SAM

SAM

Followers

Dengarkan Utara.FM - Macam Biasa Juga Bah

Thursday, September 30, 2010

Masa Depan Marudu Di Tangan Orang Marudu

Pengenalan: Contohi team "4WD" - saya tubuh team ini bukan team pilihan. Berkat suntikan semangat, organisasi yang baik, kerjasama erat ahli, sumbangan korporat tempatan (Urban Storm), latihan, disiplin, dan "berani kalah", team ini kini bergelar juara. Inilah antara motif sebenar penubuhan 4WD -membuka minda kearah anjakan paradigma bangsa Tandek/Marudu.


Sesuai dengan prinsip "nasib suatu bangsa ditentukan bangsa itu sendiri" - maka nasib daerah dan rakyat Marudu, berada di tangan orang Marudu sepatutnya , bukannya di tangan orang lain, kerana orang lain tidaklah boleh disalahkan jika kurang berjaya memajukan kerana prinsip diatas sudah menyatakan. Justeru, orang Marudu mesti terus memperkasakan diri agar dihormati agar tidak lagi diperlekeh agar apa yang kita suarakan diambil perhatian agar berlaku PEMBANGUNAN holistik. Yang pertama orang Marudu perlu lakukan ialah menjadi rakyat yang punya jati diri, yakin diri, berjiwa merdeka, tidak mudah diperbudak dan memastikan HAK dimiliki. Dirgahayu maruduku!!!

Saturday, September 25, 2010

Majlis Pelancaran CyberSAFE@School Meriah

SMK Tandek, Kota Marudu, Sabah: YAB Tan Sri Muhyiddin Hj Mohd Yassin, Timbalan Perdana Menteri merangkap Menteri Pelajaran Malaysia, telah menyempurnakan majlis pelancaran CyberSAFE@School di sekolah ini. Program peringkat kebangsaan ini anjuran Kementerian Sains dan Inovasi ( MOSTI) dengan kerjasama Kementerian Pelajaran Malaysia. Turut hadir ialah Datuk Seri Musa Hj Aman, Ketua Menteri Sabah, Datuk Seri Maximus Ongkili, menteri MOSTI, Dr. Muhiddin Yussin Pengarah Pelajaran Negeri Sabah dan pegawai-pegawai tinggi Kementerian Pelajaran Malaysia.


Berbagai acara turut berlangsung antaranya penyampaian pertandingan Myideas@School peringkat sekolah rendah dan menengah. Dalam kategori penyertaan terbanyak dan pendaftaran terbanyak telah digondol oleh SMK Tandek, Sekolah Bestari.


Berbagai pameran dari beberapa agensi turut diadakan di Dewan Perdana SMK Tandek dan mendapat sambutan hangat pengunjung.











YAB Menteri Pelajaran turut mengumumkan kelulusan pembinaan segera bangunan SMK Bandau dan SMK Langkon serta geran bantuan kilat kepada beberapa buah sekolah menengah di Kota Marudu.


Penglibatan aktif semua guru dan pelajar sepanjang persiapan dan pelaksanaan majlis ini amat dihargai dan membuktikan keunggulan SMK Tandek. Demikian menurut En.Keng Chuan Seng, Pengetua SMK Tandek.

Friday, September 24, 2010

HARAP ADA BERITA GEMBIRA

Tandek, Kota Marudu, Sabah: Majls pelancaran cyberSAFE@School akan dilancarkan oleh YAB Tan Sri Dato' Hj. Muhyiddin Hj. Mohd. Yassin, Menteri Pelajaran Malaysia merangkap Timbalan Perdana Menteri di SMK Tandek pada 24.9.2010. Berbagai aktiviti turut dilangsungkan di sekolah ini termasuk pameran dari berbagai agensi kerajaan, bengkel dan pertandingan. Dalam kesempatan ini juga Menteri Pelajaran akan mendengar taklimat daripada pihak sekolah sekitar daerah Kota Marudu untuk mengetahui permasalahan khususnya keperluan bangunan sekolah sendiri oleh SMK Bandau dan SMK Langkon yang sudah berbelas tahun menumpang di SK Ongkilan dan SK Langkon. Dijangkakan isu kekurangan kemudahan asrama di SMK Tandek akan dikemukakan. Seluruh warga sekolah dan masyarakat setempat mengharap benar "pengumuman gembira" daripada menteri bagi pihak kerajaan.


(Gambar: vanue yang bakal dijadikan bilik khas sidang akhbar)


(Gambar: Pegawai PPD Kota Marudu membuat pemantauan persedian vanue majlis pelancaran berkenaan).


(Gambar: sebahagian daripada pameran di Dewan Perdana SMK Tandek).

Saturday, September 18, 2010

Kabut, Kelam Kabut

"Hampir kesemua sungai di Kota Marudu diambang kepupusan atau hilang fungsi..."


Ramai orang mengeluh semasa hari raya. Bekalan air paip putus. Saya sendiri cukup teruji bilamana terpaksa membeli air mineral untuk kegunaan hari raya. Beginilah nasib orang Kota Marudu. "Bila hujan tiada air!". Hairan? Secara logiknya, hujan bawa air, tapi gara-gara air sungai keruh, pihak Jabatan Air terpaksa menghentikan bekalan air. Logi air di daerah ini juga tidak mampu menampung keperluan air. Persoalannya, kenapa sungai keruh dan mengapa logi tidak dinaiktaraf? Jawapan persoalan pertama sangat mudah; hampir semua sungai di daerah ini sudah rosak akibat penerokaan hutan dan pembalakan tidak mengikut peraturan. Ini belum termasuk kegiatan pembalakan haram yang sering terlepas pandang. Jawapan kepada persoalan kedua, memerlukan perhatian segera kerajaan negeri dan pusat. Sudah tiba masanya logi air di daerah ini dimoden dan diperbesarkan selaras dengan pertambahan penduduk dan permintaan pengguna.


"Airnya kabut (keruh),membuat orang kelam kabut..." - selamatkan ekosistem/sungai kita dan perkasakan logi air di Kota Marudu...

Thursday, September 16, 2010

SELAMAT MENYAMBUT HARI MALAYSIA..



Hari Malaysia disambut pada 16hb.September setiap tahun untuk memperingati penubuhan persekutuan Malaysia ditarikh yang sama pada tahun 1963. Ia menandakan penyertaan bersama Malaya(Semenanjung Malaysia), Borneo Utara(Sabah),Sarawak dan Singapura bagi membentuk Malaysia . Tetapi Singapura telah keluar daripada Malaysia untuk menjadi sebuah republik pada 9 Ogos 1965.

Pembentukan persekutuan baru ini dirancangkan berlaku pada 1 Jun 1963 namun kemudiannya ditangguhkan ke 31 Ogos 1963 bagi membolehkan ia disambut bersama-sama dengan sambutan hari kemerdekaan ke-6.

Beberapa isu berkaitan dengan bantahan Indonesia dan Filipina untuk pembentukan Malaysia memperlambatkan pengisytiharan ke 16 September pada tahun yang sama.

Penangguhan itu juga dibuat bagi membolehkan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu memperuntukkan masa membuat referendum di Borneo Utara (kini Sabah) dan Sarawak.

Sehingga tahun 2009, Hari Malaysia merupakan cuti am negeri Sabah dan Sarawak dan bukan merupakan cuti am di Semenanjung Malaysia.

Pada tahun ini 2010 buat julung kalinya negara kita menerusi kerajaan persekutuan, dengan persetujuan kerajaan negeri mengiktiraf secara rasmi Hari Malaysia disambut pada 16 September dan merupakan cuti umum seluruh negara.

Oleh itu bersama kita menghayati dan menghargai detik 16 September (Hari Malaysia) kerana negara ini merupakan tanah air yang telah dibina bersama, tanpa mengira latar belakang, agama, kebudayaan dan pegangan politik.

Selamat menyambut Hari Malaysia.

Wednesday, September 15, 2010

Setelah Kerusi Dah Bergoyang...




Al-kisah tersebutlah kisah tentang sebuah kerusi yang diperbuat dari kayu jati terpilih. Diceritakan bahawa kerusi itu semakin goyah dan dah mulai bergoyangan. Sebetulnya kerusi itu dah lama tumbang namun berkat disokong oleh kerusi-kerusi lain dan tongkat-tongkat lain maka kerusi jati itu masih dapat bertahan. Takala kerusi itu kian uzur, terdengarlah konon khabar angin menyatakan ia mahu dipulangkan kepada warga jati yang sepatutnya menduduki kerusi itu dari dulu. Mendengarkan khabar angin ini saya tersenyum: kasihanlah anak watan yang tumbang kerani kerusi uzur itu roboh gara-gara dicacatkan oleh orang lama yang mendudukinya. Bak pukat yang kulut mengulut, dah kulut baru dipulangkan kepada pemilik asalnya untuk diusai? Sedang sang peminjamnya belasan tahun mengumpul ikan hasil pukat pinjaman. Buang aja pukat yang hanya memeningkan untuk diusai, atau cari sang pengusai yang sabar dan bijak mengusai kekusutan itu, atau cari saja pukat baru atau pinjam pukat orang lain? Alahai bangsaku, alahai Tandekku... "Sedih dan malu aku mengaku bangsa kerdil yang tak punya jati diri. Namun aku tak pernah berhenti memikirkan hala tuju bangsaku kerana : bangsaku, keluargaku. SATU Tandek, tanggungjawabku seada-adanya". Sedangkan: jati tertua di Borneo Utara adalah Kayu Jati Kota Marudu.

Monday, September 13, 2010

Anak-Anak Kita...

"Mereka Berhak Mendapat Yang Terbaik Dari Kita"


Anak-anak kita adalah pewaris. Apakah yang akan kita wariskan? Apakah merdeka yang masih punya lompang? Apakah sistem politik yang lintang-pukang? Apakah hasil alam yang dibazir dan diguna secara boros tak terancang? Anak-anak kita mesti diwariskan perkara baik. Mereka perlu dididik dengan sebaik-baiknya. Mereka berhak mewarisi MALAYSIA yang lebih baik, bukannya MALAYSIA yang terpaksa diusai, dirawat atau dipulihara semula. Anak-anak pewaris ini harus dijadikan insan-insan berilmu, beriman (mengikut agama masing-masing), yang berakhlak, yang berfikiran betul, yang patriotik, yang mampu memikul cabaran masa depan. Ayuh jadikan anak-anak kita kekasih manusia, kekasih Allah, kekasih negara ini. "Salam Hari Malaysia!"

Saturday, September 11, 2010

Majlis Raya UFM-SAM

Selamat Hari Raya Aidil Fitri 1431H.


-Persiapan vanue sambutan telah disempurnakan. Ahli keluarga UFM-SAM dijemput hadir: Date: 12.9.2010 (Ahad) Time: 7.00 pm Vanue: No.B3, Tmn. T&G 3, Jln.Hospital Kota Marudu.

Friday, September 10, 2010

SELAMAT HARI RAYA AIDILFITRI

Selamat menyambut Hari Raya Aidilfitri, salam damai & salam 1 Malaysia kepada semua rakan SAM, para pembaca dan peminat setia SAM,tidak lupa juga kepada saudara mara, rakan-rakan dan warga Tandek dan Kota Marudu. Semoga sejahtera hendaknya di Hari Raya ini. Carl Martin Albert Kg. Papar, Tambunan

Thursday, September 9, 2010

Perutusan Hari Raya Aidil Fitri 1413H

"Selamat Menyambut Hari Raya Hari Kemenangan"


Assalamualikum, salam sejahtera, salam 1Malaysia. Alhamdulilah, umat Islam telah menyempurnakan ibadah puasa di bulan Ramadhan. Dikesempatan ini saya secara peribadi dan bagi pihak SAM memohon ampun dan maaf kepada seluruh warga pembaca SAM jika selama ini kami telah menguris hati dan menyinggung perasaan diatas paparan berani tapi ikhlas dan benar dari kami. Khusus kepada umat Islam, raihkan hari raya kita dengan konsep Islam sebenar. Utamakan silaturahim dan mencari berkat Allah. SAM juga menyokong ikut peringatan pihak kerajaan agar berhati-hati di jalan raya dan jagalah kesihatan pemakanan agar selamat dan sihat. Marilah kita menerusi tradisi bangsa Malaysia yang hidup harmoni dalam masyarakat majmuk. Syukurilah nikmat keamanan dan kesejahteraan hidup di bumi bertuah penuh berkat Illahi ini. "Lailahaillah, Muhamadurasullulah. Allahuakbar walilah ilham".

Monday, September 6, 2010

KUNUNJGAN HORMAT PRESIDEN SAM KE PEJABAT URBAN STORM SDN BHD

Petang tadi (6hb Sept 2010) presiden SAM telah membuat kunjungan hormat keatas CEO Urban Storm sdn bhd.Dalam pertemuan singkat tersebut kedua-dua pihak telah bersetuju untuk terus berkerjasama antara satu sama lain dalam semua aktivit2 NGO.

Presiden SAM juga telah menyerahkan tshirt pasukan tarik tali 4WD kepada CEO Urban Storm sdn bhd selaku penaja utama pasukan tarik tali 4WD.