

Cth: 1)salah satu peristiwa berkenaan 'mempengaruhi' landskap sungai Tingkalanon

2) salah satu peristiwa berkenaan menjadi 'sebab utama' kepada landskap sungai Tingkalanon...

boleh lihat perbezaan? Saya tidak mengabaikan faktor lain yang menyumbang kepada keadaan sungai Tingkalanon. faktor iklim umpamanya.

berkaitan dengan faktor air sungai susut beberapa kali.. saya juga sendiri melihat 'fenomena' ini kerana saya juga membesar dengan sungai tingkalanon. Sungai ini jadi laluan perniagaan utama dari luar. Dulu Tingkalanon terkenal jadi persinggahan tukar-tukar barangan jualan (sistem barter). sebelum dilanggar lanun dan diusir keluar oleh seorang anak muda bernama Tingka.

namun kali ini sungai bukan lagi susut airnya beberapa kali, tapi sudah tidak naik-naik lagi... jadi pasti ada kejadian yang ANTARAnya 'MEMPENGARUHI' juga kejadian sungai yang tidak pandai naik-naik lagi...

sangat berterima kasih kepada d'revenge clan kerana prihatin dengan lontaran isu.

Anonymous said...

hello???can i follow tis topic with all of u??

Anonymous said...

sangat bagus punya topic ya.

Anonymous said...

tanah,udara,tumbuh-tumbuhan,air,langit,awan..berkait antara satu sama yang lain...

Little Mike (LM) said...

Anonymous..

Silakan tn/pn. teruskan berkongsi minda bersama SAM. Penyertaan sangat dialu-alukan...

Anonymous said...

helo...i come back...emm..what u want in ur village if tempat many "semak " and then dibiarkan begitu aja tempat itu sehingga bersawang..kita harus terokai semak itu agar ada "pengemasan"memang sementara itu banyak pecemaran berlaku...tetapi itu hanya sementara,.,,just buat tempat itu ditumbuhi pokok yang berguna untuk kita,,,..like pokok getah..just use tanah gilir...bukan merosakkan tanah itu,tetapi memanfaatkan tanah itu dan semak itu menjadi penting untuk orang kampung,,,kita harus buka minda kita,jangan jadi d bawah tempurung katak...Let the something good our earth and ourself...(bukan pentingkan diri ya)