SAM

SAM

Followers

Dengarkan Utara.FM - Macam Biasa Juga Bah

Monday, August 30, 2010

SALAM MARUDU,SALAM MERDEKA

Salam kemerdekaan dari warga SAM kepada semua warga Malaysia di mana pun berada. Warga Malaysia amat bertuah kerana negara ini sentiasa aman damai. Pasti ramai yang sedar, pelbagai kejadian yang cuba menganggu kedamaian negara kita. Namun hasil kebijaksanaan para pemimpin kita, semua gangguan dan permasalahan dapat diatasi. Pasti kemerdekaan ini akan menjadi intipati utama dalam merealisasikan maksud 1MALAYSIA....salam Merdeka.....

Perutusan Merdeka Dari SAM




Esok, 31 Ogos adalah tarikh merdeka Persekutuan Tanah Melayu (31 Ogos 1957) dan Borneo Utara/Sabah (31 Ogos 1963). Maka wajarlah kita meraihkan bersama tarikh keramat itu sebagai "Hari Merdeka". Marilah kita bersyukur dengan nikmat merdeka ini dan marilah kita jaga kemerdekaan kita jangan sampai "menang sorak kampung tergadai". Sayangi keharmonian dan perpaduan kita. Dan jangan lupa untuk meraihkan pula "Hari Malaysia" pada 16 September yang bakal menjelang. Inilah hari dimana Tanah Melayu, Singapura, Sarawak dan Sabah bermuafakat membentuk Malaysia. Khusus kepada golongan muda; buka minda, fahami sejarah, pertahan merdeka ini.

Marudu Boleh...

Orang Marudu memang mundur masih dalam soal ekonomi dan pembangunan. Bahkan mereka sedang risau bila tanah-tanah di perbukitan sudah dikaut oleh syarikat besar + konco2nya, namun orang Marudu tidaklah dungu dan ketinggalan dari segi idea dan wawasan.


Contohnya: Dalam pertandingan mengumpul idea anjuran MOSTI yang dipelopori oleh MP dari Marudu, orang Marudu yang menjuarainya. Keterangan lanjut sila layari http://myideas.my. Orang-orang Marudu berharap benar, Marudu ini dilayan sebaik-baiknya dan bukan semata-mata dijadikan tempat mengaut untung dan hasil buminya. Dan saya harap benar orang-orang Marudu yang sebenarnya bijak pandai agar pandai menghalatujukan masa depan daerah ini. Majulah Maruduku...

Monday, August 16, 2010

Adakah Permata Bangsa Malaysia Bakal Pupus?

Kes buang bayi semakin serius, meningkat 154%


16/08/2010 3:19pm

KUALA LUMPUR 16 Ogos - Kes pembuangan bayi di negara ini didapati semakin serius apabila ia meningkat lebih 154 peratus sejak Januari sehingga hari ini berbanding tempoh lapan bulan pertama tahun lalu.

Statistik terbaru dikeluarkan oleh Bukit Aman menunjukkan terdapat 65 kes pembuangan bayi dilaporkan di seluruh negara sejak Januari sehingga hari ini.

Jumlah tersebut didapati meningkat lebih 154 peratus berbanding hanya 42 kes dicatatkan bagi tempoh lapan bulan pertama tahun lalu.

Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Bukit Aman, Datuk Seri Mohd. Bakri Zinin berkata, polis mendapati terdapat trend peningkatan kes pembuangan bayi sejak kebelakangan ini. - Utusan

Saturday, August 14, 2010

RAYA DI MARUDU...

Salam Ramadhan ko salam perpaduan om salam pisompuruaan,
(Gabungan 3 bahasa)

BERPULUH tahun sebelum orang Marudu mendengar apa itu 1Malaysia, konsep "raya bersama" antara kaum, antara agama, antara faham politik sudah dipraktik di Kota Marudu khususnya dan di Sabah amnya. 

Jangankan raya yang memang sedap kuih muih, ketupat rendangnya, bahkan kenduri biasapun, hatta kematian pun, asalkan saja kami tahu, kami saling hadir, saling bantu. Jangan terkejut kalau nampak ada saudara kami yang kristian tolong bikin nesan bahkkan yang pagan sedia iringi jenazah Islam sampai ke kubur dan begitulah sebaliknya. Dan untuk ini semua, orang Kota Marudu tidak memerlukan sebarang slogan dan tak terfikirpun nak buat slogan "1Marudu" selama ini...

Berbalik kepada raya. Saban tahun, tetamu pertama dan kedua saya ialah seorang berbangsa cina dan seorang berdarah Inggeris Australia (khawin Cina). Kemudian disusuli saudara-saudara yang muslim dan yang Kristian. Tidak susah meramaikan raya di daerah ini, asal saja kita tidak dibenci penduduk setempat, tetap meriah raya sehingga ....tak cukup budgetnya!

Inilah realitas raya di Marudu. Dusun, Bajau, Cina, Suluk, Orang putih, India, apapun dan siapapun, sama dan tidak ketara perbezaannya. Kami di Marudu suka dan bangga perkara ini. Dan kami risau kalau suatu masa nanti, akibat "migrasi ideologi" dari luar-luar, semua ini terkakis perlahan-lahan, dan lambat laun pupus, dan pada ketika itu nanti KAMI TERPAKSA MENCIPTA SLOGAN 1MARUDU?...
Ohhhh tidakkkk. Palis-palis.

KARAN OH KARAN....

Salam pertemuan maya...
sudah lama tidak membuat sebarang entry dalam blog kesayangan kita ini..
Hari ini saya telah di TAG oleh seorang rakan dalam facebook. Rakan itu merupakan Eksekutif Officer (EO) Hospital Kota Marudu. Anda boleh melawat facebook saya jika ingin mengenali rakan ini dengan lebih dekat...
Kekerapan berlakunya black out di Kota Marudu bukan saja menyebabkan banyak peralatan elektrik rosak malah juga telah banyak menyebabkan punca kebakaran rumah dan kedai. Lalu kita harus menunding jari kepada siapa dalam hal ini?
Saya juga dimaklumkan bahawa dalam Majlis Tindakan Daerah baru-baru ini, wakil dari SESB dan Jabatan Air tiada yang hadir. Kalau betul perkhabaran ini, mana silapnya?
Berikut di bawah adalah keluhan beliau berhubung dengan masalah bekalan elektrik di Kota Marudu yang sering BLACK OUT... Mari kita renung dan fikir bersama.

"Kalau dalam sehari tak Black Out Bukan Kota Marudu namanya,..... tak tau la samapai mana Mesin2 untuk merawat pesakit di Hospital Kota Marudu boleh bertahan kalau dalam sehari mau sampai 4-5 kali black out. nasib baik ada gen set tapi itu pun mcm tidak boleh bertahan lama juga. auto setting pun mcm asyik rosak........"

Tuesday, August 10, 2010

SALAM RAMADHAN

Perutusan ringkas Ramadhan de' SAM:


Saya bagi pihak SAM mengucapkan selamat mengerjakan ibadah puasa kepada seluruh warga muslim di mana jua. Marilah kita mempererat hubungan ukuhwah dan silaturahim sesama kita, 1Marudu,1Sabah,1Malaysia.

Saturday, August 7, 2010

Tahniah lagi!

Gambar ini saya ambil beberapa hari lepas. Kerja pemotongan rumput padang pekan Tandek.


Harap ada pihak yang sedia menganjurkan pertandingan bola sepak di sini. Kepada para belia, rajin2lah main bola utk sukan dan kesihatan.

Tahniah!

Jalan semak yang dipaparkan pihak SAM telah diambil perhatian dan tindakan sewajarnya. Ini yang rakyat/pengguna mahu. "Nyawa didahulukan, keselesaan diutamakan".


SAM akan terus membuat peringatan, teguran, cadangan, dll yang baik utk rakyat, baik juga untuk kerajaan.