SAM

SAM

Followers

Dengarkan Utara.FM - Macam Biasa Juga Bah

Sunday, October 31, 2010

Di mana ada kemahuan,di situ ada jalan.



Kata pepatah di mana ada kemahuan di situ ada jalan. Kalau tidak dipecahkan ruyung, manakan dapat sagunya. Hendak seribu daya, tak hendak seribu dalih. Begitulah pegangan yang tersemat dalam sanubari penjaja tepi jalan sepanjang laluan Kota Marudu - Kota Belud di Kampung Mengaris yang giat menjaja hasil tanaman juga kraf di gerai-gerai jualan mereka. Kepada yang lain tidak salah untuk kita menceburi bidang ini.

Busana Bumi

BUSANA BUMI
(Utusan Borneo, 31.10.2010. hal.6)

Hijau membalut rapi
tenang memancar seni
nyaman saujana wangi
rimbun memayung bumi

Redup tenang ditatang
senang lapang cemerlang
riang menghias ruang
gersang mengalih pandang

Walau benci menjemput
taatnya tiada surut
kasihnya tiada reput
sayangnya tenang bertaut
cintanya kukuh berpaut
sebenua dialah selimut
rerumput cintanya lembut.

Jasanya nyata di mata
menghias alam semesta
pasrah sentiasa  di jiwa
busana bumi tercinta
manja menganyam cinta.

HANAFIAH MZ
KOTA MARUDU

PENGHARGAAN KHAS UNTUK CIKGU ZAHARI BIN BAHARUM

Salam Pertemuan untuk semua rakan-rakan dalam SAM dan juga untuk semua pembaca setia SAM...

Ketika saya membuat blogwalking di Blog SMK.Kota Marudu, saya terbaca satu ulasan yang begitu menyentuh hati saya.

Berikut adalah Ulasan tersebut:

Blogger cikgu berkata...

Salam, Terasa sebak juga sewaktu blogwalking, saya terjumpa blog ini. Terus imbauan kenangan saya kembali dan membuatkan saya menulis satu posting http://catitanalamaya.blogspot.com/2010/10/dunia-disempitkan-oleh-internet.html Saya pernah bertugas di sekolah ini pada tahun 1976-1980 sewaktu bangunan sekolah berada di pekan lama dahulu. Syukur kepada Allah kerana mempertemukan saya dengan blog ini dan tahnah kepada semua pihak yang mengusahakan blog ini. Terasa tali silatulrahim saya dengan institusi di mana saya memulakan karier saya. zaharibb@gmail.com

Lalu saya terus masuk ke laman beliau dan membaca satu catatan Khas Beliau seperti di bawah :

Dunia Disempitkan Oleh Internet

Internet memang menyempitkan dunia. Setuju atau tidak terpulanglah.
Saya berpeluang bertemu dengan kawan-kawan yang sudah terpisah sejak tahun 70an dan
kawan-kawan di zaman persekolahan dulu melalui Facebook. Tentu pengalaman ini bukan
berlaku pada saya seorang sahaja. Disebalik kesan-kesan negatif yang disemarakkan oleh
laman-laman lucah, internet sebenarnya lebih banyak membawa kebaikan.
Yang silapnya kita tunduk kepada bahan-bahan yang negatif itu.
Malam ini semasa membuat blogwalking, saya terjumpa satu laman web yang amat
bermakna yang membawa kembali nostalgia tahun 70an sewaktu saya bertugas
di Kota Marudu, Sabah pada tahun 976 hingga 1980. Waktu itu aku bertugas sebagai
seorang guru di SMK Kota Marudu yang terletak di pekan Lama Kota Marudu yang
nama asalnya Bandau. Sememangnya banyak pengalaman pahit manis dapat
dikenangkan kembali apabila terjumpa laman web Suara Anak Marudu itu.
Kota Marudu banyak mengajar aku untuk hidup dan berdikari. Aku berbangga kerana
merupakan antara anak Semenanjung yang turut serta membangunkan aktiviti di pekan utara
Sabah itu. Antara lain aku banyak bergiat dengan kesenian dan menubuhkan
Kumpulan Anak Seni yang bergiat dalam bidang teater dan tarian dan berjaya mengumpulkan
anak-anak muda yang juga sebahagiannya anak murid aku untuk bergiat di dalam bidang
seni itu dan bergabung tenaga denga SANYA Cawangan Kota Marudu ketika itu.
Aku juga antara tenaga yang menghidupkan Kumpulan Pertama Pengakap Kota Marudu
bersama Cikgu Henry Voo. Melalui persatuan pengakap itu aku berpeluang menjelajah
banyak tempat di sekitar daerah itu. Sesungguhnya kenangan aku semasa di Kota Marudu
masih tetap segar dalam ingatan.
Hubungan aku dengan Kota Marudu tidak dapat dipisahkan sepanjang hayat walaupun
aku berasal dari Semenanjung Malaysia. Isteri dan dua orang anak ku adalah
kelahiran Kota Marudu. Inilah bertalian darah yang tidak dapat dipisahkan.
Selepas menjumpai blog SAM, terasa sebak juga apabila aku terjumpa
blog SMK Kota Marudu. Sekolah yang memulakan dunia kerjayaku pada Januari 1976.
Walaupun kini sekolah ini sudah berada di lokasi yang baru tetapi ia bukan penghalang
yang memutuskan imbauan kenangan. Sewaktu membelek-belek senarai nama yang
terdapat di dalam blog berkenaan, terjumpa satu nama Chong Nyet Yung. Satu-satunya
nama yang aku ingat. Jika tidak salah dia adalah salah seorang muridku dulu dan juga
seorang atlet olahraga yang pernah aku latih.
Walaupun sudah 30 tahun aku meninggalkan daerah itu, hatiku masih lagi dekat.
Beberapa kali sewaktu balik ke Sabah untuk bertugas aku mengambil kesempatan mengunjungi Kota Marudu apa lagi 'keluarga' aku masih ada di sana.
Semoga mereka dari Kota Marudu yang terbaca posting ini, khususnya bekas
anak murid saya, akan menghubungi saya dan kita jalinkan semula tali silatulrahim.
Masih aku ingat beberapa nama yang tidak lekang dari ingatan: Rahim Otoh, Rusdi,
Jasman Atoh, Awang Dullah, Yunus, Yaakub sekadar beberapa nama.
Lain-lain blog berkaitan yang terjumpa Revolusi Marudu
(Saya mencadangkan agar Cikgu Zahari ini dijemput sebagai Penulis Tamu SAM untuk berkongsi segala pengalaman beliau ketika bertugas di Kota Marudu dulu.. )

Tuesday, October 26, 2010

GURINDAM SETULUS HATI

GURINDAM SETULUS HATI
(New Sabah Times. 26.10.2010. hal.16)

Hendak berkata-kata
takut tak tersusun bahasa

Hendak berpantun
takut tak bersopan santun

Hendak berseloka
takut ada yang terluka

Hendak bergurindam
takut ada yang dendam

Hendak menegur
takut tersalah tutur.

Hendak membisu
takut dikata kaku.

Baik bermadah
yang sopan dan indah.

Baik berkata-kata
yang tulus dan nyata.

Baik bercerita
yang jelas dan beretika.

Baik berceramah
yang jujur dan berhemah.


HANAFIAH MZ


Sunday, October 24, 2010

MAHU

MAHU
(New Sabah Times, 24.10.2010. hal.16)

Aku mahu membawa mu
ke dunia ku.

Aku mahu membelai mu
selembut bayu.

Aku mahu memeluk mu
setulus  rindu.

Aku mahu mendodoi mu
sebening  syahdu.

Aku mahu membuang lesu
di mata mu

Aku mahu membuang sayu
di wajah mu

Aku mahu menyayang mu
ayah ibu.

Aku mahu bersama mu
selalu.


HANAFIAH MZ

Friday, October 22, 2010

RAKYAT PERLU DIBERITAHU...

"SAM juga boleh mendedahkan kesulitan yang dihadapi rakyat..." - Sanguru.


Sejak kebelakangan ini parti-parti politik dan aktor-aktor politik saling "dedah mendedah". Pendedahan demi pendedahan seumpama ini pada hemat rakyat biasa seperti saya SANGAT BAIK agar saya TAHU apa yang saya PERLU TAHU yang selama ini saya TIDAK DIBERITAHU. Mudah-mudahan PENGETAHUAN tersebut menjadikan orang biasa seperti saya LEBIH TAHU dan LEBIH BIJAK...

SYABAS MDKM

Ke arah pekan yang lebih bersih dan ceria...


Syabas MDKM kerana sejak kebelakangan ini telah melakukan kerja-kerja meningkatkan kebersihan dan keceriaan sekitar pekan Kota Marudu. Teruskan!!!

Thursday, October 21, 2010

KENALI DAERAH ANDA

TAJUK : KENALI DAERAH ANDA -  PEJUANG BANGSA


Seperti daerah-daerah lain di Sabah, Kota Marudu turut melahirkan pejuang-pejuang yang berjuang untuk menegakkan keadilan serta menghalau kedatangan penjajah yang cuba untuk menguasai daerah ini sambil mengaut keuntungan hasil bumi kita yang tidak ternilai banyaknya. Mereka sanggup menggadai nyawa semata-mata untuk memastikan daerah ini tidak jatuh ke tangan penjajah dan memporak-porandakan kehidupan masyarakat pribumi.

Syarif Osman merupakan antara tokoh terawal yang berjuang untuk menentang penjajah. Beliau dikatakan sebagai wakil kepada Kesultanan Sulu yang mentadbir wilayah Teluk Marudu. Kehadiran penjajah di Borneo Utara khususnya di Teluk Marudu telah mengganggu-gugat amalan kehidupan masyarakat setempat di daerah ini. Perbuatan penjajah tersebut menyebabkan timbul rasa tidak senang di hati Syarif Osman lantas melakukan beberapa serangan ke atas kapal dagang penjajah. Siri serangan yang dilakukan oleh beliau menimbulkan kemarahan penjajah lantas melakukan tindak balas dengan bantuan Rajah Putih Sarawak, James Brooke.

Penjajah telah mencatatkan dalam sejarah bahawa Syarif Osman adalah seorang ketua lanun dan pemberontak di Teluk Marudu sekitar 1890-1895. Catatan itu membuat penduduk yang tinggal di daerah Kota Marudu tidak berpuas hati kerana setelah negara ini merdeka, mereka menyedari bahawa penentangan Syarif Osman itu sesuatu yang murni, yang tidak difahami oleh masyarakat setempat masa itu. Perjuangan beliau telah menjadi dorongan ke arah kelahiran semangat kebangsaan ia itu inginkan kebebasan dari kuasa kulit putih, penjajah Inggeris. 
Syarif Osman yang berkubu di muara sungai Marudu telah diserang oleh satu angkatan kapal perang Inggeris yang diketuai oleh Kapten Mundy. Pertempuran itu menyaksikan kehancuran kubu pertahanan Sharif Osman, sekaligus beliau turut terbunuh. Pengikut-pengikut Sharif Osman yang berundur dari kubu itu sempat membawa jenazah Syarif Osman untuk dikebumikan di luar dari kawasan kubu itu. Kini, kawasan kubu dan tanah perkuburan Syarif Osman itu telah menjadi satu tanda sejarah di daerah Kota Marudu. Manakala isteri Syarif Osman, Dayang Cahaya dan beberapa orang pengikut setia dikatakan melarikan diri ke Sugud menggunakan jalan darat melalui beberapa perkampungan iaitu kampung Tandek dan kampung Botition.
Kejatuhan Syarif Osman di Teluk Marudu dalam usahanya menentang kuasa Penjajah tidak berakhir di situ sahaja.. Selepas itu muncul beberapa lagi pejuang tempatan dalam kalangan kaum Dusun seperti Si Gunting, Rindongon dan Kulindod dan lain-lain untuk menentang kuasa Inggeris. Bagaimanapun, kesemuanya mereka gugur sebagai bunga bangsa , kecuali Si Gunting yang telah berdamai dengan Inggeris. 


As I See It : Pemimpin Masyarakat Dapat Elaun RM800, Antara Suntikan Motivasi dan Rangsangan Monetari

Carl Martin Albert @ Mart
“Lonjakan Mega” – demikian tajuk artikel utama yang disiarkan di muka pertama akhbar kebangsaan, Berita Harian bertarikh 16 Oktober 2010 sehari selepas Bajet 2011 dibentang oleh Perdana Menteri. Seperkara yang menarik perhatian saya ialah pakej yang terkandung di dalam bajet ini turut memberikan rangsangan monetari kepada pemimpin-pemimpin masyarakat di peringkat kampung; misalannya, elaun Pengerusi Jawatankuasa Kemajuan dan Keselamatan Kampung (JKKK) telah dinaikkan kepada RM800 berbanding RM450 sebelum ini. Satu lagi bentuk “transformasi” yang boleh dianggap antara strategi untuk meningkatkan motivasi dan ketekunan kerja di kalangan pemimpin masyarakat; dan sekurang-kurangnya bukti kerajaan menghargai sumbangan dan peranan mereka.

Selaras dengan “penambahbaikan” berkenaan tentunya jawatan Pengerusi JKKK ini akan menjadi lebih “panas” dan “kompetitif” sifatnya – lazimnya subjek Pengerusi JKKK kerap-kali menjadi antara agenda yang cukup provokatif; yang menjadi pengisian cerita-cerita di kedai-kedai kopi di samping menjadi “topik hangat” yang digunakan sebagai “kayu ukur” untuk menilai sejauh mana kekuatan pengalaman, kebolehan, kemahiran dan pencapaian kepimpinan dan pengurusan seseorang individu yang akan,sedang atau telah pernah menjawat jawatan berkenaan, atau pun mungkin bagi mereka yang mempunyai hasrat untuk duduk di “kerusi panas” berkenaan.
Begitu signifikannya jawatan berkenaan sehinggakan mampu mencetuskan polemik dan suasana yang agak “chaotic” dalam institusi masyarakat kampung. Dalam konteks yang lebih menarik, agenda pemilihan “Pengerusi JKKK” turut dimanifestasikan melalui gelagat, tingkah laku dan tindakan – misalannya, masyarakat kampung sudah semakin matang, kritikal dan analitikal dalam membuat pengukuran dan penilaian dalam memilih bakal individu pemimipin. Bakal dan calon prospektif “pengerusi JKKK” akan dipantau , diuji dan dinilai – mungkin juga dalam bentuk yang agak ekstrem. Walau bagaimanapun, ia adalah hak para penduduk kampung, sebagai ahli komuniti kampung mereka berhak untuk mendapat pemimpin yang proaktif, boleh membawa perubahan dan kemajuan – tidak lagi sekadar disogok dengan janji-janji retorik dan imbuhan yang bersifat sementara dan “bias”.
Realitinya, senario tadi sudah menjadi asam garam dalam institusi politik peringkat kampung; yakni “pentas” paling asas bagi komuniti kampung berpolitik. Momentum monetari yang disuntik oleh kerajaan tentunya akan menambahkan lagi kerancakkan perbincangan di kedai-kedai kopi – mungkin ia akan dimeriahkan lagi dengan sisipan-sisipan elemen dan subjek tentang “persaingan dan perebutan kuasa serta pengaruh”, “sindrom berkelompok”, “boikot-memboikot”, kupasan tentang isu-isu “nepotisme”, “kronisme” dan pelbagai lagi.
Apa-apa pun, seperti yang dicanang oleh pihak pemerintah – “People First Performance Now”; bagi mana-mana individu yang berhasrat untuk memikul tanggungjawab sebagai Pengerusi JKKK atau bagi mereka yang sedang memegang jawatan berkenaan harus lebih ikhlas, telus, berakauntibiliti, berintegriti, adil, demokratik dan proaktif serta mampu menjadi agen perubahan dan pemangkin kemajuan dengan meletakkan kebajikan orang-orang kampung sebagai agenda utama – jangan hanya sekadar mengambil kesempatan daripada “Lonjakan Mega” yang disebutkan di awal tadi dengan meletakkan imbuhan monetari sebagai agenda dan prioriti tersembunyi .

Tuesday, October 19, 2010

AKAD

AKAD
(New Sabah Times, 19.10.2010. hal.16)

Saat akad ku laung
engkau tersenyum
pasrah mu menguntum
rela meredah ombak bergulung
rela merentas gurun murung
tekad menggalas beban menggunung

Sepinggan makan bersama
sebantal tidur berdua
sama dihirup sama dirasa
susah dipikul senang bersyukur

Bersama menganyam duka
berdua mencanai ria
sederap mengatur langkah
sekata ke hujung usia.

HANAFIAH MZ
KOTA MARUDU

Monday, October 18, 2010

KATA-KATA YANG DIHIASI KASIH, BESAR IMPAKNYA

Oleh : Minda Guru Sabah
Ada kata-kata yang berbunyi "Hendaklah, kata-katamu sentiasa penuh kasih; jangan hambar, jangan ada perkataan yang kotor,tetapi sebaliknya gunakanlah perkataan yang baik untuk membangun, di mana perlu supaya mereka yang mendengarnya beroleh kasih...."Ayat ini menjelaskan bahawa bukan sahaja kata-kata itu perlu dihiasi kasih tetapi juga tidak lucah, bukan remeh (gosip, fitnah dll) malah harus dapat membangun kendiri si pendengar. Kata-kata penuh kasih adalah kata-kata yang yang diucapkan itu menunjukkan kebaikan, kasih sayang dan perhatian pada orang lain. Antara prinsip kata-kata yang dihiasi kasih ini ialah;
1.KATA-KATA YANG MENUNJUKKAN KERAMAHAN
Sekurang-kurangnya ada tiga cara agar kita dapat menunjukkan keramahan dalam perbualan. Pertama, apabila kita mendengar dengan penuh perhatian semasa seseorang sedang berbicara pada kita.Kedua, tidak memotong perbicaraan orang lain (Menjawab sebelum mendengar). Dalam masyarakat Qumran, seseorang itu akan dihukum sepuluh hari hukuman atas perbuatan memotong perbicaraan orang lain. Ketiga, menaruh minat pada kehidupan orang lain dan bukan hanya menceritakan tentang diri sendiri atau keluarganya sahaja. Kita harus berkeinginan untuk mengetahui lebih banyak hal-hal postif pada orang lain. Kita juga wajar menunjukkan minat dan perhatian pada apa yang mereka perhatikan, minati, fikirkan dan sebagainya daripada hanya bersikap mewar-warkan tentang pendapat dan kejayaan diri sendiri semasa dalam perbualan.Pendek kata, kata-kata yang diucapkan itu perlu dihiasi dengan rasa hormat dan pertimbangan sihat terhadap orang lain.
2.MENYATAKAN PUJIAN DAN KASIH SAYANG
Ada pendapat yang mengatakan, memuji orang lain secara langsung dan di hadapan orang lain sama dengan memberikan hadiah yang berharga. Ini akan memperkuatkan mereka, menanamkan rasa percaya diri dan keberaniaan serta meningkatkan penghargaan orang lain terhadap mereka. Sebagaimana "nama yang harum lebih baik daripada minyak yang mahal demikian juga pemberian hormat dengan lidah dapat lebih berharga daripada pemberian berupa benda". Kita harus mempunyai keinginan untuk menjadi lebih mengasihi dalam bentuk memberi hadiah melalui kata-kata. Walaupun demikian, kita harus mengerti akan hikmat (kebijaksanaan), agar melahirkan "kata-kata yang penuh kasih dalam bentuk yang benar, pada masa yang tepat, untuk orang yang tepat dan dalam takaran yang tepat".
3.MEMBETULKAN DENGAN LEMAH LEMBUT
Realitinya, tidak semua kata-kata itu berbentuk pujian. Ada ketika dan tempatnya ia berbentuk teguran yang keras bagi tujuan pembetulan dan penambahbaikan ataupun mungkin arahan. Walau bagaimanapun, koreksi, teguran ataupun arahan itu haruslah disampaikan dengan lemah lembut dan penuh kasih sayang.Harus diingat tujuan kita bukan untuk menjatuh maruah seseorang, merendahkannya, menunujkkan kuasa yang ada pada kita tetapi untuk membetul dan menyelesaikan suatu permasalahan ataupun untuk mencapai matlamat bersama.Justeru, sebagaimana kita dapat saling membangun dengan penyataan pujian dan kasih sayang, kita juga dapat saling membangun dengan teguran yang diberikan pada saat yang tepat dengan dengan cara yang benar. Ini bersesuaian dengan ungkapan,"Hidangan yang lazat itu mungkin tidak dinikmati pada suapan yang pertama, tetapi pada akhirnya akan diakui sebagai makanan yang sedap dan paling berzat".
4.MENCIPTAKAN PERDAMAIAN MELALUI KATA-KATA
Tanpa kasih kita cenderung suka akan pertengkaran dan perbantahan, tidak sabar,mempertahankan diri dengan kasar dan suka mengecam orang lain. Sebaliknya, orang yang penuh kasih adalah sabar, tidak mudah marah, tidak selalu mempertahankan dirinya dan selalu melihat kebaikan orang lain.Terdapat banyak kata-kata nasihat bagaimana seharusnya kita menjawab seseorang yang marah pada kita, antaranya ialah; "Jawapan yang lemah lembut meredakan kegeraman, tetapi perkataan yang pedas membangkitkan amarah". Umumnya kita tidak boleh membalas kemarahan dengan kemarahan kerana pukulan akan diikuti pukulan dan pertengkaran kecil mungkin akan menghasilkan peperangan.Prinsipnya,ada tempat dan waktu untuk kita memberikan pernyataan yang tegas tentang keyakinan kita dan argumentasi untuk membela keyakinan itu, tetapi bukan semasa seseorang itu dikuasai kemarahan .
Kesimpulannya, kata-kata yang dihiasi kasih akan memberikan impak besar kerana ia akan mengeratkan hubungan antara peribadi dan mampu meningkatkan nilai kendiri seseorang. Selain itu di mana ada kata-kata yang penuh kasih, di situ ada persahabatan, tanggungjawab dan sifat saling percaya akan tumbuh subur.
Salam..

Friday, October 15, 2010

Tazkirah Jumaat

PERKUKUHKAN BARISAN KITA


Memperkuat dan memperkasa adalah usaha yang dianjurkan oleh semua agama. Misalnya, memperkuat ikatan persahabatan, persaudaraan, permuafakatan, persatuan, komponen/gabungan, dan sebagainya. Adapun barisan yang saya maksudkan bukanlah BARISAN (BN) semata-mata, bahkan apapun perjuangan yang berbentuk "plural" juga satu barisan. SAM juga satu barisan perjuangan. JKKK juga barisan perjuangan kampung. Seorang teman pernah bergurau; " TAK SEMESTINYA IKUT BARISAN, TAPI KALAU DAH BERBARIS, LURUSKANLAH BARISAN,IKUT "Q", JANGAN ROSAKKAN BARISAN...". Apakah maksud teman ini? Mari kita fikir-fikirkan...


"Luruskannnn barisaannn!!!!"

Thursday, October 14, 2010

KENALI DAERAH ANDA : Kota Marudu Secara Ringkas

LOKASI

Daerah Kota Marudu terletak di utara Sabah.Ia bersempadan dengan daerah Kudat dan Pitas di utara, daerah Beluran di timur, daerah Ranau di selatan dan daerah Kota Belud di barat. Kedudukan daerah ini ialah 6’ 30” darjah utara garis lintang 116’ 45” darjah timur garis bujur.
Kota Marudu terletak kira-kira 120 km dari Kota Kinabalu, 70 km dari Kudat dan 67 km dari Pitas.

KELUASAN      
                                                                              
Keluasan daerah ini ialah 1184 km persegi dan mempunyai 116 buah kampung yang terbahagi kepada 9 mukim.

RUPA BUMI

Mempunyai kawasan tanah rata dan bukit-bukau serta merupakan tanah yang subur untuk pertanian. Tiga batang sungai utama membekalkan sumber air kepada daerah ini iaitu sungai Bandau, Sungai Kanarom dan sungai Tandek.

Bukit-bukau adalah lanjutan daripada banjaran James Brooke di sebelah barat dan banjaran Crocker di selatan.

Pantai di Kota Marudu terdapat di sepanjang kawasan selatan Teluk Marudu yang mengunjur dari Tigaman, Kuala Bongon hingga ke Tanjung Batu. Sebahagian besar kawasan pantai adalah merupakan tanah lumpur yang ditumbuhi oleh pokok bakau. Kawasan pantai di Marasinsim dan Tanjung Batu adalah pantai pasir. Satu lagi kawasan pantai laut berhadapan dengan Laut Cina Selatan, bertempat di kampung Teringai Laut, mempunyai pemandangan yang indah dan berpotensi dijadikan pusat pelancongan.

LATAR BELAKANG SEJARAH

Sebelum Sabah mencapai kemerdekaan menerusi Malaysia, daerah ini dikenali sebagai Bandau. Nama ini kemudiannya ditukar kepada Kota Marudu pada tahun 1974 sebagai lambang kejayaan rakyat di daerah ini khususnya menuntut kebebasan dari kuasa penjajah.

Di muara sungai Marudu, tidak jauh dari situ, terletak Kubu Pertahanan Syarif Osman yang dilabel oleh penjajah sebagai pemberontak pada tahun 1845. Syarif Osman ditewaskan oleh satu angkatan perang Raja Sarawak, James Brooke dengan bantuan sebuah kapal Perang Inggeris , HMS Iris yang diketuai oleh Kapten Mundy.

Wednesday, October 13, 2010

Belia dan Beliawanis Rebut Peluang Ini




Berita baik kepada para belia dan beliawanis yang memegang sijil/diploma kemahiran Malaysia. Pihak JPA (Jabatan Perkhidmatan Awam) telah mengiktiraf sijil Kemahiran Malaysia sebagai kelayakan menjawat jawatan-jawatan tertentu dalam perkhidmatan awam Malaysia. Ini bermaksud, peluang kerja terbuka luas. Oleh yang demikian, dapatkan sijil kemahiran daripada mana-mana institusi yang menawarkan sijil seumpama ini.

ZIKIR KASIH

ZIKIR KASIH
(Utusan Borneo, 10.10.2010)


Cinta sayang tersenyum
setia kasih menguntum
mesra rindu meranum
denyut kasih mengharum.

Debar jantung bergetar
mesra kasih ditebar
kasih mekar setakar
sayang segar berakar.

Manja ria bergenang
manis santun dikenang
hampar sayang dibentang
tasik kasih direnang.

Cangkir rindu diukir
desir kasih bersyair
sayang pasti mengalir
zikir kasih dizahir.


HANAFIAH MZ
TUARAN

TERKULAI

TERKULAI
(New Sabah Times, 12.10.2010. hal.16)



Terkulai longlai perit membelai
rindu tersadai kasih terlerai
benci merantai luka terurai
sedih membuai duka dituai.

Awan berolak mimpi membuak
mendung berarak menyimpul muak
hati tersentak cuak mendesak
resah berkocak rindunya retak
kasih tercampak nafasnya sesak.

Manis hilang sepah dibuang
pedih berlinang sedih memanjang
hatinya walang remang bergenang
hidupnya gersang tenang menyimpang
ranjangnya pincang mimpi pun sumbang.


HANAFIAH MZ
TUARAN.

PRO DAN KONTRA PENGGUNAAN MESIN ATM (CASH DEPOSIT MACHINE)

Hai semua salam sejahtera dan salam 1Malaysia, terima kasih kepada pihak SAM kerana sudi menjemput dan memberi kepercayaan kepada saya untuk menyumbang atau berkongsi idea penulisan untuk blog SAM, buat pertama kalinya saya ingin berkongsi cerita pengalaman saya berurusan di salah sebuah institusi kewangan (Bank) dan menggunakan kemudahan mesin mereka untuk memasukkan sejumlah wang, di jadikan cerita saya telah berjaya memasukkan sejumlah wang ke dalam mesin tersebut tetapi tidak semua jumlah yang ingin saya masukkan (bank in) di terima oleh mesin tersebut walau pun wang / duit yang saya cuba masukkan itu masih baru dan tidak renyuk, jadi saya pun beralih ke kaunter untuk memasukkan wang yang selebihnya.

Sila ikuti perbualan tersebut di bawah :- Staff bank : kenapa?? saya tengok akaun ni ok saja tidak boleh kah masukkan wang ini di mesin lagi cepat. (sambil tekan keyboard) Saya : memang lah akaun tu tiada masalah. (dalam hati tertanya tanya so what?? salah kah saya guna khidmat kaunter) Staff bank : jadi kenapa tidak guna mesin saja? (tidak senyum pula tu buat muka tension adalah) Saya : puan sebenarnya saya baru sahaja dari mesin. (rasa geram pun ada) Staff bank : jadi apa masalah dia… mesin tu baru servis. (sambil key in kemasukkan wang) Saya : puan saya pun tidak mahu buang masa lama berurusan di bank. (rasa bengang pun ada) Staff bank : iya lah saya tahu… kami sebenarnya mahu galakkan orang awam guna mesin tersebut. (macam senyum sinis) Saya : puan itu saya tahu dan faham… tapi macam mana juga kalau bukan semua note (wang) tu di telan oleh mesin… tengoh lah wang ni bukan pun renyuk tapi masih di tendang oleh mesin… mahu tidak mahu kena datang kaunter lah. (tahan marah ni tapi tetap senyum… huhu) Staff bank : oh begitu… (terdiam terus) Saya : (dalam hati baru tahu kah… ? isshh musykil juga… ) Staff bank: terima kasih… (sambil bagi slip bank) Saya : sama sama… (senyum saja tapi dalam hati adesss bikin rosak mood bah tu staff) Setelah siap urusan di kaunter saya pun beredar dari bank tersebut dengan perasaan atau mood geram, sepatutnya pekerja bank itu tidak banyak soal dan patut melayan pelanggan dengan mesra.

Penggunaan mesin ATM di setiap institusi kewangan memang ada baik dan buruknya seperti mana yang saya alami, memang cepat dan senang dengan menggunakan mesin tersebut tetapi apabila wang yang kita cuba masukkan itu di tendang maka itu lah yang membuatkan kita terpaksa menggunakan khidmat kaunter dan kalau di fikir fikirkan ada lah lebih baik terus sahaja ke kaunter bukan kah begitu? Jimat masa dan tidak perlu buat dua kali kerja, dan saya percaya anda semua di luar sana juga pernah mengalami pengalaman seperti ini. Sekian sahaja dahulu perkongsian saya pada kali ini dan semoga jumpa di lain masa.

AHLI BARU SAM

Saya selaku admin blog SAM dan mewakili seluruh warga penulis SAM mengucapkan selamat datang kepada 2 orang warga penulis baru blog SAM iaitu sdr. HANAFIAH HJ.ZulKIFLY dan Pn.MARIANA MAJINAU.

Kami berharap dengan kehadiran mereka sebagai keluarga baru dalam SAM pastinya akan memberikan impak yang lebih besar seterusnya merancakkan dunia blog di Kota Marudu.Secara ringkasnya sdr.Hanafiah Hj.Zulkifly bukanlah asing bagi dunia penulisan kerana kita selalu dihidangkan dengan karya2 beliau yang selalu terpampang di akhbar2 tempatan.Sudah tentunya SAM sangat2 bertuah kerana memiliki penulis seperti beliau yang serba boleh.Manakala pn.Mariana Majinau juga kami fikir mempunyai banyak pengalaman yang sangat luas dalam apa juga bidang tambahan lagi suaminya mempunyai latarbelakang akedemik dan kerjaya yang cemerlang.


Kita nantikan sama2 apakah kejutan entri yang bakal mereka paparkan dalam blog SAM ini.




Tuesday, October 12, 2010

ADUAN RAKYAT

SAM telah dihubungi oleh salah seorang bakal pemilik rumah di Taman Perumahan Beringin, Ongkilan, Kota Marudu yang tidak berpuas hati kerana sudah sekian lama menanti diberi kunci rumah namun harapan keluarganya memiliki rumah sendiri hingga kini masih belum menjadi kenyataan. Pengadu yang tidak mahu disiarkan namanya berkata, dia sudah mendapat tawaran sejak tahun lepas dan berharap pihak yang berkenaan dapat menyegerakan proses menduduki rumah kerana rumah kerajaan yang didudukinya sekarang di Pekan Lama Kota Marudu sering mengalami masalah banjir kilat. SAM berharap paparan ini mendapat perhatian dan tindakan sesegera mungkin demi kebaikan rakyat.

JENAYAH DI SABAH SEMAKIN SERIUS.

IT IS CONFIRM, THE BODY THAT WAS FOUND AT KINGFISHER IS THE BODY OF ANNIE JOHN DISMAS...Condolence to the family...SABAHAN...Kamu nampak sudakan apa suda jadi sama kita punya tempat sekarang? Kita belum tau lagi siapa punya angkara..Tapi yang pasti sudah tidak selamat lagi sekarang...banyak sudah kes jenayah seperti ini yang berlaku.Sedikit masa dulu kes seperti ini telah berlaku di Kota Marudu dan dilakukan oleh anak watan Kota Marudu dan yang paling menyedihkan mangsa mengenali penjenayah tersebut.

To all families, relatives and friends....please do be very careful nowadays. Our safety is no longer guaranteed. We have to take extra precaution in our own safety. Everyone and I mean EVERYONE including up there...jan kasi biar sampai nasi menjadi bubur...kepada perempuan perempuan, ada di guardian jual tu pepper spray. It is good idea to get it for self protection.Kalau boleh biarpun anda kenali lelaki tersebut..jangan ikut mereka jika diajak.Paling utama cuba elakkan berjalan seorang diri dan berada ditempat yang jarang orang.Kunci pintu kereta semasa memandu atau sedang berhenti.Biarpun berada di tengah2 bandar jika berada di lorong2 yang sunyi..pasti penjenayah ini akan mengambil kesempatan.

Monday, October 11, 2010

SLOW BETUL...




(Gambar: vandalisme?...atau curahan perasaan?) Ramai orang mengeluh tentang "fenomena slow" di Kota Marudu. Masa banjir, mangsa banjir mengeluh: slow betul bantuan sampai. Tentang projek infrastruktur: slow betul masuk kampung. Tentang pemimpin: slow betul bawa perubahan. Tentang line internet: slow betul DIGI, CELCOM dll. Tentang keluhan rakyat: slow betul ambil tindakan...dan banyak lagi cerita pasal slow di Marudu ini. Ini bukan main-main, ini betul-betul punya kejadian. Tapi mudah-mudahan, secara "slowly" tapi "surely", Marudu ini maju jua akhirnya. -"Rakyat dikasihi, Pemimpin dirahmati".

KELAPA, KOMODITI YANG DIPINGGIRKAN

By Hanafiah Zulkifly on Monday, 11 October 2010 at 14:29 (Utusan Borneo 11.10.2010) Sebut sahaja kelapa, pasti tergambar jelas di ruang mata sejenis pokok yang menjulang tinggi ke langit, tanaman komoditi yang sinonim dengan utara negeri Sabah. Pada tahun 60an, 70an dan 80an buku-buku teks sekolah khususnya mata pelajaran Ilmu Alam, memaparkan tiga daerah di utara Sabah itu Semenanjung Kudat, Dataran Marudu dan Semenanjung Bengkoka merupakan antara pengeluar utama kelapa di Malaysia dan yang utama di Sabah. Ladang kelapa ketika itu luas terbentang dan tanaman pilihan pertama pekebun ketika itu.

Kelapa yang menjadi komoditi utama di tiga daerah pada era 60an, 70an dan awal 80an diktiraf sebagai pokok seribu guna. Buah kelapa boleh dikeringkan dan dijadikan minyak kelapa. Lidi sesuai dijadikan penyapu dan pencucuk satay. Sabut juga boleh dijadikan penyapu serta sesuai sebagai bahan pembuatan tilam. Batang kelapa yang matang boleh dijadikan papan dan beroti. Tidak hairanlah bahawa keistimewaan pokok kelapa tersebut meletakkannya sebagai tanaman utama pekebun ketika itu di utara Sabah.

Namun tidak dapat dinafikan bahawa antara banyak-banyak bahagian,buah kelapa itu sendirilah yang menjadi nadi utama keistimewaan pokok kelapa. Buah kelapa yang matang boleh dibelah,dikeringkan dan dihantar ke kilang-kilang untuk diproses untuk dijadikan minyak masak. Oleh kerana minyak masak dari sumber lain belum ada atau belum popular, maka minyak masak berasaskan kelapa menjadi pilihan utama yang tidak disaingi oleh minyak masak yang lain.

Di kampung-kampung, proses menghasilkan minyak kelapa dilakukan oleh masyarakat itu sendiri. Berbekalkan 15 biji ke 20 biji buah kelapa, masyarakat kampung dapat menghasilkan antara empat ke lima botol minyak masak cukup untuk menampung keperluan selama tiga bulan. Proses menghasilkan minyak masak tersebut memakan masa yang agak lama, kira-kira tiga ke empat jam. Sisa santan kelapa yang dimasak kelihatan seperti gumpalan najis namun enak dimakan sehingga terhasillah teka-teki yang berbunyi;

“Sebanyak-banyak tahi, tahi apa yang paling sedap di makan?”. Jawapannya sudah tentu tahi kelapa.

Gadis-gadis kampung sering menggunakan santan kelapa sebagai bahan untuk cuci rambut ketika mandi. Rambut yang dicuci bersama santan kelihatan berkilau-kilau memancar dan dipercayaai dapat melebatkan pertumbuhan mahkota perempuan itu.

Masyarakat kampung juga menggunakan buah kelapa sebagai bahan makanan utama ternakan khususnya ayam. Sama ada kelapa dibelah dan dibiarkan begitu sahaja ataupun isinya dihiris-hiris kecil boleh menjadi sumber utama makanan ayam yang kaya dengan nutrien.

Bagi mereka yang berhasrat menjala ikan di sungai atau kolam, santan kelapa boleh dijadikan umpan kepada ikan-ikan. Sisa santan dicampak ke sungai beberapa minit sebelum menebarkan jala. Pasti ikan-ikan akan berkumpul untuk menikmati santan yang lemak dan si penjala ikan pasti tersenyum lebar apabila ikan tersangkut pada jala yang ditebarnya.

Pada tahun 70an, harga satu pikul kelapa kering pernah mencecah RM 70.00. Seseorang yang mempunyai lima ke sepuluh ekar kebun kelapa masa itu boleh tersenyum lebar dengan pendapatan antara RM 1700.00 ke RM 2500.00 setiap tiga bulan.Tidak keterlaluan dikatakan bahawa golongan yang mempunyai kebun kelapa pada masa itu merupakan golongan yang mampu.

Namun sejarah kegemilangan kelapa telah berlalu. Pokok yang mendominasi utara Sabah itu mula dipinggirkan. Pokok yang gah dengan gelaran “Pokok seribu guna”, mula dilupakan. Sama seperti manusia, apabila umur menjangkau 50 ke 60 tahun, peranannya semakin berkurangan malah ada ketikanya dipinggirkan terus. Begitu juga nasip yang menimpa pokok kelapa. Semakin lanjut usia, semakin tinggilah pokok kelapa tersebut. Sifatnya yang tinggi melangit dan membawa buahnya pada kedudukan yang tinggi, menyukarkan manusia untuk mencapai buah tersebut dan terpaksa menunggu buah itu gugur ke bumi. Betullah kata orang, adakalanya kedudukan yang terlalu tinggi kadang-kadang tidak membawa apa-apa makna malah merugikan diri sendiri.

Kini tempat kelapa mula diambil alih oleh saudara tirinya iaitu kelapa sawit yang dipercayaai berasal dari Afrika. Jika anda sampai ke Kota Marudu, mata anda akan dihidangkan dengan lautan kelapa sawit yang terbentang luas menghiasi Dataran Marudu.

Jika anda memutuskan untuk ke Kudat, sepanjang perjalanan anda dihiasi dengan pandangan pokok sawit yang tumbuh subur sepanjang jalan. Begitu juga halnya jika anda mahu ke Pitas. Beribu-ribu pokok sawit tumbuh menghijau menghiasi lanskap daerah Pitas. Sesekali anda akan melihat kelibat pokok kelapa yang hanya tinggal beberapa ratus pokok sahaja menjulang ke langit seolah-olah berperanan sebagai peninjau menjaga sawit dari ancaman musuh.

Namun seperti orang lama, kelapa tidak boleh dibuang begitu sahaja. Kelapa tetap dengan nilai-nilainya yang tersendiri. Ketika musim perayaan seperti sambutan Hari Raya, Deepavali ataupun Tahun Baru Cina, permintaan terhadap kelapa tua melonjak tinggi sehingga pengeluaran tidak dapat memenuhi permintaan.Maklumlah semakin tua sebiji kelapa makin banyaklah santannya. Mahu tidak mahu kerajaan terpaksa mengimport kelapa dari negara jiran untuk memenuhi permintaan tempatan.Alangkah eloknya jika pekebun tempatan dapat memenuhi permintaan tersebut.Dengan itu wang kita tidak akan mengalir ke luar negara.

Keupayaan melihat dan mencipta peluang merupakan elemen penting yang saya percaya dapat mengembalikan kegemilangan kelapa. Lihat sahaja di kiri dan kanan jalan di Kampung Salut, Kota Kinabalu yang dipenuhi oleh gerai-gerai menjual kelapa. Kelapa muda, kelapa bakar dan puding kelapa dijual dengan begitu laris. Tidak kira pagi, petang atau malam gerai-gerai tersebut sentiasa dipenuhi oleh pengunjung yang berminat dengan kelazatan produk kelapa tersebut.

Sayang sekali, saya tidak melihat hal yang sama berlaku di utara Sabah yang pernah mendapat jolokan pengeluar utama kelapa Malaysia suatu ketika dahulu. Walaupun daerah Kudat gah dengan Pesta Kelapa, Kota Marudu dengan Pesta Jagung dan Pitas yang langsung tidak mengaitkan pestanya dengan sebarang tanaman, hanya Pesta Bengkoka sahaja seolah-olah daerah-daerah ini melupakan tanaman yang pernah menjadi identitinya suatu ketika dahulu.

Masih belum terlambat bagi ketiga-tiga daerah ini untuk mencipta semula kegemilangan kelapa seperti pada zaman tahun 70an dan 80an. Dengan meminjam idea peniaga-peniaga gerai kelapa bakar di tepi jalan Kampung Salut, Kota Kinabalu, hal yang sama boleh dilaksanakan di lokasi-lokasi strategik antara Kota Marudu – Kudat dan Kota Marudu – Pitas.

Bantuan dari pihak-pihak yang berkenaan untuk merancang dan melaksanakan strategi pemasaran buah kelapa secara berkesan amat penting untuk menjana semula kegemilangan kelapa di utara Sabah.

Pengenalan klon kelapa yang rendang, berbuah lebat, harum , manis dan berupaya mengeluarkan hasil dalam tempoh yang singkat selepas ditanam harus menjadi keutamaan kementerian berwajib bagi menyelamatkan kebun-kebun kelapa dari bertukar menjadi ladang sawit.

Sehingga ke hari ini saya percaya dan tetap percaya bahawa kelapa masih mendapat tempat dalam peta tanaman negeri Sabah kerana sifatnya yang masih diperlukan oleh masyarakat seperti ungkapan peribahasa yang berbunyi; “untung batu tenggelam, untuk sabut timbul”. Pasti sabut kelapa akan terus membantu kelapa timbul dalam kerancakan pertanian di negara kita. Sama-sama kita nantikan dan sama-sama kita nikmati kelazatan kelapa muda, kelapa bakar dan puding kelapa.

Kebun Kelapa yang bertukar menjadi ladang sawit
Ladang sawit

Sunday, October 10, 2010

Ruangan Penulis Tamu: ISTIMEWANYA SABAH

Oleh: Minda Guru Sabah
Saya telah menghadiri upacara perkahwinan seorang kawan di gereja St. Francis Xavier Keningau. Perkahwinan ini disempurnakan oleh Bishop Datuk Cornelius Piong. Kami sekeluarga pergi menghadirinya atas nama seorang kawan dan ingin turut bersama meraikannya, bukan apa sesuatu yang baik itu perlu dirai lagipun perkahwinan yang merupakan satu ikatan kudus yang hanya sekali seumur hidup mereka. Rupa-rupanya pada waktu itu terdapat dua pasangan yang berkahwin serentak. Ini menambahkan kemeriahannya, tetapi yang lebih istimewa ialah kehadiran kawan2 dan saudara-mara pengantin yang beragama lain khususnya dari kalangan yang Islam (saya tidak pasti kalau ada yang budha).
Ketika melihat, bercerita dan berinteraksi saya dapati bangsa Sabah benar-benar unik, istimewa dan ada kesepaduan. Semasa duduk dan menikmati acara tersebut, suara hati saya berbicara alangkah baiknya jika keikhlasan, kemurnian dan keterbukaan hati orang Sabah terus terpelihara. Walaupun mungkin kita berbeza dari segi agama, bahasa, dan kaum namun kita adalah saudara dan sahabat .Harapan kita agar persaudaraan dan persahabatan ini tetap utuh walaupun ada anasir2 luar yang cuba memporak-porandakannya.
Ya..saya benar-benar bersetuju bahawa Sabah ( juga Sarawak) adalah contoh negeri yang kukuh integrasi kaumnya. Seperti yang pernah kawan saya katakan (teman semasa di Universiti dulu), saudara maranya sendiri terdiri daripada pelbagai keturunan dan agama, ada yang beragama Islam, Pagan , Kristian dan ada juga yang berkahwin dengan orang Cina atau India. Pendek kata Sabah sebenarnya sudah lama mempraktikkan Satu Malaysia dari segi perpaduan..Ya..saya cinta Sabah.

Saturday, October 9, 2010

CONTOHI MEREKA

Kita harus mencontohi perwatakan kedua-dua pemimpin negara ini.Meskipun prmusuhan politik mereka terlalu dahsyat dan ngeri namun mereka masih lagi boleh minum bersama sambil bertukar-tukar cerita.Malah mereka boleh melupakan seketika persengketaan politik.Pendek kata kelmnarin pihak ini menuduh,memaki pihak sebelah namun dalam situasi yang cukup mesra mereka masih lagi boleh bersantai, Berbeza dengan situasi tempat kita apabila seseorang itu sudah berbeza fahaman politik,mereka akan ketepi semua meskipun kedua-dua mereka adalah sahabat lama maupun ada kaitan kekeluargaan.Malah mahu bertegur sapa pun tidak mahu kalau boleh seteru politiknya itu telah dianggap musuh selama-lamanya. Perkara ini memang berlaku di Kota Marudu terutama pemimpin-pemimpin bawahan.Saya inngin mengambil contoh,dimusim pilihanraya seorang pemimpin pembangkang melakukan lawatan dikampung.Si kawan telah datang kerumah tempat diadakan ceramah pemimpin pembangkang tersebut dengan tujuan mahu mendengar ceramah.Tetapi malangnya si kawan telah dituduh sebagai pengikut pembangkang dan melaporkan kepada parti bahawa orang berkenaan adalah pembangkang.Paling sengsara lagi si kawan tadi langsung tidak ditegur lagi kerana dia telah dianggap sebagai musuh politik. Selesai pilihanraya pemimpin-pemimpin kampung ini akan sibuk membuat laporan dan akan menyenerai hitam nama-nama individu yang dianggap sebagai penyokong pembangkang dan kalau boleh semua mereka ini dikeluarkan dari senerai penerima bantuan kerajaan.Malah yang paling menyedihkan sekiranya berlaku musibah seperti kematian ada diantara mereka langsung tidak menziarahi rumah keluarga si mati kerana mereka adalah penyokong pembangkang dan musuh politik. Alangkah baiknya sekiranya semua pihak boleh duduk bersama dan berbincang bagaimana mahu memajukan kawasan agar tidak terlalu ketinggalan dalam segala aspek pembangunan.

SAM Terus Maju...




(Gambar Hiasan: Meskipun SAM organisasi kecil, sumbangannya pun tidaklah besar sangat tapi efektif dan penuh kenikmatan untuk semua lapisan rakyat). Tidak syak lagi bahawa SAM kini telah menjadi sahabat rakyat khususnya di Kota Marudu. Ramai yang menyalurkan permasalahan kepada SAM agar dapat diambil perhatian pihak yang berkenaan. Alhamdulilah, setakat ini SAM berjaya melaksanakan tugas sosialnya secara sukarela. SAM tidak ditaja oleh sesiapa dan berkhidmat secara percuma sesuai dengan prinsip "SAM BERBAIK DENGAN SEMUA SECARA SUKARELA". SAM berharap semua pihak juga meneruskan semangat kerjasama, responsif dan berbaik sangka terhadap SAM. Kami di SAM "MENDAHULUKAN KEBAIKAN, MARUDU DIUTAMAKAN".

Thursday, October 7, 2010

GURINDAM SAHABAT by: Hanafiah Zulkifly on Sunday, 03 October 2010 at 16:39

GURINDAM SAHABAT
(Utusan Borneo. 03.10.2010. hal.B6)

Sahabat itu umpama ubat
Sedia merawat kawan melarat.

Sahabat setia amat bermakna
Jadi pendorong masa merana.

Sahabat sejati sukar dicari
Sehidup semati tak akan lari.

Sahabat baik tak akan tidur
Salah dan silap diakan tegur.

Sahabat ceria pengubat luka
Jadi penghibur kala berduka.

Sahabat berjenaka kita ceria
Hati gembira riang dan ria.

Sahabat pendengki patut dihalau
Singkir dia sebelum mengacau.

Sahabat mengumpat patut disekat
Beri nasihat setiap saat.

Sahabat rumahtangga suami isteri
Pupuklah kasih hingga berseri.

Sahabat sebenar Rabbulizzati
Maha penyayang maha mengasihi.


HANAFIAH MZ
TUARAN.

ENTRI PERCUBAAN

Salam kepada rakan2 SAM...seperti yang suda sedia maklum blog SAM mengalami sedikit masalah pada setting html mengakibatkan setiap entri tidak ada perenggan dan ramai pembaca yang komplen masalah ini.

Pihak admin SAM telah berusaha untuk mengatasi masalah ini dan tidak ada cara lain melainkan menukarkan bentuk layout blog ini.


Dharapkan tidak akan timbul lagi masalah ini dan SAM amat2 memohon maaf atas apa yang berlaku sehingga menganggu cara pembacaan anda.



Wednesday, October 6, 2010

ATASI MASALAH RAKYAT...

Masalah ini telah lama dideritai oleh warga Kota Marudu. Hari ini isu ini hangat di facebook saya.


(Gambar: sebahagian pelanggan terpaksa menanti sejak awal pagi. Masih ramai berdiri di luar ketika foto ini diambil).- maaf gambar kurang berkualiti.


(Gambar: No.264 dikeluarkan jam 09:14 am. Pemegangnya hanya selesai berurusan sekitar 4:17 pm). Permasalahan di BSN Kota Marudu ini sangat membebankan pengguna/rakyat khususnya penduduk luar bandar. Bank ini selain digunakan oleh kakitangan kerajaan dan swasta, juga digunakan oleh orang kampung dan warga tua yang menerima bantuan pihak kerajaan. Tinjauan saya mendapati bank ini kekurangan kakitangan sedangkan menerima limpahan pelanggan dari Daerah Pitas dan Matunggung, Kudat. Menurut beberapa warga emas yang ditemui menyatakan mereka datang sebelum bank dibuka. Hal begini sering mereka alami. Kadang-kadang mereka terpaksa kembali keesokan harinya. Senario begini tentunya sangat menyusahkan dan merugikan. Berbagai respon sahabat fb antaranya: 1. Menambah staf 2. Kerja lebih waktu 3. Memperbaiki kesesakan lalu lintas sekitar bangunan ini. Berbagai komen lain turut diberu dan boleh diikuti dalam fb saya. SAM berharap pihak BSN pusat memberi perhatian serius sesegera mungkin tentang perkara ini. Membiarkan pelanggan sengsara, adakah pendekatan urusniaga/perkhidmatan yang termaktub dalam Piagam Pelanggan bank ini?...


"Pelanggan adalah raja. Pelanggan sentiasa betul" - benarkah ini diimplementasi di negara kita?

Tuesday, October 5, 2010

As I See It: Transformasi....

Selamat bertemu kembali. Agak lama tidak menyumbang sebarang entri di dalam SAM. Komitmen kerja, keluarga dan kekangan masa menyebabkan prioriti lebih tertumpu kepada komitmen-komitmen yang disebutkan tadi; sehinggakan masa untuk “berkarya” agak terhad. Sedar tidak sedar, seiring dengan peredaran masa yang berlalu begitu cepat rasanya; sana sini kebanyakan organisasi – tidak kira sama ada organisasi politik, perniagaan, berorientasikan keuntungan atau sebaliknya agak ligat memperkatakan agenda “tranformasi” ; begitu juga dengan pihak pemerintah khususnya – pelbagai bentuk konsep dan model yang bersifat “transformative” diperkenalkan seperti yang terkandung di dalam Program Transformasi Kerajaan (Government Transformation Program) yang menyatakan secara detail pelan hala tuju kerajaan ke arah mencapai status sebagai sebuah negara yang perkasa dan maju menjelang 2020.
Subjek “transformasi” agak menarik perhatian saya, kerana ia ada kaitan rapat dengan bidang kajian saya semasa menyelesaikan disertasi Sarjana Pengurusan Modal Manusia / Sumber Manusia pada tahun lalu di sebuah universiti awam tempatan. Elemen “transformasi” merupakan agenda yang amat kritikal dan signifikan di dalam mana-mana organisasi dan entiti – tanpa mengira rupa bentuk dan ciri-ciri organisasi berkenaan. Agenda “transformasi” merupakan “device” atau “ instrument” yang lazimnya digunakan oleh sesebuah organisasi untuk meneruskan kelangsungan dan “survival” sesebuah organisasi itu – pendek kata, angin perubahan akan sentiasa bertiup; dan ia tidak dapat dielak, dan paling penting ia harus diberikan perhatian yang sewajarnya.
Dengan kata lain, sesebuah organisasi itu tidak akan mampu bertahan lama jika ia terus wujud dan masih bergerak di takuk yang lama, ahli-ahli organisasi yang lebih “senior” sudah tentu memerlukan para pelapis dan pengganti yang sudah tentunya memiliki tahap idealisma dan kehendak serta visi yang serba-serbi berbeza jika dibandingkan dengan “orang-orang lama” – dan di sinilah seharusnya inisiatif yang bersifat “revolutionary” diperkenalkan di dalam organisasi berkenaan - “Grooming the right individuals for the right positions”, adalah antara contoh proses “transformasi” yang amat signifikan – dan juga boleh dianggap sebagai “Succession Plan” (Pelan Penggantian).
Bahkan kalau kita menelusuri sejarah “establishment” dan “survival” beberapa buah parti politik lokal; kita dapat melihat bagaimana beberapa organisasi politik berkenaan terpaksa gulung tikar kerana kegagalan untuk memberikan “response” terhadap “tekanan” dan “permintaan” yang di bawah oleh gelombang “tranformasi”. Yang berjaya terus kekal hingga ke hari ini terpaksa akur pada hakikat bahawa agenda “tranformasi” merupakan elemen kritikal kepada kelangsungan dan “survival” organisasi mereka.
Walau apa pun bentuk elemen “transformasi” yang ingin diperkenalkan atau ingin dilaksanakan di dalam sesebuah organisasi atau sesebuah entiti; sebahagian besar inisiatif sebaik-baiknya harus bermula daripada pucuk kepimpinan tinggi organisasi berkenaan. Seperti kata Prof. John Kotter, seorang pakar bidang Leadership (Kepemimpinan) dari Harvard Business School, “Highly successful, non-incremental change in organizations – from the organization floor to the management board – is 75% a leadership process and 25% a management process...” (2008).
Bercakap tentang subjek “transformasi”, baru-baru ini pada 4 September 2010 saya telah diberikan kesempatan untuk menjadi perwakilan Pergerakan Pemuda Parti Bersatu Sabah (PBS) Cawangan Kg. Papar, Tambunan, ke Mesyuarat Agung Tahunan Kali Ke-25 PBS Bahagian N32 Tambunan. Yang menariknya,walaupun saya telah memaklumkan kepada beberapa orang rakan yang berada di “frontline” bahawa keahlian dan daftar pemilih saya adalah di kawasan N5 Tandek; namun sikap keterbukaan mereka membuatkan saya akhirnya beralah dan menerima pelawaan berkenaan: “Tidak kisah di mana pun kamu berdaftar Carl, di Tandek pun “stronghold”, sama dengan Tambunan; apa yang bakal kita suarakan nanti, semuanya secara “holistically” untuk kebaikan PBS di semua bahagian....”, kata mereka.
Lantas sebaik sahaja diberikan peluang berkenaan; saya dimaklumkan bahawa usul utama yang akan diperbahaskan lebih cenderung kepada agenda “Transformasi” dan “Pemimpin turun padang”. Ruang untuk saya membahaskan perkara berkenaan tiba pada slot di mana para perwakilan pemuda diberikan peluang untuk membahaskan ucapan dasar Ketua Pemuda. Bukan untuk mendabik dada dan mencari nama; seperti yang telah saya maklumkan kepada rakan-rakan yang berada di “frontline” – saya lebih suka bersikap “neutral” dan jujur serta tidak hipokrit dalam membahaskan sesuatu perkara.
Dipendekkan ceritanya, saya amat kagum dengan keberanian dan kelantangan Ketua Pemuda PBS Bahagian Tambunan, En. Romanus Joannes – intipati ucapan beliau cukup berani, jujur, relevan dan “thought-provoking” (atau ini mungkin akan menyebabkan beliau akan dipinggirkan oleh golongan yang sukar untuk menerima perubahan). Antara lain, beliau juga menyentuh bahawa sudah tiba masanya bagi pihak parti untuk lebih peka terhadap kedudukan sebenar parti yang dilihat seperti berada dalam kedudukan yang boleh dianggap sebagai “kritikal” dan perlu diperkasa (revitalization) dan diremajakan (rejuvenation) semula seiring dengan kehendak semasa sosiopolitik – beliau juga telah menyentuh tentang aspek “Rebranding” atau penjenamaan semula parti agar lebih relevan dan mampu menarik golongan / generasi muda serta kumpulan profesional untuk sama-sama berjuang di dalam parti – yang dilihat seperti semakin menjauhkan diri.
Sebagai menambah apa yang telah beliau suarakan; saya juga mengambil kesempatan berkenaan untuk turut menyata bahawa sudah tiba masanya bagi pihak parti keluar daripada “Kepompong / Zon Selesa” (Comfort Zone) dan harus lebih peka dengan realiti sebenar kedudukan parti – bersikap realistik; sedia mengakui bahawa ada beberapa segmen di dalam organisasi parti yang mengalami kepincangan dan perlu diperbaiki secara ikhlas dan telus – ini mengingatkan saya kepada tulisan Prof. John Kotter (1998), di dalam jurnal beliau yang bertajuk “Transformation: The Critical Routes To Success (or failure): “There are organizations that fail to get their transformation process established, fail at the first step. They do so for a number of reasons, the main one being complacency. Complacency stems from many sources: the lack of visible problems; the current appearance (or pretence) that things are going well (e.g. good performance against slack targets); lack of candour; avoidance of bad news; fear of confrontation and lots of “happy talks” among the leaders.”
Ruang yang diberikan itu juga memberikan kesempatan kepada saya untuk sejujur-jujurnya menyatakan kewujudan “Invisible Stumbling Block” di dalam parti juga boleh menyebabkan tercetusnya banyak karenah birokrasi yang menyukarkan golongan / generasi muda dan kumpulan profesional untuk mendapatkan tempat bersama-sama berjuang di dalam parti; situasi sedemikian boleh berlaku jika wujudnya golongan tertentu di dalam organisasi parti yang terlalu mementingkan status quo – natijah daripada mentaliti yang sedemikian, “golongan” ini sukar untuk menerima elemen-elemen perubahan; apatah lagi untuk menerima kemasukan “orang-orang baru” yang dianggap idealistik, memiliki idea-idea segar dan konstruktif, memiliki misi-misi yang relevan ke arah mencapai visi dan matlamat parti – semuanya kerana persepsi takut status quo yang selama ini menjadi lambang “reputasi” dan “kuasa” mungkin akan “diambil-alih”. Mungkin juga, “orang-orang baru” akan diterima masuk; tetapi program “orientasi” mungkin meninggalkan kesan negatif – budaya “Boikot-memboikot” dan “Sindrom Berkelompok” mungkin tercetus – dan akhirnya timbul persoalan di benak “orang-orang baru” berkenaan: “Does it worth for us to be within the party, if we are not being wholeheartedly accepted?” Natijahnya, organisasi berkenaan mungkin alpa bahawa golongan ini mempunyai alternatif dan platform lain yang mungkin lebih selesa bagi mereka.
Pendekatan “inclusive” (keterangkuman) mungkin dapat membantu jika wujudnya persefahaman dalaman – seperti yang dibahas oleh seorang rakan perwakilan pemuda, Saudara Calvin Jones Kitingan; beliau menyatakan bahawa resepi menggabungkan “orang lama” dan “orang baru” dalam segenap aspek baik dari segi memfomulasikan strategi-strategi dan sesi percambahan minda ke arah menjayakan program “tranformasi” juga sesuai untuk diaplikasikan – maksud beliau ialah, tidak ada sesiapa pun ahli di dalam organisasi yang akan terpinggir; semua berganding bahu dan bekerjasama dalam memperkukuhkan parti.
Hakikatnya, bukan mudah untuk mengubah sesebuah organisasi dan mewujudkan “Utopian Organization”, untuk memperkenalkan dan membawa agenda “transformasi” di dalam sesebuah entiti memerlukan perubahan atau modifikasi budaya organisasi serta “core values” (Nilai-nilai utama yang dipegang oleh organisasi) yang menjadi akar tunjang entiti / organisasi berkenaan. “Resistance” atau penentangan merupakan salah satu lumrah dan cabaran yang paling besar yang akan dihadapi; ia mungkin wujud dalam bentuk “Internal resistance” dan juga “External resistance”.
Oleh yang demikian, inisiatif haruslah sebaik-baiknya bermula daripada kepimpinan paling atas (Top leadership) organisasi parti untuk memastikan semua ahli organisasi faham secara terperinci akan visi, misi, tujuan, objektif, matlamat dan maanfaat agenda “transformasi” yang hendak diimplementasikan – kegagalan untuk mencapai persefahaman bersama (Communal understanding) di kalangan majoriti ahli akan menyebabkan agenda berkenaan gagal untuk diteruskan.
Komitmen dan tahap penerimaan (Level of Acceptance) daripada semua ahli organisasi juga merupakan antara aspek yang paling kritikal; pengalaman, kepakaran, idea-idea dan saranan-saranan dari semua peringkat dan lapisan di dalam organisasi juga perlu diambilkira dan digemblengkan seoptimum mungkin, tanpa sesiapa pun yang akan “dipinggirkan” – maka, di peringkat inilah kepimpinan tertinggi organisasi perlu menyediakan “Guiding Coalition”; dengan kata lain, memastikan para ahli organisasi mendapat panduan cara-cara memfomulasikan strategi-strategi yang sesuai serta mendapat panduan yang sewajarnya. Di peringkat inilah juga di mana kepimpinan tertinggi organisasi parti perlu menerangkan sejelas-jelasnya visi dan strategi perlaksanaan agenda “transformasi” berkenaan – ini secara langsung akan memberikan kefahaman kepada ahli-ahli organisasi parti secara spesifik hala tuju agenda berkenaan.
Terlalu banyak yang hendak dibahas dan diperkatakan pada ketika itu – tetapi Pengerusi Tetap Mesyuarat telah menetapkan bahawa masa maksimum yang diperuntukkan hanyalah 15 minit. Tamatnya perhimpunan berkenaan, saya berkesempatan berbual-bual dengan beberapa Perwakilan Pemuda – reaksi bercampur-baur; ada yang memberikan pandangan positif dan ada juga yang melontarkan komentar yang agak kritikal. Namun, kita sedia maklum; semua itu adalah lumrah dunia politik. Yang penting, jika kita berada di landasan yang sepatutnya dan “bersuara” sejujur-jujurnya untuk manfaat semua ahli parti dan rakyat secara keseluruhannya, tiada apa yang perlu kita kesalkan.Sehingga bertemu lagi.