SAM

SAM

Followers

Dengarkan Utara.FM - Macam Biasa Juga Bah

Wednesday, September 15, 2010

Setelah Kerusi Dah Bergoyang...




Al-kisah tersebutlah kisah tentang sebuah kerusi yang diperbuat dari kayu jati terpilih. Diceritakan bahawa kerusi itu semakin goyah dan dah mulai bergoyangan. Sebetulnya kerusi itu dah lama tumbang namun berkat disokong oleh kerusi-kerusi lain dan tongkat-tongkat lain maka kerusi jati itu masih dapat bertahan. Takala kerusi itu kian uzur, terdengarlah konon khabar angin menyatakan ia mahu dipulangkan kepada warga jati yang sepatutnya menduduki kerusi itu dari dulu. Mendengarkan khabar angin ini saya tersenyum: kasihanlah anak watan yang tumbang kerani kerusi uzur itu roboh gara-gara dicacatkan oleh orang lama yang mendudukinya. Bak pukat yang kulut mengulut, dah kulut baru dipulangkan kepada pemilik asalnya untuk diusai? Sedang sang peminjamnya belasan tahun mengumpul ikan hasil pukat pinjaman. Buang aja pukat yang hanya memeningkan untuk diusai, atau cari sang pengusai yang sabar dan bijak mengusai kekusutan itu, atau cari saja pukat baru atau pinjam pukat orang lain? Alahai bangsaku, alahai Tandekku... "Sedih dan malu aku mengaku bangsa kerdil yang tak punya jati diri. Namun aku tak pernah berhenti memikirkan hala tuju bangsaku kerana : bangsaku, keluargaku. SATU Tandek, tanggungjawabku seada-adanya". Sedangkan: jati tertua di Borneo Utara adalah Kayu Jati Kota Marudu.

2 comments:

Hanafiah Zulkifly said...

Kayu jati tu memang sudah lama tumbuh di Kota Marudu, namun jati bukanlah tumbuhan asli daerah ini. Masyarakat kita patut tanam kayu belian atau selangan batu yang keras , liat dan kuat

SANGURU said...

Setuju dgn maksud tuan.