SAM

SAM

Followers

Dengarkan Utara.FM - Macam Biasa Juga Bah

Saturday, August 14, 2010

RAYA DI MARUDU...

Salam Ramadhan ko salam perpaduan om salam pisompuruaan,
(Gabungan 3 bahasa)

BERPULUH tahun sebelum orang Marudu mendengar apa itu 1Malaysia, konsep "raya bersama" antara kaum, antara agama, antara faham politik sudah dipraktik di Kota Marudu khususnya dan di Sabah amnya. 

Jangankan raya yang memang sedap kuih muih, ketupat rendangnya, bahkan kenduri biasapun, hatta kematian pun, asalkan saja kami tahu, kami saling hadir, saling bantu. Jangan terkejut kalau nampak ada saudara kami yang kristian tolong bikin nesan bahkkan yang pagan sedia iringi jenazah Islam sampai ke kubur dan begitulah sebaliknya. Dan untuk ini semua, orang Kota Marudu tidak memerlukan sebarang slogan dan tak terfikirpun nak buat slogan "1Marudu" selama ini...

Berbalik kepada raya. Saban tahun, tetamu pertama dan kedua saya ialah seorang berbangsa cina dan seorang berdarah Inggeris Australia (khawin Cina). Kemudian disusuli saudara-saudara yang muslim dan yang Kristian. Tidak susah meramaikan raya di daerah ini, asal saja kita tidak dibenci penduduk setempat, tetap meriah raya sehingga ....tak cukup budgetnya!

Inilah realitas raya di Marudu. Dusun, Bajau, Cina, Suluk, Orang putih, India, apapun dan siapapun, sama dan tidak ketara perbezaannya. Kami di Marudu suka dan bangga perkara ini. Dan kami risau kalau suatu masa nanti, akibat "migrasi ideologi" dari luar-luar, semua ini terkakis perlahan-lahan, dan lambat laun pupus, dan pada ketika itu nanti KAMI TERPAKSA MENCIPTA SLOGAN 1MARUDU?...
Ohhhh tidakkkk. Palis-palis.

5 comments:

DINAKAN said...

ngam bana sob tu tuan... itu bo nei RAYA 1MALAYSIA,1MARUDU....

IsOn said...

For them (west M) 1M is just a concept they tried hard to believe and achieve. We don't need to be tought about it here (Sabah & S'wak) simply because since long long before it has been our culture and lifestyle already.

Good posting.

SANGURU said...

Tanpa slogan tanpa gaduh2. Teruskan.

Anonymous said...

Buat semua orang yg fanatik dan x prnh mgamalkn hbgn sosial sprti yg d britahu ole sangguru.....maka dgn itu pihak tersebut renung2kan la ya dn ambil la iktibar, jgn asyik dgn kepentingan diri sndri shja krna sikap sbgtu la yg mnyababkn kita trs berpuak-puak mngikut agama dn kaum masing2, shingga yg kelompok yg kerdil/minoriti itula yg slalu mjd mangsa kpd golongan tertentu.

Maya said...

Alangkah bagusnya kalau tolak ansur, persefahaman dan keikhlasan yang menjadi tunjang kepada budaya mesra Sabah & Swak ini dapat direalitikan seperti gahnya konsep 1 Malaysia?
Jangan tak percaya bahawa 'indah khabar dari rupa' masih tebal di kebanyakan tempat di Negara kita.
Apa yang menyedihkan ialah bila kita orang Sabah bercakap, ada pula orang yang tak faham sedangkan mengikut konsep bahasa melayu baku, kita punya sebutan yang betul........sesuai dan serasi dengan sebutan perkataan yang dieja dengan ejaan RUMI..... dan jangan tak tau..... ada kawan-kawan berbangsa 'orang putih' mengikhtiraf cara kita menyebut adalah tepat.
Lagi 1, di Negeri kita, bahasa pertuturan tak menjadi masalah walaupun ada pelbagai bunyi yang pelik di sebabkan 'sindrom pengaruh bahasa leluhur'.
Jadi, di mana ada kemahuan di situ ada jalan dan kalau hendak pasti ada berjuta daya.
Nak aman harmoni, jangan suka pentingkan diri senditi.
Kesilapan berlaku di mana-mana tapi apa yang penting adalah bagaimana memperbaikinya dari masa ke semasa. Insyallah.............