SAM

SAM

Followers

Dengarkan Utara.FM - Macam Biasa Juga Bah

Monday, August 16, 2010

Adakah Permata Bangsa Malaysia Bakal Pupus?

Kes buang bayi semakin serius, meningkat 154%


16/08/2010 3:19pm

KUALA LUMPUR 16 Ogos - Kes pembuangan bayi di negara ini didapati semakin serius apabila ia meningkat lebih 154 peratus sejak Januari sehingga hari ini berbanding tempoh lapan bulan pertama tahun lalu.

Statistik terbaru dikeluarkan oleh Bukit Aman menunjukkan terdapat 65 kes pembuangan bayi dilaporkan di seluruh negara sejak Januari sehingga hari ini.

Jumlah tersebut didapati meningkat lebih 154 peratus berbanding hanya 42 kes dicatatkan bagi tempoh lapan bulan pertama tahun lalu.

Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Bukit Aman, Datuk Seri Mohd. Bakri Zinin berkata, polis mendapati terdapat trend peningkatan kes pembuangan bayi sejak kebelakangan ini. - Utusan

1 comment:

Hamba Allah said...

1 isu yang sangat mendukacitakan dan amat sesitif sekali gus mencabar maruah bangsa 1 Malaysia kita.
Sudah tentu ada asbab yang perlu difikir seterusnya diperhalusi kerana kes seumpama hampir 100% melibatkan REMAJA PEREMPUAN? Penyumbang yang 'BERJASA BESAR' sudah tentu LELAKI! Mungkin juga perlu diteliti LELAKI-LELAKI itu CUKUP WARAS atau sekurang-kurangnya ADA KESEDARAN SIVIK semasa melakukan KETERLANJURAN yang sepatutnya tidak perlu berlaku kerana LELAKI-LELAKI ITU MUNGKIN ADA DI ANTARANYA YANG SUDAH TUA BANGKA!
Kes 1: Ada banyak perkara yang manusia MALU tapi masih BERANI DAN SERONOK untuk melakukannya, ironinya, manusia seperti ini adalah mereka yang pengecut!!!
Kes 2: Ada ramai perempuan yang lambat matang mengalami situasi seumpama namun kehilangan arah apabila kehilangan ranting untuk berpaut.
Kes 3: Ada ramai individu yang BERLAGAK SUCI, justeru bila terserempak dengan 'KEMALANGAN' sebegitu, mereka 'blackout' LALU MENUNDING JARI kepada PEREMPUAN MALANG kerana yang paling mudah bagi mereka adalah "ITULAH", "SIAPA SURUH" dan ada bermacam ayat maut lagi.
Cadangan: MUNGKIN PERLU ADA PERBINCANGAN BERSAMA SECARA AKRAB DAN TERBUKA MERENTASI AGAMA, ADAT, BUDAYA, KAUM AGAR MEMAHAMI SEX MERUPAKAN KEPERLUAN LAHIRIAH DAN FITRAH MANUSIA JUSTERU PERLU PENYALURAN YANG BETUL, SEHAT, SELAMAT DAN SELESA.